You are on page 1of 32

KETANGENAN J1001/3/ 1

KETANGENAN

OBJEKTIF AM

Mengaplikasi tenik-teknik pembinaan tangen pada lukisan
alat-alat ganti kejuruteraan (mechanical parts) dengan
menggunakan jangka lukis dan peralatan melukis yang
lain.

3
Unit OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

 Mentakrifkan tangen

 Membina garisan bertangen kepada bulatan atau
lengkok.

 Membina garisan bertangen kepada dua atau lebih
bulatan/lengkok.

 Melukis bulatan bertangen kepada dua garis lurus.

 Membina lengkok bertangen kepada dua bulatan.

 Membina lengkok pada dua bulatan yang bersudut.
Semua rajah dalam unit ini dipetik dari bahan:
i. Latihan dalam lukisan teknik untuk SAP,
(Reginald Buss)
ii. Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 & 5, Dewan
Bahasa dan Pustaka
iii. Lukisan Geometri, Md. Nasir Abd. Manan
iv. Lukisan Kejuruteraan Geometri, Nota Panduan
Politeknik Malaysia
v. Lukisan Geometri, Ong Kok Seng, Fajar Bakti
KETANGENAN J1001/3/ 2

INPUT

3.0 PENGENALAN

Apabila satu garisan lurus bersentuhan dengan lengkok atau bulatan,
garisan itu dikenal sebagai garisan tangen. Rajah 3.1(a) menunjukkan
satu garisan lurus menyentuh bulatan. Titik dimana garis tangen
menyentuh lilitan bulatan dinamakan titik sentuhan. Garisan yang
menyambungkan pusat bulatan dengan titik sentuhan dinamakan garisan
normal. Garisan normal berserenjang kepada garisan tangen.

Ketangenan boleh juga berlaku di antara dua lengkok atau dua bulatan
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.1(b) dan 3.1(c) atau antara
lengkok dua bulatan. Titik sentuhannya iaitu P dinamakan titik tangen.

Rajah 3.1(b) menunjukkan dua bulatan yang menyentuh di sebelah luar,
titk sentuhannya terletak pada garisan yang menyambungkan pusat bagi
bulatan itu. Jarak di antara pusat bulatan ialah (R + r).

Rajah 3.1(c) menunjukkan dua bulatan yang menyentuh di sebelah dalam.
Titik sentuhannya terletak pada garisan yang menyambungkan pusat
bulatan dan garisan itu dipanjangkan. Jarak di antara pusat bulatan itu
ialah (R – r).

P (titik Sentuhan)
G. Normal
Tangen

Rajah 3.1 (a) Satu garisan lurus menyentuh bulatan

(R-r)

r P
T1 T2
R
KETANGENAN J1001/3/ 3

R r
T2
T1
P

Rajah 3.1(b) Dua bulatan yang Rajah 3.1 (c) Dua bulatan yang
menyentuh di sebelah luar menyentuh di sebelah dalam

3.1 PEMBINAAN GARISAN TANGEN

Pembinaan garisan tangen dengan menggunakan jangkalukis dan
peralatan lukisan yang lain.

3.1.1 Garisan Bertangen Kepada Bulatan atau Lengkok.

(a) Membina tangen melalui titik T pada lilitan bulatan.

X Langkah – langkahnya.

1. Lukis bulatan yang diberi
pusatnya di P.
4 2. Tandakan titik T di lilitan
bulatan.
R P 3. Sambungkan PT dan
3 1
2 panjangkan hingga ke R di
T mana TR = TP.
4. Bahagi dua RP dan
lukiskan tangen melalui
titik T pada bulatan. XY
Y 4 3 adalah tangen yang
X Y
dikehendaki.
1
5 titik T pada
Rajah 3.2 Membina tangen melalui
lilitan bulatan
(b) Membina tangen pada bulatan dari titik T
+ 2 +
T R P

Rajah 3.3 Membina tangen pada bulatan dari titik T
KETANGENAN J1001/3/ 4

Langkah – langkahnya.

1. Lukiskan bulatan yang diberi pusatnya di P.
2. Tandakan titik T yang diberi dan sambungkan T dan P.
3. Bahagi dua garis TP di R.
4. Berpusatkan R dan berjejarikan RT (RT=RP), lukiskan
separuh bulatan memotong bulatan di X.
5. Panjangkan TX hingga ke Y. TXY ialah tangen yang
dikehendaki.

3.1.2 Garisan Bertangen Kepada Dua atau Lebih Bulatan/Lengkok.

(a) Membina tangen luar diberi dua bulatan yang sama.

M 4 N

1
3 1 2 3
T1 T2

Rajah 3.3 Membina tangen luar diberi dua
bulatan yang sama
Langkah – langkahnya

1. Lukiskan dua bulatan yang diberi pada jarak
yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat T1 dan T2.
3. Pada tiap-tiap pusat, bina garis tegak supaya
memotong lilitan bulataan di titik sentuhan (titik
tangen) M dan N. MN adalah tangen yang
dikehendaki.
4. Sambungkan MN.
KETANGENAN J1001/3/ 5

(b) Membina tangen dalam pada dua bulatan yang
mempunyai jejari sama.

S

T1
+ +T
R P Q 2

T

Garis T2 S dan

TT2 adalah selari

Rajah 3.5 Membina tangen dalam pada dua bulatan yang
mempunyai jejari sama.
Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan pada jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T1 dan T2.
3. Bahagi dua garisan T1T2 di P.
4. Bahagi dua garisan T1P di Q dan T2P di R.
5. Dengan berpusatkan Q dan R , lukis bulatan uantuk
mendapatkan titik persilangan S dan T. Garis ST adalah
tangen dalam yang dikehendaki.
KETANGENAN J1001/3/ 6

(c) Membina tangen luar pada dua bulatan , mempunyai
jejari yang berbeza.

R

Q S

T1 p T2
+ + J2
J 1 – J2
J1

Garisan T1R
dan T2S adalah
selari

Langkah – langkahnya:
Rajah 3.6 Membina tangen luar pada dua bulatan,
1. mempunyai
Lukiskan jejari yang
dua bulatan yangberbeza
berjejari J1 dan J2 pada
jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T1 dan T2.
3. Bahagi dua garis T1T2 di P.
4. Berpusatkan P dan berjejari PT1 (PT1 =PT2), Lukiskan
bulatan atau separuh bulatan.
5. Berpusatkan T1 dan berjejarikan J1 – J2, , lukiskan
bulatan yang memotong separuh bulatan di Q.
6. Sambungkan T1Q sehingga memotong bulatan besar di
R, iaitu titik tangen pada bulatan besar.
7. Lukiskan T2S selari dengan T1R untuk mendapatkan
titik tangen pada bulatan kecil. Garis RS adalah tangen
yang dikehendaki.
KETANGENAN J1001/3/ 7

(d) Membina tangen dalam pada dua bulatan yang
mempunyai jejari yang tak sama.

Q

J1+J2
R

J2

T!
J1
P +T 2

S

Langkah – langkahnya:
Rajah 3.7 Membina tangen dalam pada dua bulatan yang
1. Lukiskanmempunyai jejari
dua bulatan yang
yang tak sama
berjejari J1 dan J2 pada jarak yang
dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T1 dan T2.
3. Bahagi dua garis T1T2 di P.
4. Berpusatkan P dan berjejarikan PT1 (PT1 = PT2), lukiskan
separuh bulatan.
5. Berpusaatkan T1 dan berjejarikan J1 + J2 , lukiskan bulatan
yang memotong separuh bulatan di Q.
6. Sambungkan T1Q. Ia memotong bulatan besar di tangen titik
R.
7. Lukiskan T2S selari dengan T1R untuk mendapatkan titik
tangen S pada bulatan kecil. RS adalah tangen dalam yang
dikehendaki.
KETANGENAN J1001/3/ 8

3.1.3 Bulatan Bertangen kepada dua garis lurus.

(a) Membina satu bulatan bertangen kepada dua garisan
menumpu dan menyentuh kepada satu titik yang diberi:

B

T
J

O

A C

Rajah 3.8 Membina satu bulatan bertangen kepada dua
garisan menumpu dan menyentuh kepada satu titik yang diberi

Langkah-langkahnya:

1. Binakan garisan menumpu BA dan CA, dengan titik T pada
garisan BA.
2. Bahagikan kepada dua sudut BAC.
3. Pada titik T binakan satu garis lurus bersudut tepat supaya
memotong pada titik O.
4. Berpusatkan O dan berjejarikan OT , bina satu bulatan
menyentuh ttitik T. Bulatan ini bertangen kepada dua garisan
menumpu seperti dalam rajah 3.8.
KETANGENAN J1001/3/ 9

(b) Membina satu bulatan bertangen kepada dua garisan
menumpu diberi jejari bulatan.

J B

J

J
O

A
J

C

Rajah 3.9 Membina satu bulatan bertangen kepada dua
garisan menumpu diberi jejari bulatan

Langkah- langkahnya:

1. Bina garisan menumpu BA dan CA dengan jejari bulatan J
diberi.
2. Bahagi dua sama sudut BAC dengan menggunakan jangka
lukis.
3. Lukis dua lengkok di hujung garis CA dengan jejari J yang
diberi.
4. Sambungkan puncak kedua-dua lengkok supaya memptong
pada titik O. Berpusatkan O bina bulatan yang berjejarikan J
supaya menyentuh dua garisan menumpu seperti dalam
rajah 3.9.
(c) Membina bulatan bertangen kepada dua garisan
menumpu serta melalui satu titik diberi di antaranya.

+T
O
Y
X
B C

Rajah 3.10 Membina bulatan bertangen kepada dua garisan
menumpu serta melalui satu titik diberi di antaranya
KETANGENAN J1001/3/ 10

Langkah-langkahnya:

1. Diberi ialah dua garisan menumpu serta satu titik T di
antaranya.
2. Bahagi dua sama buka sudut dua garisan menumpu dan
sambungkan titik B kepada titik T.
3. Dari sebarang titik pada pembahagi dua sama sudut,
lukiskan satu bulatan pusatnya X supaya menyentuh garis
AB dan CB dan memotong pada titik Y. Sambungkan titik
X Y.
4. Unjurkan garisan XY supaya selari melalui titik T dan
memotong pada titik O. Berpusatkan titik O lukis bulatan
supaya menyentuh titik T dan garisan AB dan CB seperti
dalam rajah 3.10.

(d) Membina satu bulatan bertangen kepada bulatan diberi
dan dua garisan lurus menumpu.

A

S

U

Y O
Z

B X T C

Rajah 3.11 Membina satu bulatan bertangen kepada bulatan
diberi dan dua garisan lurus menumpu
KETANGENAN J1001/3/ 11

Langkah- langkahnya:

1. Diberi ialah satu bulatan betangen kepada dua garis
menumpu AB dan CB.
2. Bahagikan dua sama buka sudut garisan menumpu supaya
memotong pada titik U dan Y, sambungkan TU. Melalui titik T
bina garis bersudut tepat supaya memotong pada titik O,
sambungkan TO.
3. Lukiskan XY selari dengan TU dan XZ selaari dengan TO.
4. Berpusatkan titik Z lukis bulatan jejarinya ZY supaya
menyentuh bulatan diberi dan dua garis lurus menumpu (AB &
CB) seperti dalam rajah 3.11.
KETANGENAN J1001/3/ 12

Untuk memperkukuhkan lagi pembelajaran
anda, mari kita lihat contoh berikut.

Contoh 3.1

Rajah C3.1 menunjukkan satu bulatan berpusat M dengan titik A di luar bulatan
tersebut. Lukiskan garisan tangen bulatan melalui titik A tersebut.

M . .
A

Rajah C3.1 Satu bulatan berpusat M dengan
titik A di luar bulatan

Penyelesaian:

3

4 2
A
.
D

M . .
B
1
c
5
Contoh 3.2
KETANGENAN J1001/3/ 13

Rajah C3.2 adalah dua bulatan yang tidak sama besar, masing-masing
berpusatkan M1 dan M2. Lukiskan garisan tangen luar bulatan pada kedua-dua
bulatan tersebut.

. .
M1 M2

Rajah C3.2 Dua bulatan yang tidak sama besar,
masing-masing berpusatkan M1 dan M2

Penyelesaian:

8
.
D

.
.
B
5
M1
4
.
o
2
.
M2 P
6 .
A
1

7
C

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda
tidak berpuas hati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input dan bertanya kepada pensyarah anda.
KETANGENAN J1001/3/ 14

AKTIVITI 3A

3.1 Dua garisan lurus AD dan ABC berada pada 45o seperti kelihatan dalam
Rajah A3.1. Dengan cara pembinaan geometri, lukis sebuah bulatan yang
mennyentuh garisan AD dan melalui titik B dan C.

D

45o
A C
60 mm 50 mm
B

Rajah A3.1
Sebelum
3.2 Lukis semula rajah A3.2 dan buat sebuah bulatan melalui titik P dan jawab….
menyentuh garisan AB dan AC. Baca soalan
C dengan
P
teliti..dan
tunjukkan
cara kerja
anda secara
terperinci…
65
40o
30o mm B
A
Rajah A3.2
KETANGENAN J1001/3/ 15

MAKLUM BALAS 3A

3.1 Melukis sebuah bulatan yang mennyentuh garisan AD dan melalui titik B dan
C dengan cara pembinaan geometri.

E

1
4 m
3

O
5

A C
X B

3
Y
2
KETANGENAN J1001/3/ 16

3.2 Membina sebuah bulatan melalui titik P dan menyentuh garisan AB dan
AC.

C

5

A

P 4

1 O

3
X
2
A B
KETANGENAN J1001/3/ 17

INPU
T
3.2 PEMBINAAN LENGKUK BERTANGEN PADA DUA BULATAN

Anda telah pun membina garisan tangen kepada bulatan. Pembelajaran
kita seterusnya akan menyentuh pula satu lagi tangen iaitu lengkuk
bertangen kepada bulatan. Lengkok adalah sebahagian daripada bulatan.
Lengkok biasanya digunakan bagi melukis komponen kejuruteraan
dimana kebanyakaan binaannya terdiri daripada garisan lurus dan
lengkok. Lengkok-lengkok yang terdapat dalam komponen ini mungkin
digunakan bagi mencantikkan bentuknya, ciri-ciri keselamatan,
rekabentuk yang diperlukan bagi penggunaan semasa dan sebagainya.

Lengkok bertangen boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lengkok
bertangen didalam bulatan dan lengkok bertangen diluar bulatan.

3.2.1 Lengkok Bertangen Pada Satu Bulatan.

a) Membina lengkok jejarinya r unit, yang bertangen
didalam satu bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di
lilitan bulatan.

Langkah-langkahnya:
1. Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
2. Tandakan titik P di garisan bulatan dan kemudian
sambungkan OP.
3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari ( R
- r ), lukiskan lengkok supaya menyilang di OP pada
Q.
4. Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari r
unit, lukiskan lengkok yang dikehendaki seperti dalam
rajah 3.12.
KETANGENAN J1001/3/ 18

Rajah 3.12 Membina lengkok jejarinya r unit, yang bertangen didalam
satu bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan

b) Membina lengkok jejarinya r unit, yang menyentuh
sebelah luar bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di
lilitan bulatan.

Langkah-langkahnya:
1. Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
2. Tandakan titik P. Sambungkan OP dan panjangkan ke
A.
3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan ( R + r )
sebagai jejari, lukiskan lengkuk supaya menyilang OA
pada S.
4. Dengan menggunakan S sebagai pusat dan jejari r
unit, lukiskan bulatan yang dikehendaki.

Rajah 3.13 Membina lengkok jejarinya r unit, yang menyentuh sebelah
luar bulatan, jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan
KETANGENAN J1001/3/ 19

3.2.2 Lengkok Bertangen Pada Dua Bulatan

a) Membina lengkok diberi jejari bertangen dalam kepada
dua bulatan yang diberi.

Langkah-langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat
di A dan B .
2. Diberi jejari lengkuk J.
3. Berpusatkan dititik A, lukis lengkok jejarinya
bersamaan dengan jejari bulatan ditolak dengan jejari
J.
4. Berpusatkan di titik B, lukis lengkok jejarinya
bersamaan dengan jejari bulatan ditolak dengan jejari J
supaya memotong pada titik O.
5. Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J
supaya menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam
rajah 3.14.
B
A
R r
J

O

Rajah 3.14 Membina lengkok diberi jejari bertangen dalam
kepada dua bulatan yang diberi
KETANGENAN J1001/3/ 20

b) Membina lengkok diberi jejari bertangen luar kepada
dua bulatan yang diberi.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat
di A dan B.
2. Diberi jejari lengkok J.
3. Berpusatkan dititik A lukis lengkok jejarinya bersamaan
dengan jejari bulatan ditambah dengan jejari J.
4. Berpusatkan dititik B lukis lengkok jejarinya bersamaan
dengan jejari bulatan ditambah dengan jejari J supaya
memotong pada titik O.
5. Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J
supaya menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam
rajah 3.15.

B r
A
R

J

O

Rajah 3.15 Membina lengkok diberi jejari bertangen
luar kepada dua bulatan yang diberi

3.3 PEMBINAAN LENGKOK PADA DUA GARISAN YANG BERSUDUT
KETANGENAN J1001/3/ 21

Anda telahpun melukis lengkok bertangen kepada bulatan. Seterusnya
anda akan melukis lengkok pada dua garisan yang bersudut. Terdapat
tiga keadaan lengkok bertangen pada dua garisan iaitu lengkok bertangen
kepada dua garisan menumpu dalam sudut tirus, lengkok bertangen
kepada dua garisan menumpu dalam sudut cakah dan lengkok bertangen
kepada dua garisan yang bersudut tepat.

3.3.1 Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan
Menumpu Dalam Satu Sudut Tirus.

Langkah- langkahnya:

1. Lukiskan garisan menumpu AB, BC dalam buka sudut tirus dan
diberi jejari J.
2. Lukiskan satu garisan selari DE dengan garisan BC yang
jaraknya jejari J.
3. Lukiskan satu garisan selari FG dengan garisan AB yang
jaraknya jejari J supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan titik O lukis satu lengkok yang jejarinya J supaya
menyentuh dua garisan menumpu yang diberi seperti dalam
rajah 3.16.

A

J
F

D O E
J
J J
B
G C
J

Rajah 3.16 Membina satu lengkok bertangen kepada dua garisan menumpu dalam
satu sudut tirus

3.3.2 Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan
Menumpu Dalam Satu Sudut Cakah.
KETANGENAN J1001/3/ 22

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan garisan menumpu AB, BC dalam buka sudut cakah
dan diberi jejari J.
2. Lukiskan satu garisan selari DE dengan garisan BC yang
jaraknya jejari J.
3. Lukiskan satu garisan selari FG dengan garisan AB yang
jaraknya jejari J supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan titik O lukis satu lengkok yang jejarinya J supaya
menyentuh dua garisan menumpu yang diberi seperti dalam
rajah 3.17.

G
J
A

J
J
O E
D

J F J J

C
B

Rajah 3.17 Membina satu lengkok bertangen kepada dua
garisan menumpu dalam satu sudut cakah

3.3.3 Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan Yang
Bersudut Tepat.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan garisan bersudut tepat AB, BC.
KETANGENAN J1001/3/ 23

2. Berpusatkan dititik B bina satu lengkok dengan jejarinya J
supaya memotong pada titik D dan E.
3. Berpusatkan titik D, lukis satu lengkok jejarinya J.Berpusatkan
dititik E juga lukiskan lengkok jejarinya J supaya memotong
pada titik O.
4. Berpusatkan dititik O lukiskan lengkok berjejari J supaya
menyentuh dua garisan bersudut tepat seperti dalam rajah 3.18.

A

J O
D J J
J J

E C
B

Rajah 3.18 Membina satu lengkok bertangen kepada dua garisan yang
berdudut tepat

Untuk memperkukuhkan lagi pembelajaran
anda, mari kita lihat contoh berikut.
KETANGENAN J1001/3/ 24

Contoh 3.3

Rajah C3.3 adalah dua bulatan yang tidak sama besar, masing-masing
bejejarikan J dan j. Binakan lengkok bertangen yang menyentuh di sebelah
dalam bulatan J dan di sebelah luar bulatan j. Panjang lengkok bersamaan X.

J

j

Rajah C3.3 Dua bulatan yang tidak sama besar, masing-masing
bejejarikan J dan j

Penyelesaian:

3

J

j
X
X+J

X-j

Contoh 3.4

Binakan lengkok bertangen yang 1 terkena2 titik P dengan titik Q di dalam bulatan.
Diberi bulatan berjejari j dan panjang dari titik P ke titik j bersamaan x.
P
. . Q
KETANGENAN J1001/3/ 25

j

Rajah C3.4 Diberi bulatan berjejari j dan panjang
dari titik P ke titik j bersamaan x
Penyelesaian:

4
.
P 1 .Q
. j

2
3

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda
tidak berpuas hati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input dan bertanya kepada pensyarah anda.

AKTIVITI 3B
KETANGENAN J1001/3/ 26

3.3 Lukiskan lengkok A, dimana jejarinya 30 mm, yang bertangen didalam
satu bulatan B berjejari 45 mm , pada sebarang titik di lilitan bulatan.

3.4 Lukiskan lengkok A dimana jejarinya 30 mm, yang menyentuh sebelah
luar bulatan B , berjejari 45 mm, pada sebarang titik di lilitan bulatan.

3.5 Lukiskan satu lengkok berjejari 65 mm bertangen dalam kepada dua
bulatan A dan B masing – masing berjejari 25 mm dan 35 mm. Jarak
pusat bulatan A dan B ialah 70 mm.

3.6 Lukiskan satu lengkok berjejari 45 mm bertangen luar kepada dua
bulatan A dan B masing – masing berjejari 25 mm dan 35 mm.Jarak pusat
bulatan A dan B ialah 70 mm.

3.7 Lukiskan satu lengkok bertangen kepada dua garisan yang bersudut
45O.

3.8 Lukiskan satu lengkok bertangen kepada dua garisan yang bersudut
120O.

3.9 Lukiskan satu lengkok bertangen kepada dua garisan yang bersudut tepat
90O.

MAKLUM
BALAS 3B
KETANGENAN J1001/3/ 27

3.3 Melukiskan lengkok A, dimana jejarinya 30 mm, yang bertangen didalam
satu bulatan B berjejari 45 mm , pada sebarang titik di lilitan bulatan.

A
B
45 mm 30 mm

25mm B
A

65mm 35mm

3.4 Melukiskan lengkok A dimana jejarinya 30 mm, yang menyentuh sebelah
luar bulatan B , berjejari 45 mm, pada sebarang titik di lilitan bulatan.

B

O
A 45 mm
30 mm

3.5 Lukiskan satu lengkok berjejari 65 mm bertangen dalam kepada dua
bulatan A dan B masing – masing berjejari 25 mm dan 35 mm. Jarak
pusat bulatan A dan B ialah 70 mm.
KETANGENAN J1001/3/ 28

3.6 Lukiskan satu lengkok berjejari 45 mm bertangen luar kepada dua
bulatan A dan B masing – masing berjejari 25 mm dan 35 mm.Jarak pusat
bulatan A dan B ialah 70 mm.

B

A
35mm
2
5mm
A
45mm

45O
F

O
3.7 Lukiskan satu lengkok bertangen kepada dua garisan
E yang bersudut
O
45 D
. O

B
G C
KETANGENAN J1001/3/ 29

3.8 Lukiskan satu lengkok bertangen kepada dua garisan yang bersudut
120O.

G

A
120O

D O E

F

C
B

3.9 Lukiskan satu lengkok bertangen kepada dua garisan Oyang bersudut tepat
90O. 90
A
O
D

E C
B
KETANGENAN J1001/3/ 30

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH
MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK
DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.
KETANGENAN J1001/3/ 31

1. Rajah P1 menunjukkan badan sangga yang dilukis dengan mendapatkan
percantuman jejari dan garisan binaan untuk percantuman
keseluruhannya.
Selesaikan binaan gambarajah ini dengan mentunjukkan semua garisan
binaan bagi mendapatkan semua percantuman.

Rajah P1

Tahniah !
Anda telah berjaya menyelesaikan
soalan dalam penilaian kendiri. Sila
semak jawapan anda pada maklum

MAKLUM
balas untuk memastikan jawapan
anda betul.

1.
KETANGENAN J1001/3/ 32

Rajah P1

Anda sudah berpuas hati dengan
unit ini, kalau sudah mari kita ke
unit 4.