You are on page 1of 3

AKTIVITI 1: PENCARIAN MAKLUMAT (T1A1) Sediakan satu penulisan latar belakang tentang persatuan atau kelab sekolah anda.

Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalah bercetak, arkib sekolah, brosur ataupun pencarian atas talian (internet).
Maklumat pertandingan persatuan atau kelab yang diperlukan adalah seperti berikut:


Peringatan:

Tujuan persatuan atau kelab. Senarai aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan dilaksanakan. Kelebihan atau manfaat penganjuran aktiviti atau pertandingan. Undang-undang atau peraturan. Cabaran-cabaran atau halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan. Lain-lain maklumat yang bersesuaian mengikut kreativiti anda.

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 7 Mac 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.
AKTIVITI 2: PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN (T1A2) Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti atau pertandingan, perancangan yang rapi amat perlu. Oleh itu, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut: Membentuk satu Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Ahli Jawatankuasa ini boleh terdiri daripada rakan guru di sekolah atau murid-murid anda sendiri. Contoh: Murid-murid Tahun Enam. Antara aktiviti Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut:

Merangka jadual kerja (Carta Gantt) Mempromosi pertandingan Menyediakan tempat pertandingan Menyediakan peralatan pertandingan Membentuk format pertandingan Menyediakan syarat-syarat pertandingan Melantik pengadil atau pegawai pertandingan Merancang jadual latihan murid-murid. Surat-menyurat panggilan mesyuarat jawatankuasa, lantikan ahli jawatankuasa, pinjaman peralatan dan kebenaran menggunakan tempat pertandingan. Lain-lain perkara yang berkaitan.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 19 Mac 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

AKTIVITI 3: PELAKSANAAN PERTANDINGAN SEBENAR (T1A3) a. Laksanakan pertandingan seperti mana yang telah dirancang. Anda boleh laksanakan pertandingan dalam satu hari atau beberapa hari mengikut keselesaan dan situasi sekolah anda. b. Rakamkan semua aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa pertandingan sama ada dalam bentuk gambar foto dan/atau audio-video yang boleh digunakan untuk ditayangkan kepada pelawat atau pegawai pendidikan atau pelawat atau bagi taklimat ibu bapa yang datang ke sekolah anda atau bagi tujuan membuat laporan post-mortem nanti (tidak melebihi lapan minit tayangan). c. Muat naik semua rakaman dan juga bahan-bahan semasa pertandingan seperti laporan pengadil ke portal EPiC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 25 April 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.
Rujuk pengumuman Announcement di EPiC untuk mengetahui cara mengubah format fail rakaman atau menyertakan link rakaman yang melebihi saiz file yang dibenarkan. AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF (T1A4) Penulisan jurnal reflektif adalah aktiviti terakhir dalam menyempurnakan tugasan anda.

a. Jurnal Reflektif merupakan catatan reflektif anda semasa membuat Aktiviti 1 hingga Aktiviti 3. b. Penulisan jurnal reflektif meliputi perlaksanaan proses pengurusan, kemahiran, kejurulatihan, kepegawaian dan penilaian yang anda lakukan. c. Catatan anda hendaklah dalam bentuk esei dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangan-cadangan penambahbaikan atau tindakan susulan di mana perlu. d. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu, ibu bapa, seorang anak, seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. e. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif bagi tugasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.
Soalan panduan penulisan Jurnal Reflektif:

Adakah aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan perlu dikekalkan disebabkan oleh trend masa sekarang yang mementingkan teknologi moden.

Adakah terdapat nilai-nilai yang dapat diterapkan melalui proses pengurusan, kemahiran, kejurulatihan, kepegawaian dan penilaian. Dapatkah pihak sekolah menyebarluaskan aktiviti-aktiviti dan pertandingan persatuan atau kelab dengan melibatkan komuniti atau masyarakat di luar sekolah. Muat naik Jurnal Refleksi ke dalam portal EPiC setelah anda selesai melaksanakan tugasan ini.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 4 sebelum atau pada 25 April 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A4.

You might also like