EX 3133 1 A111714 A111751 A111775 A113001

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Semenjak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami suatu perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji untuk mempertingkatkan lagi mutu akademik manakala kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi cabaran alaf baru yang wujud dalam bidang ekonomi, politik mahupun sosial. Pendidikan menjadi unsur utama dalam membentuk peribadi seseorang individu di samping merefleksikan tingkah laku moral seseorang. Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk memantapkan satu falsafah pendidikan yang meliputi semua tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah merasmikan satu pernyataan sebagai falsafah pendidikan negara pada tahun 1988 iaitu: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Dalam era globalisasi yang mencabar pada masa kini, negara di serata dunia semakin memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana ia memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Oleh yang demikian, Malaysia sebagai sebuah negara yang melangkah maju menuju era berteknologi tinggi juga memberi penekanan terhadap soal pembangunan sumber manusia. Misalnya, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) pada tahun 2006 menekankan peningkatan daya saing yang

EX 3133 2 A111714 A111751 A111775 A113001 memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba berkebolehan, bersikap kreatif serta mempunyai etika yang positif. Lima teras utama yang disenaraikan dalam Misi Nasional RMKe-9 termasuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan kapasiti pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup serta mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan misi untuk mewujudkan suasana persekitaran pengajian tinggi yang kondusif bagi membina kecemerlangan akademik dan institusi. Bagi tujuan ini, pembangunan sistem pengajian tinggi yang menyeluruh ditumpukan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di bawah bidang kuasa KPT. Dalam era pendidikan masa kini di Malaysia, pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sasaran utama setiap pelajar dan juga pihak sekolah serta institusi pendidikan. Pada umumnya, ia dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan diri seseorang individu. Selain pengukuran dari segi keputusan dalam peperiksaan iaitu PNGK, pencapaian akademik juga dapat diukur dari segi proses penguasaan dan pemahaman terhadap yang dipelajari, peningkatan konsep kendiri dan kemampuan untuk berinteraksi serta berkomunikasi secara berkesan. Sekiranya seseorang pelajar menanam sikap keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai teknik pembelajaran yang sistematik, maka pencapaian akademik dari pelbagai segi dapat dicapai dengan cemerlang. Menurut Laporan Bernama 2008, didapati sebanyak 65.3 peratus pelajar wanita sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 2008/2009 berbanding dengan hanya 34.7 peratus pelajar lelaki. Sejajar dengan itu, fenomena pencapaian akademik yang berbeza di antara gender adalah ketara di kebanyakan IPTA di Malaysia. Berdasarkan kajian yang diperoleh, jumlah enrolmen pelajar di IPTA pada tahun 2007 adalah sebanyak 382,997 orang, daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 228,521 terdiri daripada pelajar perempuan manakala pelajar lelaki sebanyak 154,476 orang. Ini secara tidak langsung turut mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di antara gender di IPTA. Namun,

EX 3133 3 A111714 A111751 A111775 A113001 hakikatnya pencapaian akademik yang tinggi adalah dimonopoli oleh golongan para sisiwi di mana mereka sentiasa memperoleh keputusan yang lebih cemerlang berbanding dengan golongan para siswa.

1.2

PENYATAAN MASALAH

Prestasi pencapaian akademik pelajar adalah berkaitan dengan tahap kecemerlangan seseorang individu atau sejauh mana seseorang individu dapat menguasai ilmu yang dipelajari berdasarkan kepada purata nilai gred yang tertinggi yang dapat dikumpul. Isu perbezaan pencapaian akademik mengikut gender dalam pendidikan sering dikaji oleh pengkaji di serata dunia. Busch (1995) melaporkan kajian mengenai isu kecekapan kendiri pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik dan juga dari segi penggunaan komputer yang menunjukkan perbezaan antara gender yang ketara. Hasil kajian beliau menyatakan bahawa pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam bidang berkenaan. Tinjauan oleh Sutherland (dalam Tinklin, Coxford, Frame & Ducklin 2000) menyatakan bahawa prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki adalah suatu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti di Scotland, England, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, dan New Zealand. Di Jerman misalnya, markah yang dicapai oleh pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki dan kebarangkalian pelajar perempuan meneruskan pendidikan ke tahap menengah atas adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Jules dan Kutnick (1997) melaporkan bahawa fenomena yang serupa turut dialami di Trinidad dan Tobago dengan kadar keciciran yang tinggi di kalangan pelajar remaja lelaki kerana mereka dikatakan mula kurang selesa dengan guru perempuan. Keadaan yang serupa turut berlaku di Malaysia, data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mengenai keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-1999 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam kebanyakan mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.

EX 3133 4 A111714 A111751 A111775 A113001 Di Malaysia, kecemerlangan prestasi pelajar perempuan ditunjukkan dengan jumlah kemasukan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang jauh berbeza dengan jumlah kemasukan pelajar lelaki di IPTA. Ketidakseimbangan bilangan pelajar lelaki dan perempuan di IPTA mempunyai implikasi sosio-politik dan ekonomi yang serius kepada negara. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yang lebih berpihak kepada pelajar perempuan. Hasil kajian yang ditinjau juga mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja-kerja sekolah berbanding pelajar lelaki (Dwyer 1974; Fennema 1987; Halpern 1992). Menurut McKenna 1997 menyatakan bahawa golongan perempuan mempunyai minat membaca yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kualiti pengajaran turut berhubung dengan konsep kendiri pelajar. Pengajaran yang tidak berkesan seperti pensyarah tidak berdedikasi sewaktu mengajar, peralatan pengajaran tidak berfungsi dengan baik, pengorganisasian dan penilaian kursus tidak bersistem dan tidak adil mungkin menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki tidak berminat untuk belajar, tiada keyakinan diri, mempunyai daya tumpuan rendah serta tidak memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka, keadaan ini mungkin juga akan menyebabkan mereka rasa malas untuk belajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara tinjauan faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan prestasi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem pendidikan negara supaya tindakan dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini

1.3

HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Maka menurut kepada teori, keputusan kajian diharapkan dapat dicapai seperti berikut:

EX 3133 5 A111714 A111751 A111775 A113001

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Wujud perbezaan min antara pencapaian akademik antara jantina. Wujud perbezaan min antara PNGK sebelum memasuki universiti dengan PNGK sehingga semester lepas antara jantina. Wujud perbezaan min antara pencapaian akademik dengan latar belakang pelajar. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan pengaruh keluarga antara jantina. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan rakan sebaya antara jantina. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan aktiviti kokurikulum antara jantina. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan corak pembelajaran antara jantina. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan persekitaran institusi antara jantina.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dengan perbandingan antara gender. Bagi objektif khusus pula, kajian ini membawa tujuan untuk mencapai: i. ii. iii. Menganalisis hubungan antara pencapaian akademik di kalangan mahasiswa/i di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dengan gender pelajar. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik bagi golongan lelaki dan perempuan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Mencadangkan dasar yang dapat meningkatkan pecapaian akademik di kalangan mahasiswa/i.

EX 3133 6 A111714 A111751 A111775 A113001 1.5 SKOP KAJIAN

Kajian tersebut dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di UKM , disebabkan terdapat pelajar yang ramai, maka kajian tersebut terhad kepada 220 sampel sahaja. Daripada jumlah ini terdapat 139 pelajar perempuan dan 81 orang pelajar lelaki. Kajian tersebut hanya terhad kepada pelajar ekonomi dan juga pelajar perniagaan tahun dua dan tahun tiga sahaja, hal ini disebabkan oleh pelajar tahun satu dianggap masih belum lagi menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti. Maka, pengecualian sampel pelajar tahun satu dijangka dapat meningkatkan ketepatan kajian yang dilaksanakan. Disebabkan pengkhususan pelajar ekonomi mempunyai sepuluh jenis pengkhususan, maka kajian ini hanya terhad kepada sepuluh jenis pengkursusan tersebut sahaja, begitu juga bagi pelajar perniagaan.

EX 3133 7 A111714 A111751 A111775 A113001

BAB II

TEORI DAN KAJIAN LEPAS

2.1

KAJIAN LEPAS

Profesor Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul dan Halimah Ma’Alip ( 2008 ) telah mengkaji tentang hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah di Johor Bahru. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar. Seramai 320 orang pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah Johor Bahru telah dipilih secara rawak dijadikan sampel dalam kajian ini. Konsep kendiri pelajar yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah sama ada positif, sederhana atau negatif. Tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar yang dilihat dalam kajian ini ialah sama ada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Indikator bagi pencapaian akademik pelajar ialah keputusan peperiksaan PMR. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai konsep kendiri dan kemahiraan komunikasi interpersonal sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal tetapi tidak menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Manakala pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran komunikasi interpersonal. Beberapa saranan dikemukakan bagi mempertingkatkan konsep kendiri dan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar. Antaranya ialah memperkenalkan mata pelajaran kemahiran berkomunikasi di sekolah bermula dari sekolah rendah bagi memupuk keyakinan diri pelajar yang secara tidak langsung akan berpengaruh terhadap konsep kendiri pelajar.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Nordiana binti Mohd Nor yang daripada Fakulti Pendidikan UTM telah mengkaji tentang hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi

EX 3133 8 A111714 A111751 A111775 A113001 pencapaian akademik ( 2008 ). Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik pelajar dan melihat sama ada terdapat perkaitan atau tidak di antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewangan serta kaedahkaedah seperti perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri pada Tuhan yang digunakan untuk menstabilkan emosi pelajar, dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seramai 399 orang pelajar dari sepuluh buah sekolah menengah di sekitar tiga buah negeri iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu telah diambilkan dalam kajian ini. Statistik deskriftif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah kecerdasan emosi, masalah yang dihadapi dan kaedah yang digunakan untuk stabilkan emosi, dengan prestasi pencapaian akademik. Didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan antara kaedah bercerita pada rakan dan beriadah dengan prestasi akademik, manakala tidak terdapat hubungan antara masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan, masalah kewangan, kaedah berjumpa kaunselor dan kaedah mendekatkan diri pada Tuhan dengan prestasi akademik pelajar.

NurAshiqin Bt Najmuddin dari Kolej Matrikulasi Melaka telah mengkaji tentang sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris ( 2004 ). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini ingin melihat sama ada terdapat perbezaan sikap dari dimensi kognitif, afektif dan tingkahlaku terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris pelajar-pelajar kolej matrikulasi mengikut jantina, bangsa dan jurusan. Responden kajian adalah terdiri daripada 404 orang pelajar kolej matrikulasi. Analisis statitstik yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA satu hala dan juga korelasi Spearman dalam menguji hipotesis-hipotesis yang dibentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di antara jantina. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap dalam dimensi tingkahlaku bagi bangsa dan jurusan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan pencapaian matematik. Implikasi kajian menunjukkan bahawa

EX 3133 9 A111714 A111751 A111775 A113001 semakin positif sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris semakin tinggi pencapaian mereka.

Naseer et. al (2007) menjalankan kajian tentang hubungan antara saiz sekolah, budaya sekolah dan pelajar-pelajar, pencapaian di peringkat sekunder dalam Pakistan. Kajian ini menunjukan wujud hubungan yang signifikan antara saiz sekolah dengan budaya sekolah dan saiz sekolah dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan saiz sekolah yang kecil dan budaya sekolah yang positif dapat melahirkan pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang lebih baik berbanding sekolah yang bersaiz besar dan sederhana. Banyak usaha telah dijalankan oleh pembuat polisi, para pentadbir dan guru untuk meningkatkan budaya sekolah termasuklah mengawal saiz sekolah kepada saiz yang berpatutan di mana ia boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar di Pakistan.

Natriiello dan McDill (1986) menggariskan tujuh perkara berkaitan dengan kerjarumah dan kaitannya dengan pencapaian iaitu kesan jumlah jam yang ditumpukan kepada kerjarumah yang guru berikan, murid perempuan memberi tumpuan masa yang lebih dalam urusan kerjarumah daripada murid lelaki, anak-anak daripada keluarga yang berpendidikan memberi tumpuan lebih masa dalam mengerjakan kerjarumah, murid daripada keluarga bersaiz kecil memberi tumpuan lebih masa dalam mengerjakan kerjarumah, ibubapa beraspirasi tinggi dalam pendidikan memberi tumpuan yang lebih kepada kerjarumah anak-anak, murid-murid yang mempunyai ekpektasi pelajaran tinggi memberi tumpuan lebih masa dalam mengerjakan kerjarumah, masa yang digunakan untuk membuat kerjarumah memberi kesan positif tehadap pencapaian pelajaran.

Selain itu, berdasarkan kepada kajian Ruhizan Mohd Yassin, Mohd Jasmy Abd Rahman, Norlena Salamuddin dan Rosadah Abd Majid ( 2001 ) yang bertujuan untuk mengenalpasti proses kognitif dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh 118 orang pelajar Tahun 2 UKM, Bangi. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar yang cemerlang dan tidak cemerlang berdasarkan purata gred kumulatif mereka. Empat faktor utama ( strategi ) telah dikenalpastikan iaitu motivasi pencapaian, pembelajaran operasional, hafalan dan pendekatan global. Kajian ini juga mendapati wujud korelasi negatif antara pencapaian dengan pembelajaran operasional dan

EX 3133 10 A111714 A111751 A111775 A113001 hafalan. Pelajar-pelajar berpencapaian rendah lebih cenderung kepada orientasi pencapaian, penghasilan semula, pembinaan makna, pembelajaran pemahaman dan pembelajaran operasional berbanding dengan pelajar-pelajar berpencapaian tinggi. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah terdapat beberapa perbezaan antara proses kognitif pelajar-pelajar cemerlang dan tidak cemerlang. Di samping itu, implikasi terhadap pendekatan pengajaran pensyarah dan pendekatan pembelajaran pelajar dibincangkan.

Berdasarkan kajian yang berkaitan “ Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti ” yang telah dijalankan oleh Saemah Rahman dan John Arul Philips ( 2006 ) terdapat tinjauan literatur menunjukkan kepentingan faktor metakognisi dan juga faktor- faktor motivasi dalam proses pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian yang menyepadukan kedua-dua faktor tersebut dijalankan di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk megkaji hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Sampel terdiri daripada 374 pelajar Tahun 2 daripada lima buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik laporan kendiri untuk mengukur kesedaran metakognisi, faktor-faktor motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan teori dan tinjauan kajian lepas, satu model hubungan antara pemboleh ubah kajian dibina dan diuji menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik, manakala faktor motivasi, iaitu matlamat prestasi mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dua lagi faktor motivasi, iaitu efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran pula mempunyai hubungan tidak langsung dengan pencapaian akademik melalui kesedaran metakognisi. Secara keseluruhan, kajian ini telah membuktikan terdapat hubungan antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi dengan pencapaian serta kepentingan metakognisi dan peranan motivasi sebagai mediator dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti.

Eric A. Hanushek dari Hoover Institution, Stanford University ( Januari 2007 ), seorang penganalisa ekonomi pendidikan menyatakan bahawa peruntukan persekolahan pada masa kini adalah tidak cekap. Menurut beliau yang mengemukakan teori Fungsi Pengeluaran Pendidikan

EX 3133 11 A111714 A111751 A111775 A113001 (Education Producting Functions), menjelaskan bahawa pencapaian akademik atau prestasi seseorang pelajar dipengaruhi oleh tiga faktor yang utama iaitu persekitaran sekolah, kualiti guru dan keluarga. Mengikut Mincer (1970) dan Psacharopoulos and Patrinos (2004), pencapaian sesebuah institusi sekolah diukur berdasarkan kepada kebolehan seseorang individu dan keupayaan mereka dalam menceburi pasaran buruh pada masa kelak. Pencapaian akademik seseorang pelajar dipengaruhi oleh pembuat dasar pendidikan secara langsung mengikut masa seperti peranan sekolah, guru, kurikulum sebaliknya faktor seperti peranan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan bakat semulajadi seseorang tidak memberi impak yang besar terhadap pencapaian pelajar. Latar belakang keluarga diukur dari segi tahap pendidikan ibu bapa, tingkat pendapatan dan saiz keluarga. Persekitran sekolah adalah merangkumi peranan guru yang diukur dari segi tahap pendidikan, pengalaman, jantina dan sebagainya, corak institusi sekolah seperti saiz kelas, kemudahan dan perbelanjaan pengurusan akademik dan sebagainya. Keputusan empirikal menunjukkan bahawa kebanyakan faktor tersebut adalah signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar, namun faktor saiz kelas dan pengalaman guru adalah kurang signifikan dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang berbanding dengan faktor yang lain. Selain itu, perbezaan kualiti antara guru merupakan ciri yang penting, namun aspek tersebut diukur sebagai kesan terhadap pencapaian pelajar dan tidak diukur berdasarkan sikap mereka.

2.2

TEORI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Heck dan Marcoulides (1996) telah mengesan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Peluang untuk belajar dihasilkan daripada struktur institusi pendidikan dan proses pengorganisasian misalnya saiz institusi pendidikan, kursus yang ditawarkan, dan prosedur kelas dibentuk, pengagihan sumber institusi pendidikan seperti agihan beban pengajaran bagi pensyarah dan jumlah kewangan yang diperuntukkan kepada program tertentu, akademik contohnya kurikulum yang digubal, harapan untuk pelajar, memantau prestasi pelajar, serta hubungan sosial misalnya bagaimana pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan.

EX 3133 12 A111714 A111751 A111775 A113001 Pada asalnya, Marcoulides dan Heck (1993) menggunakan model ini untuk mengkaji produktiviti barangan dan perkhidmatan sesuatu organisasi. Mereka telah menguji beberapa aspek penting struktur organisasi yang boleh mempengaruhi produktiviti organisasi itu. Mereka menghipotesiskan bahawa budaya organisasi terdiri daripada tiga dimensi yang saling berhubungan iaitu: a) sistem sosio-budaya dalam organisasi b) sistem nilai organisasi c) kepercayaan dan sikap bekerja individu dalam organisasi Kemudian model organisasi ini digunakan untuk mengkaji persekitaran pendidikan dan menentukan aspek bagi struktur organisasi yang boleh mempengaruhi prestasi pelajar. Rajah 1 di bawah mempersembahkan Model Heck dan Marcoulides (1996) yang merangkumi lima aspek yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan boleh diklasifikasikan kepada tiga subsistem iaitu sosio-budaya, proses pengorganisasian dan kepercayaan individu. Komponen pertama ialah subsistem sosio-budaya yang terdiri daripada persepsi terhadap struktur pengorganisasian dalam sekolah (contohnya struktur kurikulum sosial dalam sekolah, penawaran kursus, pengumpulan pelajar). Komponen kedua ialah proses pengorganisasian dan dimensi nilai (contohnya kepercayaan dan penilaian sekolah bagi proses dalam kelas, kepercayaan terhadap suasana dalam sekolah dan perhubungan sosial). Komponen terakhir adalah sikap dan pandangan pelajar.

EX 3133 13 A111714 A111751 A111775 A113001

Rajah 1 : Model pencapaian akademik pelajar Heck dan Marcoulides (1996)

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

REKABENTUK PENSAMPELAN

Kajian ini telah menggunakan satu kaedah tinjauan bagi memperoleh maklumat-maklumat penting untuk dijadikan input kepada kerja-kerja analisis. Sebelum menentukan kaedah pemilihan sampel, ciri-ciri bagi sesuatu populasi perlu diketahui terlebih dahulu. Dalam kajian ini, sample diambil daripada seluruh pelajar tahun tiga bagi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,

EX 3133 14 A111714 A111751 A111775 A113001 lebih teliti lagi ia terbahagi kepada tiga kumpulan yang diasingkan mengikut pengkhususan iaitu perakaunan, perniagaan dan ekonomi. Ciri-ciri populasi dalam kajian ini adalah homogen iaitu ciri utama bagi unsur dalam populasi tidak berbeza secara bererti di kalangan mereka. Kaedah pensampelan rawak mudah telah digunakan untuk mengutip maklumat. Bagi mengelakkan kajian menjadi bias jumlah sample dalam kajian ini dikutip mengikut peratusan kaum kemasukan pelajar ke IPTA iaitu 60 peratus terdiri daripada kaum Melayu dan 40 peratus terdiri daripada kaum India, Cina dan lain-lain. Setiap pelajar mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai responden. Seramai 220 orang pelajar tahun tiga sesi kemasukan 2006/2007 daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM telah dipilih sebagai sampel kajian, manakala dari segi jantina pula, menurut maklumat yang diperoleh daripada Pusat Pengajian Akademik UKM, jumlah kemasukan pelajar pada sesi 2006/2007 adalah 5221 orang. Daripada jumlah tersebut, 3569 terdiri daripada pelajar perempuan dan sebanyak 1652 adalah pelajar lelaki.1Secara ringkasnya, pelajar perempuan tahun tiga kini merangkumi sebanyak 68% manakala 32% adalah pelajar lelaki, maka kajian ini telah menggunakan nisbah antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki sebanyak 1.857: 1 dalam aktiviti pengutipan maklumat. 3.2 BORANG SOAL SELIDIK

Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang dikenali sebagai data primer untuk tujuan pengumpulan data di mana pelajar memberikan jawapan secara bersendirian berdasarkan satu set soalan yang dikemukakan. Soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik adalah berbentuk fakta bagi tujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebanyak 40 soalan telah dikemukakan kepada responden yang berkaitan dengan kajian iaitu latar belakang pelajar, tahap pembelajaran pelajar, perkara-perkara tentang pengaruh rakan-rakan responden serta corak pembelajaran responden. Skala Likert four poin digunakan untuk mengukur tahap kebersetujuan bagi satu siri pernyataan. Empat kategori yang digunakan merujuk kepada “sangat bersetuju”, “setuju”, “tidak setuju” dan “sangat tidak bersetuju”. Skor yang diperuntukkan mengambil urutan 1, 2, 3 dan 4. Jenis soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan berbentuk prakod di mana pelajar memilih jawapan yang sesuai baginya.

1

Lampiran , Perangkaan Kemasukan Pelajar Prasiswazah sesi 2004-2005 hingga 2008-2009.

EX 3133 15 A111714 A111751 A111775 A113001 Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian yang perlu dijawab oleh responden. Bahagian pertama merupakan soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, umur, bidang pengajian, kelayakan memasuki universiti, sumber kewangan dalam membiayai pengajian, tahap pendidikan ibu bapa, dan lain-lain. Bahagian kedua pula merupakan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran responden, di mana beberapa pernyataan dinyatakan dan responden diminta memilih jawapan yang dianggap sesuai dengannya. Soalan-soalan termasuklah suasana pembelajaran, keselesaan makmal komputer dan lain-lain. Bahagian ketiga pula merangkumi soalan yang berkaitan dengan rakan-rakan responden, tujuannya bertanya soalan tersebut adalah menurut teori iaitu sahabat seolah-olahnya merupakan pengaruh kepada seseorang dalam pencapaian akademik. Oleh itu, kajian ini menjangkakan bahawa seseorang yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dapat mendorong pencapaian akademik yang baik bagi rakannya.

3.3

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Teknik mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual bersemuka yang dibuat secara tidak formal. Temubual merupakan satu proses komunikasi antara dua atau lebih insan, khususnya bagi penemubual dengan responden yang dibuat secara formal atau tidak formal. Ia merupakan kaedah pungutan yang unggul kerana ia memberikan kadar berbalas yang tinggi dan proses pengumpulan data dapat dilakukan dengan lebih cepat berbanding kaedah-kaedah pengumpulan data lain. Temubual kajian ini bermula pada tarikh 13 Oktober 2008 sehingga 16 Oktober 2008 di sekitar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP).

3.5

KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS version 12.0 untuk mengedit, mengekod, meringkaskan dan menganalisis data. Semua data dianalisis mengikut objektif kajian dan

EX 3133 16 A111714 A111751 A111775 A113001 hipotesis kajian. Dalam usaha memproses data, kesilapan yang mungkin timbul diletakkan pada tahap yang minimum. 3.5.1 Pengeditan Data

Matlamat utama pengkaji dalam mengedit data adalah untuk mengesan dan menghapuskan ralat yang mungkin wujud dalam borang soal selidik. Pengkaji telah menyemak soalan mana yang tidak dijawab dan diisikan semula oleh responden untuk memastikan kelengkapan, ketepatan dan keseragaman data dicapai.

3.5.2

Pengekodan Data

Pengekodan data juga dilakukan bagi memudahkan penganalisisan data. Pencapaian akademik pelajar yang diwakili oleh perbezaan PNGK sebelum masuk ke universiti dengan PNGK sehingga semester lepas antara responden lelaki dan perempuan telah dikira dan dikod kepada tiga kategori. Dengan itu, data nominal membolehkan ujian khi-kuasa dua (χ2) dijalankan. Kategori pertama mewakili pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang meningkat iaitu perbezaan keputusan akademik positif manakala kategori kedua adalah pelajar yang mempunyai pencapaian yang kekal iaitu mempunyai perbezaan keputusan akademik yang sifar. Seterusnya, kategori ketiga pula mewakili pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang menurun iaitu mempunyai perbezaan keputusan akademik yang negatif. Skala Likert empat poin yang digunakan untuk mewakili tahap persetujuan pelajar berkaitan persepsi pengaruh budaya sosial, pengaruh institusi pendidikan, pengaruh sikap dan kepercayaan pelajar, corak pembelajaran dan strategi diambil jika keputusan merosot telah dikodkan semula agar memenuhi Hukum Lima apabila ujian khi-kuasa dua dijalankan. Seterusnya, ciri-ciri demografi pelajar khususnya bangsa dan tahap pendidikan ibu bapa juga telah dikodkan. Pembolehubah bangsa dikodkan kepada tiga kategori utama iaitu Melayu, Cina serta India dan lain-lain. Pembolehubah tahap pendidikan ibu bapa pula dikodkan kepada

EX 3133 17 A111714 A111751 A111775 A113001 tujuh kategori utama iaitu tiada pendidikan formal, sekolah rendah, PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Di samping itu, respon terhadap pernyataan pewakilan dalam aktiviti kokurikulum universiti/ fakulti/ kamsis, pemegangan jawatan dalam persatuan dan sama ada aktif sebagai ahli biasa dalam persatuan telah diklasifikasikan semula kepada dua kategori iaitu ya atau tidak. 3.5.3 Analisis Diskriptif

Analisis diskriptif bermaksud transformasi daripada data mentah kepada suatu bentuk yang mudah difahami dan diinterpretasi. Analisis diskriptif dijalankan untuk menerangkan taburan peratusan pelajar mengikut ciri-ciri demografi pelajar seperti jantina, bangsa, kawasan tempat berasal, tahap pemdidikan ibu bapa dan pencapaian akademik mereka.

3.5.4

Ujian-T Sampel Berpasangan (Paired sample)

Ujian-T sampel berpasangan digunakan untuk membandingkan min perbezaan bagi satu pembolehubah yang cerapannya diperolehi daripada subjek kajian yang sama tetapi melibatkan dua tahap yang berbeza. Oleh itu, ujian ini digunakan untuk menguji sama ada min PNGK sebelum masuk universiti dan min PNGK terkini antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan. 3.5.5 Ujian-T Sample Bebas

Ujian-T sampel bebas digunakan untuk membandingkan perbezaan antara dua nilai min bagi pembolehubah yang cerapannya diperolehi daripada dua sampel yang berlainan. Min perbezaan PNGK antara jantina pelajar (lelaki dan perempuan) dan kawasan tempat tinggal pelajar (bandar dan luar bandar) diuji dengan menggunakan ujian ini. 3.5.6 Analisis Varians (ANOVA) Sehala

EX 3133 18 A111714 A111751 A111775 A113001

ANOVA Sehala digunakan untuk membandingkan perbezaan antara min bagi pembolehubah yang cerapannya diperolehi daripada tiga atau lebih sampel yang bebas. Ujian ini telah digunakan untuk menguji min perbezaan PNGK mengikut jantina dan pengkhususan. 3.5.7 Ujian Khi-kuasa Dua

Ujian Khi-kuasa dua digunakan untuk menguji kebersandaran atau tahap kebergantungan antara dua pembolehubah nominal yang dipersembahkan dalam jadual silang iaitu Crosstab dan Custom Table. Ujian ini telah dijalankan untuk menguji kebersandaran antara pencapaian akademik pelajar dengan pengaruh sosial budaya, rakan sebaya, suasana institusi pendidikan, pengaruh ibu bapa, dan corak pembelajaran Bagi semua ujian hipotesis yang dijalankan, hipotesis nol akan ditolak jika nilai-p bagi statistik ujian kurang daripada aras keertian, α yang ditetapkan.

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1

PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil analisis ke atas latar belakang dan pencapaian akademik pelajar. Kemudian ia disusuli dengan perbincangan tentang hubungan antara tahap pencapaian akademik pelajar dengan faktor kendiri seperti latar belakang dan sikap, faktor persekitaran seperti pengaruh budaya sosial dan institusi pendidikan, faktor keluarga dan corak pembelajaran berbanding jantina.

4.2

LATAR BELAKANG DEMOGRAFI RESPONDEN

EX 3133 19 A111714 A111751 A111775 A113001

Jadual 4.1 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut jantina, bangsa, kawasan tempat berasal, tempat penginapandan pengkhususan. Daripada 220 orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan tahun tiga, 36.8 peratus adalah pelajar lelaki dan 63.2 peratus adalah pelajar perempuan.

Jadual 4.1: Taburan Peratusan Responden Mengikut Latar Belakang Demografi Latar belakang demografi Jantina Bangsa Kategori Lelaki Perempuan Melayu Cina India dan lain-lain Kawasan tempat tinggal Tempat penginapan Pengkhususan Bandar Luar Bandar Dalam Kampus Luar Kampus Ekonomi Perniagaan Perakaunan Peratusan (%) 36.8 63.2 59.5 35.5 5 49.5 50.5 79.1 20.9 42.3 39.5 18.2

Pecahan mengikut etnik menunjukkan sebahagian besar pelajar terdiri daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak 59.5 peratus dan bangsa Cina sebanyak 35.5 peratus manakala India dan lain-lain merangkumi 5 peratus daripada keseluruhan responden. Analisis mengikut kawasan tempat tinggal menunjukkan bahawa 49.5 peratus daripada pelajar berasal dari kawasan bandar manakala selebihnya iaitu 50.5 peratus tinggal di kawasan luar bandar. Tempat penginapan menunjukkan bahawa 79.1 peratus pelajar yang disampel adalah tinggal dalam kampus dan sebanyak 20.9 peratus di luar kampus. Kajian turut menunjukkan

EX 3133 20 A111714 A111751 A111775 A113001 bahawa responden daripada kursus Ekonomi merangkumi 42.3 peratus, kursus Perniagaan sebanyak 39.5 peratus dan Perakaunan 18.2 peratus.

4.3

ANALISIS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Jadual 4.2 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut PNGK yang diperolehi

sehingga semester lepas dan perubahan tahap pencapaian akademik mereka. Secara keseluruhannya, didapati kebanyakan pelajar memperoleh PNGK antara 3.00 hingga 3.69. Namun, berbanding dengan sebelum memasuki universiti, didapati sebanyak 85.9 peratus daripada pelajar mencatatkan penurunan dalam PNGK masing-masing. Hanya 11.4 peratus daripada pelajar yang mencatatakan pemingkatan dalam PNGK manakala sebanyak 2.7 peratus daripada pelajar yang memgekalkan tahap pencapaian akademik mereka. Jadual 4.2: Taburan Peratusan dan Statistik Responden Pencapaian Akademik Pembolehubah PNGK sehingga semester lepas Kategori >3.7 3.0 hingga 3.69 < 3.0 Meningkat Menurun Tiada perubahan Peratusan (%) 3.18 69.09 27.73 11.4 85.9 2.7

Perbandingan PNGK dengan sebelumnya

Statistik Mean Median Mode Variance Minimum Maximum

PNGK Semasa 3.156 3.12 3 0.09 2.4 4

Perubahan PNGK 0.37 0.34 0.5 0.06 0 1.03

Statistik daripada hasil kajian turut menunjukkan mean, median dan mod bagi PNGK semasa dan perubahan PNGK masing-masing 3.156(0.37), 3.12(0.34) dan 3(0.5). Nilai perubahan PNGK maksimun dan minimum adalah 1.03 dan 0.

EX 3133 21 A111714 A111751 A111775 A113001 Jadual 4.3: Keputusan Ujian-t ke atas Perbezaan Min PNGK Sebelum Memasuki Universiti dan PNGK Sehingga Semester Lepas Column PNGK sebelum memasuki universiti PNGK sehingga semester lepas Min 3.4802 3.1562 Statistik ujian-t Nilai-p (2-tailed) 0.000*

* Signifikan pada aras keertian 1 peratus. Jadual 4.3 meringkaskan keputusan ujian-t bagi sampel berpasangan yang telah dijalankan. Pasangan hipotesis yang diuji adalah seperti berikut. H0 : Tiada perbezaan min antara PNGK pelajar sebelum memasuki universiti dengan PNGK pelajar sehingga semester lepas H1 : Wujud perbezaan min antara PNGK pelajar sebelum memasuki universiti dengan PNGK pelajar sehingga semester lepas

Keputusan kajian menunjukkan bahawa purata PNGK sebelum memasuki universiti adalah lebih tinggi berbanding PNGK yang diperolehi oleh pelajar sehingga semester lepas di universiti. Didapati nilai-p = 0.000 < α = 0.01, maka H0 ditolak. Pada aras keertian 1 peratus, dapat disimpulkan bahawa min PNGK pelajar sebelum memasuki universiti berbeza secara signifikan dengan min PNGK pelajar sehingga semester lepas.

Jadual 4.4: Keputusan Ujian-t bagi Perbezaan Min PNGK Mengikut Jantina Kategori Jantina Lelaki Perempuan Min PNGK semasa 3.09 3.19 Statistik ujian-t Nilai-p (1-tailed) 0.08*

* Signifikan pada aras keertian 10 peratus. H0 : Min PNGK antara pelajar lelaki dan perempuan adalah sama.

EX 3133 22 A111714 A111751 A111775 A113001 H1 : Min PNGK pelajar lelaki adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

Keputusan ujian nilai-p = 0.08 < α = 0.1 dalam Jadual 4.4, maka H0 ditolak. Pada aras keertian 10 peratus, terdapat bukti statistik yang cukup menunjukkan min PNGK pelajar lelaki adalah kurang daripada pelajar perempuan. Min PNGK semasa bagi pelajar lelaki dan perempuan masing-masing adalah sebanyak 3.09 dan 3.19.

Jadual 4.5: Taburan Peratusan Pelajar dan Ujian Khi-kuasa dua Mengikut Pencapaian Akademik antara Jantina Pembolehubah Kategori Pencapaian PNGK > 3 (%) Jantina Lelaki Perempuan 67.9 74.8 Pencapaian PNGK < 3 (%) 32.1 25.2 0.269 Ujian χ2 Nilai-p

Berdasarkan kajian yang diperoleh daripada Jadual 4.5, didapati sebanyak 74.8 peratus dariapda responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 manakala didapati hanya sebanyak 67.9 peratus dariapda responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3. Sebaliknya sebanyak 32.1 peratus lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3 berbanding hanya 25.2 peratus perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3. H0 : Jantina tidak berhubung dengan pencapaian akademik pelajar. H1 : Jantina berhubung dengan pencapaian akademik pelajar.

Keputusan nilai-p dalam ujian Khi-kuasa dua adalah 0.269 > α = 0.1, H 0 tidak ditolak. Kesimpulannya, tidak terdapat bukti statistik yang cukup bahawa jantina berhubung dengan pencapaian akademik pelajar.

Jadual 4.6: Taburan Peratusan Pelajar dan Ujian Khi-kuasa dua Mengikut Perubahan Pencapaian Akademik antara Jantina

EX 3133 23 A111714 A111751 A111775 A113001 Pembolehubah Kategori Pencapaian Menaik dan Kekal (%) 11.4 19.6 Pencapaian Menurun (%) 88.6 80.4 Ujian χ2 Nilai-p 0.332

Jantina

Lelaki Perempuan

Berdasarkan kajian yang diperoleh daripada Jadual 4.5, didapati sebanyak 19.6 peratus daripda responden perempuan yang mencatatkan peningkatan dalam PNGK manakala didapati hanya sebanyak 11.4 peratus daripada responden lelaki yang mencatatkan peningkatan dalam PNGK. Sebaliknya, sebanyak 88.6 peratus daripada lelaki mencatatkan penurunan dalam PNGK berbanding dengan perempuan yang hanya 80.4 peratus.

Jadual 4.7: Keputusan Ujian-t bagi Perbezaan Min PNGK Mengikut Latar Belakang Responden Min PNGK sehingga semester lepas Lelaki Perempuan 2.997 3.239 3.184 2.99 3.081 3.121 3.078 3.117 3.014 3.121 3.086 3.347 3.233 3.157 3.169 3.32 3.158 3.23 3.116 3.21 Statistik ujian-t Nilai-p (2-tailed) Lelaki t = -3.86 (0.000)* t = 3.053 (0.003)* t = -0.545 ( 0.587) t = -0.63 (0.530) F = 2.796 (0.067)*** Perempuan t = -5.66 (0.000)* t =1.504 (0.135) t = -0.222 (0.028)** t = -1.457 (0.147) F = 5.2 (0.007)*

Kategori

Bumiputra Non-bumiputra Bandar Luar Bandar Dalam kampus Luar kampus STPM Lain-lain Ekonomi Perniagaan

EX 3133 24 A111714 A111751 A111775 A113001 3.219 3.334 Signifikan pada aras keertian 1 peratus Perakaunan

*

** Signifikan pada aras keertian 5 peratus *** Signifikan pada aras keertian 10 peratus

Jadual 4.4 menunjukkan keputusan ujian-t dan ujian-F ke atas min perbezaan PNGK mengikut latar belakang demografi pelajar. H0 : Min perbezaan PNGK pelajar mengikut bangsa adalah sama. H1 : Min perbezaan PNGK pelajar mengikut bangsa adalah berbeza.

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.000 < α = 0.01 dan nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.000 < α = 0.01, maka H0 ditolak. Maka terdapat bukti statistik yang cukup menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar bumiputra dan non-bumiputra adalah berbeza bagi kedua-dua jantina. Min PNGK semasa bagi pelajar bumuputra dan pelajar non-bumiputra masing-masing adalah sebanyak 2.997(L), 3.086 (P) dan 3.239 (L), 3.347(P).

H0 : Min perbezaan PNGK antara pelajar bandar dan luar bandar adalah sama. H1 : Min perbezaan PNGK antara pelajar dari bandar dan luar bandar adalah berbeza.

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.003 < α = 0.01, maka H 0 ditolak manakala nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.135 > α = 0.1, maka H 0 tidak dapat ditolak. Kesimpulanya, H0 ditolak untuk responden lelaki tetapi gagal ditolak bagi responden perempuan yang menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar dari bandar dan luar bandar berbeza secara signifikan bagi responden lelaki tetapi tidak berbeza secara signifikan bagi responden perempuan.

H0 : Min perbezaan PNGK antara pelajar tinggal dalam kampus dan luar kampus adalah sama. H1 : Min perbezaan PNGK antara pelajar tinggal dalam kampus dan luar kampus adalah berbeza.

EX 3133 25 A111714 A111751 A111775 A113001 Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.587 > α = 0.1, maka H0 tidak dapat ditolak manakala nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.028 < α = 0.05, maka H 0 ditolak. Kesimpulanya, H0 gagal ditolak untuk responden lelaki tetapi ditolak bagi responden perempuan yang menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar tinggal dalam kampus dan luar kampus tidak berbeza secara signifikan bagi responden lelaki tetapi berbeza secara signifikan perempuan.

H0 : Min perbezaan PNGK antara kelayakan pelajar dari STPM dan lain-lain adalah sama. H1 :Min perbezaan PNGK antara kelayakan pelajar dari STPM dan lain-lain adalah berbeza.

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.530 > α = 0.1 dan nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.147 > α = 0.1, maka H0 tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar kelayakan pelajar dari STPM dan lain-lain tidak berbeza secara signifikan bagi semua jantina. Walau bagaimanapun, min bagi PNGK pelajar yang kelayakan STPM adalah kurang daripada kelayakan yang lain bagi semua jantina.

H0 : Min perbezaan PNGK pelajar mengikut pengkhususan adalah sama. H1 : Sekurang-kurangnya dua daripada min perbezaan PNGK pelajar adalah berbeza mengikut pengkhususan

Dalam analisis varians (ANOVA) sehala yang digunakan, keputusan ujian-p bagi responden lelaki adalah 0.067 < α = 0.1, dan nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.007 < α = 0.01. maka H0 ditolak pada aras keertian 10 peratus bagi responden lelaki dan 1 peratus bagi responden perempuan. Ini menunjukkan terdapat bukti statistik yang cukup bahawa sekurangkurangnya dua daripada min perbezaan PNGK pelajar adalah berbeza mengikut pengkhususan bagi semua jantina.

4.4

PENGARUH SOSIAL BUDAYA KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK

EX 3133 26 A111714 A111751 A111775 A113001 4.4.1 Pengaruh keluarga

Jadual 4.7 menunjukkan tahap pendidikan ibu dan bapa dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pada umumnya, semakin tinggi tahap pendidikan ibu bapa, peratusan pelajar yang mendapat pencapaian akademik yang secara relatifnya lebih besar berbanding dengan pelajar yang menunjukkan kemerosotan. Ini mungkin disebabkan ibu bapa dijadikan peranan sebagai “role model” dalam pembelajaran mereka. Jadual 4.8: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut Tahap Pendidikan Ibu Bapa dan Bilangan Adik-beradik Ujian χ2 (Nilai-p) Latar belakang demografi Kategori PNGK≥3 Tahap pendidikan bapa Tidak bersekolah sekolah rendah sekolah menengah kolej/univ ersiti Tidak bersekolah sekolah rendah sekolah menengah kolej/univ ersiti 0-2 >3 (%) 57.1 60 64.9 88.2 71.4 59.1 61.8 88.9 71.2 62.1 PNGK<3 (%) 42.9 40 35.1 11.8 28.6 40.9 38.2 11.1 28.8 37.9 PNGK≥3 (%) 71.4 68.8 77.8 75 75 66.7 82.8 66.7 88.5 64.1 PNGK<3 (%) 28.6 31.2 22.2 25 25 33.3 17.2 33.3 11.5 35.9 0.401 0.001* 0.168 0.222 L 0.228 P 0.8 Lelaki Perempuan

Tahap pendidikan ibu

Bilangan beradik

EX 3133 27 A111714 A111751 A111775 A113001 * Signifikan pada aras keertian 1 peratus

H0 : Tahap pendidikan ibu bapa tidak berhubung dengan PNGK antara jantina. H1 : Tahap pendidikan ibu bapa berhubung dengan PNGK antara jantina.

Keputusan nilai-p dalam ujian Khi-kuasa dua semua adalah tidak signifikan iaitu 0.1, maka H0 tidak dapat ditolak. Kesimpulannya, Kesimpulannya, tidak terdapat bukti statistik yang cukup bahawa tahap pendidikan ibu dan bapa mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi kedua-dua jantina.

H0 : Bilangan adik-beradik tidak berhubung dengan PNGK antara jantina. H1 : Bilangan adik-beradik berhubung dengan PNGK antara jantina.

Keputusan nilai-p dalam ujian Khi-kuasa dua bagi responden lelaki adalah 0.401 > α = 0.1, maka H0 tidak ditolak manakala nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.001 < α 0.001, maka H0 ditolak. Ini menunjukkan terdapat bukti statistik yang cukup bahawa bilangan adikberadik mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi responden perempuan tetapi kesan yang sebaliknya bagi responden lelaki.

4.4.2

Pengaruh Rakan Sebaya

Jadual 4.9: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua antara Pencapaian Akademik Pelajar dengan Pengaruh Rakan Sebaya

EX 3133 28 A111714 A111751 A111775 A113001 Ujian χ2 (Nilai-p) Latar belakang demografi Katego ri keputusan rakanrakan hampir sama dengan keputusan sendiri belajar secara berkumpul an Bersetu ju Tidak Bersetu ju Bersetu ju Tidak Bersetu ju Bersetu ju Lelaki PNGK PNGK ≥3 <3 (%) (%) 60.4 39.6 Perempuan PNGK PNGK ≥3 <3 (%) (%) 79.4 20.6

L 0.082 *

P 0.06*

78.8

21.2

64.3

35.7

63

37

66.2

33.8

0.178

0.017* *

77.8 64.8

22.2 35.2

83.8 68.6

16.2 31.4 0.4 0.032* *

ditegur oleh rakanrakan semasa lalai dalam pelajaran memilih kursus mengikut rakanrakan

Tidak Bersetu ju Bersetu ju

74.1

25.9

84.9

15.1

68.6

31.4

73.1 77

26.9 23

0.91

0.592

Tidak 67.4 32.6 Bersetu ju ** Signifikan pada aras keertian 5 peratus * Signifikan pada aras keertian 10 peratus

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor rakan sebaya. H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor rakan sebaya.

EX 3133 29 A111714 A111751 A111775 A113001

Keputusan dari Jadual 4.8 menunjukkan fakotr seperti keputusan rakan-rakan hampir sama dengan keputusan sendiri berhubung secara signifikan dengan pencapaian akademik bagi semua jantina iaitu nilai-p = 0.082 (lelaki) dan 0.06 (perempuan) < α = 0.1, H0 ditolak. Manakala faktor seperti belajar secara berkumpulan dan ditegur oleh rakan-rakan hanya menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik bagi responden perempuan sahaja iaitu nilai-p = 0.017 dan 0.032 < α = 0.05 masing-masing, H0 ditolak. Akan tetapi, didapati faktor memilih kursus mengikut rakan-rakan adalah tidak berhubung dengan pencapaian akademik bagi semua responden iaitu semua nilai-p melebihi aras keertian pada 1 peratus, 5 peratus dan 10 peratus. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya turut memainkan sebahagian daripada peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik antara jantina.

Didapati sebanyak 78.8 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa keputusan rakan hampir sama dengan keputusan sendiri. Sebaliknya 64.3 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa keputusan rakan hampir sama dengan keputusan sendiri berbanding dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Sebanyak 83.8 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa belajar secara berkumpulan mempengaruhi pencapaian akademik. Keadaan yang sama turut berlaku di kalangan responden lelaki iaitu sebanyak 77.8 peratus yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa belajar secara berkumpulan mempengaruhi pencapaian akademik. Selain itu, didapati sebanyak 68.6 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripda 3 bersetuju bahawa ditegur oleh rakan semasa lalai dalam pelajaran akan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Manakala 64.8 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa ditegur oleh rakan semasa lalai dalam pelajaran akan mempengaruhi pencapaian akademik. Di samping itu, didapati sebanyak 73.1 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripda 3 bersetuju bahawa pemilihan kursus mengikut rakan akan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat

EX 3133 30 A111714 A111751 A111775 A113001 PNGK kurang daripada 3. Manakala hanya 68.6 peratus daripada responden lelaki yang

mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa pemilihan kursus mengikut rakan akan mempengaruhi pencapaian akademik.

4.5

PENGARUH INSTITUSI PENDIDIKAN KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK

4.5.1 Pengaruh Suasana Dalam Institusi Pendidikan

Jadual 4.10: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut Pengaruh Suasana dalam Institusi Pendidikan. Ujian χ2 (Nilai-p) Latar belakang demografi Katego ri teknik pensyarah yang fokus tajuk Bersetu ju Tidak Bersetu ju gred dipengaruh i oleh pensyarah Bersetu ju Tidak Bersetu ju Bersetu ju Tidak Bersetu ju Bersetu ju Tidak Lelaki PNGK PNGK ≥3 <3 (%) (%) 65.7 34.3 Perempuan PNGK PNGK ≥3 <3 (%) (%) 71.8 28.2

L 0.347

P 0.058 *

78.6

21.4

90.9

9.1

67.2 70.6 65.8 69.8 63.6 73

32.8 29.4 34.2 30.2 36.4 27

77.1 69.8 73.2 73.3 70.3 80

22.9 30.2 26.8 26.7 29.7 20

0.789

0.358

saiz kelas

0.702

0.772

pengunaan makmal komputer

0.37

0.187

EX 3133 31 A111714 A111751 A111775 A113001 Bersetu ju Bersetu ju

kemudaha n tempat perbincang an

65.3

34.7

78.6

21.4

0.536

0.208

*

Tidak 71.9 28.1 Bersetu ju Signifikan pada aras keertian 10 peratus

69.1

30.9

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor suasana institusi. H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor suasana institusi.

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1, maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik responden perempuan akan dipengaruhi oleh teknik pensyarah iaitu nilai-p =0.058 < α = 0.10 bermakna H0 dapat ditolak pada aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak dipengaruhi oleh faktor suasana dalam institusi pendidikan.

Didapati sebanyak 90.9 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa teknik pengajaran pensyarah yang fokus tajuk mempengaruhi pencapaian akademik. Sebaliknya 78.6 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa teknik pengajaran pensyarah yang fokus tajuk mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Selain itu, didapati sebanyak 70.3 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa penggunaan makmal komputer mempengaruhi pencapaian akademik. Sebaliknya 63.6 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa penggunaan makmal komputer mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Sebanyak 78.6 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa kemudahan tempat perbincangan mempengaruhi pencapaian

EX 3133 32 A111714 A111751 A111775 A113001 akademik. Sebaliknya 71.9 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa kemudahan tempat perbincangan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3.

4.5.2

Pengaruh Aktiviti Kokurikulum Dalam Universiti

Jadual 4.11: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut Faktor Penglibatan Aktiviti Kokurikulum dalam Universiti Ujian χ2 (Nilai-p) Latar belakang demografi Lelaki Perempuan

Kategori PNGK≥3 PNGK<3 PNGK≥3 PNGK<3 (%) (%) (%) (%) sebagai pewakilan Bersetuju 66.7 33.3 75 74.7 73.7 77.5 69.6 85.1 25 25.3 26.3 22.5 30.4 14.9

L 0.756

P 0.966

Tidak 70 30 Bersetuju memegang Bersetuju 71.2 28.8 jawatan Tidak 59.1 40.9 Bersetuju aktif Bersetuju 68.4 31.6 dalam persatuan Tidak 66.7 33.3 Bersetuju * Signifikan pada aras keertian 5 peratus

0.3

0.644

0.878

0.046* *

EX 3133 33 A111714 A111751 A111775 A113001

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor aktiviti kokurikulum. H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor aktiviti kokurikulum.

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1, maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik kalangan responden perempuan akan dipengaruhi oleh faktor aktif dalam persatuan iaitu nilai-p =0.046 < α = 0.10 bermakna H0 dapat ditolak pada aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak dipengaruhi oleh faktor aktiviti kokurikulum dalam universiti

Didapati sebanyak 75 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan mempengaruhi pencapaian akademik. Sebaliknya 70 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Selain itu, didapati sebanyak 85.1 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa aktif dalam persatuan akan mempengaruhi pencapaian akademik. Sebaliknya 68.4 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa aktif dalam persatuan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3.

EX 3133 34 A111714 A111751 A111775 A113001 4.6 PENGARUH KEUPAYAAN DAN CORAK PEMBELAJARAN KE ATAS

PENCAPAIAN AKADEMIK Jadual 4.12: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut Faktor Keupayaan Penguasaan Bahasa dan Purata Masa Ulangkaji Sehari Ujian χ2 (Nilai-p) Latar belakan g demogr afi Katego ri Purata masa Ulangkaj i sehari MUET 0-1.99 2-2.99 >=3 Band 1-2 Band 3-6 A Lainlain

Lelaki PNGK PNGK ≥3 <3 (%) (%) 80.8 60 63.3 61.5 70.9 66.7 68.8 19.2 40 36.7 38.5 29.1 33.3 31.2

Perempuan PNGK PNGK ≥3 <3 (%) (%) 89.7 75 67.7 66.7 79.1 78.3 69.6 10.3 25 32.3 33.3 20.9 21.7 30.4

L 0.226

P 0.081 *

0.399

0.108

SPM BM

0.844

0.248

* Signifikan pada aras keertian 10 peratus H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor keupayaanpenguasaan bahasa dan purata masa ulangkaji dalam sehari H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor keupayaan penguasaan bahasa dan purata masa ulangkaji dalam sehari

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1, maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik kalangan responden perempuan akan

EX 3133 35 A111714 A111751 A111775 A113001 dipengaruhi oleh faktor purata masa ulangkaji sehari iaitu nilai-p =0.081 < α = 0.10 bermakna H0 dapat ditolak pada aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak banyak dipengaruhi oleh faktor keupayaan penguasaan bahasa dan corak pembelajaran.

Didapati sebanyak 89.7 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperuntukkan masa ulangkaji tidak lebih daripada 2 jam dalam sehari secara puratanya. Sebaliknya 80.8 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperuntukkan masa ulangkaji tidak lebih daripada 2 jam dalam sehari berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Sejajar itu, sebanyak 67.7 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperuntukkan masa ulangkaji lebih daripada 3 jam dalam sehari secara puratanya. Sebanyak 60 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperuntukkan masa ulangkaji antara 1 hingga 2 jam dalam sehari pada puratanya. Didapati sebanyak 66.7 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperoleh gred A dalam Bahasa Melayu SPM dan 78.3 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperoleh gred A dalam Bahasa Melayu SPM.

Jadual 4.13: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut Faktor Corak Pembelajaran Ujian χ2 (Nilai-p) Latar belakang demografi Lelaki Perempuan

EX 3133 36 A111714 A111751 A111775 A113001 Kategori PNGK≥3 PNGK<3 PNGK≥3 PNGK<3 (%) (%) (%) (%) 65 73.9 67.9 68 68.2 67.6 66.7 75 64.4 72.2 66.2 75 62.1 82.6 68.1 66.7 63.2 72.1 66.2 76.9 35 26.1 32.1 32 31.8 32.4 33.3 25 35.6 27.8 33.8 25 37.9 17.4 31.9 33.3 36.8 27.9 33.8 23.1 74.69 76.2 75.5 72.7 75 74.5 75 73.9 73 78 72.1 85.7 86 70.8 75.4 69.2 71.7 76.7 73.1 85 25.31 23.8 24.5 27.3 25 25.5 25 26.1 27 22 27.9 14.3 14 29.2 24.6 30.8 28.3 23.3 26.9 15 0.447 0.257 0.39 0.506 0.921 0.626 0.074* 0.621 0.497 0.137 0.456 0.517

Bersetuju Tidak Bersetuju Membuat Bersetuju rujukan Tidak tambahan Bersetuju Membuat soalan Bersetuju latihan Tidak tambahan Bersetuju Memberi tunjuk Bersetuju ajar kepada rakan. Memperuntukka n masa yang lebih dalam ulangkaji pelajaran Berjumpa pensyarah sekiranya perlu Saling bertukar nota atau soalan dengan rakanrakan Membuat cacatan semasa kuliah Ulangkaji seminggu sebelum peperiksaan Sentiasa membaiki kelemahan sendiri Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak Bersetuju

Menggunakan kemudahan

L 0.465 0.99

P 0.875 0.751

0.953

0.952

0.568

0.913

* Signifikan pada aras keertian 10 peratus

EX 3133 37 A111714 A111751 A111775 A113001 H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor corak pembelajaran H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor corak pembelajaran

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1, maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik kalangan responden lelaki akan dipengaruhi oleh faktor saling bertukar nota iaitu nilai-p =0.074 < α = 0.10 bermakna H 0 dapat ditolak pada aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak dipengaruhi oleh corak pembelajaran.

Didapati sebanyak 68.2 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa membuat soalan latihan tambahan akan mempengaruhi pencapaian akademik dan 75 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada bersetuju bahawa membuat soalan latihan tambahan akan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Sebanyak 75 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak setuju bahawa berjumpa dengan pensyarah sekiranya perlu akan mempengaruhi pencapaian akademik dan 85.7 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa berjumpa dengan pensyarah sekiranya perlu akan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Selain itu, didapati sebanyak 86 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 setuju bahawa saling bertukar nota dengan rakan akan mempengaruhi pencapaian akademik manakala sebanyak 82.6 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa saling bertukar nota dengan rakan akan mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Menurut hasil kajian, didapati sebanyak 75.4 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 setuju bahawa membuat cacatan tambahan dalam kuliah akan mempengaruhi pencapaian akademik manakala sebanyak 68.1 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 setuju bahawa membuat cacatan tambahan dalam

EX 3133 38 A111714 A111751 A111775 A113001 kuliah mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3.

BAB V

RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

5.1

PENGENALAN

Kerangka bagi bab ini adalah untuk membincangkan kesimpulan kajian berdasarkan keputusan yang diperolehi. Implikasi kajian diterangkan bagi menyediakan cadangan yang praktikal untuk pembuat dasar. Akhir sekali, cadangan untuk kajian juga dibincangkan. 5.2 KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik antara gender dan menganalisis pencapaian akademik berdasarkan latar belakang demografi. Seterusnya, kajian ini juga melihat perkaitan di antara pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, suasana institusi pendidikan dan corak pembelajaran dengan perstasi akademik. Keputusan analisis keputusan akademik pelajar menunjukkan min PNGK pelajar sebelum memasuki universiti berbeza secara signifikan dengan min PNGK pelajar sehingga semester lepas antara jantina. Selain itu, min perbezaan PNGK pelajar antara jantina, kawasan tempat

EX 3133 39 A111714 A111751 A111775 A113001 berasal dan bangsa memperlihatkan perbezaan yang signifikan kecuali perbezaan min PNGK pelajar perempuan dengan kawasan tempat berasal. Min perbezaan PNGK pelajar antara pengkhususan sahaja didapati signifikan di bawah ujian ANOVA Sehala. Manakala didapati min perbazaan PNGK antara kelayakan pelajar tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan. Secara ringkasnya, didapati pengaruh keluarga iaitu tahap pendidikan ibu bapa dan bilangan adik-beradik dalam keluarga tidak wujud hubungan dengan pencapaia akademik. Ia menunjukkan tahap pendidikan ibu bapa tidak dapat membantu dalam pembelajaran mereka secara langsung khasnya di peringkat universiti tetapi lebih kepada memberi sokongan moral. Selain itu, faktor latar belakang keluarga iaitu bilangan adik beradik mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar perempuan sahaja. Pengaruh rakan sebaya seperti keputusan rakan hampir sama dengan keputusan sendiri, belajar secara berkumpulan, dan ditegur oleh rakan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik bagi pelajar perempuan sahaja manakala faktor seperti pemilihan kursus mengikut tidak wujud hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan hasil kajian, pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor suasana dalam institusi pendidikan seperti teknik pensyarah mengajar, saiz kelas, penggunaan makmal komputer dan kemudahan tempat perbincangan. Namun, hanya pencapaian akademik bagi pelajar perempuan didapati berhubungan dengan teknik pensyarah mengajar. Selain itu, disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak dipengaruhi oleh aktivti kokuriklum dalam universiti kecuali pencapaian akademik di kalangan pelajar perempuan dipengaruhi oleh faktor aktif dalam persatuan. Faktor keupayaan dan corak pembelajaran terhadap pencapaian akademik antara jantina turut tidak wujud hubungan yang signifikan. Sebaliknya, didapati faktor corak pembelajaran iaitu purata masa ulangkaji dalam sehari hanya mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar perempuan. Selain itu, faktor seperti saling bertukar nota dan soalan hanya mempengaruhi pencapaian akademik bagi pelajar lelaki. 5.3 IMPLIKASI KAJIAN

EX 3133 40 A111714 A111751 A111775 A113001

Dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan memberi implikasi secara langsung ke atas pencapaian akademik pelajar di fakulti ekonomi dan perniagaan. Daripada perbincangan dapatan kajian, beberapa implikasi dapat disintesiskan dan diimplimentasikan secara terancang dan teratur. Secara keseluruhannya, didapati hanya sebahagian daripada faktor latar belakang keluarga, pengauh rakan sebaya, suasana dalam institusi pendidikan dan corak pembelajaran yang menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktor yang dikaji, tidak wujud satu faktor yang jelas menunjukkan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian menunjukkan tingkah laku rakan sebaya sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Golongan ini berperanan memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik. Pembelajaran secara berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu pelajar yang lemah melalui perbincangan dan kerjasama untuk menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan. Namun, dapatan kajian menunjukkan faktor tersebut kurang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar antara jantina disebabkan keberkesanan pembelajaran dalam kumpulan amat bergantung kepada sifat keterbukaan, kesediaan dan komitmen pelajar. Suasana dalam institusi pendidikan turut memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian akademik pelajar. Teknik dan cara pensyarah mengajar, saiz kelas yang terlalu besar, kekurangan kemudahan makmal komputer dan tempat untuk menjalankan perbincangan akan menjejaskan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Pensyarah penting dalam memupuk sikap pembelajaran yang positif di kalangan pelajar melalui pendekatan pengajaran dan keperibadian mereka. Seseorang pelajar akan lebih tertarik dengan sesuatu kursus jika pensyarah dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan mengaitkan teori dengan contoh-contoh yang wujud dalam realiti. Dengan itu, mereka akan berasa seronok untuk belajar dan berusaha untuk mengejar pencapaian akademik yang lebih baik. Selain itu, pensyarah yang ramah mesra dan mudah bergaul dengan pelajar akan lebih menarik perhatian pelajar seterusnya dapat memperbaiki pencapaian mereka. Saiz kelas yang sederhana memudahkan kawalan pensyarah

EX 3133 41 A111714 A111751 A111775 A113001 yang seterusnya tumpuan perhatian pelajar dapat dipertingkatkan. Peruntukan kemudahan makmal komputer dan tempat yang lengkap dalam fakulti dapat membantu proses pembelajaran pelajar. Di samping itu, Pelajar yang cemerlang akan mengamalkan corak pembelajaran yang efisyen dan bersistematik. Golongan ini berupaya memperuntukkan masa yang teratur dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Mereka turut akan mengambil strategi yang tertentu untuk memperbaiki keputusan yang merosot dengan mengurangkan jam kredit pada semester depan, menambah masa belajar, memilih kursus yang mudah dan sebagainya. Namun, hasil kajian yang diperoleh adalah bertentangan dengan corak pembelajaran tersebut di kalangan pelajar yang dikaji. Sejajar itu, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif, logik dan kritis serta kemahiran menganalisis merupakan kemahiran utama yang dapat dibangunkan melalui proses pembelajaran. Kecemerlangan dalam pencapaian akademik juga patut dinilai dari aspekaspek tersebut. Oleh itu, pelajar seharusnya pro-aktif dalam pembelajaran mereka agar tidak terhad kepada menimba pengetahuan sahaja supaya dapat membantu pelajar dalam memperoleh keputusan akademik yang lebih baik.

5.4

CADANGAN KAJIAN

Memandangkan kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, adalah diharapkan supaya kajian ini boleh dilanjutkan kepada pelajar dari fakulti lain supaya hasil kajian yang lebih menyeluruh dapat diperolehi. Selain itu, perbandingan keputusan boleh dijalankanan antara fakulti. Kemudahan seperti pusat sumber, perpustakaan, makmal komputer dan lain-lain kemudahan hendaklah diperbaiki. Buku-buku rujukan yang terdapat di dalam pusat sumber hendaklah mencukupi dengan nisbah bilangan pelajar yang sedia ada dan juga menepatisukatan pelajaran topik-topik yang tertentu. Ini disebabkan pelajar-pelajar perlu membuat rujukan tambahan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan juga bagi tujuan menyelesaikan soalan latihan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, makmal komputer harus

EX 3133 42 A111714 A111751 A111775 A113001 mencukupi bagi tujuan penyiapan tugasan dan dilengkapi dengan mesin pencetak. Kekurangan peralatan menyebabkan pelajar sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan menyebabkan motivasi dan hasil kerja pelajar terjejas. Pensyarah digalakkan memberikan soalan tambahan diedarkan lebih awal sebelum sesuatu topik tersebut diajar atau sewaktu topik tersebut sedang diajar, ini memudahlan lagi pelajar terutama pelajar-pelajar yang rajin dan memiliki inisiatif yang tinggi untuk menyiapkan soalan tersebut. Pensyarah harus memaparkan jadual peribadi mereka agar senang untuk dirujuk oleh pelajar. Waktu perundingan juga dinyatakan dengan jelas dengan menggunakan sistem temu janji yang sisitematik agar pelajar mudah untuk berjumpa dengan pensyarah apabila diperlukan. Di samping itu, setiap pensyarah harus menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi terhadap kerjaya mereka. Pelajar dsediakan tempat yang selesa dan menyenangkan bagi mengulangkaji pelajaran. Pihak kolej boleh menyediakan tempat- tempat seperti perpustakaan, bilik tutoran, bilik bacaan, asrama dan sebagainya. Di samping itu, setiap kejayaan yang dikecapi oleh para pelajar hendaklah diumumkan atau dihebahkan kepada pelajar yang lain. Ini membolehkan pelajar tersebut merasakan kejayaan mereka diiktiraf seterusnya dijadikan sebagai dorongan kepada pelajar yang lain untuk turut berusaha mencapai kejayaan.

EX 3133 43 A111714 A111751 A111775 A113001

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & Nordiana Mohd Nor. 2007. Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik (atas talian) http://eprints.utm.my/4022/1/AziziYahaya_kecerdasan_emosi.pdf (16 Januari 2008).

Naseer Ahmad Salfi & Muhammad Saeed. 2007. Relationship among school size, school culture and students’ achievement at secondary level in Pakistan. International Journal of Educational Management 21(7): 606-620.

Azizi Hj. Yahaya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’Alip. 2008. Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di sekolah Menengah Di Johor Bahru.

NurAshiqin Bt Najmuddin. 2004. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

Natriiello dan McDill. 1986. Menggariskan tujuh perkara berkaitan dengan kerjarumah dan kaitannya dengan pencapaian.

Marcoulides, G.A. & Heck, R.H. 1996. School culture and performance: testing the invariance of a model. School Effectiveness and School Improvement 7: 76-95.

Mckenna, E. 1997. Gender Differences In Reading Attitude. ERIC Document No: ED407653. Saemah Rahman dan John Arul Philips. 2006. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 31 ( 2006 ) 21 – 39. Hubungan antara kesedaran metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti.

EX 3133 44 A111714 A111751 A111775 A113001 Ruhizan Mohd Yassin, Mohd Jasmy Abd. Rahman, Norlena Salamubbin dan Rosadah Abd. Majid. 2001. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 27 ( 2001 ) 27 – 34. Proses kognitif pelajar cemerlang dan tidak cemerlang.

Mohd Kamarul Yusri Bin Khaidzir. 2005. Mengenalpasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang dan juga lemah.

Eric A. Hanushek dari Hoover Institution, Stanford University. Januari 2007. Seorang penganalisa ekonomi pendidikan menyatakan bahawa peruntukan persekolahan pada masa kini adalah tidak cekap.

Tinklin, T., Croxford. L. Frame.B., Ducklin. A. 2000. Gender and Pupil Performance in Scotland. Kertas Kerja. The European Conference on Educational Research, Edinburgh. Available online: http: www//leeds.ac.uk/educol/documents/00001663.htm.

Dwyer. C. A., 1974. Influence of chidren’s sex role standards on reading and mathematics achievement. Journal Of Educational Psychology 66: 811-816.

Jules, V. & Kutnick. P, 1997. Student perceptions of a good teacher: The gender perspective. British Journal Of Educational Psychology 67: 497-511.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful