You are on page 1of 4

SK PARIS 3 KINABATANGAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 1/2013 TARIKH MASA/HARI TEMPAT PENGERUSI : 6 FEBRUARI 2013 : 12.00-1.

00 T/HARI (SELASA) : BILIK GERAKAN SK. PARIS 3 : MOHD MUSTAKIM (KETUA PANITIA SAINS)

AHLI YANG HADIR: 1. EN. ZAINUDIN AHMAD 2. EN. EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR 3. EN. HILMAN TALIB 4. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN 5. EN. ZUL HAIMY CHE YUNUS 6. EN. FAIZAL ABDULLAH 7. EN. AZIZUL TUMIN 8. EN. NORDIN NAGORMIRA KAMAL GPK KURIKULUM GPK HEM GPK PTG KETUA PANITIA GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG

AGENDA MESYUARAT 1 2 3 4 5 6 7 : Perutusan Pengerusi : Pengesahan minit mesyuarat : Perkara-perkara berbangkit : Pengagihan tugas 2013 : Perancangan program / aktiviti tahunan : Perlaksanaan PEKA / Ujian dan Peperiksaan : Hal-hal lain

LAPORAN MESYUARAT 1.0 1.1 1.2 Perutusan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Pengerusi mengharapkan kerjasama yang lebih baik dengan bertambah tenaga guru iaitu cikgu Nordin yang juga mengajar sains untuk tahun 5. 2.0 2.1 2.2 2.3 Pengesahan Minit Mesyuarat En. Zul Haimy mencadangkan minit mesyuarat disahkan. En. Faizal menyokong cadangan En. Zul Haimy En. Zainudin memaklumkan bahawa pengerusi mesyuarat bagi panatia ialah Ketua Panitia manakala dari pihak pentadbir menjadi pemerhati @ penasihat. 3.0 3.1 Perkara-perkara berbangkit En. Zainudin bertanya tentang perkembangan perlaksanaan PEKA. Adakah melibatkan semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 untuk tahun ini (2013)? 3.2 3.3 En. Mustakim maklumkan bahawa PEKA untuk tahun 2013 hanya melibatkan tahun 4,5,6. En. Faizal mengesahkan bahawa murid tahun 1,2,3 terlibat dengan KSSR SPPBS. Tiada PEKA. TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS 4.0 4.1 Pengagihan Tugas 2013 En. Mustakim memberi ruang kepada semua guru sains untuk mencadangkan AJK yang perlu di wujudkan bagi pengurusan panatia tahun 2013. 4.2 4.3 En. Emran mencadangkan En. Zul Haimy terus dilantik sebagai setiausaha panatia. Program 2M2S tetap diteruskan dan En. Mustakim mencadangkan agar En. Azizul sebagai penyelaras untuk minggu sains (2M2S) tahap 1 dan En. Mustakim untuk tahap 2 dalam perlaksanaan aktiviti. 4.4 En. Emran dilantik sebagai pengurus inventori peralatan/bahan sains dibantu oleh En. Nordin. 4.5 4.6 En. Mustakim mendapat tugas untuk menyediakan sudut sains di sekolah dan PSS. En. Faizal diberi tanggungjawab untuk mengumpul koleksi soalan sains (Bank Soalan).

TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS 5.0 5.1 Perancangan program / aktiviti tahunan 2013 En. Zul Haimy mencadangkan supaya mengadakan bengkel untuk guru. En. Faizal memberi cadangan agar memanggil JU dari Kinabatangan atau Dr. Hj. Suharpi dari PPD Lahad Datu. 5.2 En. Mustakim memberi cadangan agar wujudkan program aktiviti murid berasaskan sains dan ICT. En. Emran maklumkan bahawa program untuk peningkatan prestasi murid ikut yang sebelum ini pada tahun 2012. 5.3 En. Zainudin bertanya tentang perisian dari KPM samada ada diperoleh dan boleh digunakan bagi tujuan peningkatan profesionalisme guru. 5.4 En. Zul Haimy memaklumkan bahawa perisian PPSMI masih ada dan boleh digunakan oleh guru. En. Faizal mengesahkan bahawa perisian dari KPM yang terkini ada disediakan dalam internet. Merujuk kepada buku teks, ada dinyatakan laman web yang boleh diakses oleh murid untuk melayari internet bagi mendapatkan lebih maklumat untuk topik yang dipelajari. TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

6.0 6.1

Perlaksanaan PEKA / Ujian dan Peperiksaan En. Mustakim mohon cadangan dari semua guru sains bagaimana hendak membuat rekod PEKA dengan lebih baik. En. Emran menyatakan menggunakan cara sebelum ini iaitu penggunaan fail individu dan penskoran lengkap. En. Zainudin menyokong untuk terus menggunakan fail yang biasa dan tidak berubah kepada cara lain. En. Mustakim menyatakan dalam fail tersebut guru perlu sediakan lembaran kerja murid sebagai bukti dan pelaporan.

6.2

En. Zainudin maklumkan bahawa ketika membina soalan untuk ujian @ peperiksaan rujuk kepada JPU@JSU atau pun rujuk kepada buku. En. Zainudin juga mencadangkan agar panatia membuat agihan tugas membina soalan mengikut semester.

6.3

En. Faizal maklumkan bahawa murid tahap 1 (tahun 1,2,3) akan diberi penilaian mengikut band. En. Hilman menyatakan bahawa murid tahap 1 tetap ada ujian/peperiksaan seperti

tahap 2, tetapi penilaian dalam ujian/peperiksaan itu boleh digunakan untuk melengkapkan band dan evidens bagi murid tersebut dan pada tahun 2013 setiap guru tahap 1 akan memasukkan markah SPPBS (penilaian) sebanyak 4 kali (3 bulan sekali) di samping fail evidens diwujudkan. TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS 7.0 7.1 Hal-hal lain En. Zul Haimy memaklumkan bahawa slide powerpoint untuk sains tahun 4 masih ada dan boleh digunakan. 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 En. Azizul mohon kertas kerja 2M2S dapat dikongsi bersama beliau untuk persediaan 2013. En. Faizal menyatakan bahawa Tn. Hj. Suharpi seorang yang bagus untuk dipanggil bengkel. En. Nordin mohon untuk latihan bagi pengurusan dan perlaksanaan PEKA. En. Hilman menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan luar. Akan di urus jika ada. En. Zainudin memaklumkan bahawa dalam mesyuarat panatia, KP sebagai pengerusi dan kajian istilah untuk guru sains & matematik haruslah dilaksanakan segera. TINDAKAN : KETUA PANITIA Penutup Pengerusi menutup majlis dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.10 t/hari. Disediakan oleh,

MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN Ketua Panita Sains

Pencadang

:________________________

Disokong oleh :________________________

You might also like