You are on page 1of 28

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005

Set Soalan & Skema Pemarkahan :: Contoh Jawapan :: Masalah & Strategi :: Tips

MODUL JUJ 2005


FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL MULAI SPM 2004
1.0 PENGENALAN

Kertas ini mengandungi maklumat berhubung dengan format peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah menengah. Maklumat dalam kertas ini disusun untuk memaklumkan kepada pelaksana kurikulum tentang bagaimana pencapaian calon dalam mata pelajaran tersebut dinilai. Maklumat yang sedemikian dapat mambantu melahirkan persefahaman yang erat antara guru dan yang melaksanakan kurikulum ini serta penilai yang mengukur pencapaian murid. Persefahaman sedemikian sudah pasti akan meningkatkan lagi keberkesanan kurikulum ini dan meningkatkan kesahan pengukuran pencapaiannya. 2.0 MATLAMAT PENDIDIKAN MORAL

Program Pendidikan Moral Sekolah Menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. 3.0 OBJEKTIF MATAPELAJARAN ( OM )

OM1 - Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia. OM2 - Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkan.

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

OM3 - Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik. OM4 - Mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. OM5 - Mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

4.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN ( OP ) OP1 - Pengetahuan dan kefahaman tentang nilai-nilai berakhlak mulia. OP2 - Menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral OP3 - Berkomunikasi berasaskan nilai moral. OP4 - Membentuk keputusan dengan berasaskan nilai moral. OP5 - Menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral. OP6 - Menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia. OP7 - Menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar. OP8 - Beriltizam mengamalkan nilai-nilai yang murni.

Hasil daripada analisis perkara yang dinyatakan di atas. Elemen berikut akan diambil kira dalam pengukuran pencapaian calon dalam mata pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Menengah; Pengetahuan dan kefahaman. Kebolehan menganalisis. Kemahiran membanding dan membezakan. Kemahiran membuat keputusan. Kemahiran menyelesaikan masalah. Penghayatan sikap dan nilai murni.

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005

ATAS

5.0 FORMAT PENTAKSIRAN FORMAT PENDIDIKAN MORAL 1225 PERKARA Jenis Instrumen Jenis Item KERTAS 1 ( UJIAN BERTULIS ) Ujian Subjektif Bahagian A : Struktur Bahagian B : Esei Bahagian A : 8 soalan (Jawab semua) Bahagian B : 3 soalan (Pilih 2) KERTAS 2 ( KERJA KURSUS ) Kerja Kursus Laporan Sahsiah - Pemerhatian - Laporan Folio - Mengumpul maklumat kerja amal - Tugasan harian ( Pelaporan markah adalah berasaskan sekolah ) 7 hingga 9 bulan Penghayatan/Nilai Kemahiran

Bilangan Soalan

Jumlah markah

Bahagian A : 80 Bahagian B : 20 Jumlah = 100 2 1/2 jam Pengetahuan dan Kefahaman 32% Kemahiran 68% Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 4 dan 5

Tempoh ujian Wajaran Konstruk

Cakupan Konteks

Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 4 dan 5

Aras kesukaran Rendah -R Sederhana - S Tinggi -T R:S:T=5:3:2

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

5.1 KERTAS 1 Kertas ini dikhususkan untuk menguji daya pemikiran taakulan moral calon. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh 2 jam 30 minit. Kertas ini dibahagi kepada dua bahagian : Bahagian A : Bahagian ini khusus untuk menguji pengetahuan dan kefahaman serta keupayaan calon untuk menggunakan pemikiran yang rasional dan matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Bahagian ini mempunyai 8 soalan subjektif berstruktur. Bahagian B : Bahagian ini mempunyai 3 pilihan soalan esei khusus untuk menguji keupayaan calon untuk menggunakan pemikiran yang rasional dan matang dalam membuat pandangan atau pendapat. Ia juga menguji calon untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di dalam sesuatu situasi. 5.2 KERTAS 2 ( Kerja Kursus ) Bahagian ini mengukur penghayatan calon terhadap sikap dan nilai melalui Pendidikan Moral. 5.2.1. KONSEP KERJA KURSUS 1225/2 Pentaksiran melalui 2 elemen: SAHSIAH (PERLAKUAN ) Laporan terhadap penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi, membuat keputusan dan penyelesaian sesuatau perkara. ILTIZAM ( PENGAMALAN & PENGHAYATAN) Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal. Laporan daripada aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal dikompilasi dan didokumentasikan sebagai folio.

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

5.2.2. Rasional Merealisasikan penilaian format yang lebih tersusun dan bermatlamat Mentaksir pencapaian mata pelajaran pendidikan moral dengan lebih menyeluruh. Menberi pemupukan kepada calon ke arah keperibadian berakhlak mulia Memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan diri. 5.2.3 Pelaksanaan Pentaksiran di Peringkat Sekolah a) Laporan Sahsiah Berasaskan pemupukan dan penghayatan nilai yang berterusan b) Pentaksiran Sahsiah 3 Aspek Pemerhatiani) Perkembangan Diri (Kemahiran komunikasi) ii) Demokrasi ( Kemahiran Membuat Keputusan ) iii) Keamanan dan Keharmonian ( Kemahiran Menyelesaikan Masalah) 5.2.4 Pertimbangan Yang Perlu Diambilkira Pemerhatian secara tidak format Tidak semestinya serentak Pentaksiran secara berperingkat Bimbingan berterusan sehingga mengubah sahsiah murid

5.2.5 Pentaksiran Iltizam Mentaksir pengalaman, penghayatan dan penglibatan yang bersungguhsungguh dan penuh tanggungjawab dalam: a) Tugasan Harian b) Kerja Amal Kedua-dua bahagian ini dikumpul dalam satu dokumen ( folio ). 5.2.6 Contoh Contoh Soalan Tugasan Harian Ceritakan pengalaman penglibatan anda dalam kejohanan olahraga tahunan di sekolah Hari-hari Istimewa perlu diraikan di kalangan ahli keluarga Bincangkan pernyataan tersebut. Pencemaran alam sekitar seringkali dikaitkan dengan tindakan manusia. Jelaskan. Program kitar semula dan keberkesanan pelaksanaannya.

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

Program Khidmat Negara bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda di Malaysia. Bincangkan. Terangkan peranan pihak berikut dalam memberi perlindungan kepada kanak kanak - Kerajaan - Badan Bukan Kerajaan - Individu

5.2.7 Contoh Jawapan Pelajar Tajuk: Ceritakan pengalaman penglibatan anda dalam kejohanan olahraga tahunan di sekolah Rangka jawapan: 1. Pengenalan - bila diadakan - tempoh persediaan - rumah/pasukan - peranan- contoh: bendahari rumah sukan 2. Isi: - Persediaan sebelum kejohanan - penubuhan jawatankuasa rumah sukan - menghadiri sesi latihan - kesungguhan ahli pasukan berlatih - cabaran dalam melaksanakan tugas - Semasa kejohanan kemeriahan acara - Selepas kejohanan keputusan/pasukan menang 3. Penutup 5.2.8 Kerja Amal Wajib: 4 aktiviti ( 2 tahun) 1. Bidang Perkembangan diri ( 1 aktiviti) 2. Bidang Kekeluargaan ( 1 aktiviti) 3. Bidang Alam Sekitar ( 2 aktiviti) Syarat: 1. 2 aktiviti - Tingkatan 4 2. 2 aktiviti - Tingkatan 5 Contoh Aktiviti - Gotong Royong - Keceriaan - Beri Bimbingan - Bantuan

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

- Menyediakan Kemudahan - Membaikpulih- pearabut - Mengumpul Bahan Bacaan/Perpustakaan - Membuat Kerja Amal Aspek-aspek Aktiviti Kerja Amal Jangka masa- sesuai dengan aktiviti Kos dan Masa- Tidak membebankan keupayaan dan kemampuan pelajar Secara individu/Kumpulan Penyertaan Tidak Terhad ( minimum 4) Penilaian: Aspek penghayatan : Aspek nilai murni dan aspek kekerapan Contoh Penyediaan Kerja Amal Tajuk: Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah Penganjur: Persatuan Alam Sekitar SMK Astana, Kuantan Matlamat: Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar Objektif: 1. Pelajar menyedari kepentingan kebersihan alam sekitar 2. Pelajar memeupuk semangat kerjasama untuk menjaga alam sekitar 3. Menyokong usaha murni yang dijalankan oleh pihak sekolah Perjalanan Projek: Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan kerja. Gotong royong berjalan selama 2 jam. Taklimat agihan kawasan, gotong royong seterusnya perhimpunan, ucapan terima kasih. Peranan anda: Saya bersama dua pelajar lain telah ditempatkan untuk mencuci longkang depan pejabat sekolah. Peralatan yang digunakan seperti penyodok dan air Kesan Yang Diperoleh: Hasil aktiviti yang telah dijalankan menjadikan persekitaran sekolah saya lebih bersih. Kami dapat belajar dengan suasana yang selesa. Kami menjadi lebih bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah. Lampiran: - Gambar- gambar ( minima 4 keping) - Sijil penghargaan - Surat pengakuan

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

6.0 PELAKSANAAN Peperiksaan SPM( format baru ) ini telah dijalankan pada tahun 2004. 7.0 Topik-topik Popular Bagi mata pelajaran Pendidikan Moral tidak ada topik-topik yang penting. Pelajar perlu menguasai kesemua 36 nilai daripada 7 bidang pembelajaran. Nilai-nilai yang dikemukakan boleh merentasi bidang pembelajaran bergantung kepada situasi yang dikemukakan

8.0 Masalah Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Pelajar tidak dapat menguasai nilai-nilai moral dengan baik Sesetengah pelajar menganggap mata pelajaran Pendidikan Moral bukan mata pelajaran penting Pelajar kurang pengetahuan tentang isu-isu semasa Sesetengah pelajar kurang menguasai Bahasa Melayu Guru kurang berpengalaman mengajar Pendidikan Moral Guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Moral Setiap tahun guru bertukar ganti mengajar Pendidikan Moral Kebanyakan guru yang mengajar Pendidikan Moral adalah pentadbir sekolah bagi memenuhi jadual waktu sahaja. Kekurangan bahan sumber rujukan. Wujudnya kekurangan kelas untuk pelajar Pendidikan Moral sehingga ada yang belajar di kantin. 9.0 Strategi Pelaksanaan Pelajar perlu menguasai nilai-nilai moral dengan baik Wujudkan Klinik Bahasa Wujudkan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan Mendedahkan guru-guru baru mengajar dengan teknik menjawab soalan Pihak pentadbir memastikan guru mengajar Pendidikan Moral tidak bertukarganti setiap tahun Guru cemerlang membimbing guru-guru yang kurang berpengalaman Wujudkan suasana belajar yang kondusif Wujudkan Bank Soalan peringkat daerah.

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

10.0 Cadangan Bagi Guru-guru 1. Guru-guru dinasihatkan agar menggunakan buku teks yang merupakan sumber utama yang dimiliki oleh semua pelajar 2. Penekanan juga harus diberikan terhadap isu-isu semasa agar dapat meluaskan pandangan pelajar. 3. Guru-guru juga harus menekankan tentang aspek-aspek yang menguji kemahiran seperti langkah mengatasi masalah, ciri-ciri, faedah atau kepentingan program disamping nilai kerana mulai tahun 2004 aspek-aspek kemahiran diberi penekanan daripada 40% sebelum ini kepada 68% 4. Guru-guru juga disarankan agar membimbing para pelajar menguasai kesemua nilai serta maksudnya daripada kesemua 7 bidang pembelajaran.

11.0 Cadangan bagi Pelajar 1. Bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, para pelajar perlu menguasai 36 nilai dan maksudnya 2. Para pelajar harus tahu mengaplikasikannya dalam jawapan mereka 3. Pelajar perlu mahir menguasai nilai-nilai supaya dapat mengaitkannya bagi soalan yang memerlukan beberapa nilai yang saling berkait. 4. Masa yang diperuntukkan harus dimanfaat sepenuhnya dengan melakukan pembahagian yang bijak agar pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan. 5. Para pelajar dinasihatkan agar membuat banyak latihan menulis. 6. Para pelajar juga dinasihatkan supaya isu-isu semasa diberi perhatian dan pelajar sendiri cuba mengaitkan dengan nilai-nilai moral yang berkaitan.

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

SOALAN LATIHTUBI SOALAN STRUKTUR SPM 2005

1. Seorang Pengarah Urusan Syarikat Pengutip Hutang telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas tuduhan melakukan pecah amanah yang membabitkan RM 128, 263 wang milik syarikat pengeluar ink computer. Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat serta didenda jika sabit kesalahannya. a) Nyatakan TIGA nilai yang patut diamalkan oleh pengarah syarikat di atas? (3 markah) b) Berikan maksud salah satu nilai di (a). ................................................................... . (2 markah) c) Nyatakan TIGA implikasi terhadap negara ,jika pegawai kerajaan tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka. (3 markah)

10

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

2.

PERAJURIT TANAH AIR Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi, Sebelum kita berjaya, Jangan harap kami pulang, Inilah sumpah pendeka kita, Menuju medan bakti, Andai kata kami gugur semua, Taburlah bunga di atas pusara, Kami mohon doa, Malaysia berjaya, Semboyan telah berbunyi, Menuju medan bakti.

Pencipta lagu dansenikata; Surya Buana . a) Jelaskan Dua nilai yang terkandung dalam senikata lagu di atas? (4 markah) b) Selain berjuang di medan perang, nyatakan Empat cara lain untuk Menunjukkan kita taat setia kepada negara. (4 markah) 11

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

c) Nyatakan DUA usaha kerajaan untuk mengekalkan keselamatan negara. (2 markah)

3. Anak merupakan amanah Tuhan kepada ibu bapa. Justeru itu, anak-anak sepatutnya disayangi, dilindungi dan dijaga dengan sempurna. Namun begitu, dewasa ini kita dapati pelbagai jenis penganiayaan dilakukan terhadap kanak-kanak seperti jumlah buruh meningkat, kanak-kanak tidak diberi peluang bersekolah, penderaan fizikal kanak-kanak dan semakin banyak kanak-kanak mengalami tekanan emosi. a) Jelaskan DUA nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat bagi mengelakkan penganiayaan terhadap kanak-kanak. (4 markah)

b) Nyatakan Dua kepentingan mengapa kita perlu melindungi kanakkanak. (2 markah)

12

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005

ATAS

c) Menurut Deklarasi Hak Asasi 20 November 1989, Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu telah menggariskan beberapa hak kanakkanak yang perlu dilindungi untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka. Nyatakan Dua hak kanak-kanak tersebut. (2 markah) d) Berikan DUA usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani kes penganiayaan kanak-kanak? ( 2markah)

4. Mulai tahun 2005, Lembaga Hasil Dalam Negeri mewajibkan rakyat Malaysia membuat taksiran sendiri untuk cukai pendapatan. a) Jelaskan satu nilai yang ingin diterapkan kepada orang ramai melalui langkah tersebut. (2 markah)

13

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

b) Nyatakan dua jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan selain daripada cukai pendapatan. (2 markah) c) Berikan dua kepentingan cukai kepada Negara. (2 markah)

d) Jelaskan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh individu yang lari daripada tanggungjawab membayar cukai pendapatan. (4 markah)

14

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

SOALAN ESEI SPM 2005


1. Memandangkan bilangan kes Skim Cepat Kaya yang dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semakin meningkat. KPDNEP telah melancarkan kempen menangani Skim Cepat Kaya untuk mengatasi masalah tersebut. Bincangkan peranan yang patut dimainkan oleh orang ramai untuk membendung dan menjayakan kempen tersebut.


(10 markah)

15

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

SKEMA PEMARKAHAN SOALAN LATIHTUBI SOALAN STRUKTUR SPM 2005 SOALAN NILAI M PENERANGAN 1m 1. a Amanah Bertanggungjawab 1m Mematuhi peraturan 1m dan undang-undang Sikap bertanggungjawab yang 1. b Amanah boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta Mematuhi peraturan kewajipan dengan sempurna. dan undang-undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

2m

2m

2m

1.c

Imej Negara terjejas. Rakyat hilang kepercayaan terhadap Negara. Projek-projek kerajaan tidak berjalan lancar. Sektor ekonomi terjejas. Pelabur-pelabur asing tidak akan melabur di Negara kita. Berlakunya kebocoran rahsiarahsia sulit kerajaan. Max 3m Dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jujur dan ikhlas kepada diri, keluarga dan masyarakat. Mendapat kepercayaan daripada rakan-rakan, guruguru untuk melaksanakan 16

1m 1m 1m 1m 1m 1m

1.d

1m 1m 1m

1m

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005

sesuatu tugas. Menjaga nama baik keluarga dan Negara. Max 2m

SOALAN NILAI 2.a Sangup berkorban untuk negara Bertanggungjawab Cinta akan Negara Taat setia kepada raja dan negara

M 1m 1m 1m 1m

PENERANGAN Sanggup bergadai nyawa untuk berbakti kepada Negara. Memikul tugas mempertahankan Negara. Meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri. Berkorban untuk Negara demi kesetiaan kepada Negara. Max 4m Menjaga imej Negara. Menyokong dasar-dasar kerajaan. Mengibarkan jalur gemilang Menghayati perjuangan tokoh-tokoh Negara. Mana-mana jawapan munasabah diterima Max 4m Menjalin hubungan baik dengan Negara luar. Membanteras anasir subbersif. Mengekalkan perpaduan. Mengetatkan undang-undang. Menguatkuasakan undangundang. Menggubalkan akta-akta. M 1m 1m 1m 1m

2.b

1m 1m 1m 1m

2.c

1m 1m 1m 1m

17

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

SOALAN NILAI 3.a Melindungi hak kanak-kanak

Kasih sayang

Mematuhi peraturan dan undang-undang Harga diri

PENERANGAN M 1m Memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Memelihara kanak-kanak dengan baik 1m Sayangi kanak-kanak Peka/ambil berat terhadap kanak-kanak. 1m Mematuhi undang-undang kerana menganiayai kanakkanak merupakan satu 1m kesalahan. Menjaga maruah diri daripada melakukan penganiayaan yang menjatuhkan imej diri Max 4 m

M 1m 1m 1m 1m 1m

1m

3.b

Mereka adalah pewaris/asset Negara. Mereka berhak mengecapi hidup selamat dan bahagia seperti orang biasa. Mereka adalah golongan yang tidak berdosa. Max 2m Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi dan diskrimanasi. Menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi. Mempunyai nama dan kewarnegaraan. Makanan yang cukup, keselamatan social, tempat kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan. Mendapat kasih saying ibu bapa, jagaan dan perlindungan. Mendapat peluang dan 18

1m 1m

1m

3.c

1m

1m 1m 1m

1m 1m

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005

kemudahan istimewa. Max 2m 3.d Mengetatkan undang-undang. Kempen-kempen kesedaran Mewujudkan khidmat TELEDERA Penggubalan akta Ceramah-ceramah. Mana-mana jawapan munasabah diterima. Max 2m 1m 1m 1m 1m 1m

SOALAN NILAI 4.a berdikari

PENERANGAN M 1m Tidak bergantung kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membuat taksiran cukai. Cukai jalan Cukai perkhidmatan Cukai import Cukai eksport Cukai pintu Cukai eksais Max 2m Sumber pendapatan Negara Untuk pembangunan Negara Untuk membayar hutang Negara Max 2m Mana-mana jawapan yang munasabah diterima.

M 1m

4.b

1m 1m 1m 1m 1m 1m

4.c

1m 1m 1m

4.d

Mematuhi peraturan dan undang-undang bertanggungjawab

1m 1m Menerima dan mematuhi undang-undang yang mewajibkan pembayaran cukai. 1m Melaksanakan kewajipan 1m membayar cukai.

19

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

SKEMA PEMARKAHAN SOALAN ESEI SPM 2005


SOALAN NILAI 1. Kederhanaan M PENERANGAN 1m -tidak keterlaluan dalam mencari untung. -tidak tamak dengan wang/ingin menjadi kaya dengan cara mudah. -menyimpan wang dalam bank/saham yang dijamin. 1m -boleh berfikir dan tidak bertindak mengikut perasaan. - mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar/bukti yang nyata. - tidak terpengaruh dengan skim cepat kaya. - meneliti perjanjian dan menyelidik latar belakang syarikat dan 1m orang yang terlibat. -mematuhi undangundang kerana melibatkan diri dalam skim cepat kaya merupakan satu kesalahan. - menerima undangundang bahawa skim cepat kaya tidak diiktiraf oleh kerajaan. M 1+1 1+1

1+1

Rasional

1+1

1+1

1+1 1+1

Mematuhi peraturan dan undang-undang

1+1

1+1

20

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

CONTOH JAWAPAN PELAJAR CEMERLANG SOALAN LATIHTUBI SOALAN STRUKTUR SPM 2005
4. Seorang Pengarah Urusan Syarikat Pengutip Hutang telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas tuduhan melakukan pecah amanah yang membabitkan RM 128, 263 wang milik syarikat pengeluar ink computer. Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat serta didenda jika sabit kesalahannya. a. Nyatakan TIGA nilai yang patut diamalkan oleh pengarah syarikat di atas? Pengarah tersebut perlu mengamalkan nilai amanah, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan dan undangundang. (3 markah) b. Berikan maksud salah satu nilai di (a). Memikul dan melaksanakan tugas dengan sempurna. (2 markah) c. Nyatakan TIGA implikasi terhadap negara ,jika pegawai kerajaan tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka. Implikasi-implikasi tersebut ialah imej Negara akan terjejas di mata dunia, ekonomi Negara akan merosot kerana pelabur takut untuk melabur dan kebanyakan projek pembangunan tidak dapat dijalankan. (3 markah) d. Sebagai seorang pelajar, berikan DUA kepentingan amalan amanah kepada diri anda. Kepentingan nilai amanah ialah saya akan dipercayai oleh guru,rakan-rakan dan ibubapa. Selain itudengan mengamalkan nilai amanah saya juga dapat menjaga imej keluarga saya. 21

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

(2 markah)

2.

PERAJURIT TANAH AIR Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi, Sebelum kita berjaya, Jangan harap kami pulang, Inilah sumpah pendeka kita, Menuju medan bakti, Andai kata kami gugur semua, Taburlah bunga di atas pusara, Kami mohon doa, Malaysia berjaya, Semboyan telah berbunyi, Menuju medan bakti.

Pencipta lagu dansenikata; Surya Buana . a) Jelaskan Dua nilai yang terkandung dalam senikata lagu di atas? Nilai-nilai yang terkandung ialah sanggup berkorban untuk Negara. Para perajurit sanggup berbakti demi Negara sehingga sanggup menyerahkan nyawa untuk Negara. Mereka juga cinta akan Negara kerana mereka bangga, sayang dan meletakkan kepentingan Negara melebehi kepentingan diri. (4 markah)

22

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

b) Selain berjuang di medan perang, nyatakan Empat cara lain untuk Menunjukkan kita taat setia kepada negara. Cara-cara lain ialah tidak memburuk-burukkan nama Negara, mengibarkan jalur gemilang, menghayati perjuangan tokohtokoh Negara dan sentiasa menyokong dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kebaikan kita. (4 markah) c) Nyatakan DUA usaha kerajaan untuk mengekalkan keselamatan negara. Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan ialah mengubal akta-akta yang dapat memenjarakan mereka yang mengancam keselamatan Negara tanpa dibicarakan seperti ISA. Selain itu, kerajaan juga melakukan pelbagai usaha untuk mengekalkan perpaduan antara kaum yang dikagumi oleh masyarakat luar. (2 markah)

3. Anak merupakan amanah Tuhan kepada ibu bapa. Justeru itu, anak-anak sepatutnya disayangi, dilindungi dan dijaga dengan sempurna. Namun begitu, dewasa ini kita dapati pelbagai jenis penganiayaan dilakukan terhadap kanak-kanak seperti jumlah buruh meningkat, kanak-kanak tidak diberi peluang bersekolah, penderaan fizikal kanak-kanak dan semakin banyak kanak-kanak mengalami tekanan emosi. a) Jelaskan DUA nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat bagi mengelakkan penganiayaan terhadap kanak-kanak. Nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah mematuhi peraturan dan undang-undang. Masyarakat harus sedar bahawa penganiyaan terhadap kanak-kanak adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang. Masyarakat harus melindungi hak kanak-kanak. Masyarakat harus membela,memberi naungan dan memlihara hak kanak-kanak agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sempurna. (4 markah) 23

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

b) Nyatakan Dua kepentingan mengapa kita perlu melindungi kanakkanak. Dua kepentingan adalah supaya kanak-kanak dapat membesar dengan baik dan bebas darpada tekanan jiwa , kecederaan fizikal atau terbiar. (2 markah) d) Menurut Deklarasi Hak Asasi 20 November 1989, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menggariskan beberapa hak kanak-kanak yang perlu dilindungi untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka. Nyatakan Dua hak kanak-kanak tersebut. Dua hak kanak-kanak tersebut adalah mendapat perlindungan daripada kezaliman, mendapat kasih sayang dan jagaan ibu bapa. (2 markah)

e) Apakah DUA usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani kes penganiayaan kanak-kanak? Dua usaha kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pihak yang melakukan penganiyaan terhadap kanak-kanak, melancarkan kempen masyarakat penyayang untuk memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan menyayangi dan melindungi hak kanak-kanak. ( 2 markah )

24

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

4. Mulai tahun 2005, Lembaga Hasil Dalam Negeri mewajibkan rakyat Malaysia membuat taksiran sendiri untuk cukai pendapatan. a) Jelaskan satu nilai yang ingin diterapkan kepada orang ramai melalui langkah tersebut. Satu nilai yang diterapkan adalah berdikari. Orang ramai dilatih untuk mentaksir sendiri cukai pendapatannya tanpa bergantung kepada pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri. (2 markah)

b) Nyatakan dua jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan selain daripada cukai pendapatan. Dua jenis cukai yang dikenakan adalah cukai jalan, cukai import, cukai pintu dan cukai eksais. (2 markah) c) Berikan dua kepentingan cukai kepada Negara. Kepentingan cukai kepada Negara sebagai sumber pendapatan Negara dan untuk pembangunan Negara. (2 markah) d) Jelaskan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh individu yang lari daripada tanggungjawab membayar cukai pendapatan. Individu tersebut harus mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima dan mematuhi undang-undang yang mewajibkan pembayaran cukai. Selain itu, individu tersebut harus bertanggungjawab. Mereka harus melaksanakan kewajipan sebagai rakyat untuk membayar cukai pada setiap tahun. (4 markah)

25

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

SOALAN ESEI SPM 2005


2. Memandangkan bilangan kes Skim Cepat Kaya yang dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semakin meningkat. KPDNEP telah melancarkan kempen menangani Skim Cepat Kaya untuk mengatasi masalah tersebut. Bincangkan peranan yang patut dimainkan oleh orang ramai untuk membendung dan menjayakan kempen tersebut.

Orang ramai harus mengamalkan nilai rasional,kesederhanaan dan mematuhi peraturan dan undangundangundang. Mereka mestilah berfikir secara wajar sama ada skim ini terjamindan selamat untuk dilabur. Orang ramai harus mengambil tindakan yang wajar kerana perbuatan merekabukan sahaja merugikan mereka malah salah di sisi undang-undang. Mereka juga harus menerima dan mematuhi undangundang-undang kerana skim ini tidak diiktirafoleh kerajaan. undangOleh itu mereka yang melabur dalam skim ini melakukan satu satu kesalahan kerana skim ini salah di sisi undang-undang. Oleh undangyang demikian mereka haruslah menerima kenyataan bahawa mereka mungkin tidak akan mendapatkan pulangan yang tinggi menerusi skim ini kerana mereka melaburkan wang mereka di tempat yang salah di sisi undang-undang Orang undangramai juga perlu tidak keterlaluan dalam tindakan mereka. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri kerana sikap tamak yang menantikan pulangan yang lumayan adalah tindakan yang keterlaluan. Mereka harus melabur di tempat yang selamat dan terjamin kerana pulangan yang mereka terima walaupun sedikit adalah kekal dan tiada unsur penipuan.
(10 markah) 26

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

STRATEGI MENJAWAB SOALAN UNTUK PELAJAR BERDASARKAN KATA TUGAS DALAM SOALAN

ARAS Rendah

KATA TUGAS
Nyatakan Berikan Senaraikan

STRATEGI MENJAWAB SOALAN Fakta

Sederhana

Jelaskan Terangkan Huraikan

Fakta + Penerangan

Tinggi

Fakta + Penerangan + Contoh

TIP-TIP PEPERIKSAAN
1. Apabila berada di dalam dewan peperiksaan, perkara yang pertama dilakukan ialah menulis semua 36 nilai-nilai moral pada belakang kertas soalan ( tempat kosong ). Ini akan memudahkan pelajar merujuk kepada nilai di sepanjang masa peperiksaan. 2. Pengurusan masa. Cadangan masa untuk soalan struktur ialah 10 minit dan soalan esei ialah 30 minit. 3. Gariskan setiap nilai untuk memastikan berapa jumlah nilai yang diperlukan. 4. Sekiranya soalan memerlukan contoh, tulis perkataan contohnya pada permulaan ayat untuk contoh. 5. Pastikan anda memberi fakta mengikut kehendak soalan. 6. Pastikan anda menjawab soalan menggunakan ayt yang lengkap, bukan dalam bentuk point .

27

PENDIDIKAN MORAL PROJEK JAWAB UNTUK JAYA PAHANG 2005


ATAS

KAEDAH-KAEDAH BIMBINGAN KEPADA GURU DAN PELAJAR


Pelajar perlu menguasai nilai-nilai moral dengan baik Wujudkan Klinik Bahasa Wujudkan Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan Mendedahkan guru-guru baru mengajar dengan teknik menjawab soalan Pihak pentadbir memastikan guru mengajar Pendidikan Moral tidak bertukarganti setiap tahun Guru cemerlang membimbing guru-guru yang kurang berpengalaman Wujudkan suasana belajar yang kondusif Wujudkan Bank Soalan peringkat daerah. Cadangan Bagi Guru-guru 1. Guru-guru dinasihatkan agar menggunakan buku teks yang merupakan sumber utama yang dimiliki oleh semua pelajar 2. Penekanan juga harus diberikan terhadap isu-isu semasa agar dapat meluaskan pandangan pelajar. 3. Guru-guru juga harus menekankan tentang aspek-aspek yang menguji kemahiran seperti langkah mengatasi masalah, ciri-ciri, faedah atau kepentingan program disamping nilai kerana mulai tahun 2004 aspek-aspek kemahiran diberi penekanan daripada 40% sebelum ini kepada 68% 4. Guru-guru juga disarankan agar membimbing para pelajar menguasai kesemua nilai serta maksudnya daripada kesemua 7 bidang pembelajaran. Cadangan bagi Pelajar 1. Bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, para pelajar perlu menguasai 36 nilai dan maksudnya 2. Para pelajar harus tahu mengaplikasikannya dalam jawapan mereka 3. Pelajar perlu mahir menguasai nilai-nilai supaya dapat mengaitkannya bagi soalan yang memerlukan beberapa nilai yang saling berkait. 4. Masa yang diperuntukkan harus dimanfaat sepenuhnya dengan melakukan pembahagian yang bijak agar pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan. 5. Para pelajar dinasihatkan agar membuat banyak latihan menulis. 6. Para pelajar juga dinasihatkan supaya isu-isu semasa diberi perhatian dan pelajar sendiri cuba mengaitkan dengan nilai-nilai moral yang berkaitan. 28

You might also like