You are on page 1of 47

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

EKONOMI DASAR SOSIAL
(EEEX3103)

Nama Pensyarah:

DR. DORIS PADMINI SELVARATNAM

Tajuk Dikaji:

Pendidikan Orang Asli

Nama Ahli Kumpulan Knowledge :
Toh Kit Siang A113001
Chong Weng Kiat A111777
Mohd Khairi Awang A93223
Lai Siew Yee A113163
Chan Mei Yong A111963
Foong Yan Wei A112800
Chua Siew May A110465
Tan Pooi Lai A113114
Teng Li Ying A112969
Gooi Lay San A112199
Yip Lai Lai A112480
ISI KANDUNGAN
Butiran Muka Surat
Muka depan 1

Isi kandungan 2

1.1 Pengenalan 3-4

1.2 Pemasalahan Kajian 4-5

1.3Objektif kajian 5

1.4 Kepentingan Kajian 5-6

1.5 Skop Kajian 7

2.1 Latar Belakang Orang Asli 8-11

2.2 Kajian Lepas 12-14

2.3 Sistem Pendidikan Orang Asli Di Malaysia 15-21

3.1 Metodologi Kajian 22-23

4.1 Latar belakang Responden 24-34

5.1 Rumusan Kajian 35-37

5.2 Implikasi Dasar 38-39

5.3 Cadangan-cadangan 40-41

6.1 Rujukan 42

6.2 Artikel 43-47

6.3 Rujukan CD 48

6.4 Contoh Borang Bantuan Kewangan Orang Asli 49-54

2
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Orang Asli dianggap sebagai kelompok minoriti di negara Malaysia. Bilangan mereka yang kecil
menyebabkan kedudukan dan kepentingan mereka dalam politik negara mudah dipinggirkan.
Selain itu, kelompok minoriti ini dilihat sebagai berbeza daripada kelompok majoriti kerana
diandaikan mereka mempunyai kelainan dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan tingkah laku.
Mereka dilayan dan dikawal secara negatif oleh kelompok majoriti. Oleh sebab itu, mereka terus
menjadi terpinggir daripada masyarakat aliran perdana. Dasar-dasar yang dapat meningkatkan
taraf hidup Orang Asli perlu dilaksanakan supaya jurang di antara kelompok majoriti dan
kelompok minoriti dapat dirapatkan.

Pada 31 Julai 2008, pensyarah kursus EX3103 Ekonomi Dasar Sosial dan EX2333
Analisis Sosial dan Politik dalam Pembangunan iaitu Dr. Doris Padmini Selvaratnam telah
menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke perkampungan Orang Asli di Semenyih, Selangor.
Terdapat 38 buah rumah yang terletak di kampung tersebut. Pelajar-pelajar telah membuat satu
kajian mengenai sosioekonomi yang berkait dengan Orang Asli dari segi pendidikan, kesihatan,
kemudahan asas dan sebagainya. Melalui lawatan tersebut, pelajar-pelajar diberi peluang untuk
mengetahui keadaan dan kehidupan Orang Asli yang sedia ada serta dapat memerhatikan adakah
dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat meningkatkan taraf kehidupan dan keadaan
Orang Asli yang sedia ada.

Pada pukul 8.00 pagi, pelajar-pelajar bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia
( UKM ) ke Semenyih. Kami sampai ke kampung Orang Asli pada pukul 9.00 pagi. Selepas
taklimat yang ringkas, pelajar-pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk menjalankan
kajian. Pembahagian kumpulan adalah mengikut tajuk laporan lawatan seperti pendidikan,
kesihatan, kebajikan, perumahan Orang Asli.

3
Setiap kumpulan diberi peluang untuk melawat rumah Orang Asli dan melakukan temu
duga dengan penghuni-penghuni. Kami dapat memerhatikan mereka tinggal dalam satu ruang
yang kecil dan tempat tinggal mereka tidak ditawarkan dengan bekalan air. Selain itu, mereka
menanam pelbagai jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah untuk menambah
hasil mereka melalui penjualan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Setiap penghuni telah
menerima satu hadiah yang mengandungi buku, makanan dan minuman sebelum temu duga.
Kajian tersebut dijalankan secara lancar dengan bekerjasama pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli ( JHEOA ), pensyarah, pelajar dan penghuni.

Pada pukul 12:30 petang, kami telah meninggalkan kampung Orang Asli di Semenyih.
Sepanjang temu duga dijalankan, didapati bahawa mereka mempunyai harapan terhadap bantuan
kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, dasar-dasar yang dapat meningkatkan taraf kehidupan Orang
Asli amat diperlukan.

1.2 PEMASALAHAN KAJIAN

Pendidikan adalah satu proses pembelajaran yang dilalui oleh seseorang bagi meningkatkan
pengetahuan melalui perkembangan dan penyuburan pemikiran. Pendidikan boleh didefinisikan
sebagai aluran menyebarkan tradisi budaya, nilai dan ilmu pengetahuan sama ada secara formal
atau tidak formal kepada masyarakat supaya menjadikan ahli masyarakat berpendidikan dan
berpengetahuan.

Dalam konteks masyarakat yang kompleks seperti Malaysia, pendidikan dapat menjadi
mekanisme penyama dan ini akan dapat membantu mempercepatkan proses integrasi Orang Asli
ke dalam masyarakat aliran perdana. Demikian pentingnya pendidikan kepada pembangunan di
Malaysia amnya dan kepada komuniti Orang Asli khasnya.

Malangnya sehingga kini pencapaian Orang Asli dalam bidang pendidikan masih terlalu
rendah jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang lain. Keadaan ini disebabkan
oleh kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang ASLI (JHEOA) mempunyai

4
kekurangan dan kelemahan berbanding dengan Kementerian Pendidikan. Antaranya, Sekolah
Rendah JHEOA hanya adalah bangunan yang daif, serta tanpa kelengkapan yang sempurna
berbanding Sekolah Rendah yang ditadbirkan oleh Kementerian Pendidikan. Perkakasan di
dalam bilik darjah juga umumnya sangat rendah kualiti untuk pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, asrama yang disediakan oleh JHEOA untuk menempatkan pelajar-pelajar Orang Asli
juga tidak mempunyai kemudahan sebaik kemudahan yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan. Kelengkapan tempat tidur, tempat makan, tempat mengulangkaji dan tempat
bersukan juga tidak selesa berbanding kelengkapan yang disediakan di asrama sekolah
Kementerian Pendidikan. Kualiti makanan yang disediakan juga berbeza dengan kualiti makanan
yang terdapat di asrama sekolah Kementerian Pendidikan. Kurangnya keselesaan yang dinikmati
oleh pelajar Orang Asli serta kegagalan mereka menghayati matlamat pendidikan adalah antara
sebab yang tidak mendorong mereka untuk meneruskan persekolahan dan ini menjadikan
keciciran satu fenomena yang membimbangkan dalam pendidikan Orang Asli.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti keadaan pendidikan Orang Asli.
ii. Mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan keadaan
pendidikan Orang Asli.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan kemudahan pendidikan kepada Orang Asli. Matlamat JHEOA yang lebih utama
adalah melindungi komuniti Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka. Selain itu, peranan
bahagian pendidikan JHEOA adalah bertanggungjawab memperbaiki perkhidmatan pendidikan
dan kemudahan persekolahan Orang Asli yang ditadbirnya. Di samping itu, mereka juga
berperanan mewujudkan hubungan dengan Kementerian Pendidikan dan institusi pengajian
tinggi untuk membantu anak-anak Orang Asli mendapat pendidikan pada peringkat yang lebih
tinggi.

5
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh JHEOA untuk mempertingkatkan tahap
pendidikan Orang Asli seperti menyediakan sekolah-sekolah pada pelbagai peringkat
persekolahan, menyediakan bangunan dan kelengkapan sekolah, menyediakan asrama serta
menyediakan tenaga pengajar serta mengadakan program-program untuk meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan masyarakat Orang Asli mengenai hak kanak-kanak terhadap
pendidikan, meningkatkan kesedaran tanggungjawab ibu bapa masyarakat Orang Asli untuk
memastikan anak mereka hadir ke sekolah dan tidak tercicir dari persekolahan serta
mendapatkan input dan pandangan daripada ibu bapa Orang Asli tentang corak pendidikan yang
sesuai untuk anak mereka selaras dengan latar belakang budaya dan cara hidup Orang Asli.

Malangnya melalui satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) masih menunjukkan hampir 50 peratus pelajar Orang Asli berhenti sekolah
selepas tahun enam manakala sebahagian lagi sebelum peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Ketua Kampung (Mahat) Orang Asli menyatakan bahawa masalah pendidikan timbul
dalam kalangan Orang Asli kerana ikatan kekeluargaan yang cukup akrab. ``Anak-anak enggan
tinggal berjauhan dengan keluarga,'' katanya. Sebahagian yang lain, katanya telah dikahwinkan
dalam usia yang terlalu muda, seawal usia 14 dan 15 tahun. Hal ini menyebabkan satu keluarga
Orang Asli mempunyai anak yang ramai apabila pasangan itu mencapai satu tahap umur tertentu,
kata . Selain itu, beliau menyatakan bahawa ramai anak Orang Asli tidak melanjutkan pelajaran
ke sekolah menengah, kerana segelintir mereka tidak tahu pun akan kewujudan institusi
pendidikan bernama sekolah menengah, mereka berfikir sistem pendidikan di Malaysia setakat
sekolah rendah sahaja. Manakala segelintir mereka tidak tahu saluran yang betul untuk
memohon, apa lagi hendak mengisi borang permohonan. Situasi ini membuktikan usaha-usaha
yang dilaksanakan oleh JHEOA masih wujud kelemahan.

1.5 SKOP KAJIAN

6
Kajian ini tertumpu kepada sosioekonomi Orang Asli di kampung Semenyih, Selangor. Kajian
ini melibatkan 40 orang penghuni sebagai responden yang terdiri daripada pelbagai jenis suku
kaum, agama, status dan sebagainya.

BAB II

7
LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1 LATAR BELAKANG ORANG ASLI

Orang Asli merupakan penduduk asal sesebuah negara. Undang-Undang 1939 mendefinisikan
Orang Asli sebagai seseorang yang kedua orang tuanya merupakan anggota suatu suku asli dan
atau keturunan melalui garis lelaki orang-orang semacam ini (169). Sejurus selepas itu yakni
pada tahun 1954 terbentuk pula satu lagi undang-undang yang berkaitan dengan Orang Asli iaitu
Ordinan Orang-Orang Asli( Aboriginal People’s Ordinance).

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, definisi Orang Asli ialah mana-
mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup
Orang Asli dan egar dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui
lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa
budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap
bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan egar dan kepercayaan Orang
Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan
seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap
bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan egar dan kepercayaan Orang
Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh
kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia
masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli

8
tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia
mengamalkan agama itu.

Walau bagaimanapun istilah Orang Asli ini sebenarnya banyak menimbulkan kontervesi.
Orang ramai secara umumnya akan mengaitkan Orang Asli sebagai orang yang tinggal di hutan
dan tidak mempunyai agama. Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu,
Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa. Bagi
kaum Negrito, terdapat Orang Kensiu, Orang Kintak, Orang Lanoh, Orang Jahai, Orang
Mendriq, Orang Bateq. Bagi kaum Senoi, terdapat Orang Temiar, Orang Semai, Orang Semoq
Beri, Orang Jah Hut, Orang Mahmeri, Orang Che Wong. Bagi kaum Proto-Melayu pula, terdapat
Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Orang Jakun, Orang Semelai dan Orang Temuan.
Kaum Orang Asli yang berbeza mempunyai budaya, bahasa dan cara hidupyang berbeza.

Catatan sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli merupakan manusia
pertama menduduki negara ini. Mengikut beberapa teori sejarah, kumpulan manusia yang
pertama sampai ke negara ini adalah kumpulan suku Negrito. Kumpulan manusia pertama ini
dipercayai telah sampai ke sini kira-kira 25000 tahun yang lalu. Diikuti kemudiannya oleh
kumpulan orang Senoi yang telah sampai ke sini sekitar 6000-8000 tahun yang lalu dan barulah
kumpulan Melayu Asli yang sampai ke sini sekitar 4000 tahun kemudian. Umumnya terdapat
dua kenyataan yang mengisahkan bagaimana Orang Asli ini boleh menetap di hutan. Dari segi
teori pensejarahan dikenalpasti bahawa kedatangan kumpulan baru yang dikenali sebagai Melayu
Deurto telah menyebabkan kumpulan manusia pertama ini lari ke hutan dan menetap di hutan
tersebut hinggalah ke hariini.

Populasi Orang Asli bertumbuh dari 54033 orang pada tahun 1969 kepada 92529 orang
pada tahun 1994 pada kadar hampir 2.3% setiap tahun ( Lim 1997). Hasil daripada Banci
Penduduk JHEOA tahun 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika itu ialah seramai
149,723 orang. Kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Untuk membangunkan
masyarakat Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah ditubuhkan pada tahun
1954 dengan diberikan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan oarang Asli atas sebab-sebab
keselamatan. Pada masa tersebut dianggarkan seramai 20 000 Orang Asli dianggap sebagai

9
terpenggaruh dengan Parti Komunis Malaya(PKM). Kemasukan Orang Asli ini dalam PKM
adalah suatu yang amat berbahaya dan perlu ditanggani segera. Justeru itulah JHEOA ditubuhkan
dengan tujuan untuk menarik balik Orang Asli yang terlibat dengan PKM ke pangkal jalan dan
seterusnya memihak kepada kerajaan yang memrintah pada masa itu. Di samping itu tugas
JHEOA juga ialah untuk memberikan perlindungan kepada masyarakat Orang Asli daripada
diperalatkan oleh PKM pada masa itu. Akhirnya apabila PKM meletakan senjata pada hujung
tahun1989, Orang Asli bebas daripada ancaman tersebut namun tetap berada di bawah selain
JHEOA. Dalam usaha untuk merencanakan pembangunan Orang Asli, JHEOA sentiasa
berpandukan kepada dua garis panduan iaitu AKTA 134 dan Akta Orang Asli 1954 (disemak
1974).

Antara program yang telah dilaksanakan oleh JHEOA bagi membantu membangunkan
masyarakat ini ialah Program Pembangunan Ekonomi. Program ini merupakan satu program
yang bertujuan meningkatkan pendapatan Orang Asli dari tahap kemiskinan kepada tahap di atas
paras kemiskinan. Antara aktiviti dalam program ini ialah aktiviti pembangunan tanah, perusahan
dan industri kecil, pembelian jentera pertanian, ternakan, perikanan dan bimbingan usahawan. Di
bawah aktiviti pembangunan tanah, tanah-tanah Orang Asli dimajukan dengan tanaman komersil
sepert getah, kelapa sawit dan sebagainya. Di samping itu dilaksankan juga tanaman kontan yang
mana subsidi diberikan kepada mereka yang mengusahakannya. Dalam aktiviti ternakan dan
perikanan pula, Orang Asli telah diperkenalkan dalam aktiviti perternakan kambing, biri-biri,
lembu, kupang dan memelihara ikan dalam sangkar. Kesemua program yang telah dijalankan ini
dapat membuka minda Orang Asli berkenaan dengan cara untuk memajukan diri mereka. Selain
daripada itu terdapat juga program perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk memberikan
kemudahan asas dan insfrastruktur kepada masyarakat ini. Kemudahan asas dan insfrastruktur
yang diutamakan adalah seperti pembinaan sekolah-sekolah, klinik desa, tempat beribadat dan
sebagainya.

Seterusnya ialah program Rancangan Pengumpulan Semula. Program ini merupakan satu
program rancangan pertanian tersusun. Rancangan ini melibatkan pemindahan dan penyediaan
mata pencarian hidup baru bagi masyarakat Orang Asli. Orang Asli yang tinggal berselerak di
dalam hutan akan dikumpulkan di satu kawasan pertanian seperti Felda/Felcra yang dilengkapi

10
dengan kemudahan asas. Walau bagaimapun, masyarakat Orang Asli sendiri perlu bangun
mengorak langkah tanpa mengharapkan bantuan kerjaan sepenuhnya agar mereka turut sama
merasai arus pembangunan negara.

Orang Asli adalah sebahagian daripada warga peribumi Malaysia. Akibat daripada
bilangan mereka yang begitu kecil, maka mereka dianggap kumpulan 11egara11y yang miskin di
Malaysia. Kedudukan dan kepentingan mereka dalam politik 11egara mudah disingkirkan.
Kepentingan Orang Asli kurang diberi perhatian dan nasib mereka kurang mendapat pembelaan.
Pengalaman sedemikian telah dialami oleh komuniti ini sejak zaman penjajahan yang dahulu
lagi. Malah gelaran aborigines yang dilabelkan oleh penjajah kepada kumpulan komuniti ini dan
kemudian digantikan dengan gelaran ‘ Orang Asli’ setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Label ‘Orang Asli’ membawa konotasi komuniti yang ‘primitif’ dan rendah tahap pencapaian
kebudayaanya berbanding golongan lain dalam masyarakat. Label yang sedemikian terus
melahirkan pula berbagai-bagai prasangka terhadap mereka. Akibat dipinggirkan oleh pihak
penjajah, Orang Asli menjadi lebih terbelakang berbanding dengan anggota masyarakat Malaysia
yang lain.

Pada tahun 2004, sebanyak 76.5% Orang Asli yang hidup di bawah garis kemiskinan.
Dalam keadaan yang begini, peluang kepada Orang Asli untuk memartabatkan harga diri menjadi
sukar jika tidak ada bantuan dan sokongan yang ikhlas dari kumpulan majoriti untuk memajukan
mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli sendiri perlu bangun mengorak langkah
tanpa mengharapkan bantuan kerajaan sepenuhnya agar mereka turut sama merasai arus
pembangunan negara.

2.2 KAJIAN LEPAS

11
Beberapa kajian lepas telah dilakukan untuk meninjau keadaan di kalangan Orang Asli di
Malaysia. Colin Nicholas (2006), telah mengkaji tentang sebab-sebab keciciran pendidikan anak-
anak Orang Asli dari sekolah di Malaysia. Beliau mendapati kadar keciciran pendidikan Orang
Asli adalah tinggi. Kadar keciciran bermaksud ada murid-murid yang mendaftar di sekolah tetapi
tidak menamatkan persekolahan mereka sepanjang tempoh persekolahan yang ditetapkan.
Mengikut Colin, terdapat lima sebab yang menyebabkan keciciran pendidikan Orang Asli.

Sebab pertama adalah faktor yang berkaitan dengan kemiskinan. Orang Asli menghadapi
masalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana perbelanjaan persekolahan yang tinggi.
Masalah ini menjadi serius apabila biasanya bulan November dan Disember adalah bulan yang
sukar untuk mendapat pendapatan tunai bagi Orang Asli. Jadi, apabila sampai bulan Januari iaitu
masa permulaan persekolahan, Orang Asli tidak mempunyai wang untuk menghantar anak-anak
ke sekolah.
Yang kedua adalah bantuan pendidikan yang tidak mencukupi. Ramai ibu bapa Orang
Asli telah membuat aduan tentang subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada anak-anak
mereka telah berkurangan semenjak tahun 2000. Ibu bapa Orang Asli selalu diberitahu bahawa
bantuan kewangan belum sampai padahal sudah tiba masa untuk anak-anak masuk persekolahan.
Terdapat juga kontraktor pengangkutan yang tidak ingin menghantar anak-anak Orang Asli ke
sekolah kerana bantuan kewangan yang belum sampai. Jadi, ada anak-anak Orang Asli yang
tidak menamatkan persekolahan mereka.

Ketiga adalah adalah perbezaan antara pedagogi dan budaya. Bagi Orang Asli, mereka
menganggap persekitaran sebagai rumah mereka dan anak-anak Orang Asli diajar oleh ibu bapa
bahawa persekitaran akan melindungi mereka. Sumber hutan mempunyai banyak faedah dimana
ia dapat digunakan sebagai makanan, ubat-ubatan dan juga bahan pembinaan bagi mereka. Jadi
apabila anak-anak Orang Asli mula belajar di sekolah, maka mereka berhadapan dengan
persekitaran yang baru dan perlu mengenali kanak-kanak yang berlainan nilai dan budaya.
Kesannya, hanya sebahagian anak-anak Orang Asli yang dapat menyesuaikan diri dapat
meneruskan persekolahan mereka. Pemahaman anak-anak Orang Asli juga lebih lambat
berbanding dengan kanak-kanak biasa kerana kebanyakan daripada mereka tidak belajar di

12
tadika sebelum masuk sekolah rendah. Kebanyakan kanak-kanak Orang Asli juga memilih untuk
tidak ke sekolah apabila sampai musim menuai dan musim buah-buahan kerana dua musim ini
adalah penting bagi masyarakat Orang Asli.

Keempat adalah jurang kehadiran. Perkhidmatan pengangkutan menyebabkan pendidikan
anak-anak Orang Asli terjejas. Terdapat bus yang tidak datang untuk menghantar kanak-kanak
Orang Asli ke sekolah dan menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri kelas dan seterusnya
menjadi lemah berbanding dengan rakan sebaya yang bukan Orang Asli. Jadi, dalam satu tahun
terdapat banyak hari anak-anak Orang Asli tidak pergi ke sekolah.

Sebab kelima adalah ketidaksempurnaan dalam sistem. Kebanyakan ibu bapa Orang Asli
tidak terlibat dalam sistem pendidikan walaupun wujud persatuan ibu bapa guru dalam sekolah.
Keadaan ini menyebabkan wujud masalah bantuan pendidikan yang tidak sampai kepada anak-
anak Orang Asli. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan Orang Asli adalah penting kerana
mereka dapat mengambil berat tentang uniform sekolah, buku teks dan bantuan lain yang
dibekalkan oleh kerajaan.

Robert B. Bradfield (1972) mengkaji pantang larang makanan Orang Asli di Barat
Malaysia dan nutrisi yang diambil. Orang Asli menghormati binatang sebagai sumber makanan
mereka. Orang Asli bergantung pada sumber di hutan sebagai makanan. Pantang larang makanan
Orang Asli mempengaruhi sumber makanan yang diguna oleh Orang Asli dan seterusnya protein
makanan yang diambil. Sumber makanan dari binatang mungkin ditolak oleh Orang Asli atas
sebab hubungan yang istimewa dengan binatang, sebab makanan yang mungkin tidak bersih,
pertimbangan atas sebab makanan itu mungkin beracun, dan juga takut akan kesan buruk atas
penggunaan makanan. Wanita Orang Asli yang mengandung mempunyai pantang larang yang
tegas seperti hanya boleh makan makanan yang ditangkap oleh suami atau saudara yang terdekat.
Suaminya juga perlu mematuhi pantang larang tersebut.

Bagi Orang Asli, kaum yang berbeza juga mempunyai pantang larang yang berbeza.
Biasanya apabila wujud keadaan kekurangan sumber makanan, lelaki Orang Asli dan wanita tua
yang akan diberi keutamaan untuk makan apabila terdapat makanan. Kompleksiti pantang larang

13
makanan telah mempengaruhi protein binatang yang diambil oleh wanita mengandung dan
kanak-kanak. Maka, apabila Orang Asli berpindah keluar dari hutan dan bergaul dengan kaum
lain, mereka digalak untuk terus mengamalkan tabiat memakan rodents sehingga mereka
berupaya memperolehi makanan protein yang lain.

Nomalia Binti Seman (2002) mengkaji kesan pembangunan ke atas masyarakat Orang
Asli di daerah Sepang , Selangor Darul Ehsan. Dua aspek utama yang ditumpukan iaitu
pembangunan dari aspek ekonomi yang meliputi pendapatan , jenis pekerjaan , pemilikan tanah ,
keadaan rumah , pemilikan harta dan simpanan. Manakala aspek kedua ialah pembangunan
social iaitu meliputi kesihatan , pendidikan , kemudahan asas , penyertaan dalam politik serta
sikap dan nilai-nilai hidup. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat beberapa faktor menyebabkan
masyarakat Orang Asli masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan dari segala aspek iaitu
psikologi , sikap , ekonomi , sosial , polotik dan kepercayaan. Bagi mengatasi masalah ini ,
adalah perlu diwujudkan kerjasama yang erat antara pihak kerajaan , sektor swasta dan
masyarakat Orang Asli itu sendiri.

2.3 SISTEM PENDIDIKAN ORANG ASLI DI MALAYSIA

14
Berdasarkan data daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) , jumlah bilangan Orang Asli
di Malaysia pada tahun 1999 adalah sebanyak 105 979 orang. Jumlah ini adalah sebanyak 0.5%
daripada jumlah penduduk Malaysia. Maka, Orang Asli bolehlah dianggap sebagai kumpulan
minoriti di Malaysia. Oleh sebab bilangan Orang Asli yang kecil, kedudukan dan kepentingan
mereka untuk tempoh yang agak panjang iaitu sebanyak 40 tahun.

Semasa zaman penjajahan British, pendidikan persekolahan di kalangan komuniti Orang
Asli telah dimulakan. Akan tetapi, matlamat kemudahan pendidikan disediakan bukanlah untuk
membangunkan Orang Asli, tetapi untuk memenangi hati mereka daripada dipengaruhi oleh
gerakan komunis. Maka, system pendidikan Orang Asli pada masa itu tidak dikendalikan secara
teratur dan tersusun. Sekolah-sekolah telah dibina oleh pihak British di kawasan pos keselamatan
di pedalaman hutan dan ditadbirkan oleh JHEOA sendiri.

Pada tahun 1960an iaitu selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, JHEOA telah
mewujudkan satu bahagian pendidikan dalam jabatannya. Bahagian pendidikan ini berperanan
untuk metadbirkan pendidikan Orang Asli kemudiannya barulah meningkatkan taraf mutu
pendidikan di kalangan Orang Asli. Manakala matlamat JHEOA adalah untuk melindungi
komuniti Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka. Sekolah yang disediakan oleh JHEOA
terbahagi kepada dua jenis iaitu Sekolah Rendah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Sekolah
Usahasama JHEOA dengan Kementerian Pendidikan.

Oleh disebabkan JHEOA dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan
persekolahan kepada komuniti Orang Asli, maka keadaan sekolah Orang Asli mengalami
berbagai-bagai kekurangan dan kelemahan dalam kedua-dua jenis sekolah Orang Asli.

Dalam Sekolah Rendah JHEOA, kebanyakan bangunannya sangat daif dan tiada
kelengkapan yang sempurna. Ini dapat dibuktikan dengan tiada sekatan bilik yang memisahkan
darjah-darjah yang berlainan dan kemudahan sukan yang ada juga tidak memuaskan. Selain itu,
guru-guru di dalam sekolah juga tiada kemahiran untuk mengajar dan mendidik. Hal ini kerana
guru-guru yang disediakan oleh JHEOA ini tidak mendapat latihan perguruan dan mereka juga

15
tiada kelayakan akademik yang memuaskan. Pada masa yang sama juga tiada pengawasan ketat
daripada JHEOA. Keadaan ini telah menyebabkan penyampaian pengajaran menjadi tidak
terkawal dan teratur.

Bagi Sekolah Rendah Usahasama dengan Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya
terletak di pinggir bandar juga tidak terlepas daripada berbagai-bagai kelemahan. Dalam sekolah
jenis ini, kemudahan sekolah seperti bangunan dan kelengkapan disediakan oleh JHEOA
manakala Kementerian Pendidikan hanya menyediakan guru. Oleh sebab kemudahan sekolah
disediakan oleh JHEOA sendiri, maka kemudahan pendidikan sekolah ini jauh lebih rendah
mutunya berbanding sekolah kebangsaan. Dari sudut pengurusan pendidikan juga kurangnya
koordinasi pentadbiran di antara kedua-dua pihak iaitu JHEOA dan Kementerian Pendidikan.
Dari sudut pembelajaran, tradisi di sekolah-sekolah JHEOA adalah tidak membenarkan murid-
murid membawa balik buku teks dan buku latihan ke rumah. Alasan JHEOA adalah untuk
menjaga keselamatan buku teks. Secara langsungnya, ini telah menyebabkan kanak-kanak Orang
Asli tidak dapat menbuat ulangkaji di rumah. Seterusnya, keupayaan murid-murid Orang Asli
untuk membaca, mengira dan menulis menjadi lemah dan melemahkan semangat guru untuk
memberi pengajaran yang lebih komited dan berdedikasi. Selain itu, asrama yang disediakan
oleh JHEOA juga tidak sebaik kemudahan seperti yang disediakan oleh sekolah kebangsaan.
Antara kemudahan adalah ruang bilik yang kecil, kelengkapan tempat tidur, tempat makan,
tempat mengulang kaji dan tempat bersukan juga kurang selesa.

Pada 19 Januari 1996 iaitu selepas 39 tahun Malaysia merdeka, pihak JHEOA dilepaskan
daripada tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan untuk Orang Asli. JHEOA telah
menyerahkan semua sekolah yang dikelolakannya kepada pengurusan sepenuh Kementerian
Pendidikan. Penyerahan ini melambangkan diskriminasi Orang Asli dalam pendidikan telah
berakhir.

Sebelum Kementerian Pendidikan mengambil alih program pendidikan Orang Asli pada
tahun 1996, JHEOA dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pendidikan kepada Orang Asli.
JHEOA tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan kerana
tidak mampu menyediakan kemudahan prasarana yang sempurna dan guru-guru yang terlatih.

16
Hal ini kerana kebanyakan sekolah hanya menyediakan pendidikan sehingga darjah tiga sahaja.
Selepas tamat darjah tiga, pelajar digalakkan berpindah ke asrama pelajar Orang Asli yang
disediakan di bandar.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa enggan membenarkan anak mereka
berpindah ke tempat lain kerana mereka bimbang akan keselamatan anak-anak mereka yang
masih mentah, hidup terpisah dari pengawasan mereka. Mereka juga beranggapan bahawa
Bandar bukanlah persekitaran yang sesuai dengan tradisi mereka.

Disebabkan masalah tersebut, ramai ibu bapa enggan membenarkan anak-anak mereka
meneruskan persekolahan dan kerana itu anak-anak mereka terpaksa menamatkan persekolahan
lebih awal. Keadaan ini telah menyebabkan kadar keciciran di kalangan Orang Asli masih lagi
tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan Jadual 1 yang menunjukkan pola keciciran peringkat sekolah
rendah Orang Asli.

Tahun Berdaftar Meneruskan ke Cicir Kadar

17
Darjah 1 Darjah 6 Keciciran(%)
1971 997 543 454 45.5
1972 1236 567 669 54.1
1973 1474 613 861 58.4
1974 1710 603 1107 64.2
1975 1969 662 1307 66.4
1976 2105 630 1475 70.1
1977 2151 741 1410 65.6
1978 2317 705 1612 69.6
1979 3102 757 2345 75.6
1980 2304 654 1650 71.6
1981 2416 783 1633 67.6
1982 2729 944 1785 65.4
1983 2868 1000 1868 65.1
1984 2651 1052 1599 60.3
1985 2879 1124 1755 60.9
1986 2942 1031 1911 64.9
1987 2988 1217 1771 59.2
1988 2881 1255 1626 56.4
1989 2870 1466 1404 48.9
1990 3078 1699 1379 44.8
Jumlah 47667 18046 29623 62.14
Jadual 1: Pola Keciciran Peringkat Sekolah Rendah Orang Asli

Jadual 1 menunjukan pola keciciran pelajar peringkat sekolah rendah yang berlaku di
kalangan pelajar Orang Asli sepanjang 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990. Daripada
Jadual 1, didapati bahawa secara puratanya, terdapat 62.14% daripada pelajar-pelajar Orang Asli
tidak meneruskan pelajaran ke darjah 6. Dengan lain kata, dalam setiap 10 orang, terdapat 6.2
orang pelajar akan menamatkan pengajian mereka sebelum mencapai darjah 6 dalam tempoh
tersebut. Pada masa yang sama, didapati bahawa kadar keciciran di kalangan pelajar Orang Asli
dalam kekal sama tinggi dalam tempoh tersebut.

Pelajar yang menamatkan pendidkan pada peringkat sekolah rendah tidak semestinya
meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah. Jadual 2 menunjukkan pola kecicran
pelajar Orang Asli yang tidak menyambung ke Tingkatan 1.
Tahun Berdaftar Berdaftar Bilangan Cicir Kadar
darjah 6 Tingkatan 1 Keciciran
tahun

18
berikutnya
1976 543 302 241 44.4
1977 567 356 211 37.2
1978 613 327 286 46.7
1979 603 403 200 33.2
1980 662 340 322 48.6
1981 630 389 241 38.3
1982 741 490 251 33.9
1983 705 445 260 36.9
1984 757 542 215 28.4
1985 654 561 93 14.2
1986 783 565 218 26.4
1987 944 634 310 32.8
1988 1000 641 359 35.9
1989 1052 670 382 36.3
1990 1124 695 429 38.2
1991 1031 820 211 20.5
1992 1217 825 392 32.2
1993 1255 1002 253 20.2
1994 1466 960 506 34.5
Jumlah 16349 10979 5370 32.8
Jadual 2: Pola Keciciran Pelajar Orang Asli yang Tiadak Menyambung ke Tingkatan 1
Daripada Jadual 2, secara puratanya 32.8% daripada kumpulan yang menamatkan
sekolah rendah tidak menyambung pelajaran mereka ke peringkat sekolah menengah. Hanya
sebanyak 67.2% yang akan meneruskan pelajaran mereka ke peringkat sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan taraf
pendidikan di kalangan kanak-kanak Orang Asli di mana usaha ini telah berjaya mengurangkan
kadar keciciran Orang Asli dalam pendidikan. Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan kadar
keciciran bagi pelajar Orang Asli pada tahun 1991 hingga 1999. Jadual 3 menunjukkan
penurunan kadar keciciran pelajar Orang Asli tahun 1 yang meneruskan ke tahun enam dari 47%
(1991 ke 1996) kepada 18% (1994 ke 1999). Jadual 4 pula menunjukkan peningkatan kadar
keciciran pelajar Orang Asli tahun enam yang meneruskan pelajaran ke sekolah menengah dari
32% (1995 ke 1996) kepada 38% (1998 ke 1999). Akibat daripada berlakunya keciciran pada
tahap persekolahan yang begitu rendah, generasi muda Orang Asli kurang berpeluang untuk
terlibat sama aktiviti ekonomi moden yang sedang pesat berkembang di negara ini. Oleh sebab
itu , mereka tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan.

19
Tahun Mendaftar Bilangan Bilangan yang Bilangan Kadar Keciciran
Berdaftar untuk Meneruskan Keciciran (%)
Tahun 1 Pelajaran ke
Tahun 6
1991 3248 (1996) 1679 1569 48
1992 3202 (1997) 1825 1377 43
1993 3379 (1998) 2264 1115 33
1994 3128 (1999) 2574 554 18
Jadual 3: Bilangan Pelajar Orang Asli yang Meneruskan Pelajaran ke Tahun 6 (Sekolah Rendah)

Tahun Mendaftar Bilangan Bilangan yang Bilangan Kadar Keciciran
Mendaftar untuk meneruskan Keciciran (%)
Tahun 6 pelajaran ke
Tingkatan 1
1995 1699 (1996) 1153 546 32
1996 1676 (1997) 1210 466 28
1997 1825 (1998) 1674 151 8
1998 2264 (1999) 1412 852 38
Jadual 4: Bilangan Pelajar Orang Asli Tahun 6 yang Meneruskan ke Tingkatan 1 (Sekolah
Menengah)

Keciciran pelajar ini berpunca daripada pelbagai sebab. Faktor penting yang
menyebabkan keciciran pelajar-pelajar Orang Asli ialah berpunca daripada sikap pelajar dan
ibubapa terhadap pelajaran. Antaranya ialah jemu dan malas, tiada minat, selalu dimarahi guru,
malu bersekolah di bandar dan mengikut ibu bapa bekerja. Ia juga disebabkan masalah tidak
hadir dalam peperiksaan berbanding 72% yang hadir. Di pihak ibu bapa pula, faktor kewangan
ialah sikap membiarkan anak mereka menentukan sama ada hendak pergi sekolah atau tidak.
Faktor ini yang menyebabkan mereka ketinggalan dalam sistem pendidikan.

20
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 METODOLOGI KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dan
maklumat adalah berdasarkan kaedah soal selidik. Pada mulanya respoden utama kita adalah
tertumpu kapada ketua keluarga, akan tetapi disebabkan kebanyakan ketua keluarga telah keluar
bekerja semasa ketibaan kita di kampung, jadi terdapat sebahagian besar respoden kita adalah
kaum wanita.

Dalam kajian kita, kaedah gambar rajah dan graf seperti graf bar, carta pai, dan
sebagainya akan digunakan untuk menjelaskan serta menggambarkan keadaan dan masalah
pendidikan yang dihadapi oleh pendudukan tempatan secara kasar. Melalui kaedah berkenaan
ini, kita dapat membuat perbandingan antara faktor-faktor atau komponen-komponen yang

21
berada pada faktor yang yang sama dengan senang dan cepat. Tambahan lagi penyebab utama
masalah juga dapat dikenalpasti dengan mudah bagi membuat kajian.

Demi mengkaji tahap pendidikan kaum orang asli di Kampung Orang Asli di Semenyih,
maka banyak soalan telah disoalkan dalam borang soal selidik. Antaranya seperti tahap
pendidikan ibu bapa dan anak-anak mereka, sebab berhenti sekolah, jenis bantuan kerajaan yang
dibekalkan kepada mereka, tempat mereka mendapat pendidikan dan sebagainya. Dalam setiap
faktor tersebuat akan dibahagikan lagi beberapa peringkat, contohnya tahap pendidikan akan
dibahagi kepada peringkat tidak bersekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma/ijazah
dan lain-lainnya. Dengan hal ini supaya kita dapat mengkaji masalah ini dengan lebih teliti.

Bantuan pendidikan dari kerajaan seperti biasiswa, PTPTN, Skim Pinjaman Buku Teks,
makanan, alat tulis dan sebagainya merupakan bantuan yang penting kepada Orang Asli. Hal ini
kerana kebanyakan pendapatan kaum ketua keluarga mereka adalah rendah, dan ini akan
membebankan mereka dalam pembiayaan kos pembelajaran anak-anak mereka serta akan
menjejaskan peluang mendapat pendidikan pada masa depan anak-anaknya. Jadi faktor ini
penting untuk melihat hubungan dan kesannya terhadap tahap pendidikan penduduk setempat di
Semenyih.

Selain faktor bantuan kerajaan, kita juga mengkaji lokasi, jarak dan masa yang diperlukan
ke destinasi sekolah anak-anak mereka. Dengan ini kita akan mengenalpasti dan mengetahui
kemudahan pengangkutan dan persekolahan yang disediakan oleh kerajaan adalah mencapai
kehendakan mereka dan mencukupi. Dalam soal selidik tersebut, sebab-sebab berhenti sekolah
akan ditanya terhadap respoden yang telah bekerja atau sudah berumah tangga, dengan ini
diharapkan akan mengetahui faktor-faktor lain yang menghalang dan menjejaskan minat mereka
untuk mendapatkan pendidikan.

22
BAB IV

KEPUTUSAN EMPIRIKAL

4.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Kajian ini dijalankan secara rawak terhadap 38 orang Orang Asli yang tinggal di Kampung
Orang Asli, Semenyih, Selangor. Secara keseluruhan berdasarkan hasil kajian yang bersaiz 38
orang Orang Asli ini, seramai 50% responden adalah lelaki dan 50% adalah responden
perempuan.

4.1.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina dan Agama

Berdasarkan hasil kajian ini, seramai 44.7% responden tidak beragama dengan 23.7% adalah
responden lelaki dan 21% adalah responden perempuan. Responden yang beragama Kristian pula
mencatat sebanyak 10.5% dengan 5.25% adalah lelaki dan 5.25% adalah perempuan. Manakala

23
bagi responden yang beragama Islam pula ialah 39.5% dengan 18.4% adalah responden lelaki
dan 21% adalah responden perempuan. Baki 2.6% pula adalah daripada agama lain-lain.

Agama Lelaki Perempuan Jumlah
Tiada agama 9 8 17
Kristian 2 2 4
Islam 7 8 15
Lain-lain 0 1 1
Tidak dinyatakan 1 0 1
Jumlah 19 19 38
Jadual 5: di atas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina dan agama

Rajah 1: bilangan responden mengikut jantina dan agama

Berdasarkan jadual dan graf di atas, daripada 17 orang responden yang tidak beragama, 9
orang adalah lelaki dan 8 orang adalah perempuan. Responden yang beragama Kristian pula
sebanyak 4 orang dengan 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Manakala responden beragama

24
Islam pula ialah 15 orang dengan 7 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Responden beragama
lain-lain pula hanya seorang responden perempuan sahaja.

4.1.2 Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tahap Pendidikan Peratus Bilangan
Tidak bersekolah 42.1 16
Sekolah rendah 44.7 17
Tidak dinyatakan 13.2 5
Diploma/Ijazah 0 0
Jumlah 100 38
Jadual 6: bilangan responden mengikut tahap pendidikan

Rajah 2: bilangan responden mengikut tahap pendidikan

Jadual dan carta pai di atas menggambarkan responden mengikut tahap pendidikan. Didapati
paling banyak responden berpendidikan sekolah rendah dengan catatan 17 orang responden iaitu
sebanyak 44.7% daripada jumlah keseluruhan. Manakala responden yang tidak pernah
bersekolah adalah seramai 16 orang iaitu 42.1% daripada jumlah keseluruhan. Berdasarkan
jadual dan carta tersebut, kita dapati tiada catatan responden yang berpendidikan diploma atau
ijazah.

25
Secara keseluruhannya, kita dapat menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada
responden yang dikaji adalah mempunyai tahap pendidikan yang rendah.

4.1.3 Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan

Pekerjaan Bilangan Peratus
Dengan Swasta 3 7.9
Bekerja Sendiri 21 55.3
Dengan Kerajaan 0 0
Lain-lain 9 23.7
Tidak dinyatakan 5 13.2
Jumlah 38 100
Jadual 7:bilangan responden mengikut pekerjaan

Rajah 3: bilangan responden mengikut pekerjaan

Jadual dan carta pai di atas menggambarkan jenis pekerjaan responden yang dikaji. Didapati
terdapat 21 orang responden iaitu 55.3% daripada jumlah keseluruhan adalah bekerja sendiri.
Sementara itu, 3 orang responden iaitu 7.9% responden adalah bekerja dengan pihak swasta.
Responden yang mempunyai pekerjaan lain-lain mencatat sebanyak 9 orang iaitu 23.7% daripada
jumlah keseluruhan. Berdasarkan jadual tersebut, kita dapati tiada catatan responden yang
bekerja dengan pihak kerajaan.

26
Daripada temubual yang dijalankan secara ringkas semasa responden mengisikan borang
soal selidik, kita didapati bahawa pekerjaan sebahagian besar responden adalah jenis berkolar
biru.

4.1.4 Bilangan Responden Mengikut Status

Kajian ini mengelompokkan responden mengikut status iaitu sama ada responden bertaraf
bujang, berkahwin, janda atau duda. Daripada 38 orang responden yang telah disoal selidik,
terdapat 8 orang responden adalah bujang iaitu sebanyak 21.1%, 29 orang yang telah berkahwin
iaitu sebanyak 76.3%. Seorang yang statusnya tidak dinyatakan. Daripada kesemua responden
ini, tiada responden yang berstatus janda dan duda.

Status Bilangan orang peratus
Bujang 8 21.1
Berkahwin 29 76.3
Tidak dinyatakan 1 2.6
Janda 0 0
Duda 0 0
Jumlah 38 100
Jadual 8: Status Responden

27
Status Responden
bilangan orang
30

25

20

15

10

5

0
Bujang Berkahwin Tidak dinyatakan J anda Duda
status

Rajah 4 : Status Responden

4.1.5 Perbelanjaan Sebulan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak

Jumlah perbelanjaan sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak amat penting dalam
mempengaruhi tahap pendidikan orang asli. Seperti yang diketahui umum, jumlah pendapatan
orang asli adalah jauh lebih rendah daripada paras pendapatan cukup hidup. Oleh itu,
perbelanjaan terhadap pendidikan merupakan satu beban yang berat bagi mereka. Berikut
merupakan hasil kajian jumlah perbelanjaan ibu bapa terhadap pendidikan anak di kampung
orang asli Semenyih:

Perbelanjaan Sebulan Ibu bapa Tehadap
Bilangan orang Peratus
Pendidikan Anak
Kurang daripada RM100 11 28.9
RM101-RM200 8 21.1
RM201-RM300 0 0
RM301-RM400 3 7.9
RM401-RM500 1 2.6
RM501-RM600 1 2.6
RM601-RM700 0 0
Lain-lain 3 7.9
Tidak dinyatakan 11 28.9
Jumlah 38 100

28
Jadual 9: Perbelanjaan Sebulan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak

Berdasarkan kepada jadual di atas, terdapat 11 orang responden atau 28.9% daripada
mereka yang disoal selidik menyatakan bahawa perbelanjaan sebulan ibu bapa terhadap
pendidikan anak mereka adalah kurang daripada RM100. Selain itu, terdapat 8 orang responden
atau 21.1% menyatakan bahawa perbelanjaan sebulan mereka terhadap pendidikan anak adalah
antara RM 101-RM 200. Terdapat 3 orang responden yang membelanjakan sebanyak RM 301-
RM 400 untuk pendidikan.Hanya terdapat seorang responden yang membelanjakan RM 401-
RM 500 dan seorang responden yang membelanjakan RM501-RM 600 untuk pendidikan anak.
Di samping itu, terdapat 3 orang responden membelanjakan amaun yang tidak menentu atau lain-
lain. Malah terdapat 11 orang responden yang disoal tidak menyatakan perbelanjaan mereka
terhadap pendidikan anak. Berikut merupakan gambar rajah perbelanjaan sebulan ibu bapa
terhadap pendidikan anak:

Rajah 5: Perbelanjaan Sebulan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak

29
Berdasarkan kepada gambar rajah di atas, jelaslah kelihatan bahawa majoriti perbelanjaan
sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak adalah dalam lingkungan RM0-RM200 iaitu
sebanyak 50%, hanya sebilangan kecil daripada responden yang dikaji mampu membelanjakan
pendapatan yang banyak untuk pendidikan anak mereka. Ini bermakna mereka memang tidak
mampu menanggung perbelanjaan pendidikan yang tinggi. Jumlah perbelanjaan pendidikan yang
tinggi akan menyebabkan anak Orang Asli mereka berhenti sekolah. Ini seterusnya akan
menyebabkan taraf pendidikan orang asli menjadi rendah.

4.1.6 Bantuan Kerajaan Dalam Pendidikan

Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan kadar celik huruf, kerajaan telah menyediakan
pelbagai jenis kemudahan dan bantuan dalam pendidikan khasnya kepada golongan orang asli
atau bumiputera. Antaranya adalah seperti biasiswa, makanan percuma, perkhidmatan
pengangkutan, PTPTN, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), alat tulis dan lain-lain. Jadual bawah
menerangkan jenis bantuan yang diterima oleh 38 orang responden yang terdiri daripada
golongan orang asli.

Bantuan Kerajaan Terhadap Pendidikan Bilangan Peratus
Biasiswa 6 15.8
Makanan 9 23.7
Pengangkutan 4 10.5
PTPTN 0 0
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 5 13.2
Alat Tulis 0 0
Lain-lain 1 2.6
Tidak dinyatakan 13 34.2
Jumlah 38 100

30
Berdasarkan hasil kajian di atas yang terdiri daripada 38 orang responden, seramai 6
orang responden menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk biasiswa atau bersamaan
dengan 15.8%. Terdapat 9 orang responden daripada 38 orang atau 23.7% mendapat bantuan dari
segi makanan. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kerajaan juga
dapat dinikmati oleh 4 orang responden iaitu sebanyak 10.5%. Didapati seramai 5 orang
responden atau bersamaan 13.2% menikmati bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan
seorang responden mendakwa bahawa beliau mendapat bantuan dalam bentuk lain-lain. Di
samping itu, terdapat 13 orang responden (34.2%) tidak menyatakan bantuan yang diterima oleh
mereka dan bantuan dalam bentuk PTPTN dan alatan tulis adalah tidak didapati oleh mana-mana
38 orang responden tersebut.

Rajah 6 : Bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendididkan Anak

31
Berdasarkan graf bar di atas, dengan jelasnya ramai responden tidak menyatakan bantuan
yang mereka terima (34.2%) kemudian diikuti oleh bantuan dalam bentuk makanan (23.7%) dan
biasiswa (15.8%). Seterusnya, adalah dalam bentuk Skim Pinjaman Buku Teks (13.2%),
pengangkutan (10.5%) dan bentuk lain-lain (2.6%). Bantuan PTPTN dan alatan tulis dengan
jelasnya adalah sifar mungkin disebabkan anak mereka gagal melanjutkan pelajaran dan alatan
tulis tidak disediakan oleh kerajaan. Untuk tujuan meningkatkan kadar celik huruf dan
menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju bukan hanya dari segi ekonomi malah
juga dari segi sosial dan intelektual, maka kerajaan perlu peka terhadap keperluan rakyatnya dari
segi bantuan dalam pendidikan khasnya mereka yang miskin dari segi fizikal dan ilmu
pengetahuan seperti orang asli.

4.1.7 Harapan Terhadap Kerajaan Dari Segi Pendidikan Anak

Sebagai seorang ibu bapa, kita mengharapkan anak kita boleh berjaya bukan dari segi kerjaya
sahaja pada masa depan malah yang penting adalah berjaya dalam pelajaran sebelum memasuki
dunia kerjaya. Golongan Orang Asli juga tidak terkecuali. Untuk tujuan anak mereka boleh
berjaya dalam pelajaran, mereka yang miskin seperti Orang Asli amat berharap kerajaan akan
membantu anak mereka untuk melanjutkan pelajaran dengan menyediakan pelbagai bantuan
seperti biasiswa, makanan percuma, perkhidmatan pengangkutan, PTPTN, Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT), alatan tulis dan lain-lain. Jadual di bawah merupakan hasil kajian tentang
keinginan atau harapan 38 orang responden Orang Asli di perkampungan Semenyih terhadap
bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pendidikan.

Harapan Terhadap Bantuan Kerajaan Dari
Bilangan Peratus
Segi Pendidikan
Biasiswa 15 39.5
Makanan 4 10.5
Pengangkutan 5 13.2
PTPTN 0 0
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 0 0
Alat Tulis 2 5.3
Lain-lain 2 5.3

32
Tidak dinyatakan 10 26.3
Jumlah 38 100

Berdasarkan jadual di atas, harapan responden terhadap bantuan biasiswa menduduki
tempat pertama iaitu sebanyak 15 orang responden daripada jumlah 38 orang atau sebanyak
39.5% berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan biasiswa kepada anak mereka supaya
beban mereka dapat diringankan dan anak mereka dapat terus melanjutkan pelajaran mereka
tanpa berlaku kejadian pemberhentian sekolah yang disebabkan oleh ketiadaan sumber
kewangan untuk dijadikan perbelanjaan pelajaran anaknya. Didapati seramai 5 orang responden
berharap kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anak mereka kerana
tempat kediaman mereka agak jauh dari kawasan sekolah dan pekan atau bandar terdekat. Maka,
perkhidmatan pengangkutan amat penting dan diperlukan oleh mereka yang tinggal dalam
pedalaman dan tidak berkemampuan untuk memiliki kenderaan yang mahal harganya dan
perbelanjaannya yang tinggi.
Selain itu, bantuan dari segi makanan juga amat diperlukan oleh anak mereka supaya
dapat bertumbuh dengan sihat dan seimbang. Dengan itu, seramai 4 responden (10.5%) berharap
kerajaan dapat menyediakan bantuan makanan kepada mereka. Alatan tulis dan bantuan dalam
bentuk lain masing–masing mendapat 2 orang responden dengan harapan kerajaan dapat
menyediakannya. Seramai 10 orang daripada 38 orang (26.3%) tidak menyatakan harapan
mereka terhadap kerajaan dalam menyediakan bantuan pendidikan kepada mereka. Ini berlaku
mungkin disebabkan mereka tidak suka bergantung kepada pihak lain atau mereka telah hilang
keyakinan terhadap pihak kerajaan.

33
Rajah 7 : Harapan Terhadap Bantuan Kerajaan Dari Segi Pendidikan Anak

Berdasarkan graf bar di atas, seperti yang diterang sebelum ini, bantuan kerajaan dari segi
biasiswa sangat diinginkan oleh responden kemudian diikuti oleh pengangkutan dan makanan.
Alat tulis dan bantuan lain masing-masing kurang diutamakan berbanding dengan biasiswa dan
pengangkutan.

BAB V

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR

5.1 RUMUSAN KAJIAN

34
Pendidikan merupakan satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat penting dan
mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyediakan
Orang Asli dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah dapat mendedahkan mereka
kepada pengetahuan dan nilai-nilai baru yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan memajukan diri
dalam masyarakat. Malangnya sehingga hari ini, pencapaian Orang Asli dalam bidang
pendidikan masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pencapaian warga Malaysia yang lain.
Situasi ini tentunya mewujudkan jurang yang memisahkan mereka daripada masyarakat
Malaysia yang lain.

Masalah pencapaian Orang Asli dalam bidang pendidikan yang masih terlalu rendah
dapat dibuktikan melalui keputusan empirical yang kita perolehi. Didapati kebanyakan
responden berpendidikan sekolah rendah malangnya tidak bersekolah iaitu masing-masing
dengan catatan sebanyak 44.7% dan 42.1% daripada jumlah keseluruhan. Didapati tiada catatan
responden yang berpendidikan diploma atau ijazah. Ini membuktikan bahawa tahap pendidikan
orang asli masih tidak memuaskan. Ini juga telah jelas menunjukkan bahawa wujudnya masalah
atau kelemahan dalam pendidikan Orang Asli. Masalah yang utama, secara umumnya, ibu bapa
masyarakat Orang Asli masih tidak berminat dengan pendidikan dan kurang kesedaran terhadap
kepentingannya. Mereka melihat tadika ini sebagai suatu tempat untuk menghantar anak-anak
mereka untuk bermain dan juga makan.

Justeru, perbelanjaan sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka juga adalah
amat rendah. 28.9% daripada mereka yang disoal selidik menyatakan bahawa perbelanjaan
sebulan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka adalah kurang daripada RM100 dan 28.9%
tidak dinyatakan.

Selain itu, tanggapan negatif masih wujud dalam kalangan Orang Asli seperti sebahagian
besarnya masih berpegang kepada pepatah ulat dalam batu pun boleh hidup. Orang Asli begitu
liat hendak ke sekolah atau tercicir sekerat jalan khususnya untuk ke peringkat menengah,
masalah itu berpunca daripada satu atau gandingan beberapa faktor. Tarikan wang ringgit sangat
kuat dalam kalangan Orang Asli, khususnya apabila ada tawaran untuk mereka bekerja atau
membekalkan sesuatu hasil yang boleh didapati daripada hutan.Adakalanya mereka boleh
mendapat ratusan ringgit sehari hasil, atau ribuan ringgit kalau mereka mengusahakannya secara

35
berkumpulan. Misalnya, ada segelintir anak Orang Asli yang masih di bangku sekolah rendah
yang ditawarkan bekerja di kebun tembikai dan dibayar RM10 hingga RM15 sehari (Utusan, 27
September 2006). Dengan pendapatan itu, sudah memadai untuk menjerumuskan kanak-kanak
Orang Asli dengan gejala ponteng sekolah sepanjang tahun. Lama-kelamaan mereka tidak
berminat belajar lagi dan terus bekerja pada usia yang masih muda lagi. Ini dapat dibuktikan
dengan 55.3% daripada jumlah keseluruhan responden adalah bekerja sendiri dengan usia yang
masih awal seperti menjalankan aktiviti pemburuan, menangkap ikan, memungut hasil hutan,
menoreh getah dan lain-lain.

Kajian menunjukkan hampir 50 peratus pelajar Orang Asli berhenti sekolah selepas tahun
enam. Masalah pendidikan timbul dI kalangan Orang Asli ini juga disebabkan oleh ikatan
kekeluargaan yang cukup akrab. Anak-anak mereka enggan tinggal berjauhan dengan keluarga.
Sebahagian besarnya, telah dikahwinkan dalam usia yang terlalu muda, seawal usia 14 dan 15
tahun. Mereka yang berkahwin awal ini sudah tentunya terpaksa atau hendaklah berhenti sekolah
dengan usia yang lebih awal lagi. 76.3% daripada jumlah responden telah berkahwin awal.

Hal ini juga menyebabkan satu keluarga Orang Asli mempunyai anak yang ramai apabila
pasangan itu mencapai satu tahap umur tertentu. Kemudian, mereka akan tidak mampu
menanggung kos pendidikan anak mereka yang ramai dan ini menyebabkan sebahagian anak-
anak mereka tidak pernah bersekolah langsung. Tidak hairanlah terdapat 42.1% daripada jumlah
keseluruhan responden adalah tidak pernah bersekolah.

Salah satu puncanya, ramai anak Orang Asli tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah
menengah adalah bahawa segelintir Orang Asli tidak tahu pun akan kewujudan institusi
pendidikan bernama sekolah menengah. Ini adalah amat sukar dipercayai. Mereka tidak tahu ada
sekolah menengah. Mereka berfikir sistem pendidikan setakat sekolah rendah sahaja. Bagi
mereka yang ketahui, mereka juga tidak tahu saluran yang betul untuk memohon, apatah lagi
hendak mengisi borang permohonan.

Di samping itu, faktor lain yang menjadi punca keciciran itu juga banyak berhubung kait
dengan masalah infrastruktur dan kemudahan pendidikan, kemiskinan serta ketidakcekapan
agensi kerajaan dalam mengendalikan pendidikan untuk Orang Asli. Seramai 15.8% daripada

36
jumlah responden menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk biasiswa. Selain itu,
perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kerajaan juga dapat dinikmati oleh 4
orang responden iaitu sebanyak 10.5%. Didapati seramai 5 orang responden atau bersamaan
13.2% menikmati bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Bantuan dalam bentuk PTPTN
dan alatan tulis adalah tidak didapati oleh mana-mana 38 orang responden tersebut.

Keperluan hidup Orang Asli yang mudah, asal cukup garam dan gulanya, memadailah
bagi mereka juga merupakan salah satu puncanya. Bagi segelintir Orang Asli, mereka
berpendapat, tidak perlu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Penilaian Menengah Rendah
(PMR) kerana bagi mereka adalah tidak penting.

5.2 IMPLIKASI DASAR

Pelbagai usaha telah dirancang dan dijalankan untuk mengatasi masalah pendidikan Orang Asli.
Secara keseluruhan, UNICEF dan Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah Kementerian
kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KEMAS) sedang bekerja bersama-sama untuk melatih
lebih kurang 300 orang guru-guru tadika dan juga penyelia-penyelia untuk mencapai lebih
daripada 18,000 orang ibu dan bapa dan juga penjaga-penjaga di kawasan-kawasan pedalaman.
Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk masyarakat-masyarakat Orang Asli, yang
memberi penekanan terhadap kepentingan galakan kepada perkembangan awal kanak-kanak dan
memberi panduan tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran, nutrisi dan juga psikologi kanak-kanak.

37
Usaha-usaha ini adalah selari dengan Rancangan Kebangsaan Malaysia untuk mengurangkan
jurang perbezaan di antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar, dan juga di antara
daerah yang maju dengan daerah yang kurang maju. Misalnya, penyemaian kemahiran-
kemahiran untuk generasi baru Orang Asli agar mereka dapat membentuk pilihan-pilihan mereka
sendiri untuk masa hadapan.

Selain itu, Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 merupakan inisiatif bersungguh-
sungguh Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan dengan
menyediakan peluang dan akses pendidikan yang lebih terancang kepada pelajar Orang Asli dan
Penan. Inisiatif tersebut adalah strategi penyelesaian kepada permasalahan merapatkan jurang
pendidikan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosioekonomi di negara ini.
Contohnya, Sekolah pertama yang dipilih sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 ialah
Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan Pahang yang telah dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 September 2004. Enrolmen
Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 ini dibahagi kepada empat kategori iaitu pelajar dari
kawasan persekitaran atau berdekatan dan pelajar Orang Asli yang tinggal di asrama sekolah
kerana rumah mereka jauh dari sekolah. Penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif K9
adalah sebagai suatu pendekatan yang relevan dengan permasalahan kadar keciciran dan
ketidakhadiran yang tinggi dalam kalangan pelajar Orang Asli dalam usaha memberikan
pendidikan rendah dan menengah yang berterusan dan berkualiti kepada kumpulan etnik Orang
Asli di pedalaman dan luar bandar.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang ditubuhkan di bawah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 telah mengadakan Program Out-
Reach Pendidikan Orang Asli. Objektif program ini adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Orang Asli mengenai hak kanak-
kanak terhadap pendidikan.
2. Meningkatkan kesedaran tanggungjawab ibu bapa masyarakat Orang Asli untuk
memastikan anak mereka hadir ke sekolah dan tidak tercicir dari persekolahan.
3. Mendapatkan input serta pandangan daripada ibu bapa Orang Asli tentang corak
pendidikan yang sesuai untuk anak mereka selaras dengan latar belakang budaya dan cara

38
hidup Orang Asli. Input serta pandangan ini akan dipanjangkan kepada Kementerian
Pelajaran dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk dikaji bagi mengubahsuai cara
pendekatan pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli di sekolah.
4. Bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli , Jabatan Pendaftaran Negara dalam menangani isu ketiadaan sijil
kelahiran dan kad pengenalan yang memberi impak kepada pendidikan anak Orang Asli.
Selain daripada itu Jabatan Kebajikan Masyaraat turut hadir untuk membantu anak-anak
kurang upaya yang juga menyumbang kepada ketidakhadiran ke sekolah.

Dalam pogram ini SUHAKAM bukan sahaja memberi tumpuan kepada isu-isu
pendidikan tetapi juga kepada isu-isu sampingan yang menjadi halangan kepada kelangsungan
pendidikan yang efektif. SUHAKAM berharap melalui program ini, masyarakat Orang Asli
dapat berkongsi pandangan dan pengalaman mereka ke arah menambahbaik kualiti pendidikan
anak mereka. Input yang diperolehi akan dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya dapat dikaji serta direalisasikan ke dalam sistem
pendidikan yang sedia ada. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada agensi kerajaan
, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan. Program antara agensi seperti Program Out-Reach
Pendidikan Orang Asli ini sangat penting kerana dapat menyelaraskan peruntukan kepada
perkembangan pendidikan anak-anak Orang Asli.

Melalui Pendekatan pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,
kerajaan perlu menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang
pendidikan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua, iaitu memastikan rakyat
mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok
kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.

5.3 CADANGAN-CADANGAN

Beberapa cadangan boleh dirujuk oleh pihak kerajaan atau pihak yang berkenaan. Kempen
kesedaran dan motivasi di kalangan Orang Asli boleh diadakan untuk memberi motivasi kepada

39
ibu bapa Orang Asli supaya mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Contohnya,
Jawatankuasa program outreach pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran boleh mengadakan ceramah motivasi pendidikan kepada masyarakat Orang Asli.
Program berkenaan membantu Orang Asli supaya tanggapan negatif mereka yang berpegang
kepada pepatah ulat dalam batu pun boleh hidup dapat dihapuskan. Kegagalan Orang Asli dalam
pelajaran kerana mereka memandang hidup dengan mudah, asal cukup garam dan gulanya. Apa
yang diperlukan oleh anak Orang Asli sebenarnya ialah motivasi. Segala kemudahan sudah
disediakan oleh kerajaan, tetapi masih gagal mendorong mereka berlari sederas bangsa-bangsa
lain.

Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan sebuah badan bagi memenuhi kehendak Orang
Asli ini yang tidak dapat bersaing untuk mendapat akses kepada pelajaran tinggi, dan pusat
pendidikan yang disediakan untuk mereka perlu mencukupi dari segi jumlah dan kualiti. Selain
itu, pihak kerajaan harus sentiasa memastikan bantuan kewangan, bantuan Skim Pinjaman Buku
Teks dan bantuan-bantuan lain sentiasa mencukupi dan dibahagi secara adil kepada mereka bagi
mengatasi masalah kemiskinan yang mengakibatkan mereka tidak bersekolah. Kemudahan
pendidikan dan infrastruktur perlu disediakan dengan segera sekiranya terdapat kekurangan.
Contohnya, sebuah asrama Orang Asli dengan serta-merta akan dibangunkan di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar di Batu 8, Pekan.

Untuk mengatasi masalah ketidakcekapan agensi-agensi penyelia dalam mengendalikan
pendidikan untuk Orang Asli, maka satu rangkaian perhubungan pintar dan berdisiplin perlu
dibentuk antara agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran yang berteraskan falsafah buang yang keruh, ambil
yang jernih.

Program khas murid orang asli perlu dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas
lisan, membaca dan menulis.

40
Untuk membaiki kelemahan sistem pendidikan orang asli, semua jabatan kerajaan
seharusnya bekerjasama untuk membangunkan satu strategi umum terhadap penglibatan
menyeluruh. Pihak kerajaan (pusat, wilayah dan daerah) dan pihak sekolah sepatutnya
mewujudkan dan mengadakan sesi dialog dengan pihak komuniti Orang Asli.

BAB VI

LAMPIRAN

6.1 RUJUKAN

41
Hasan Mat Nor. Pendidikan dan Masa Depan Komuniti Orang Asli.

Hapsah. 2005. Sejarah Kewujudan Orang Asli di Malaysia.
http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=420

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Kemajuan.
http://www.jheoa.gov.my/v2/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=60

Utusan Malaysia
www.utusan.com.my

Supian Ali, Hairunnizam Wahid, Poo Bee Tin dan Zulkefly Abdul Karim (2000). Ekonomi Dasar
Sosial. Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM.

Rancangan Malaysia KE-9 dan Pelbagai Tahun.

Colin Nicholas. 2006. The State of Orang Asli Education and its Root Problems.
Robert B. Bradfield. 1972. Food taboos among the Orang Asli in West Malaysia:
a potential nutritional hazard. The American Journal of Clinical Nutrition 25: Ogos
1972, pp. 789-799.

6.2 ARTIKEL

Utusan Malaysia, 20/09/2006

Pendidikan Orang Asli perlu motivasi
Oleh: WAHID HASHIM

LAPORAN KHAS PENDIDIKAN ORANG ASLI
BAHAGIAN 2
KENAPA orang Sikh yang dahulu bekerja sebagai penjaga lembu, dan lebih minoriti statusnya, lebih cepat maju
dalam akademik beranding anak-anak Orang

Asli?

42
Apakah mitos tentang anak Orang Asli dahulu masih sama seperti sekarang?

Penulis tidak percaya anak Orang Asli tidak boleh berjaya dan mereka perlu diberi `keistimewaan berbanding kaum
lain untuk berjaya.

``Ibu beri saya duit poket RM1 setiap

hari ke sekolah, kata anak Orang Asli, Lee Zhen San, murid Tahun 4M Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang di
Pekan, Pahang.

Sebagai seorang bapa yang tinggal di Klang, Selangor, yang juga memberikan anak RM1 sehari sebagai belanja ke
sekolah, saya merasakan tiada beza sangat tentang anak sendiri dengan anak Orang Asli yang saya temui ini.

``Ibu bapa kamu kerja apa?

``Mereka ke hutan setiap hari, mencari hasil hutan, kata Zhen San. Zhen San ialah pengawas di sekolahnya.

Seratus peratus rakan-rakannya ialah Orang Asli.

Dalam peperiksaan baru-baru ini, Zhen San mendapat nombor satu dalam peperiksaan.

``Kamu suka ke sekolah?, saya bertanya.

``Suka, katanya sepatah.

Penulis teringat perbualannya dengan beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan tentang komitmen anak Orang
Asli yag kononnya sangat rendah.

Secara rawak saya bertanya kepada beberapa anak Orang

Asli di Chini sama ada mereka suka atau tidak ke sekolah. Mereka memang mahu ke sekolah pada setiap hari.

Rakan sekelas Zhen San, Hasdika a/k Khalid berkata, dia hanya tidak ke sekolah pada Hari Buah (hari menuai hasil
hutan) iaitu pada sekitar Julai dan Disember, iaitu musim buah durian dan rambutan.

Kalau meninjau kepada kemudahan yang telah disediakan untuk mereka, memang tiada masalah sedikit pun yang
dapat menghalang anak-anak Orang Asli ini bersekolah dan menimba ilmu setinggi mana yang mereka mahu.

Tetapi begitu jadinya?

Guru Hal Ehwal Murid SK Runchang, Mohd Ali Abas tidak merasai sebarang kekurangan dari segi kedatangan atau
komitmen murid, guru dan ibu bapa disekolah yang seratus peratus ialah anak Orang Asli itu.

SK Runchang kini mempunyai 329 murid - kebanyakannya anak Jakun - tidak banyak perbezaan berbanding tahun-
tahun sebelum ini. Bilangan ini, kata Mohd Ali, adalah stabil dan tidak menunjukkan pola bertambah atau
berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tahun ini terdapat 50 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Bilangan gurunya 23 orang dan kesemuanya
bukan anak tempatan. Kata Mohd Ali, ada dua guru Orang Asli di situ, tetapi bukan kaum pribumi tempatan.

Katanya, hampir kesemua murid disekolah itu menerima bantuan KumpulanWang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
sebanyak RM200 seorang serta bantuan lain seperti bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

43
``Sebahagian yang tidak menerima bantuan ialah anak tauke, katanya. Tauke merujuk kepada gadis Orang Asli yang
berkahwin dengan peniaga. Ditanya tentang masalah ponteng, Mohd Ali menganggap perkara itu sebagai ``biasa.
``Biasanya mereka akan ponteng apabila ada kenduri-kendara.

Malam mereka `rewang, esok pagi pada kebiasasannya tidak ke sekolah, ujar beliau. Prof Madya Dr. Juli Edo
menganggap kegagalan Orang Asli dalam pelajaran kerana mereka memandang hidup dengan mudah.

``Keperluan hidup mudah sahaja, cukup garam dan gulanya sudah, kata beliau. Dr. Juli berada di Chini untuk
memberi motivasi kepada ibu bapa Orang Asli supaya mementingkan pendidikan anak-anak mereka.

Beliau sendiri ialah anak Orang Asli suku Semai dari Perak. Kalau penulis mempercayai beliau, maka penulis boleh
membuat rumusan apa yang diperlukan oleh anak Orang Asli sebenarnya ialah motivasi. Segala kemudahan sudah
disediakan oleh kerajaan, tetapi masih gagal mendorong mereka berlari sederas bangsabangsa lain. Kalau penulis
ditanya apakah ciri yang dimiliki oleh minoriti Sikh di negara ini berbanding Orang Asli, maka jawapannya ialah
kemahuan serta motivasi.Dr. Juli mencetuskan mitos yang biasa tentang sifat atau pandangan Orang Asli iaitu
tentang hal duniawi tidak penting. Perkara itu ialah tidak perlu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau apa-apa sijil untuk
panjat pokok petai.

Jadi bilangan yang ramai ke sekolah rendah sebenarnya tidak menggambar kanapa-apa tentang kemajuan
akademik akananak

Orang Asli. Jadi saranan kerajaan supaya kita mencari orang miskin untuk dibantau ke sekolah tidak begitu terpakai
untuk anak-anak Orang Asli. Hal ini mungkin sebahagian besarnya hilang minat setelah mencapai usia 16 tahun.
Sebagai buktinya, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Khas) Kementerian Pelajaran, Datin Rahimah Ghazali
memberitahu, menurut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), sebanyak 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir
daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan
ketingkatan lima.

Menurut beliau, kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid Orang Asli ini merupakan satu isu yang perlu
ditangani secara bersama-sama bagi memenuhi inspirasi pendemokrasian pendidikan.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Program Out-reach Pendidikan Khas dan Lawatan Kerja Menangani
Isu-Isu Pendidikan Anak-Anak Orang Asli di Kawasan Chini, daerah Pekan, Pahang Darul Makmur.

Program dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran. Program ini merupakan satu usaha
yang julung kali dijalankan untuk sekolah dan masyarakat Chini, Pahang dalam mengenal pasti kanak-kanak
berkeperluan khas serta melihat secara lebih dekat masalah dan isu yang timbul berkaitan dengan pendidikan
dengan golongan itu.

Program turut disertai agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat,

Kementerian Dalam Negeri, JHEOA, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, Jabatan Penyiaran Pahang, Jabatan
Perhutanan Pahang, beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaaan
(NGO).

Program bermula 18 September hingga 23 September.

Utusan Malaysia 19/09/2006

Anak Orang Asli masih terbiar
Oleh: WAHID HASHIM

44
Laporan Khas Pendidikan Orang Asli
BAHAGIAN 1
ANAK Orang Asli - sebagai warga berstatus bumiputera - juga berhak dibela. Dalam prinsip pendemokrasian
pendidikan, mereka berhak ke sekolah dan mendapat bantuan penuh.

Persoalannya, setelah 49 tahun merdeka, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan - atau langsung tidak mahu
ke sekolah?

Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim panen buahbuahan.Malah masih ada yang terjajah pemikirannya.
Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa Orang Asli yang
menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.`Sekolah’ bagi mereka
ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.
Jika dipujuk pun, mungkin mereka akan datang sekejap ke

sekolah. Sebahagiannya enggan langsung. Bukan salah anak Orang Asli jadi begitu. Hal ini kerana

hutan ialah `institusi’ mereka.

Seisi keluarga ialah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk - bukan seperti kita yang beruntung
mendapat gaji bulanan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang

Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar
pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli
tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan
sehingga ke tingkatan lima.

Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong
sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Gandingan sikap terhadap sekolah serta kanak-kanak berkeperluan khas
ini memerlukan tindakan yang kolektif daripada beberapa jabatan.

Sehubungan itu, sepanjang minggu ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Outreach Pendidikan
Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang

Asli di kawasan Chini, Pahang. Program serampang dua mata ini membawa misi mengenal pasti kanak-kanak
berkeperluan khas dan memujuk anak Orang Asli supaya bersekolah.

Pelbagai agensi kerajaan berganding bahu melaksanakan program ini - masing-masing ada tugasan sendiri.

Melapah hati nyamuk secara saksama ini dapat mengelakkan tuduh-menuduh serta kias dan pulas pada kemudian
hari.

Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli,
memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya.

Memang wajar tindakan yang kolektif itu. Fenomena kanak-kanak tercicir daripada alam persekolahan jika berlaku di
Malaysia, akan dianggap `luar biasa’. Walau bagaimanapun, hal ini bukan mustahil kerana ada bayi baru tidak
didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Malaysia telah menyediakan infrastruktur yang cukup lengkap untuk persekolahan, sehingga kerajaan telah
menetapkan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa mulai tahun 2003 (Seksyen 29A Akta Pendidikan

1996/ Akta 550). Walaupun begitu, berlaku ketidakselarasan antara pendaftaran kanak-kanak ke sekolah dengan
bilangan keseluruhan kanak-kanak yang layak di negara ini.

Kementerian Pelajaran telah menyarankan Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak dibawah umur 12
tahun.Faktor perencat dalam komuniti Orang Asli perlu dikikis kalau mahu wawasan ini dicapai.

45
Matlamat Kementerian Pelajaran adalah untuk menyediakan peluang pelajaran formal kepada semua kanak-kanak,
termasuk yang berada di pedalaman. Di peringkat Kementerian Pelajaran, tanggungjawab itu diletakkan di bawah
Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan itu mengenal pasti, ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak berpendidikan
khas yang menetap di pedalaman berkemungkinan mengalami kesukaran, atau

dengan sengaja tidak mahu mendaftarkan anak-anak mereka bersekolah oleh sebab beberapa faktor.

Antara faktornya ialah jarak antara tempat tinggal dengan sekolah yang terlalu jauh, taraf sosioekonomi yang rendah,
serta tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak kurang upaya.

*BERKHEMAH DI CHINI

Chini mempunyai populasi kanak-kanak Orang Asli terbesar di Semenanjung Malaysia. Terdapat lebih 300 kanak-
kanak Orang asli sekitar Chini. Menurut Kementerian pelajaran, salah satu cara mengatasi masalah berkenaan ialah
memberi definisi baru konsep persekolahan (redefine schooling), dengan mengambil kira

perspektif sosio budaya ekonomi masyarakat itu sendiri. Cadangan redefining schooling dan lawatan

kerja itu selaras dengan pendemokrasian pendidikan dan dasar Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9), iaitu merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara lokasi, tahap sosio ekonomi
dan tahap keupayaan murid.

Kajian dakan diadakan di SK Runchang dan SK Tasik Chini. - Bersambung

Utusan Malaysia 04/04/2000

Tingkatkan teknologi pendidikan Orang Asli
KUALA LUMPUR 3 April - Kerajaan diminta meningkatkan mutu pendidikan dan penguasaan teknologi di kalangan
masyarakat Orang Asli di negara ini.

Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) berkata, langkah ini perlu memandangkan fenomena tidak pergi ke sekolah
dan gagal dalam peperiksaan telah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat Orang Asli.

''Mereka tidak berminat untuk hadir ke sekolah disebabkan persekitaran yang tidak menggalakkan ditambah pula
oleh pengaruh generasi terdahulu,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2000 peringkat
jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pembangunan negara pada masa hadapan yang sangat
bergantung kepada mutu pendidikan dan teknologi yang dikuasai oleh penduduknya.

Menurut Husni, antara langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
ialah dengan melantik lebih ramai kakitangan dan pegawai jabatan berkenaan daripada kalangan anak Orang Asli.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja dapat menarik lebih ramai anak Orang Asli ke sekolah untuk mendapat
pendidikan tinggi, malah mengatasi masalah keciciran yang berlaku.

46
Tambahan pula katanya, pelantikan ini juga akan dapat membantu kerajaan merangka program pembangunan yang
lebih komprehensif untuk golongan berkenaan memandangkan pegawai-pegawainya terdiri daripada kaum tersebut.

''Mereka ini lebih memahami kehendak suku kaum mereka. Pelantikan mereka juga boleh dijadikan model kepada
anak-anak Orang Asli yang lain,'' katanya.

Husni turut mempersoalkan masa hadapan Orang Asli yang semakin tersisih daripada masyarakat kelompok utama
di negara ini berikutan penempatan mereka yang jauh di pedalaman.

Pandangan serupa turut disuarakan oleh Datuk Yap Pian Hon (BN-Serdang) yang antara lain mempersoalkan
kelewatan kerajaan mewartakan tanah milik Orang Asli di Sungai Rasau di Kepong.

Beliau turut mempersoalkan program-program pembangunan khusus untuk Orang Asli yang dirangka kerajaan dalam
mengatasi masalah sosial dan pendidikan di kalangan masyarakat itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tekhee @ Tiki Anak Lafe
ketika menggulung perbahasan berkata, kerajaan sedang melaksanakan program Stay with the School di kalangan
anak-anak masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Beliau berkata, program itu dirangka khusus untuk menanam minat belajar di kalangan anak-anak Orang Asli
sebagai salah satu usaha mengatasi masalah keciciran dan meningkatkan taraf pendidikan masyarakat tersebut.

''Program pendidikan seperti stay with the school sedang diatur untuk mengatasi masalah keciciran,'' katanya.

Mengulas tentang pelantikan anak-anak Orang Asli sebagai kakitangan JHEOA pula, Dr. Tekhee berkata,
kementeriannya sememangnya berusaha untuk meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan.

''Kementerian sememangnya berusaha agar lebih banyak anak Orang Asli diletakkan di JHEOA. Kini, satu pertiga
daripada kakitangan jabatan terdiri daripada anak-anak Orang Asli,'' katanya.

6.3 RUJUKAN CD

47