6 ❦ Sarnia Yahya

1

M

ALAM itu adalah malam terakhir dia dan Reza bergelar suami isteri. Malam itu juga genap tiga bulan mereka berdua tinggal se­ rumah walaupun tidak sebilik, apatah pula sekatil. Mereka seperti teman serumah. Begitu pun, dia benar­ benar rasa gembira dapat mengenali dan ‘berkawan’ dengan lelaki itu. Meskipun sudah mengenali Reza sejak kecil lagi. “Terima kasih dengan masakan ni. Sedap,” puji Reza sambil mengelap mulutnya dengan napkin yang yang memang disediakan oleh Amylia setiap kali makan bersama. Amylia mengulum senyuman kelat. Malam itu dia memasak lauk kegemaran Reza. Gulai asam pedas ikan pari. Itu yang dipinta oleh lelaki itu semalam.Awal pagi semalam dia ke pasar untuk mencari ikan pari segar dan bahan­bahan lain. Puas hatinya melihat Reza ma­ kan asyik bertambah.

“Terima kasih,” jawab Amylia dengan senyuman yang semakin kelat. Entah mengapa hatinya merasa begitu pilu.Teramat pilu sekali. “Lepas ni tak dapat abang nak rasa asam pedas Amy lagi.” Rasa tersiat hatinya dengan ucapan separuh gurau­ an Reza. Dia sudah tidak mampu untuk memandang Reza lagi. Lebih baik dia terus membisu sahaja. “Amy dah beritahu pada ayah?” soal Reza ingin tahu. Matanya merenung tepat wajah si isteri. Amylia mengangkat muka memandang Reza yang duduk di kepala meja. Pandangan mereka bertemu. Ke­ pala digelengnya. “Tak,” jawabnya sepatah. Tidak semudah itu untuk dia memberitahu perkara sebegitu kepada Encik Ad­ nan. Mahu lelaki itu mengejar Reza dengan parang. “Hmm…” Reza mengangguk­angguk sendiri. Sisa nasi di pinggan dihabiskan dengan segera. Kemudian membasuh tangannya di bekas basuh tangan yang di­ sediakan oleh Amylia. Cukup sempurna Amylia mela­ yannya setiap kali menghadap makan malam mahupun makan tengah hari. Amylia memandang nasi di dalam pinggannya yang tidak berluak. Rasa payau tekaknya. Dia sudah tidak mampu untuk menelan apa­apa lagi. Nasi yang berada di dalam mulut dikunyah perlahan­lahan.Terasa begitu kesat melalui rengkungnya. “Apa perancangan Amy selepas ni?” Sekali lagi wajah Reza menjadi santapannya. Ranca­ ngan? soalnya sendiri. Perlukah dia menyenarai rancang­ annya? Melihat senyuman Reza, hatinya benar­benar kecewa.Amylia tunduk dalam senyuman yang tidak me­ nentu.Terasa air mata sudah berada di tubir matanya.

Sedetik Asmara ❦ 7

Pandangan mereka beralih pada telefon bimbit Reza yang berbunyi.Pantas tangan lelaki itu menyambar telefon bimbitnya yang terletak bersebelahan dengan pinggan makannya. Bibirnya mengulum senyuman se­ baik sahaja memandang skrin gadjet itu. Amylia mena­ rik nafas lega. Terselamat daripada menjawab soalan Reza. “Sekejap ya. Abang jawab. Tasha!” beritahunya de­ ngan riang siapakah yang menelefon. Reza bangun dan melangkah menuju ke ruang tamu untuk mengelak perbualannya dengari. “Ya, sa­ yang?” Amylia hanya memandang langkah tangkas Reza menuju ke ruang tamu. Perkataan ‘sayang’ benar­benar melukakan hatinya. Mengapa dia boleh menjadi nanar sebegitu? Mengapa dia boleh jatuh hati padahal dia sendiri tahu yang tamat sahaja tempoh yang telah ditetapkan, mereka berdua akan berpisah? Ya Allah, dia tak sanggup berpisah dengan lelaki itu. Dia telah cuba menjadi isteri yang diinginkan oleh Reza selama tem­ poh itu.Tetapi apakan daya, hati Reza begitu teguh dan setia kepada kekasih hati. Dan dia tidak berdaya untuk menghalangnya. Amylia tidak mahu dikata perampas. Biarlah… Kalau itu dapat membahagiakan orang yang amat disayangi. Padanya, Reza adalah cinta pertama dan mungkin menjadi kekasih terakhirnya. Benarkah? Entah bila rasa itu terbit di hatinya. Dia sendiri tidak sedar. Ya Allah… Mengapa dengan dirinya? Sudah ber­ puluh­puluh kali dia mengingatkan dirinya bahawa perkahwinan ini hanyalah perkahwinan kontrak.Tidak perlu perjudi hati dan perasaan. Dia terasa lemah dan lelah dengan perasaannya sendiri. Relakanlah, Amylia,

8 ❦ Sarnia Yahya

pujuknya sendiri. Dia memandang Reza yang sedang gembira berbual dengan buah hatinya yang tidak lama lagi akan dikah­ wini, selepas melepaskan dirinya esok. Perlahan­lahan dia bangun dan mengemaskan meja seperti selalu. Dia perlu mengemas baju­bajunya dan kembali semula ke rumah sewa esok, untuk mengambil barang­barang se­ belum ke rumah Encik Adnan, ayahnya, di Petaling Jaya. Nampaknya dia perlu menjelas sejelas­jelasnya ke­ pada lelaki itu. Matilah aku, detiknya sendiri.Tiba­tiba sahaja perut­ nya rasa kecut dan memulas tidak menentu. “Amy!” Spontan Amylia menoleh sebaik Reza memanggil­ nya di ambang pintu masuk ke dapur. Lama lelaki itu memandangnya. Tidak dinafikan yang Reza begitu kacak. Mana mungkin sesuai bergandingan dengan dirinya. “Ya?” sahut Amylia. “Begini…” Reza melangkah masuk dan bersandar pada kabinet tidak jauh dari tempat Amylia berdiri. “Abang dan Tasha setuju nak bagi sedikit sagu hati untuk Amy.” Amylia senyap. Hatinya bagai disiat­siat sebaik men­ dengar rancangan Reza dan Natasha. Mudah sungguh mereka membeli perkahwinan dan cinta. Ya, ada duit semua boleh jadi, bisiknya. “Dan rumah ni kalau Amy nak duduk pun abang dan Tasha tak akan kenakan apa­apa bayaran. Duduklah selama mana yang Amy mahu,” jelas Reza dengan se­ nyuman, menatap sebujur wajah Amylia. Begitu pun, ada rasa belas, simpati dan sayang de­ ngan perkahwinan yang dibina tanpa cinta dan sekadar

Sedetik Asmara ❦ 9

sebuah perjanjian ini. Dia dan Amylia begitu banyak berkongsi cerita gembira, hobi dan pelbagai masalah di pejabat. Semakin pedih dan berdarah hati Amylia mendengar rancangan demi rancangan yang diaturkan oleh Reza dan Natasha untuknya. Mudahnya sebuah perkahwinan yang dibeli. Dan bagaimana hati dan perasaannya yang sudah terluka dan kecewa? Berapakah jumlahnya? Amylia cuba untuk senyum bagi melindungi hatinya yang semakin parah. Cuba ditahan air mata agar tidak mengalir keluar di hadapan Reza. Seboleh­bolehnya dia tidak mahu Reza tahu akan perasaannya. Biarlah… “Tak apalah, bang.Amy rasa tak perlu semua tu. Kita selesaikan perkara ini dengan segera,” kata Amylia me­ nahan rasa di hati. Kalau boleh dia mahukan hati lelaki itu. Terasa cukup perit hatinya hari itu, menahan rasa yang semakin gusar dalam menanti hari esok. Dia tahu tiada apa lagi yang dapat dilakukan. Dirinya hanyalah bagi mengaburi mata Puan Rahah yang terlalu ingin bermenantukannya. Wanita itulah yang menjaganya sedari kecil semasa ayahnya pergi bekerja dan setelah berusia tiga tahun, dia ambil pula oleh neneknya apa­ bila Encik Adnan berhasrat untuk berkahwin dengan Puan Maryam, ibu tirinya sekarang. Nampaknya mereka terperangkap dalam ruang­ ruang impian orang tua mereka. Namun impian itu ti­ dak berkekalan. Hati Reza sudah menjadi milik wanita lain dan Amylia tidak dapat menahannya. Ya, siapalah dirinya… “Amy, jangan macam ni. Kita dah ada perjanjian, kan?” Amylia hanya mampu memberikan senyuman.

10 ❦ Sarnia Yahya

“Perjanjian manusia boleh terbatal, tetapi perjanjian dengan Allah akan kekal selama­lamanya,” ucapnya cuba mengingatkan akad yang pernah dilafazkan tiga bulan yang lalu. Kaget Reza mendengar bait­bait yang keluar dari bibir comel Amylia. Lama dia memandang isterinya tanpa senyuman. Amylia segera membelakangi Reza dan menghadap singki semula. Konon­konon membasuh pinggan yang ada di dalam singki.Tetapi ia sekadar untuk membuang rasa hati yang semakin bercelaru dan tidak menentu. “Terima kasih, Amy. Abang tak akan lupa jasa Amy pada kami.” “Tak ada apa yang Amy buat,” balas Amylia terus me­ nahan perasaan luka yang semakin dalam saat Reza menyebut kami. Alangkah cantiknya kalau kami itu bermakna dirinya dan Reza. “Terima kasih sekali lagi.” Terkejut dia sebaik Reza memegang kedua­dua belah bahunya dari belakang dan mengucup kepala­ nya. Sesaat itu air matanya menitis di atas tangan yang sedang memegang pinggan kotor. “Abang nak keluar, jumpa Tasha.” Hatinya semakin sayu saat derapan kaki Reza meninggalkannya di situ. “I rasa menyesal pula libatkan Amy dalam perancangan kita,” keluh Reza sambil melangkah menghampiri ke­ retanya yang diparkir di tempat parkir terbuka. Sekilas dia memandang Natasha yang memeluk le­ ngannya. Mereka baru sahaja keluar dari sebuah resto­ ran barat di Jalan Ceylon. “Kenapa pulak?” soal Natasha sedikit manja.

Sedetik Asmara ❦ 11

Reza senyap. Pandangannya ditujah ke hadapan, namun kakinya terus melangkah dengan kemas. “You tak patut rasa begitu, Reza,” pujuk Natasha sambil membetulkan kolar baju kemeja­T Reza sebaik mereka berhenti di hadapan kereta Reza. “Apa kata kita pergi clubbing sekejap? Relaks­ relakskan kepala. Kasi peluh keluar ke?” Natasha mem­ beri cadangan sambil memegang erat jemari sasa Reza. Reza senyum memandang buah hatinya. Dia menge­ rutkan wajah, tanda tidak setuju dengan cadangan Natasha lalu menggeleng­gelengkan kepalanya. “Nanti, kita dah kahwin… you tak boleh macam ni lagi tau.” Mata Reza menuruni tubuh langsing Natasha. “Kenapa pulak?” Berkerut dahi Natasha menatap wajah Reza. Kemudian tunduk memandang pakaian yang tersarung pada tubuhnya. Koyakkah baju yang dipakainya? Baju itu baru sahaja dibeli beberapa hari yang lepas bersama mami­ nya di Bebe Boutique di Pavilion. “Macam tak cukup kain,” komen Reza. Matanya kembali memandang wajah Natasha. Natasha ketawa mendengar komen lelaki itu. “Come on, darling. Ini fesyen. Fesyen, darling. Masa­ kan nak makan di Nerovivo dan clubbing pakai baju kebaya atau kurung,” kata Natasha dalam tawa yang masih bersisa. “I tak suka, faham tak? Semua orang pandang you,” jelas Reza dengan pendiriannya sejak dahulu lagi. Na­ mun hanya sekarang dia dapat menyuarakan komen­ nya. “Reza…” rengek Natasha cuba mematahkan topik yang akan membuat mood mereka patah kelak. “Masa­masa you nak enjoy dengan teman­teman

12 ❦ Sarnia Yahya

you dah berakhir selepas you jadi isteri I. Fikirkan diri I pulak,Tasha,” rayu Reza sedikit keras. Selama ini dia begitu bersabar dengan sikap kaki clubbing buah hatinya itu. Namun, rasa sayang dan cinta tidak pernah pudar. Tetapi malam itu dia berasa sedikit bosan dengan situasi yang dirasakan tidak ber­ kesudahan. “Kenapa dengan you ni? Tiba­tiba aje. Dulu tak macam ni!” tingkah Natasha dengan suara melengking. “Sebab I sayangkan you, I turut segala kemahuan you. Sekarang giliran you pula ikut kemahuan I setelah kita jadi suami isteri. I nak you pakai tudung macam Amylia.You tak perlu kerja pun I masih mampu untuk tanggung you. Kita makan apa yang ada. Buang semua skirt­skirt pendek dan seluar ketat you. I tak suka you pakai macam ni,” balas Reza dengan sekali nafas. Dia menarik nafasnya dalam­dalam.Terasa lelah menyatakan apa yang diinginkan selama ini. Ternganga mulut Natasha mendengar setiap buti­ ran perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. “Eh, you ingat I ustazah? Nak bertudung bagai? Tolonglah, Reza… Jangan nak merepek pulak,” balas Natasha separuh bengang. “Tak perlu jadi ustazah,Tasha! Perempuan memang diwajibkan bertudung.You faham tak!” Suara Reza pula keras. Hatinya tiba­tiba hangat. “Parents I tak ajar pun semua ni. You jangan nak mengajar I pulak. Susah sangat ke nak terima I seada­ nya?” balas Natash cuba meraih simpati. Reza berpaling, membelakangi Natasha dengan ta­ ngan di pinggang. Terasa hangus hatinya bercakap dengan Natasha. Ya Allah, bisiknya sendiri. Dia mahu Natasha mencontohi Amylia. Kalau Natasha tidak da­

Sedetik Asmara ❦ 13

pat melakukan yang lain pun tidak mengapa. Asalkan wanita yang disayangi dapat menutup aurat. Terasa yang isterinya itu begitu sempurna sekali. Kalau dia tidak punya pilihan, tentu Amylia kekal sebagai isteri­ nya sehingga ke akhir hayat. “Selepas you jadi isteri I, I yang akan mengajar you. Bukan parents you lagi. Tanggungjawab parents you dah selesai selepas kita nikah nanti. Faham?” balas Reza, kembali memandang Natasha yang sedang me­ mandangnya. “You nak putuskan hubungan I dan parents I?!” jerkah Natasha geram sebaik mendengar kata­kata Reza. “Astaghfirullah al­azim… Siapa pula nak putuskan hubungan you dengan parents you?” Hampir terjerit Reza.Tiba­tiba hatinya sakit dengan Natasha yang tidak mahu faham atau mungkin sengaja tidak mahu faham situasi mereka. “Apa masalah you ni, Reza? Kita kahwin, kemudian hidup macam biasa.Yang you suruh I buat benda yang I tak suka ni, kenapa?!” tengking Natasha. Bulat mata Reza menatap wajah Natasha.Wanita itu langsung tidak tahu bagaimana hendak menghormati dirinya. Entah bagaimana bila mereka berkahwin ke­ lak? “I nak enjoy sebelum I tua.” Natasha sudah berpeluk tubuh sambil menjeling Reza. Tubuhnya yang lampai disandarkan pada kereta buah hatinya. Reza menggeleng­gelengkan kepala. “I tak tahu nak cakap apa, Tasha,” keluh Reza. Nampaknya jalan dan pemikiran mereka begitu ber­ beza sekali. Terasa semakin kusut fikirannya dengan sikap Natasha yang semakin keliru. Dia menekan peng­

14 ❦ Sarnia Yahya

gera keretanya. Hilang rasa teruja dengan rancangan yang diatur sebelum ini. “I rasa kita fikirkan balik perkara ni.” Terkesima Natasha.“Apa maksud you?” soal Natasha dengan kata­kata Reza. “Rancangan kita,” ujar Reza lalu memboloskan diri, masuk ke dalam kereta. “Reza!” jerit Natasha menerpa kepada lelaki yang sudah berada di dalam keretanya. Reza segera menurunkan tingkap keretanya sambil memandang Natasha di luar. Dia tidak perlu bimbang tentang gadis itu. Tahulah Natasha hendak pulang. Lagipun kereta buah hatinya itu diparkir di sebelah keretanya sahaja. “Apa maksud you tadi?” soal Natasha mula gementar. Bimbang kalau­kalau Reza tidak mahu melepaskan Amylia. Namun pendirian hidupnya tidak akan ber­ ubah. “Kita fikirkan balik rancangan kita. Dan I nak fikir balik keputusan I malam ni,” jelas Reza merenung se­ jenak wajah Natasha yang sedang memandangnya. Perlahan­lahan cermin tingkap kereta ditutup. Ternganga mulut Natasha. Reza segera meluncurkan keretanya keluar dari daerah itu, pulang ke rumahnya di Taman Desa. Esok dia akan ke mahkamah untuk menghadiri kes per­ bicaraannya. Apakah keputusannya? “Pening, pening!” keluhnya sendiri sambil terus memecut laju kereta, menuju ke rumah.

Sedetik Asmara ❦ 15

16 ❦ Sarnia Yahya

2

K

EPUTUSAN Reza benar­benar mengejut­ kannya dan ada rasa tidak enak sedang ber­ dendang di hatinya. Bukan dia sahaja yang terkejut, Encik Majid, peguam yang mewakili Reza dan Ainiyah, peguam yang mewakili dirinya juga ter­ kejut dengan keputusan Reza yang tiba­tiba. Apa yang tidak kena dengan Reza ni? sungut Amylia sendiri. Mengapa boleh jadi begini? Terasa kusut ke­ palanya sebaik mendengar kata­kata Reza di hadapan pendakwaraya tadi. “Kita bincang balik.” Itulah kata­kata yang dialunkan oleh Reza kepada­ nya. Sebelum masuk ke dalam mahkamah, mereka bertemu dahulu dengan pendakwaraya di dalam bilik­ nya untuk mengesahkan perceraian itu sebelum talak dijatuhkan di hadapan hakim dan para saksi. “Eloklah berbincang. Jangan buat keputusan ter­ buru­buru,” nasihat Encik Majid kepada mereka berdua.

Ainiyah hanya mengangguk, menyetujui nasihat lelaki itu. Reza juga mengangguk seperti burung bela­ tuk sambil memandang Amylia yang tidak bereaksi dan hanya berdiri di samping Ainiyah. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya memikirkan pertelingkahannya dengan Natasha dan keputusan yang telah dibuat. Tiba­tiba sahaja hati be­ gitu berat hendak melepaskan Amylia. Dibandingkan antara Natasha dan Amylia. Seperti langit dan bumi. Terasa keputusannya begitu kejam sekali. Dia tidak meletakkan seorang isteri di tempat yang sepatutnya. Walaupun tiga bulan, dia dapat merasakan ada kesera­ sian antara dia dengan Amylia. Walaupun Natasha sudah dikenali lebih sepuluh tahun, tetapi keserasian antara mereka sukar untuk dipastikan. Dan dia masih tidak mengenali gadis yang amat dicintainya itu. Kenapa hatinya goyah dengan tiba­tiba? Dia tahu keputusan ini akan memberi impak yang bukan sedikit kepadanya, tetapi kepada Amylia juga. Bagaimana harus diperjelas kepada Natasha? Kepalanya kembali buntu. “Amy rasa macam mana?” soal Reza ingin tahu pendapat Amylia pula. Terpinga­pinga Amylia mendengar soalan Reza. Hatinya hangat. Mahu sahaja dia menghempuk Reza dengan beg tangannya. “Err…” Tidak tahu apa yang harus dijawab. Dia sendiri bingung dengan keputusan spontan Reza. Ke­ napa segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang? Kenapa Reza melencong daripada rancangannya? Apa motif lelaki itu kali ini? Akhirnya dia menggelengkan kepala tanda tidak

Sedetik Asmara ❦ 17

tahu apakah jawapan yang sesuai kerana rancangan itu sudah diputuskan oleh Reza sejak awal. “Tak apalah. Bincang semula. Perkara kecil­kecil tu jangan ambil hati sangat. Biasalah, hidup berumah tangga ni ada panas dan sejuk, pasang dan surutnya. Cubalah cipta keindahan dan manisnya. Baru sangat bernikah dah nak bercerai,” nasihat Ainiyah separuh mengeluh dengan keputusan Reza dan Amylia sebelum itu. Reza sekali lagi mengangguk­anggukkan kepala. “Tak apalah. Apa­apa call saya. Tetapi call minta nasihat. Kalau kes begini saya tak akan ambil. Ini per­ tama dan terakhir, Reza,” pesan Encik Majid sambil berseloroh dan disusuli tawanya. Reza tersenyum. Matanya beralih memandang Amy­ lia yang lebih banyak membisu daripada bersuara. Mereka berpisah di tempat parkir kereta. Berguni­ guni pesanan dititipkan oleh Ainiyah kepada Amylia. Gadis itu hanya mengangguk dengan senyuman pahit. Setelah Ainiyah dan Encik Majid beredar, Reza meng­ iringi Amylia ke keretanya. “Kita balik dan bincang di rumah.” Sekali lagi kata­ kata itu muncul dari mulut Reza. Amylia menurunkan cermin tingkap keretanya. Me­ mandang Reza dengan rasa bosan. Asyik­asyik perka­ taan itu yang diulangnya, sungutnya sendiri. “Bincang untuk apa lagi?” soal Amylia lalu mengena­ kan kaca mata hitamnya sambil membetulkan sedikit tudung yang dikenakan. Lama Reza memandang isterinya. Entah mengapa di saat itu dia dapat melihat sendiri cantiknya si isteri yang bertudung. Selama tiga bulan mereka bersama dia tidak pernah peduli tentang si isteri dan asyik

18 ❦ Sarnia Yahya

mengulit kekasih hatinya sahaja. “Abang?” Terasa sejuk tangan Amylia menyentuh jarinya yang berpaut pada pintu kereta. “Ya,” jawab Reza terkulat­kulat sambil menegakkan tubuh.“Apa Amy cakap tadi?” “Abang kata nak bincang. Kita nak bincang pasal apa lagi? Kan kata putus dah abang buat sebelum ni?” soal Amylia. Dia benar­benar tidak gembira dengan ke­ putusan mendadak Reza. Walaupun itu yang dimahu­ kan sebelumnya. Reza senyap. Dia membenarkan kata­kata itu.Tetapi kata hatinya seperti menyuruh diri agar merenung kembali keputusan yang dibuat sebelum ini. “Kita balik dulu. Di rumah baru kita bincang,” ucap Reza lalu melangkah menuju ke keretanya sambil me­ ngenakan kaca mata hitamnya. Amylia mendengus bosan lalu segera memecut keretanya bersama arus kesesakan Kuala Lumpur. ENTAH apalah yang ingin dibincangkan. Namun Reza masih juga tidak bersuara. Hanya menyuruhnya mema­ sak untuk makan tengah hari mereka sebaik sampai di rumah tengah hari tadi. Sekarang sudah hampir ke pukul 4.30 petang. Dia semakin gelisah dengan situasi tenang Reza. Tak boleh jadi.Apa yang dirancang harus dilaksana­ kan. Lusa dia harus ke Ipoh untuk melihat tempat tinggal dan ke pejabat di sana. Surat pengesahan per­ tukaran sudah pun berada di tangannya sejak Jumaat lalu. Dan dia perlu melapor diri pada Isnin minggu hadapan. “Abang, Amy naik dulu. Nak solat.” Amylia meminta

Sedetik Asmara ❦ 19

diri lalu meniti anak tangga tanpa menunggu jawapan daripada Reza. Dia mahu segera beredar dari situ. Banyak yang perlu disiapkan sebelum berangkat ke Ipoh kelak. Dia belum lagi memberitahu ayah mahupun ibu tirinya tentang pertukarannya ke sana. Tidak tahu bagaimana reaksi orang tua itu kelak. Dia sendiri tidak pasti me­ ngapa dia meminta ditukarkan ke sana, walhal ibu pejabat yang menempatkannya sekarang ini memberi prospek yang lebih besar dan bagus berbanding de­ ngan anak­anak syarikat yang lain. Apa yang hendak dicari di sana? Mampukah dia tinggal di sebuah daerah yang begitu asing? soalnya sendiri. Insya­Allah, boleh, pujuknya pula. Dia memandang telefon bimbitnya yang berbunyi. Pantas disambar dari atas katil. Alamak, Natasha! Apa yang perempuan ni nak? Pasti panggilan itu berkaitan dengan keputusan mendadak Reza pagi tadi. Masakan dia tak tahu atau Reza tidak memberitahunya? Dadanya berdebar­debar dengan apa yang bakal berlaku di hadapannya kelak. Mengapalah Reza meng­ ubah rancangannya? Eii…! Amylia kembali memandang telefon bimbit yang masih berbunyi nyaring, seolah­ olah suara Natasha menjerit di sebelah sana. “Helo.”Akhirnya dia menjawab dan cuba membawa dirinya bertenang. “Amy! Apa semua ni?!” Satu herdikan kedengaran di sebelah sana. “Kenapa?” Astaghfirullah al­azim… Kenapa soalan sebodoh itu disoal kepada perempuan yang sedang berang di sebelah sana. Pasti ia seperti minyak yang menyemarakkan api. “Kenapa? Kenapa? Aku tanya kau… Kenapa Reza

20 ❦ Sarnia Yahya

tiba­tiba ubah keputusan dia?” soal Natasha keras. “Itu saya tak tahu. Kenapa Kak Tasha tak tanya Abang Reza sendiri? Keputusan dia yang buat. Dan talak di tangan dia. Bukan di tangan Amy,” balas Amylia semakin tidak senang dengan kata­kata Natasha. “Eh, bodoh! Kenapa kau tak paksa dia?” Terbakar dia mendengar dirinya digelar bodoh. “Memang saya bodoh mengikut rancangan kakak dan Abang Reza! Kalau saya tau macam ni, memang saya tak akan bersekongkol pun!” selar Amylia dengan rasa hangat yang sudah menjalar ke seluruh tubuhnya. “Atau kau memang nak menggoda dia? Mana tahu! Kau berdua dah duduk satu rumah, apa yang kau orang berdua buat mana aku tahu!” tuduh Natasha. “Kakak jangan nak tuduh sembarangan!” “Eh, mana aku tahu kau orang berdua buat apa! Lagipun suami isteri kan. Entah­entah kau tengah me­ ngandung,” sindirnya. Astaghfirullah al­azim. Amylia mengucap panjang. Spontan itu diputuskan talian.Tiada guna dia bercakap dengan orang yang sedang marah dan berfikiran sing­ kat. Dia tidak mahu menjadi sebodoh Natasha. Pantas dia melangkah ke bilik mandi untuk berwuduk dan bersolat asar. Dia mahu segera meninggalkan rumah itu. “AMY nak ke mana?’ soal Reza cemas sebaik melihat Amylia menyorong beg pakaiannya menuruni tangga. Dia baru sahaja keluar dari bilik bawah usai bersolat asar sebentar tadi. Bulat matanya memandang si isteri yang memandangnya. “Abang lupa ke? Atau buat­buat lupa?” soal Amylia dengan rasa marah yang masih bermukim di hati. Dia

Sedetik Asmara ❦ 21

benar­benar tidak tahan dengan situasi yang dirasakan begitu genting sekali.“Kita sepatutnya berpisah hari ni dan Amy sepatutnya keluar dari sini, kan?” “Abang tak suruh Amy keluar. Abang mahu Amy stay di sini sampai bila­bila,” tegas Reza dengan suara sedikit tinggi. Wajahnya berkerut menandakan yang dia tidak puas hati dengan tindakan Amylia. Amylia melepaskan nafas beratnya. “Apa ni? Hidup Amy, biar Amy yang tentukan.Abang tak ada hak tau!” bangkangnya. Dadanya berombak me­ nahan marah kepada Reza dan Natasha yang menye­ rangnya tadi. Gila! “Tapi Amy masih isteri abang dan abang masih ada hak,” tegas Reza, bengang sebaik mendengar kata­kata si isteri sebentar tadi. Bingung dia mendengar kata­kata Reza yang mem­ buat dia semakin keliru dengan situasi mereka. “Habis? Bagaimana dengan janji kita? Rancangan yang abang rancang dulu?” soal Amylia geram. Tajam matanya menikam mata Reza yang merenungnya. Hatinya benar­benar hangat dan semakin keliru de­ ngan keputusan Reza yang membuat dia bingung. Reza meneguk liurnya.“Kita bincang balik.” “Berapa kali kita nak bincang?!” Hampir­hampir sahaja dia menjerit. “Amy ada rancangan Amy sendiri selepas kita ber­ pisah, yang sepatutnya berlaku hari ni!” tegas Amylia benar­benar marah dengan ayat yang sering diulang oleh Reza sejak dari bilik pendakwaraya pagi tadi. Cemus! Reza bercekak pinggang menahan rasa yang tidak pasti. Nak kata dia marah pun tidak. Nak kata bengang jauh sekali.

22 ❦ Sarnia Yahya

“Baik, abang nak dengar rancangan Amy,” katanya sedikit mengendur. Cuba membawa Amylia bertenang. Amylia berdengus kasar. Hatinya semakin terbakar. Reza sengaja hendak melengah­lengahkan masanya. Dia menarik beg pakaiannya menuju ke pintu rumah. Reza tidak perlu mendengar apa­apa rancangannya. Pantas tangan Reza menyambar tangan Amylia lalu ditarik, memeluk tubuh si isteri. Sedetik itu bibirnya sudah berada pada bibir isterinya. Tergamam Amylia dengan situasi itu. Cuba ditolak tubuh Reza yang kemas memeluknya dan beberapa saat kemudian wajah Reza menjauh. Lama mereka ber­ pandangan. Bibirnya basah. Pang! Melayang tangan Amylia ke pipi Reza. Matanya su­ dah berkaca kerana tindakan yang tidak disangka­ sangka daripada orang yang amat dipercayai. Tergamam Reza dengan tindakan si isteri. Reza me­ megang pipinya.Terasa begitu pijar dan perit. “Abang dah janji abang tak akan sentuh Amy!” jerit Amylia lalu berlari naik ke biliknya. Ditinggal beg pakaian dan beg tangan, bergelimpangan di hadapan pintu rumah. “Amy!” jerit Reza, namun kakinya tidak mampu mengejar si isteri yang sudah menghilang ke tingkat atas.

Sedetik Asmara ❦ 23

24 ❦ Sarnia Yahya

3
AMPIR setengah jam dia mundar­mandir di hadapan bilik isterinya. Tangannya sese­ kali merasa pipi yang sudah hilang pijarnya. Akibat tamparan wanita Amylia. Dia tersenyum sendiri sambil mengusap lembut bibirnya lalu menggigit bibir bawahnya, kemudian memandang pintu bilik Amylia yang bertutup rapat sambil bercekak ping­ gang. “Amy, Amy,” panggil Reza sambil mengetuk pintu bilik yang diduduki oleh isterinya. “Abang minta maaf,” pintanya. “Abang jahat, tau tak! Abang jahat!” jerit Amylia dari dalam. “Ya, abang memang jahat,” akui Reza lemah sambil terus bersandar pada pintu bilik Amylia. Begitu pun, dia tidak kesal dengan apa yang dilaku­ kan sebentar tadi. Bibirnya mengulum senyuman sen­ diri. Masih terasa bibir Amylia di bibirnya. Hmm… akal

H

nakal menjalar, cuba mencari idea untuk mengenakan si isteri sekali lagi. Kenapa dengan dirinya? Tiba­tiba sahaja seronok melihat Amylia marah­marah begitu. Dan dia tidak pernah melihat isterinya itu marah se­ begitu. Merah padam wajah Amylia sebentar tadi. Dia ketawa kecil mengingatkan situasi sedetik itu. “Keluarlah, kita bincang balik. Kalau macam ni, sampai bila pun tak selesai,” pinta Reza separuh ber­ sungut dengan situasi yang semakin tidak menentu. Dia kemudiannya menyandarkan tubuh pada dinding bersebelahan pintu bilik Amylia. “Amy tak mahu bincang­bincang lagi. Kita dah patut berpisah hari ni, abang tahu tak?” kata Amylia kuat dari dalam bilik. Reza senyap sambil melepaskan nafasnya. Bagai­ mana untuknya memberitahu Amylia apa yang dirasa­ kan kini? Perasaan terhadap Amylia memang sama se­ kali kosong. Apa yang berlaku semalam membuat dia kembali berfikir. Namun tiada keputusan yang dapat dibuat. Hatinya masih berbelah bahagi untuk melepas­ kan Amylia. Namun rasa cintanya terhadap Natasha masih teguh dan utuh. Sebelum kejadian malam tadi, dia ada juga berbincang dengan Natasha. “YoU nak suruh I berhenti kerja dan duduk rumah?” Terjegil biji mata Natasha mendengar rancangan Reza. “Kenapa?” Reza sudah bercekak pinggang meman­ dang cinta hatinya. “Oh, tolonglah, Reza! I tak suka hidup terkongkong macam katak bawah tempurung tau. I perlu keluar dan sesekali berjumpa dengan kawan­kawan,” jelas Natasha dengan tangan yang sudah merewang ke sana ke mari. Reza berdengus kasar. Bukan dia tidak tahu yang

Sedetik Asmara ❦ 25

Natasha akan menjadi tidak sedar diri apabila bertemu dengan teman­temannya. Teman­temannya itu bukan dalam kalangan yang boleh menjadikan gadis itu ber­ tambah baik, tetapi bertambah teruk. Itulah yang pa­ ling dibimbangi. “Tasha, bila you dah berkahwin, you dah ada tang­ gungjawab dan dah tak boleh bebas macam dulu,” tekan Reza sedikit keras. “Ha…? Takkan nak enjoy dengan kawan­kawan pun tak boleh,” bentak Natasha geram. “Tak boleh!” bentak Reza.“Bila you dah jadi isteri I, you kena minta kebenaran daripada I. Faham tak!” “Kenapa kolot sangat fikiran you ni, Reza? Dulu tak macam ni.” Natasha sudah bercekak pinggang meman­ dang Reza. “Memang I kolot dalam perkara macam ni. Kita ni orang Islam, bukannya mat salih, faham?” tengking Reza bengang. Natasha senyap dan hanya memberikan jelingannya. Tangan sudah berlipat di dada.“Habis, you nak suruh I memasak, membasuh, semua tulah, ya?” “Berdosa ke buat kerja­kerja macam tu?” balas Reza bengang. Dia tahu Natasha sengaja hendak menaikkan kemarahannya. “Oh… tolonglah, Reza. Itu bukan kerja­kerja I, okey.” “Habis kerja siapa? I? Kita buatlah sama­sama.” Itu­ lah yang dilakukan ketika bersama Amylia sepanjang mereka ‘hidup’ bersama. “Kita ambil orang gaji,” cadang Natasha dengan wajah ceria. “Tak. I tak mahu ada orang asing dalam rumah I.” Reza menggeleng­gelengkan kepalanya. “Masakan you nak suruh I makan masakan orang

26 ❦ Sarnia Yahya

gaji? You isteri I dan you yang sepatutnya memasak untuk I!” Nyaring suara Reza. “No, no, no… Itu bukan kerja I. Penat tau balik kerja.” “Tapi Amy juga bekerja dan dia masih boleh me­ masak sarapan dan makan malam untuk I. Membasuh, gosok, semua kerja rumah dia buat,” tegas Reza tidak puas hati dengan rancangan Natasha.Tidak pernah dia mendengar Amylia merungut dengan kerja rumah yang banyak. “Itu Amy dan I bukan Amy!” Lantang suara Natasha apabila dirinya dibandingkan dengan gadis itu. REzA menggeleng­gelengkan kepala. Matanya beralih ke pintu bilik yang berkeriut kerana dibuka dari dalam. Kelihatan mata bundar milik Amylia di celahan pintu. Gadis itu kelihatan begitu comel dengan reaksi sebe­ gitu. Reza senyum. Terasa begitu begitu berat sekali hendak melepaskan Amylia. Gadis itu memenuhi ciri­ ciri seorang isteri yang diinginkan. Bukan seperti Nata­ sha, cinta hatinya. Patutlah Puan Rahah beria­ia hendak bermenantu­ kan Amylia. Natasha langsung tidak mesra alam dengan uminya, seperti Amylia yang memang mesra dan lang­ sung tidak kekok kalau mereka ke rumah orang tuanya. Natasha pula amat berat hendak bertemu uminya. “Amy nak balik rumah sewa,” kata Amylia. “Duduklah sini,” rayu Reza lembut. “Kenapa?” soal Amylia bengang. Perlukah diulang sekali lagi apa yang sudah dirancang oleh Reza sebe­ lumnya? “Perlu ke abang cakap?” soal Reza pula. “Kita dah tak ada apa­apa, bang. Tolonglah…” rayu

Sedetik Asmara ❦ 27

Amylia sudah tidak tahan dengan situasi itu. “Amy nak ke rumah ayah. Lusa Amy nak ke Ipoh,” tegas Amylia dengan suara yang sedikit tinggi. “Apa?!”Terkejut Reza mendengar penjelasan Amylia. Bunyi loceng yang bertalu­talu ditekan dari luar mengalihkan pandangan Reza ke tingkap. Begitu juga Amylia yang melebarkan sedikit pintu biliknya. “Tunggu! Kita kena bincang balik!” tegas Reza sedi­ kit keras. Dia segera melangkah meninggalkan Amylia di situ. Amylia berdengus kasar. Nak bincang apa lagi! jerit hatinya. KAGET dia melihat Natasha di luar pagar rumahnya. Dia sudah dapat mengagak akan kedatangan cinta hatinya di situ. Dia menggaru­garu dahi yang sudah berpeluh. Dan sekali lagi bunyi loceng memenuhi se­ genap ruang di dalam rumah itu. Akhirnya dia mem­ buka pintu rumah dan melangkah ke pagar. “Kenapa you off handphone?” soal Natasha garang sebaik Reza berdiri di hadapannya dan dihalangi pintu pagar yang berkerawang. Dia hanya dapat bercakap dengan Reza sekali pagi tadi, sebaik mendengar kepu­ tusan lelaki itu. Hatinya seperti hendak meletup. “Sebab tak ada apa yang I nak cakap,” balas Reza selamba. “Tak ada apa yang you nak cakap?!” Natasha tidak dapat menahan suaranya. Tangannya sudah berada di pinggang, menandakan yang dia benar­benar marah dengan tindakan Reza pagi tadi. “Apa ni, Reza? Apa semua ni?!” Melengking suara Natasha memecah suasana yang agak sepi di kawasan itu. “Masakan sebab semalam kita nak bertengkar lagi,

28 ❦ Sarnia Yahya

Reza!” Reza senyap. Entah berapa kali nafas dihelakan. Ti­ dak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Natasha apa yang dirasakan kini. Ya, apa yang dia rasa saat ini? Aduhai, payahnya bila hati mudah beralih arah dan kini situasi semakin tidak tentu arah. “I belum bersedia lagi.” “Apa?!” Hampir terjegil biji mata Natasha. “Apa you cakap ni?” jerit Natasha tanpa rasa malu kepada jiran Reza yang sedang memandang mereka. “Kenapa tiba­tiba you buat keputusan ni?!” soal Natasha keras. “I rasa I dah bersikap tak adil pada Amy,” jelas Reza dan itu adalah suku daripada apa yang dirasakan dan sebahagiannya biarlah dia sahaja yang tahu. “Habis? Adilkah pada I?!” balas Natasha geram. Badannya terasa hangat dan tangannya sudah meng­ geletar. “Kita bincang balik.” Dia sudah tidak tahu ayat apa lagi yang patut diberikan kepada Natasha. “I tak mahu bincang­bincang lagi. I nak jawapannya sekarang dan sebagaimana rancangan kita hari tu!” tegas Natasha sambil menggoncang pintu pagar itu, menandakan dia benar­benar geram dengan rancangan yang tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan sebelumnya. Reza meraup rambutnya. Tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi­ nya kini. Padan dengan muka! cemuhnya sendiri. Inilah akibatnya apabila merancang sesuatu yang tidak baik! “Baiklah, I bagi you satu hari lagi aje, Reza. Satu hari lagi untuk you fikirkan perkara ni,” kata Natasha selepas suasana sepi seketika.

Sedetik Asmara ❦ 29

Reza senyap. “Bila dia nak keluar dari sini?” soal Natasha sudah bercekak pinggang. Matanya liar memandang kereta Inspira merah Amylia yang terparkir cantik bersebe­ lahan Toyota Harrier hitam milik Reza. “Kenapa pulak I nak suruh dia keluar? Kan kita dah setuju dia tinggal di sini,” tegas Reza. Bulat mata Natasha mendengar kata­kata Reza. “Sekarang I dah tak setuju disebabkan keputusan you pagi tadi,” balas Natasha. Tindakan Reza benar­ benar mengecewakannya. “I tak mahu dia ada di sini untuk sehari lagi!” Lan­ tang suara Natasha, seolah­olah tidak dapat menahan perasaan marahnya. Hatinya semakin terbakar. Reza seolah­olah tidak mahu melepaskan Amylia. Itulah yang dapat dilihat sekarang. “Apa hak you nak menghalau Amy? Dia masih isteri I. Dan dia akan tinggal di sini selagi I perlukan dia. Faham tak?!” balas Reza dengan rasa marah.Tangannya sudah berada di pinggang, merenung tajam wajah Na­ tasha. Ternganga mulut Natasha sebaik mendengar kata akuan Reza secara tidak langsung. Begitu pun, dicuba untuk tidak mempercayainya. “Amy yang hasut you, kan?” “Jangan libatkan dia.” “Habis tu? Kita dah rancang semua ni, Reza!” jerit Natasha tanpa rasa malu lagi. Matanya beralih kepada Amylia yang sudah berada di muka pintu rumah. “Amy!” jeritnya. Mahu sahaja dia menerkam Amylia yang terhendap­hendap keluar dari pintu, menuju ke keretanya.

30 ❦ Sarnia Yahya

Reza berpaling dan dilihat Amylia sudah masuk ke dalam kereta bersama beg pakaian. Reza bergegas mendapatkan Amylia untuk menghalang isterinya dari­ pada keluar dari situ. Tetapi agak terlambat. Amylia sudah pun berada di dalam kereta dan mengunci diri­ nya di dalam. “Amy! Bukak pintu ni!” jerit Reza sambil menumbuk kuat cermin tingkap kereta Amylia. Amylia hanya memandang dan terus mengundurkan keretanya sebaik pintu pagar automatik itu terbuka. Sempat dia mencampak alat kawalan pintu pagar ke jalan sebelum meluncurkan keretanya, meninggalkan suami dan kekasih hati Reza di situ. “Amy!” jerit Reza sebaik kereta Amylia meluncur laju meninggalkannya di situ. “Hmm… selesai satu masalah.” Natasha ketawa si­ nis melihat situasi itu, memandang Reza yang bercekak pinggang memandang kereta Amylia yang sudah tidak kelihatan pada pandangan mereka. “Ya… dan kita dah pun selesai,” tingkah Reza lalu menekan alat kawalan pintu pagar yang dicampak oleh Amylia tadi. Dia melangkah meninggalkan Nata­ sha di situ. Sekali lagi mulut Natasha ternganga mendengar kata­kata Reza yang tidak disangka­sangka. “Reza! Reza!” jeritnya, tetapi Reza sudah tidak ke­ lihatan sebaik pintu rumah bertutup.

Sedetik Asmara ❦ 31

32 ❦ Sarnia Yahya

4
AJU keretanya meninggalkan rumah Reza. Rasa benar­benar lega dapat melepaskan diri dari rumah Reza. Kalau dia terus menunggu lelaki itu, pasti lebih lambat urusannya selesai. Dengan kedatangan Natasha, betapa sesak masalah yang me­ landa mereka. “Pandai­pandailah selesaikan sendiri,” gumamnya sendiri. Yang pasti, urusannya untuk keluar dari rumah Reza sudah selesai, biarpun keputusan untuk bercerai masih lagi ditangguhkan oleh Reza. Ah… dia tak pe­ duli! Pandai­pandailah Reza hendak selesaikan kisah mereka berdua. Yang pasti, dia ingin keluar daripada kemelut mereka bertiga. Namun rasa kecewa tetap bernada di hati. Nafas dihelakan perlahan­lahan. Kalau­ lah Puan Sakinah ada, mahu sahaja dia berlari men­ dapatkan wanita itu, memeluk dan menumpah segala rasa dan rahsia di hati kepada wanita itu.

L

“Mak,” keluhnya sendiri. Ada ruang­ruang rindu di celahan hatinya. Seketika, setitik dua air mata turun mengairi pipi. Pantas diseka. Tidak mahu melayan rasa yang bercelaru dan menambahnya dengan perkara yang tidak perlu difikirkan. Nampaknya dia tidak dapat ke rumah ibunya di Klang hari itu. Mungkin esok. Walau macam mana se­ kalipun, dia akan ke rumah wanita itu untuk memak­ lumkannya tentang pertukarannya ke Ipoh. Dapatkah dia bertemu muka dengan wanita itu? Ya Allah, berilah aku peluang untuk bertemu dengan ibuku, rintih Amy­ lia sendiri. Cuba ditumpukan perhatian ke jalan. Bimbang pe­ manduannya akan melencong ke tempat lain pula. Kini dia sudah pun memandu menuju ke rumah Encik Adnan, ayahnya. Tangannya ligat menyeluk beg tangan yang berada di sebelah, mencari telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi lelaki itu. “Assalamualaikum, ayah,” ucapnya sambil mengena­ kan handsfree ke telinga. “Waalaikumussalam. Amy di mana ni?” soal Encik Adnan di sebelah sana. “Amy on the way nak ke rumah ayahlah ni,” jelas Amy terus memandu dengan laju menuju ke Lebuhraya Persekutuan untuk ke Petaling Jaya. Harap­harap tak sesaklah. Matanya menjeling jam di dashboard yang sudah menunjuk ke 7.45 malam. Entah sempat ataupun tidak dia bersolat maghrib. Ini semua gara­gara Rezalah, de­ ngusnya dengan rasa bengang. “Ooo… eloklah tu. Lama Amy dan Reza tak datang.” “Sibuk, ayah,” balasnya pendek. Entah apa yang di­ sibukkan, dia sendiri tidak pasti.

Sedetik Asmara ❦ 33

“Tak apalah… ayah faham. Masing­masing sibuk dengan kerja.” Amylia senyap. “Makan malam di sini. Reza ada sekali ke?” soal Encik Adnan ingin tahu. Amylia mengeluh sendiri. “Amy datang sorang,” jawabnya. Entah macam mana situasi di rumah waktu ini, keluhnya. Pandai­pandailah Reza. Seharusnya dia sudah dilepaskan oleh lelaki itu hari ini. “Ajaklah Reza sekali,” gesa Encik Adnan. “Dia outstation ke?” Amylia menggaru­garu kepalanya yang tidak gatal. Nak jawab apa? soalnya sendiri. Kalaulah Encik Adnan tahu kisah pagi tadi, pasti lelaki itu akan mengamuk. “Dia ada hal dengan kawan dia.” Akhirnya dia ter­ paksa berbohong. “Tak kerja ke hari ni?” Banyak pula soalan ayah ni, sungutnya sendiri.“Tak. Cuti.” “Amy, okey ke?” soal Encik Adnan. “Saja nak jumpa ayah hari ni. Tak boleh ke?” soal Amylia. Tiba­tiba dia terasa hati dengan soalan Encik Adnan. Lama dia tidak ke rumah lelaki itu. Dia pun sudah lupa bilakah kali terakhir dia ke rumah Encik Adnan. “Boleh. Siapa kata tak boleh pula?” Tinggi suara le­ laki itu mendengar soalan Amylia. “Tidur sini. Dah lama Amy tak tidur di rumah ayah,” kata lelaki itu separuh bersungut. “Tak boleh. Amy kena balik ke rumah sewa. Esok nak kemas­kemas barang,” jelas Amylia. Separuh dari­ pada barang­barangnya hendak dihantar ke rumah

34 ❦ Sarnia Yahya

lelaki itu. Nampaknya esok adalah hari yang agak sibuk bagi­ nya. Pagi dia akan ke pejabat sebentar untuk mengemas barang di pejabat. Sangkaannya dia boleh ke pejabat petang tadi, tetapi Reza pula buat perangai gilanya. “Nak ke mana pulak?” “Amy transfer ke Ipoh,” jawabnya. “Kenapa?!” Encik Adnan kedengaran terkejut. “Tak ada apa. Saja nak beralih angin,” jawabnya. Encik Adnan tidak perlu tahu apa yang berlaku. Tiba­ tiba hatinya resah. Bimbang kalau­kalau ada edisi siasat kelak. Bukan dia tak tahu perangai Encik Adnan. “Habis? Reza macam mana? Tinggal di sini?” Keras suara Encik Adnan. Alahai… kenapalah mulut ni terlepas cakap. Padan muka. Pasti ada edisi siasat sebentar lagi. Matilah dia. “Kau orang bergaduh ke?” “Tak adalah, ayah,” jawab Amylia perlahan. “Habis tu?” Amylia senyap. Tidak tahu apakah alasan terbaik yang patut diberikan kepada lelaki itu. Untuk berterus terang, serasanya tidak mungkin. Kedengaran suara keluhan Encik Adnan di sebelah sana.“Dahlah… Baik­baik memandu tu. Waktu ni jalan tengah sesak dekat lebuh raya.” “Yalah. Okeylah, ayah… Mungkin setengah jam lagi Amy sampai. Assalamualaikum,” ucapnya mengakhiri perbualan itu. Belum sempat dia mencabut handsfree dari telinga, telefon bimbitnya kembali berbunyi. Siapa pulak ni? soalnya. Jangan Reza sudah… Di­ angkat telefon bimbitnya untuk memandang skrin. “Apa dia nak?” soalnya sendiri dengan rasa serba salah untuk menyambut panggilan itu. Resah hatinya

Sedetik Asmara ❦ 35

apabila telefon bimbit itu terus­terusan berbunyi dan akhirnya diputuskan terus talian itu. “Senang,” ucapnya sendiri. Terasa yang dirinya kini seperti buruan Reza. Sakit kepala otaknya melihatkan situasi tegang ke­ tika kehadiran Natasha di hadapan rumah Reza se­ bentar tadi. Menjerit­jerit seperti orang tak tahu malu. Eii… muka cantik, tetapi perangai macam orang tak bersekolah. Berebut laki, ambillah… Tetapi entah me­ ngapa di sudut hatinya ada rasa terkilan, merajuk dan berjauh hati dengan perkara ini. Hmm… padan dengan muka. Yang pergi bersetuju dengan rancangan bodoh two idiots tu buat apa? Kan sekarang dan jadi three idiots. Padan dengan muka kau, Amy! cemuhnya sendiri. “KENAPA tiba­tiba nak transfer ke Ipoh pulak?” soal Encik Adnan, sekilas memandang anak perempuan tunggalnya. Amylia adalah anak daripada perkahwinannya yang pertama. Perkahwinannya yang kedua dikurnia dua orang anak lelaki. Faris dan Farhan. Faris berada di London. Sudah pun bekerja namun masih meneruskan pengajiannya di sana. Manakala yang bongsu pula sudah berada di tahun akhir di Universiti Tun Hussien Onn, Batu Pahat Johor. “Saja,” jawab Amylia. Dia tiada jawapan untuk soalan daripada ayahnya. Kalaulah Encik Adnan tahu, mung­ kin lelaki itu akan mengamuk sakan. “Saja?” Berkerut dahi Encik Adnan menatap wajah si anak.Tidak puas hati dengan jawapan Amylia. “Mesti ada apa­apa ni.” Lelaki itu memandang isteri­ nya yang hendak menambah nasi ke dalam pinggannya

36 ❦ Sarnia Yahya

yang hampir kosong. Amylia senyap. “Tambah, Amy,” celah Puan Maryam sambil meng­ hulurkan mangkuk nasi kepada anak tirinya. Amylia menyambutnya dengan senyuman lalu di­ letaknya ke tepi. Seleranya mati dengan soalan­soalan daripada Encik Adnan. “Amy kena banyak bersabar. Memang begitulah alam rumah tangga,” nasihat Encik Adnan. Mungkinkah anak itu sedang menghadapi masalah rumah tangga? Begitulah telahannya sendiri. Amylia memandang Encik Adnan dengan senyuman. Lebih senang senyap daripada bersuara. Bunyi loceng pintu pagar menggamit pandangan mereka ke arah ruang tamu. Bergegas pembantu rumah Encik Adnan menuju ke pintu hadapan. “Cuba beritahu pada ayah. Apa yang Reza dah buat pada Amy?” soal Encik Adnan yang sudah pun mem­ basuh tangan. Wajah muram Amylia buat hatinya tidak tenang. “Dia ada pukul Amy ke?” soal Encik Adnan tidak puas hati dengan sikap membisu Amylia pada soalan­ nya. “Mana ada,” sanggah Amylia dengan pantas. “Habis tu?” soal Encik Adnan. Tegak biji matanya memandang Amylia yang tunduk merenung pinggan. “Reza tu cuma marah­marah sayang aje,Amy.Tak ke mana pun marah dia,” celah Puan Maryam dengan se­ nyuman mengusik. Amylia tersenyum mendengarnya. Selama tiga bu­ lan hidup bersama, Reza tidak pernah memarahinya. Diakui, yang dia senang dengan lelaki itu dan hatinya terpaut tanpa disedari sehinggalah beberapa hari yang

Sedetik Asmara ❦ 37

lalu. Tiba­tiba dia berasa begitu sedih sekali apabila hari­hari terakhir bersama dengan lelaki itu akan tamat. “Assalamualaikum.” Kaget Amylia sebaik mendengar suara Reza di be­ lakangnya. Dia sudah tidak mampu untuk menoleh lagi. Dadanya kembali berdebar­debar dan terus me­ matung di kerusi yang diduduki. Haruman yang sering digunakan oleh Reza menerjah hidungnya. “Waalaikumussalam,” sahut Encik Adnan sambil me­ nyambut tangan Reza. “Dah makan?” soal Encik Adnan memandang Reza yang berdiri di belakang kerusi yang diduduki oleh Amylia. “Belum lagi, ayah. Baru cadang­cadang nak pujuk, nak ajak makan sama.” “Hmm… eloklah kau datang. Bincang elok­elok. Sikit­sikit punya hal tak perlu dibesarkan,” nasihat En­ cik Adnan lembut sambil memandang Amylia. Reza mengangguk­angguk kepala. Tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi sebaik mendengar nasihat Encik Adnan. “Duduk, Reza. Duduk, makan. Langkah kanan kau dan Amy hari ni. Mak ciknya masak rendang ayam,” kata Encik Adnan yang kelihatan gembira menerima kedatangan anak dan menantunya. Reza tersenyum lebar sambil menarik kerusi bersebelahan Amylia yang kaku sejak dia masuk ke situ. “Ha… jemput makan. Bagi Reza pinggan, Amy!” suruh Encik Adnan kepada Amylia. Reza memandang Amylia yang langsung tidak berkutik sejenak. Bibir terus mengulum senyuman. Dia pasti sangat yang isterinya tidak memberitahu perkara

38 ❦ Sarnia Yahya

sebenar kepada Encik Adnan. Kalau tidak, masakan layanan lelaki itu terhadapnya begitu baik sekali walau­ pun sudah lama dia tidak menjenguk ke situ. Kalaulah Encik Adnan tahu… serasanya dia sudah berada di dalam lubang kubur waktu itu. “Makan, Reza.” Encik Adnan menolak pinggan­ pinggan lauk ke arah menantunya. “Amy,” tegur Encik Adnan. Amylia mendongak memandang ayahnya. “Apa duduk tercegat macam tu? Suami tu.” Encik Adnan menegur sikap anaknya yang endah tak endah terhadap Reza. Reza senyum dan terus menyuap nasi ke mulut, memandang kepada Encik Adnan berdiri berdekatan isterinya. “Ayah sudah ke?” soal Reza berbasa­basi. Tadi lagi dia melihat lelaki itu berhenti makan. “Dah. Ayah nak ke depan dulu, nak mengasap.” Encik Adnan ketawa di hujung kata­katanya. Reza tersenyum dan mengangguk­anggukkan ke­ pala, faham akan maksud lelaki itu. Puan Maryam juga meminta diri meninggalkan meja makan. Dan akhirnya Amylia bangun. Pantas tangannya disambar oleh Reza. “Teman abang makan,” tegas Reza dengan wajah serius. Sesekali kena pakai kuasa veto, desisnya sendiri. Hatinya tersenyum sendiri melihat wajah takut­takut Amylia. Amylia senyap. Pinggan yang mahu diangkat diletak di atas meja semula. “Amy ingat, Amy boleh lari?” soal Reza tenang. “Amy bukan lari tau!” Suaranya keras, tetapi per­

Sedetik Asmara ❦ 39

lahan. Bimbang didengar oleh Puan Maryam yang ber­ ada di dapur bersama pembantu rumahnya. “Kita sepatutnya dah tak ada apa­apa. Abang lupa dengan rancangan yang abang dan kekasih hati abang tu buat?!” tekan Amy bengang. Hatinya sakit apabila asyik mengulang kata­kata yang sama dari pagi se­ hinggalah sekarang. Reza memandang Amylia dengan senyuman sambil mulutnya terus mengunyah nasi dan lauk. “Abang tak lupa rancangan tu. Cuma abang tang­ guhkan,” balas Reza dengan tawa kecil. Amylia menjeling. Rasa meluat dia melihat wajah lelaki yang pernah diidam­idamkan suatu ketika da­ hulu. “Boleh tak abang selesaikan masalah ni cepat? Amy tak mahu Kak Tasha datang pada Amy dan terjerit­jerit macam tadi.Amy tak mahu dia kata Amy rampas abang daripada dia. Tolonglah jangan buat Amy macam ni,” rayu Amylia merenung tepat ke mata Reza yang sudah memandangnya. Reza melepaskan nafasnya. “Tapi abang belum bersedia nak lepaskan Amy,” ke­ luh Reza mula rasa bersalah sebaik mendengar rayuan si isteri. Terusik hatinya mendengar ayat terakhir Amy­ lia. Amylia menghela nafas dengan kasar. Terasa se­ makin sesak kepalanya dengan perangai Reza. Mahu sahaja dihempuk Reza dengan pinggan di hadapannya. “Kenapa? Abang nak simpan Amy buat apa lagi?!” tekan Amylia. Reza memandang Amylia. Pinggan sudah pun ko­ song. Air kosong di dalam gelas diteguk bagi mengu­ rangkan debaran di dada.

40 ❦ Sarnia Yahya

Amylia hanya memandang. Sabar menanti kata­kata seterusnya daripada Reza. “Ya, memang abang nak simpan Amy sebagai se­ orang isteri,” akui Reza, kembali memandang Amylia. Ternganga mulut Amylia. Entah mengapa dia me­ rasa geram dengan permainan Reza yang pelbagai ren­ tak kini.“Abang gila!” Pantas dia bangun dan melangkah laju menuju ke dapur. Terasa penat mengejar hatinya sendiri.

Sedetik Asmara ❦ 41

42 ❦ Sarnia Yahya

5

R

ASANYA mahu sahaja dia bertempik sebaik

Reza bersetuju dengan cadangan Encik Ad­ nan agar mereka tidur di situ. Tidur di situ bermakna tidur sebilik. Cukuplah malam pertamanya dahulu yang membuat dia terpaksa berjaga sepanjang malam kerana takut sesuatu berlaku sedang Reza bo­ leh pula tidur dengan lenanya. Amylia menjeling melihatkan sinaran mata Reza seperti lampu lip­lap di malam raya dan hatinya se­ makin tidak keruan. Ya Allah, macam mana ni? Ter­ gendala segala rancangannya. “Amy?” panggil Encik Adnan. Amylia mengangkat mukanya memandang ayah dan ibu tirinya, kemudian beralih ke wajah Reza yang sudah pun berdiri memandangnya. “Reza nak mandi tu. Pergilah siapkan baju dia se­ mua,” suruh Encik Adnan sambil menggeleng­geleng­ kan kepala.

“Berangan dari tadi,” sungut lelaki itu disusuli tawa kecilnya. Reza tersenyum mendengar sungutan lelaki itu terhadap anak perempuannya. “Sayang,” panggil Reza. Sengaja dia menyebut begitu agar situasi mereka tidak dihidu oleh Encik Ad­ nan. Dia tidak mahu lelaki itu kecewa dengan apa yang telah dilakukan kepada Amylia. Sayang? cebik Amylia lalu bangun dan melangkah menuju ke tangga. Rasa seperti hendak muntah men­ dengar panggilan itu. Entah ya, entahkan tidak. Lagi lama dia di situ, lagi entah apa­apa yang keluar dari mulut Reza. Tetapi macam mana sekarang? Mati kutu dia dengan situasi yang tiba­tiba. “Marah nampak?” Semakin suka dia mengusik Amy­ lia sambil tangannya sudah hinggap di pinggang si isteri. “Apa ni?” Keras suara Amylia apabila terasa tangan Reza berada di pinggangnya. Dia menoleh kepada ke­ dua­dua orang tuanya yang sedang asyik berbual se­ sama mereka. “Shh! Nanti ayah dan mak cik dengar pulak.” Keras suara Reza, walaupun berbisik di telinga Amylia. Amylia menoleh, memandang Reza yang berada di sebelahnya.Tiada guna dia menanya soalan yang sudah berulang­ulang kali disoal kepada Reza dan hatinya. Dia melihat senyuman nakal lelaki itu dengan kening­ nya yang terangkat, membuat wajah itu tidak ubah seperti lelaki miang. Disiku perut Reza sedikit kuat dan segera melangkah laju meniti anak­anak tangga. Mabuk punya Reza! pekik hatinya sendiri. “Aduh! Sedapnya!” Terbatuk­batuk Reza menahan sakit perutnya yang disiku oleh Amylia. “Tajamnya siku,” katanya dan dia tergelak sendiri.

Sedetik Asmara ❦ 43

Terasa lucu dengan situasi itu. Kakinya melangkah me­ nuruti langkah Amylia yang sudah menghilang ke ting­ kat atas. “Apa tujuan abang ke sini?” soal Amylia sebaik Reza menutup pintu bilik mereka. “Tujuan?” soal Reza memandang Amylia dengan dahi berkerut. Amylia mengecilkan mata, menatap wajah Reza yang selamba memandangnya. Bukan Reza tak tahu, te­ tapi sengaja buat­buat tidak tahu. “Ya, tujuan ke sini?” soal Amylia bengang. “Abang nak bincang pasal kita.” “Nak bincang apa lagi?!” tingkah Amylia. Suaranya sudah tidak dapat ditahan lagi. Sakit hatinya. Hari itu sahaja dia asyik mendengar perkataan bincang, bin­ cang, bincang. Sehingga seperti hendak muntah darah telinganya mendengar perkataan itu. Reza menghela nafas berat. Bagaimana untuknya menerangkan perasaannya kepada Amylia? Walhal ia sebuah perasaan tidak pasti. Dia meraup rambutnya. “Bang!” panggil Amylia bengang. Mata Reza beralih kepada Amylia. “Apa sebenarnya ni?” Dia mulai bosan dengan ke­ putusan yang masih tidak pasti. “Kalau bergaduh dengan Kak Tasha, abang jangan libatkan Amy. Amy nak kita teruskan apa yang dah di­ rancang dulu,” tegas Amylia. “Bagi abang sedikit masa untuk berfikir.” Ternganga mulut Amylia mendengar kata­kata Reza. “Masa? Tak cukupkah tiga bulan untuk abang fikir? Dan untuk sehari ni cukupkah masa tu!” bentak Amylia. Ngeri dia mendengar permintaan luar biasa Reza. Reza senyap. Dia membenarkan apa yang dikatakan

44 ❦ Sarnia Yahya

oleh Amylia. Mengapa baru sekarang hendak berbin­ cang dan berfikir akan perkara itu? Mengapa tidak sepanjang tempoh mereka hidup bersama? Terasa hi­ dupnya seperti sudah di hujung­hujung sebuah kehi­ dupan dan keputusannya masih tiada. “Amy dah ada orang lain ke?” soal Reza. Kaget Amylia mendengar soalan Reza. “Mana ada!” Melengking suaranya. Bengang sung­ guh dia dengan soalan bodoh Reza. “Habis tu kenapa nak transfer ke Ipoh? Sini kan prospek lebih besar untuk naik?” “Eh, suka hati Amylah nak ke mana pun!” tingkah Amylia tidak sabar dengan setiap patah ayat yang ke­ luar dari bibir Reza. Reza senyum. Tiba­tiba sahaja dia rasa ingin meng­ usik. “Nanti Amy rindukan abang pulak,” usiknya. Terjongket kening Amylia. Reza ni dah mabuk agak­ nya? desisnya sendiri. “Jangan nak merepeklah! Tak ada maknanya nak rindukan abang!” balasnya walaupun hatinya membe­ narkan kata­kata Reza. “Ya ke?” soal Reza dengan senyuman nakalnya. Pan­ tas dia membuka baju yang dipakainya. Sengaja dia berbuat begitu untuk melihat reaksi Amylia, sama ada teruja dengan dirinya ataupun tidak. “Astaghfirullah al­azim…” Terkejut dia dan segera berpaling membelakangi Reza. “Abang!” jeritnya dengan rasa bengang. Dadanya mula berdebar­debar dengan apa yang dilihatnya tadi. Kurang asam punya Reza. Sengaja nak menggodalah tu. Tunjuk badannya yang berketul­ketul macam Fahrin Ahmad.

Sedetik Asmara ❦ 45

Reza tersengih melihat reaksi Amylia. Disimpan tawanya. “Ya,” sahut Reza lembut dengan senyuman. Kini dia sudah pun bertuala selepas menanggalkan jean dan seluar kecilnya. Langkahnya menghampiri Amylia yang masih berdiri di tepi katil. Entah mengapa dia berasa begitu lucu sekali dengan situasi mereka ketika ini. Tetapi Amylia benar­benar membuat dia sasau untuk beberapa jam yang lalu. “Abang nak buat apa ni?” tingkah Amylia mula me­ rasa tidak enak selepas mendengar derapan kaki Reza yang semakin hampir. Reza senyap dan melangkah menghadap Amylia. Sekali lagi dia ingin melihat bagaimana reaksi isterinya apabila melihat dirinya sebegitu. “Ya Allah!” Terkejut Amylia melihat Reza yang kini hanya bertuala sahaja. Dia melangkah setapak dua ke belakang. “Apa abang ni?!” marahnya. Reza senyum. “Abang nak mandi, nak solat. Nanti kita solat sama­ sama ya,” balas Reza tidak mahu Amylia terus terjerut dengan prasangka yang tidak elok tentang dirinya. Sempat dia mencuit hidung Amylia sebelum meng­ hilang ke bilik mandi. Amylia senyap dan hanya memandang Reza yang sudah menghilang ke dalam bilik mandi. Entah me­ ngapa dia merasa bersalah dengan apa yang berlaku tadi. Tetapi dia juga ada hak apabila lelaki itu sudah merancang hendak melepaskannya dan dia mahu me­ neruskan rancangannya sebelum Natasha datang dan menghuru­harakan keadaan. Tiba­tiba dia merasa menyesal bersetuju menyertai

46 ❦ Sarnia Yahya

rancangan Reza. Disebabkan kasihankan Reza dan sa­ yangnya terhadap Puan Rahah, ibu Reza, yang pernah menjaganya suatu ketika dahulu, dia bersetuju berkah­ win dengan lelaki itu. Kalaulah Puan Rahah tahu, pasti wanita itu akan kecewa dengan perbuatannya. “Ampunkan Amy, umi,” katanya sendiri seolah­olah Puan Rahah berada di hadapannya. Dia perlu melakukan sesuatu.Tetapi apa? Apa yang perlu dilakukan sekarang? soalnya sendiri. Dia meman­ dang jam di tangan. Ya Allah dah hampir pukul 10.15 malam. Sempatkah dia ke pejabat esok dengan diekori oleh Reza? Eii… rimasnya dengan lelaki seorang ni. Ah… tak kuasa dia hendak menunggu Reza. Lebih baik dia pergi sekarang sebelum lelaki itu terus menyekat langkahnya. Pantas dia bangun dari katil yang diduduki sebentar tadi, menuju ke pintu. Laju langkahnya menuju ke tingkat bawah untuk mengambil beg tangan dan tudungnya. “Nak ke mana tu?” soal Puan Maryam yang tiba­tiba muncul dari dapur. Terkejut Amylia dengan mata yang terkelip­kelip. “Amy nak ke kedai. Nak beli pad,” jawabnya lancar dengan dada berdebar­debar kerana berbohong. Aduh, sakit dadanya meniti satu hari yang penuh dengan pel­ bagai peristiwa yang sukar dilupuskan daripada kena­ ngannya kelak. “Ooo… yalah,” jawab Puan Maryam dengan se­ nyuman. “Ayah mana?” soal Amylia ingin tahu. Namun lang­ kahnya sudah menuju ke pintu rumah. Tangannya menyeluk beg tangan, mencari kunci keretanya. “Ada kat luar sebelah sana. Bagi kucing­kucing dia makan,” jelas Puan Maryam mengekori langkah Amylia.

Sedetik Asmara ❦ 47

Amylia mengangguk­anggukkan kepala. Matanya menjeling ke tangga. Bimbang Reza turun mencarinya pula. “Amy pergi kejap,” pinta Amylia lalu melangkah menuju ke keretanya dan seketika kemudian dia sudah pun berada di Lebuhraya Persekutuan, menuju ke Bandar Sri Permaisuri melalui Lebuhraya Hubungan Timur Barat. Nafas ditarik dengan selega­leganya. Tetapi bagaimana kalau Reza mencarinya sehingga ke rumah? Lupakan… Buat masa ni dia benar­benar rasa agak lega sekali sebab terlepas dari mulut naga itu. REzA bercekak pinggang memandang sekitar bilik itu lalu menggeleng­gelengkan kepala. Dia dapat meng­ agak yang Amylia sudah meninggalkannya sendirian di situ. Tidak tahu apa yang patut difikirkan ketika itu. Hendak marah? Tiada rasa marah di hatinya. Dia mengu­ lum senyuman, memandang baju Melayu berserta kain pelekat yang berlipat cantik untuknya. Sempat lagi Amylia menyediakan sebuah persalinan yang cantik untuknya. “Amy, Amy,” keluhnya sendiri sambil mengenakan baju Melayu dan kain pelekat untuk bersolat. “Ke mana Amy pergi ni?” soalnya sendiri. Tak me­ ngapa, desisnya. Dia dapat mengagak ke mana isterinya itu pergi. “Apa­apa pun solat dahulu,” katanya sendiri lalu mengenakan kopiah ke kepalanya. Sejadah biru dibentang menghadap kiblat dan te­ rus mengerjakan solat isyak. 15 minit kemudian dia sudah pun mengenakan kembali kemeja­T dan jean tadi. Rambut disisir dengan rapi di cermin meja solek. Matanya menyambar gambar pernikahannya dan Amy­

48 ❦ Sarnia Yahya

lia. Hanya sebuah pernikahan dan mereka menolak untuk bersanding. Pernikahan mereka pun hanya di­ hadiri oleh saudara­mara terdekat sahaja, tiada teman­ teman rapat mahupun teman­teman pejabat. Mereka berdua kelihatan begitu gembira padahal ia hanyalah sebuah lakonan semata­mata ketika itu. Amy­ lia begitu mesra dan manja di sampingnya ketika itu. Nampaknya mereka berjaya melakonkan watak masing­ masing sebagai suami isteri. Entah mengapa dia merasa ingin kembali meng­ ulangi detik­detik manis itu. Tetapi itu tidak mungkin akan berlaku lagi. Ia sekadar lakonan mereka dan jelas sekali Amylia mahu hubungan mereka putus hari itu. Kenapa harus diganggu rancangan yang sudah disusun sebelum mereka bernikah? Dia juga sudah menyusun rancangannya untuk mengahwini Natasha selepas ta­ mat idah Amylia kelak. Perlahan­lahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja solek itu. Betulkah apa yang diinginkan sekarang? Mudah sungguh hatinya berubah padahal dia begitu mencintai Natasha sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Mengapa dalam sekelip mata hatinya boleh berubah? Melihat satu kebaikan Amylia, buat dia ter­ sungkur dan dicari sepuluh keburukan Natasha pula. Reza meraup wajahnya beberapa kali. Barulah dia sedar. Dia sudah mensia­siakan hubungannya dengan Natasha yang dikenali lebih sepuluh tahun.Walaupun Amylia sudah dikenali sedari kecil, tetapi hubungan mereka tidaklah begitu rapat. Perkahwinan itu hanya­ lah untuk memenuhi impian uminya sahaja. “Astaghfirullah al­azim,” ucapnya.“Maafkan I,Tasha,” pintanya sendiri sambil memekup wajahnya. “Maaf­ kan I…”

Sedetik Asmara ❦ 49

Dia bingkas bangun dari katil yang diduduki dan kembali ke meja solek. Bingkai gambarnya dan Amylia ditatap agak lama. Diletak kembali bingkai gambar itu dan segera melangkah keluar, menuju ke tingkat bawah. “Amy dah keluar. Katanya nak beli…” Ayat Puan Maryam terhenti di situ.Tidak mampu untuk menerus­ kan kerana segan dengan menantunya. Reza senyum. “Ooo… saya suruh dia terus balik ke rumah aje,” balas Reza tidak pasti itukah alasan yang baik. Buat masa ini biarlah dahulu. Akan diselesaikan semuanya dengan Amylia dahulu kemudian barulah dia akan jelaskan kepada kedua­dua orang tua mereka kelak. Ternganga­nganga Puan Maryam mendengar pen­ jelasan Reza. “Saya balik dulu, mak cik. Kirim salam pada ayah ya,” kata Reza dan melangkah laju menuju ke pintu. Laju kereta yang dipandu menuju ke Lebuhraya Persekutuan. Hatinya berbaur sendiri. Apa yang harus dijelaskan kepada Amylia? Terasa tepu otaknya ketika itu. “AMY!” panggil Nani. “Laki kau datang tu!” jerit gadis itu lagi sambil mengetuk pintu bilik temannya. Pelik, walaupun sudah berumah tangga, Amylia akan tetap datang ke situ, menjenguk bilik dan sesekali tidur di situ dengan alasan Reza out-station. Benar ataupun tidak, dia sendiri tidak ambil kisah dengan perihal teman serumahnya. Seketika, tersembul wajah Amylia. Wajah itu keli­ hatan segar selepas mandi dengan rambut yang basah. “Laki kau ada kat luar. Nak jumpa kau,” jelas Nani

50 ❦ Sarnia Yahya

ingin beredar. “Dia nak apa?” “Mana aku tahu. Pergilah tengok!” suruh Nani de­ ngan suara sedikit keras. Cepat­cepat dia melangkah meninggalkan temannya yang masih berada di sebalik daun pintu bilik. Apa dia nak? soal Amylia walaupun dapat mengagak kedatangan Reza ke situ. Dia segera melangkah menuju ke pintu rumah yang sedikit terbuka. Dia menarik sedi­ kit daun pintu yang memang sudah sedia terbuka. Tu­ buh Reza yang tegap sedang berdiri membelakanginya ketika itu.Tidak tahu apa yang sedang dipandang oleh lelaki itu. Amylia berdeham, menegur lelaki itu. Reza segera memusingkan tubuhnya dan terse­ nyum. “Abang nak apa?” soal Amylia benar­benar bengang. Tidakkah Reza faham? Dia merenung ke wajah Reza tetapi dia tidak mampu untuk memandang mata lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa. Pandangannya dilari­ kan ke kanan. Memandang pintu unit kondo di sebelah sana yang setentang dengan pintu kondo yang sedang didiaminya. “Abang nak cakap sekejap. Boleh?” Amylia menghela nafasnya. Tunduk memandang loafers yang dipakai oleh Reza. “Abang nak cakap apa lagi?” soal Amylia. “Tentang kita,” jawab Reza sudah meletak tangan di bingkai pintu, seolah­olah menghalang Amylia untuk keluar. “Abang, kita dah buat perjanjian sebelum ni. Kenapa tak…” “Abang tahu. Dan abang dah buat keputusan.” Pantas Reza memotong kata­kata Amylia.

Sedetik Asmara ❦ 51

Pandangan Amylia beralih ke wajah suaminya. Ce­ pat sungguh Reza membuat keputusan? “Keputusan apa?” soal Amylia. Berteguk­teguk liur ditelannya. Dadanya kembali berdebar­debar. Tidak tahu mengapa. “Abang bersetuju… kita bercerai.” Jantungnya bagai terhenti saat bait­bait itu menen­ dang gegendang telingannya. Walaupun sebelum ini perkataan itu sudah sinonim dalam fikirannya, namun rasa yang bertapa di hati bagai digerit­gerit. Sakit! Dia cuba membawa dirinya untuk bertenang. “Abang silap. Memang abang cintakan Tasha lebih daripada segala­galanya. Dan abang lakukan semua ini untuknya. Tapi entah kenapa begini jadinya pula,” ke­ luh Reza disusuli ketawanya sambil melempar pan­ dang pada kejauhan. Kini dia berdiri membelakangi Amylia. Mengapa kata­kata Reza membuat hatinya luka dan berkecai? Mengapa? Mengapa dia harus berasa begitu? Apakah… Tidak sanggup untuknya memikirkan per­ kara yang tidak mungkin akan berlaku. Dan hakikatnya sudah nyata. Ya, dia tidak mencintai Reza. Itu hanya ilusi hatinya sendiri! tekannya sendiri. Itu hanya sebuah ilusi, ingin dicintai dan disayangi, bentaknya sendiri. Duduklah dalam dunia nyata, Amy, pujuknya sendiri. Cuba ditolak rasa kecewa yang terus menggores hati­ nya. “Maafkan abang,Amy,” pinta Reza lalu membalikkan tubuhnya, memandang Amylia yang kelihatan tenang di muka pintu. “Abang dah menyusahkan Amy. Mengucar­ngacir­ kan hidup Amy untuk hari ini,” pinta Reza dengan senyuman.

52 ❦ Sarnia Yahya

Ya, satu hari yang penuh dengan pelbagai peristiwa yang mana dia sendiri keliru dengan tindakannya. Dia melepaskan sebuah keluhan sedikit kuat dan kembali ketawa mengenang peristiwa­peristiwa lucu itu. Amylia mengangguk­anggukkan kepala dengan se­ nyuman hambar. “Terima kasih,” ucapnya. Untuk apa dia tidak pasti. Namun hatinya begitu pedih sekali. Terasa apa yang diucapkan tidak ikhlas.Apa yang diinginkan tidak sama yang terluah dari bibirnya. Reza senyum. “Sepatutnya abang yang ucap terima kasih kerana Amy sentiasa memahami,” ucap Reza masih meman­ dang wajah tenang Amylia. Entah kenapa dia merasa begitu berat hendak melepaskan Amylia untuk kali kedua.Teramat berat. Amylia mengangguk untuk ke sekian kali. Tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi. “Esok abang akan beritahu Majid untuk proceed balik kes kita,” kata Reza dengan nada perlahan.Tunduk merenung loafersnya. Sekali lagi hanya anggukan daripada Amylia. Dia juga harus memaklumkan Ainiyah berkenaan dengan kes mereka.Tiba­tiba kepalanya berasa pusing. “Mintak Encik Majid maklumkan kepada Kak Aini­ yah nanti sebab Amy tak ada di sini,” jelas Amylia. “Insya­Allah. Bila Amy nak ke Ipoh?” soal Reza ingin tahu. “Lusa,” jawab Amylia sepatah. Reza senyum memandang Amylia yang tidak me­ mandangnya.Tidak tahu kenapa sukar sangat dia men­ cari anak mata isterinya itu. “Nanti rindu abang dengan asam pedas Amy,” ucap­

Sedetik Asmara ❦ 53

nya lagi. Ya, dia memang suka dengan masakan Amylia. Gadis itu banyak mengetahui apa yang digemari se­ lama mereka hidup bersama. Amylia hanya mampu memberikan senyuman ham­ bar. Hatinya semakin pedih. “Ada apa­apa nak abang tolong ke?” soal Reza sekali lagi. Ya, untuk kali ini dia bersedia membantu apa sahaja yang dipinta oleh Amylia. Entah mengapa dia berasa begitu banyak hutangnya terhadap isterinya. “Ya,” jawab Amylia sepatah. “Apa dia?” soal Reza. “Lepaskan Amy secepat yang mungkin. Harap ja­ ngan tangguh­tangguh lagi.” Reza terpanar dengan permintaan itu.Terasa antara dia dan Amylia tidak akan bersatu untuk kali kedua.

54 ❦ Sarnia Yahya

Sedetik Asmara ❦ 55

6

S

EBAIK mengemaskan dirinya, segera dia ke

pintu bilik. Dia sudah agak lewat untuk ke pejabat. Selalunya dia akan dikejutkan oleh Amylia. Rasa hendak marah sebentar tadi, namun barulah dia sedar yang isterinya sudah tiada di situ lagi. Matanya berlari memandang pintu bilik yang per­ nah diduduki oleh Amylia. Perlahan­lahan dia melang­ kah, menuju ke pintu lalu membukanya. Entah me­ ngapa dia berharap akan kehadiran Amylia di situ. Mungkinkah kerana dia sudah biasa dengan kehadiran Amylia yang sentiasa ada di matanya ketika di rumah itu? Wangian yang sering dipakai oleh gadis itu mener­ jah hidungnya sebaik pintu di buka. Ya, seolah­olah Amylia masih berada di situ. Suasana bilik itu pun kemas seperti selalu. Terasa ada rindu menari­nari di hatinya.

Cepat­cepat dia menutup pintu dan melangkah ke tangga. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaan yang sesekali tidak menentu. Laju langkahnya menuju ke ruang makan. Tiba­tiba langkahnya mati. Tiada apa di atas meja. Kosong. Yang ada hanyalah jambangan bu­ nga ros sahaja. Tiada sarapan seperti yang selalu di­ hidangkan oleh Amylia. Dia mengeluh sendiri. Briefcase di tangan diletak di atas meja dan segera menjengah ke dapur.Tersenyum dia melihat nota­nota kecil yang ditindih dengan fridge magnet yang pelbagai rupa dan bentuk pada pintu peti sejuk. Sekeping nota ditarik. Abang, nasi tu nanti abang panaskan dalam periuk. Gulai asam pedas & ikan goreng tu jangan lupa letak dalam microwave sebelum makan tau. Dan jangan lupa baca bismillah… Chow chin chau kuetiau. ~ Amy ~ Tersenyum dia melihat titipan tulisan tangan Amy­ lia. Dan rasa rindu kembali membadai di dada.Ya Allah, tolonglah jangan alihkan hati ini untuknya. Aku sudah punya pilihan terbaik untuk diriku, rintihnya sendiri. Bimbang dan cemas dengan perasaannya yang mula merindui Amylia. Tak boleh, tak boleh jadi, bentaknya sendiri. Cuba dihumban segalan­galanya tentang Amylia. Diletakkan wajah Natasha dalam fikiran, namun wajah Amylia ter­ lukis kembali di mindanya. “Ya Allah, kenapalah dengan aku ni!” Hampir­ham­ pir dia menjerit di ruang dapur itu. Cuba membawa dirinya bertenang, lalu menarik

56 ❦ Sarnia Yahya

nafas dalam­dalam dan dilepaskan sekali gus dengan apa yang sedang difikirkan. Pintu peti sejuk dibuka perlahan­lahan untuk melihat isi di dalamnya. Dan be­ narlah seperti sangkaannya. Nasi sudah dimasak dan ada gulai asam pedas kegemarannya di situ. Entah me­ ngapa dadanya berasa ketat. Dicapai kotak Milo dan segera dituang ke dalam gelas. Itulah sarapan paginya selepas ketiadaan Amylia. Laju langkahnya keluar dari dapur selepas meneguk sedikit Milo sejuk.Tidak pernah dia meneguk air sejuk di waktu pagi dan mungkin ia akan menjadi rutinnya setiap pagi. Dan sampai bila ia harus begitu? REzA meraup rambutnya sebaik duduk di kerusi pe­ mandu di dalam keretanya. Lama dia merenung ke depan. Benarkah keputusannya itu? Melepaskan Amy­ lia dan berkahwin dengan Natasha seperti yang di­ impikan sebelum ini? Pasti Puan Rahah akan menjerit dengan keputusan­ nya itu. Namun itulah keputusannya. Muktamad! Tiada kompromi lagi. Setelah memenuhi impian uminya kini tiba pula masa dia memenuhi impiannya pula. Ya, dia juga punya impian! Hatinya berkata dengan penuh se­ mangat. Enjin kereta segera dihidupkan. Dia ada janji de­ ngan Natasha tengah hari nanti. Temu janjinya dengan Natasha sudah dibuat di sebuah restoran Itali di Jalan Ceylon. Restoran yang biasa mereka pergi. Jenuh juga­ lah dia memujuk buah hatinya itu.Ya, Natashalah buah hatinya dulu, kini dan selamanya. “Ingat, Reza. Sampai nanti call Majid!” pesannya sendiri, mengingatkan dirinya tentang kes percerai­ annya dan Amylia yang ingin diteruskan. Mengingatkan

Sedetik Asmara ❦ 57

nama Amylia terasa ia seperti satu kehilangan. Mengapa ada rasa sepi di penjuru hatinya? Ah… hanya perasaan yang sementara kerana laya­ nan Amylia selama tiga bulan ini. Segera dia membuang segala perasaannya yang sepatutnya tiada untuk Amy­ lia. Dia ingin bersama Natasha sahaja. Setelah 10 tahun menyulam cinta, masakan dia mahu mensia­siakan ma­ sanya begitu sahaja.Tidak, tidak sesekali! Laju pemanduannya menuju ke pusat bandar raya. Bibirnya mengulum senyuman. Ya, dia ingin memberi­ kan sesuatu sebagai tanda hati untuk si buah hati. Apa agaknya yang harus diberi sebagai hadiah memujuk? “ASSALAMUALAIKUM,” ucap Amylia di hadapan pintu pagar rumah setingkat itu. Melihatkan kereta lama dan motosikal yang berada di bawah porch, dia pasti yang Encik Idrus ada di ru­ mah.Tak kerja ke orang tua ni? soalnya sendiri. Barulah dia perasan. Setiap kali dia datang ke situ, Encik Idrus sentiasa ada di rumah. Matanya melingas memandang sekitar anjung rumah yang sedikit bersepah dengan besi­besi buruk, botol­botol kosong dan kotak­kotak yang bersusun di belakang kereta. Lama dia menilik kereta Honda Civic 1200. Dia tidak pasti tahun berapa. Ada kesan dilanggar atau mungkin berlanggar. Lampunya pecah dan penjuru kereta itu kemek. Kenapa tak hantar ke bengkel aje? Sekali lagi soalannya bergema di hati. “Assalamualaikum!” Sekali lagi dia memberi salam. Harap­harap emak adalah di rumah. Dia terus berdoa. “Waalaikumussalam!” balas Encik Idrus yang sudah berdiri di hadapan pintu. “Kamu nak apa?!” soalnya dengan nada yang agak

58 ❦ Sarnia Yahya

keras. Hatinya membuak marah sebaik melihat Amylia berada di hadapan pintu pagar rumahnya. Amylia sedikit gamam. Cuba membawa dirinya ber­ tenang. Walaupun sudah selalu ke situ, rasa takut ter­ hadap Encik Idrus tidak pernah padam. Wajah bengis lelaki itu terpancar setiap kali dia datang. “Emak ada ke, pak cik?” soalnya dengan wajah yang dimaniskan. Hatinya sedikit terluka dengan soalan le­ laki itu sebentar tadi. Nampak sangat dirinya tidak per­ nah dialu­alukan oleh lelaki itu. Mengapa? Mengapa dia dibenci oleh Encik Idrus? “Kenapa kamu nak jumpa dengan dia? Dia tak mahu jumpa dengan kamu. Kamu tak faham ke?!” balas Encik Idrus dengan wajah yang kelat tanpa senyuman. Tajam matanya merenung Amylia. Pedih hatinya mendengar kata­kata itu. Dari tem­ patnya berdiri, dia dapat melihat ada bayang­bayang sedang mengintai di sebalik langsir tingkap. Dia tahu Puan Sakinah sedang mengintainya dari celahan ting­ kap. “Saya nak bertukar ke Ipoh. Jadi sebelum saya ke sana, saya nak jumpa dengan emak,” jelas Amylia. Bibir­ nya mengulum senyuman yang tidak pasti. Harap­ harap dengan penjelasannya itu wanita yang berada di sebalik langsir tingkap itu keluar untuk menjenguknya. “Pergi ajelah! Tak payah nak jenguk­jenguk kami. Kamu jangan datang lagi ke sini. Emak kamu tak kisah ke mana pun kamu nak pergi!” tingkah Encik Idrus dengan kasar. “Pak cik, tolonglah… Dah lama saya nak jumpa de­ ngan dia,” rayu Amylia sambil memegang besi pagar yang menghalang dia dari mara ke dalam rumah lelaki itu.

Sedetik Asmara ❦ 59

Bulat mata Encik Idrus. “Eh, engkau tak faham ke?! Lepas dia kahwin de­ ngan aku, hubungan dia dengan kau dan semua keluarga dia putus, tau tak! Dia hanya ada aku, faham!” herdik Encik Idrus. Wajahnya yang putih sudah keme­ rah­merahan menahan marahnya. “Tapi saya anak dia. Saya tak mahu hubungan de­ ngan emak putus. Apa pun yang jadi, itu kisah lama. Hakikatnya saya tetap anak dia!” balas Amylia pula dengan rasa bengang. Lelaki itu tidak punya perasaan kasih sayangkah? Sanggup dia memisahkan anak dan ibunya. Mungkin sebab itu dia tidak punya anak, detiknya sendiri. As­ taghfirullah al­azim, kenapa dengan dirinya? Sehingga sanggup berfikir sejauh itu! Sesungguhnya dia tidak faham mengapa kisah luka mereka menjadi dendam kesumat dan dia menjadi menjadi mangsa. Tidak bolehkah mereka saling ber­ maafan? Tidakkah dendam itu salah satu sifat syaitan dan memang itu yang disukai oleh syaitan dalam me­ mecahbelahkan umat Muhammad? “Eh, kau tanya dengan nenek engkau!” Encik Idrus menuding jarinya kepada Amylia. Hatinya semakin hangat mengingatkan yang dia pernah dicaci oleh emak Puan Sakinah iaitu nenek Amylia, suatu ketika dahulu. “Pak cik, nenek dah tak ada. Maafkanlah dia. Kisah dah lama, pak cik… lupakan semua tu. Tak baik ber­ dendam,” rayu Amylia separuh memujuk lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu apakah kisahnya. Tiada siapa yang mahu bercerita kepadanya. Tetapi apa yang dilihat, lelaki itu begitu berdendam dengan keluarganya. “Eh, budak ni! Kau apa tau. Sudah! Kau pergi dari

60 ❦ Sarnia Yahya

sini. Kalau tak aku bunuh kau!” pekik Encik Idrus. “Abang!” pekik Puan Sakinah yang tiba­tiba muncul di hadapan pintu dengan berkelubung kain tuala lusuh. Langkah Encik Idrus terhenti lalu berpaling kepada si isteri yang berada di pintu. “Kau masuk!” herdik Encik Idrus menuding jarinya ke dalam. “Mak!” Dan itulah pertama kali dia melihat Puan Sakinah yang sekian lama tidak dilihatnya. “Baliklah, Amy, mak tak apa. Baliklah… sayang,” su­ ruh wanita itu sebelum menghilang ke dalam sebaik Encik Idrus melangkah kembali ke pintu. Seketika pintu dihempas dengan kuat dan suasana sepi seperti sebelumnya. “Mak!” panggil Amylia dengan linangan air mata. Rasa kecewa tidak dapat diungkap. Mengapa sukar untuknya bertemu dengan wanita itu? Walaupun berada di hadapan mata, tetapi jarak itu semakin menjauh. Sampai bila harus begini? bisiknya sendiri. Hatinya menangis sendiri. Lama dia berdiri di situ, memandang rumah yang suram dan bertutup tingkap dan pintunya. Cepat­cepat dikesat matanya. Baru dia teringat yang dia ada membawa sesuatu untuk Puan Sakinah sempena hari ibu hujung minggu itu. Segera diambil kotak yang berbalut cantik di dalam keretanya dan diletak di atas tembok pagar. Kemudian memandang rumah itu kembali. “Selamat hari ibu, mak,” ucapnya dengan air mata yang kembali bertakung di tubir mata. Dia melangkah masuk ke dalam kereta setelah be­ berapa ketika. Serasanya dia tidak silap dalam membuat keputusannya untuk bertukar ke Ipoh. Dia tidak di­

Sedetik Asmara ❦ 61

perlukan di sini. Lebih baik dia pergi jauh, mencari kehidupannya. Kalaulah nenek ada. Tentu dia akan menangis di dalam pelukan nenek. Akan dihambur segala kesedihannya itu kepada wanita itu. Tetapi nenek dah lama pergi. Dan dia kini sendiri. Walaupun punya ayah, tetapi serasanya dia lebih memerlukan seorang ibu. Ibu lebih memahami hatinya. “Mak!” serunya. Air matanya kembali berlinangan. Dia menoleh, me­ mandang ke rumah yang diduduki oleh Puan Sakinah. Insya­Allah, dia akan kembali menjenguk wanita itu kelak. Dia pasti, lambat­laun dia akan bertemu juga dengan Puan Sakinah. Kerana dialah satu­satu anak wanita itu. Perkahwinan wanita itu dengan Encik Idrus tidak dikurniakan anak. “Astaghfirullah al­azim…” Diulang ayat itu beberapa kali bagi menenangkan jiwanya sambil menyandarkan kepala pada kepala bangku yang diduduki. Jangan sedih­sedih,Amy. Esok nak berjalan jauh. Dia cuba memujuk dirinya sendiri. Ya, dia tidak harus ber­ sedih. Pasti akan ada bahagia dan gembira untuknya suatu hari kelak. Allah tidak akan meletak dirinya sen­ tiasa dalam kesedihan dan kesakitan. Akan ada cahaya yang akan menyinari hidupnya kelak. Apa yang harus dilakukan sekarang adalah terus bertabah dan bersabar. Insya­Allah… Nafas ditarik dalam­dalam dan seketika kemudian keretanya mula bergerak menyusuri Lebuhraya Perse­ kutuan selepas melepasi Persiaran Sultan Ibrahim, Klang untuk kembali ke Kuala Lumpur.

62 ❦ Sarnia Yahya

Sedetik Asmara ❦ 63

7 “K
AU gila, Ja!” Pekikan Puan Rahah membuat Reza terkejut. Tangan wanita itu sudah ber­ ada di pinggang sambil merenung Reza, seperti hendak ditelannya. Sama sekali tidak disangka yang Reza akan mengambil tindakan yang tidak ber­ akal. “Ja dah penuhi impian umi dan tiba masanya Ja penuhi impian Ja pula, umi,” jelas Reza dengan rasa bersalah. Dia tidak tahu mengapa perasaan itu sering bertamu di hatinya. Bersalah terhadap Puan Rahah, mertuanya dan tentunya Amylia. “Astaghfirullah al­azim… Kau ni berotak ke tidak?” Melengking suara Puan Rahah sebaik mendengar ala­ san yang diberikan oleh anak keduanya. Terasa yang Reza seperti orang bodoh. Reza senyap. Dia sudah menjangka reaksi daripada Puan Rahah. Dia tahu wanita itu amat menyayangi

Amylia. Gadis itulah yang dibelanya selepas beberapa hari dilahirkan dan sehinggalah Amylia berusia tiga tahun. Selepas itu Amylia diambil oleh neneknya, Hajah Zubaidah, emak kepada Encik Adnan untuk dijaga oleh wanita itu pula. “Amy pun bersetuju.”Akhirnya dia bersuara setelah lama mereka membisu. “Astaghfirullah al­azim…” Puan Rahah mengurut dadanya.Terasa hangat dadanya. “Apa kena dengan budak­budak ni?!” Sekali lagi suaranya melengking. Reza senyap semula. Pandangannya beralih ke pintu gelangsar yang terbuka. Angin bertiup lembut, seperti memenuhi ruang tamu itu. Sejuk dan nyaman. Namun hatinya tidak senyaman yang diinginkan. Entah kenapa keputusan yang sudah diputuskan tidak meng­ gembirakan hatinya. “Apa masalah kau orang berdua? Teruk sangat ke? Sampai nak bercerai­berai? Tak boleh berbincang?” soal Puan Rahah lalu menghampiri Reza yang duduk di sofa, memandang ke luar. Pandangan Reza beralih ke wajah Puan Rahah. Dia membetulkan duduknya.“Kami tak ada masalah.” “Habis? Kenapa sampai nak bercerai pulak?” Bi­ ngung Puan Rahah dengan jawapan Reza. Sudah tidak betulkah anaknya ini? Dia pasti sangat yang puncanya adalah Natasha. Kalau tidak masakan situasi yang te­ nang menjadi keruh tiba­tiba. Reza senyum. “Ja, bercerai bukan sesuatu yang menyeronokkan. Silap­silap hari bulan kau tu gila talak. Jangan ambil mudah perkara sebegini!” tegas Puan Rahah. Sakit hati­ nya melihat senyuman Reza. Anak itu seperti tidak pu­

64 ❦ Sarnia Yahya

nya perasaan. “Apa umi cakap macam tu?” Kecut perutnya men­ dengar amaran atau mungkin ugutan Puan Rahah. “Ini semua sebab budak tak cukup baju tu, kan?!” Menggelegak hatinya apabila mengingatkan Natasha yang berpakaian seperti orang telanjang. Dan entah di mana cantiknya Natasha itu pada pandangan mata Reza, dia sendiri tidak tahu. Reza ketawa mendengar gelaran yang kerap di­ ulang­ulang oleh Puan Rahah untuk Natasha. Dia sudah tidak kisah, tidak seperti suatu ketika dahulu. Pantang orang mengejek Natasha. Dia sudah tidak kisah, janji dia bahagia dengan wanita idamannya. “Kau jangan nak buat kerja bodoh… kahwin de­ ngan perempuan tu!” Senyuman Reza terus terukir.“Kalau saya kata, saya akan berkahwin juga dengan dia, macam mana?” Reza cuba menduga wanita itu. Merona merah wajah Puan Rahah menahan marah­ nya yang tiba­tiba membuak sebaik mendengar kata­ kata Reza yang seolah­olah mahu menduganya. “Ya Allah, Reza!” Spontan tangannya hinggap di bahu Reza yang sedang duduk tersenyum­senyum me­ mandangnya. “Aduh!” Reza mengaduh kerana ditampar oleh Puan Rahah. Sakit dan perit bahunya. “Senangnya hidup kau? Kahwin lepas tu cerai? Ke­ napa ni, Ja?!” Pening kepala wanita itu dengan kerenah anaknya yang seorang itu. Abang dan adik Reza tidak pula begitu. Apa yang tak kena dengan Reza ni? sungutnya sendiri. Reza senyap. “Kau ingat Amy tu tak ada hati? Tak ada perasaan?!”

Sedetik Asmara ❦ 65

tengking Puan Rahah dengan rasa marah yang meluap­ luap. “Amy dah setuju, umi.” “Dia setuju tanpa rela. Sebab kau paksa dia!” selar Puan Rahah. Dadanya semakin berombak dengan per­ bincangan yang semakin panas. Terasa ruang tamu yang luas itu menyempit dirinya dan amat sukar untuk dia bernafas. “Umi…” “Atau kau paksa Amy?” teka Puan Rahah. Tercengang Reza memandang wanita itu. “Amy ni pun lembut hati,” sungutnya sendiri. Bukan dia tidak kenal dengan menantunya itu. Mudah beralah. Reza bangun. “Saya tetap dengan keputusan saya. Amy dah ber­ setuju dan kami akan bercerai nanti. Dan selepas itu saya akan nikah dengan Natasha. Sama ada umi restu ataupun tidak, itu terpulang,” kata Reza kepada ran­ cangan yang sudah diaturnya. Dia tidak akan berganjak daripada keputusannya. Bulat mata Puan Rahah menatap wajah Reza.“Mam­ pu ke perempuan tu jadi isteri kau?” soalnya sinis. “Janganlah kita pandang sebelah mata, umi. Mung­ kin suatu masa dia akan menjadi wanita solehah. Insya­ Allah, saya akan didik dia. Berilah Tasha peluang,” kata Reza separuh merayu. “Kau ni lembut sangat, tau tak? Dikuda­kuda kau tu. Macam lembu dicucuk hidung. Ikut aje cakap dia.” Terasa panas dadanya mendengar komen Puan Ra­ hah terhadap Natasha. Begitu pun, cuba dibawa dirinya bertenang. “Apa yang kurang dengan Amy?” soal wanita itu ingin tahu. Kembali dia memandang anak lelakinya.

66 ❦ Sarnia Yahya

Bukan dia menghalang Reza memilih calon isteri­ nya, tetapi Natasha memang tidak sesuai untuk anak­ nya. Gadis itu terlalu bebas bergaul, tidak kira lelaki perempuan. Peribadinya tidak perlu dilihat lagi apabila tingkahnya terang­terangan menyakitkan mata dan hatinya. Dia tidak mahu Reza kecewa. Dia faham sangat dengan sikap Reza yang lembut, mudah dipujuk dan seorang yang sabar. “Tak ada apa yang kurang, umi,” keluh Reza.Ya, tiada yang kurang pada Amylia. Segala­galanya sempurna. Namun dia sudah ada pilihan sendiri dan sudah ber­ janji dengan Natasha. Harapannya, Amylia akan bertemu dengan lelaki yang baik suatu hari kelak. “Habis tu? Apa lebihnya Natasha?” soal Puan Rahah masih tidak puas hati dengan keputusan yang ingin dibuat oleh Reza. “Lebih dan kekurangannya Ja akan terima dia, umi. Ja yang akan hidup dengan dia. Ja akan terima diri Ta­ sha seadanya.” Reza kembali memandang Puan Rahah. Puan Rahah senyap. Tidak tahu apa yang patut di­ katakan lagi. Hatinya hangus dengan keputusan yang dibuat oleh Reza. Entah mengapa rasa kasihnya terha­ dap Amylia menggunung tinggi. “Umi harap kau tak menyesal dengan keputusan ni nanti sudahlah!” Dia tidak mampu untuk menahan ke­ hendak Reza lagi. Terpulanglah. Namun rasa kesal di hati serasa tidak berkesudahan. “Jangan begitu, umi. Tolong doakan yang baik­baik untuk Ja.” Lirih suara Reza. Puan Rahah menghela nafasnya. “Mana Amy seka­ rang?” soalnya ingin tahu. Reza tunduk.“Di rumah mungkin. Dia akan transfer

Sedetik Asmara ❦ 67

ke Ipoh mulai minggu depan.” Dia sendiri tidak pasti. Dia ada cuba menelefon Amylia, tetapi panggilannya tidak berjawab. Dan dia mendapat panggilan daripada Ainiyah mengatakan apa­apa yang berkenaan dengan kes perceraiannya dan Amylia, boleh berurusan dengannya. Amylia sudah menyerahkan segala­galanya kepada wanita itu. Puan Rahah senyap. “Umi…” panggil Reza lembut sambil menghampiri wanita yang masih berdiri tidak jauh daripadanya itu. “Suka hati Ja… umi tak akan halang,” kata Puan Ra­ hah lalu meninggalkan Reza di ruang tamu itu sendi­ rian. Dia menuju ke tangga untuk naik ke biliknya. Hatinya sebak sendiri apabila memikirkan Amylia yang semakin jauh daripadanya. KESAL Encik Adnan mendengar cerita Puan Rahah. Lama dia merenung ke luar. Tiada apa yang menarik melainkan lampu­lampu kereta yang lalu­lalang dan lampu jalan yang terpacak di luar kawasan rumahnya. Puan Rahah datang sebelum dia pulang daripada kerja lagi tadi. Dan mereka sempat menikmati makan malam. “Amy tak cakap apa­apa dengan kami.” Encik Adnan berpaling. Matanya menyapa si isteri yang duduk ber­ sebelahan Puan Rahah. Dia pasti, Amylia tidak akan bercerita dengan isterinya. Hubungan kedua­duanya sedikit dingin. “Entahlah, Nan! Reza tu dah mabuk dengan budak tak cukup baju tu. Akak pasti sangat…” keluh Puan Ra­ hah. Rasa sedih sukar untuk dibendung. Amylia mem­ bawa dirinya ke Ipoh kerana tindakan Reza. Kalau tidak, masakan gadis itu mahu bertukar tempat kerja jauh daripada mereka semua.

68 ❦ Sarnia Yahya

Puan Maryam tersenyum sebaik mendengar kelu­ han wanita itu. Matanya beralih kepada si suami yang juga tersenyum sambil menggeleng­gelengkan kepala. “Siapa?” soal Encik Adnan ingin tahu. Perlahan­ lahan langkahnya menghampiri set sofa yang diduduki oleh Puan Rahah dan isterinya. Dia melabuhkan pung­ gung di hadapan kedua­dua wanita itu. Puan Rahah menjeling. Seolah­olah melihat Natasha di hadapannya. “Girlfriend si Rezalah,” keluh Puan Rahah. Terkejut Encik Adnan.“Dia dah ada girlfriend?” “Ya… tapi akak tak suka,” jelas Puan Rahah. Encik Adnan senyap. Begitu juga dengan Puan Maryam yang lebih senang mengambil sikap berdiam diri. “Kadang­kadang yang kita tak suka dan benci itulah yang akan menolong kita kelak. Jangan benci orang terlampau sangat, kak,” nasihat Encik Adnan lembut se­ telah lama berdiam diri. “Aku bukan benci kat Natasha tu, tapi benci tengok perangai, cara dia berpakaian. Macam kurang sangat kain dekat Gulatis, Nagoya, mana­mana kedai kainlah…” sungut Puan Rahah. Pandanganya melirik kepada Puan Maryam yang sedang menahan tawa. Dia juga turut tersenyum melihatkan wanita itu tersenyum. Encik Adnan ketawa. “Teruk sangat ke, kak?” soalnya. Memang dia tidak pernah bertemu dengan gadis yang disebut oleh wa­ nita itu beberapa kali. “Dah macam orang putih, Nan. Entah di mana si Reza tu yang terpikatnya. Rasa­rasa macam tak sesuai dan layak mereka berdua tu.” Sekali lagi Puan Rahah mengeluh kesal dengan pilihan yang dibuat oleh Reza.

Sedetik Asmara ❦ 69

Reza begitu taat dengan kewajipannya terhadap Allah, taat dengan kedua­dua orang tua dan sudah se­ mestinya anak itu punya pilihan dalam kalangan gadis­ gadis yang beragama dan berakhlak mulia.Tetapi sang­ kaannya begitu meleset sekali sebaik dia diperkenalkan kepada Natasha lima tahun yang lalu. Dia sendiri tidak mampu untuk memandang Natasha yang ketika itu memakai baju yang hanya berkemban dan mendedah­ kan pahanya. “Mungkin sekarang dan berubah agaknya, kak,” celah Puan Maryam setelah lama menyepi diri. “Entahlah, Mar. Kalau berubah, alhamdulillah. Kalau tidak…” Kata­kata itu terhenti dengan keluhan yang tidak sudah. “Anak Dato’­Dato’ ke Natasha tu?” soal Encik Adnan ingin tahu. “Tak adalah. Biasa­biasa aje, Nan… macam kita juga. Tapi terikut­ikut cara orang barat. Mak bapak tak kisah, macam tulah jadinya.” Terbayang wajah Natasha yang sentiasa bersolek tebal. Entah bagaimana kalau tidak bersolek agaknya? soalnya sendiri. “Entahlah, kak… susah nak cakap. Saya tak pandai nak menasihatkan orang. Sebagai orang Islam, kita dah dididik sebagai seorang Islam oleh emak dan ayah kita dan itulah saya turunkan kepada anak­anak saya. Ilmu dunia saya beri, ilmu akhirat apatah lagi. Ilmu akhirat tulah yang lebih penting daripada ilmu yang ada dalam dunia ni. Ia bekalan akhirat kita. Simpan duit berjuta­ juta pun tak guna. Bukannya kita bawak sampai ke akhirat,” ujar Encik Adnan dengan panjang lebar. Terangguk­angguk kepala Puan Rahah membenar­ kan kata­kata Encik Adnan. “Mati ni tak payah tunggu tua. Bila­bila masa pun

70 ❦ Sarnia Yahya

boleh mati,” sambung Encik Adnan perlahan. “Yalah,” akui Puan Rahah. “Apa­apa pun, kak, redalah dengan apa yang berlaku terhadap anak­anak kita. Pasti ada hikmahnya kelak. Allah menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya, kan?” “Ya, betul tu,” balas Puan Rahah. Entah mengapa ada rasa sedikit lega di hatinya setelah meluahkan rasa­ nya dan berbual panjang dengan suami isteri itu, yang sudah dianggap seperti adik­adiknya. Suasana kembali sepi. “Bila Amy balik ke sini?” soal Puan Rahah ingin tahu. Dia membetulkan beg tangan. Serasanya sudah terlalu lama dia di situ. Daripada bersolat asar sehing­ galah masuk waktu isyak. “Esok. Mungkin petang… sebab nak uruskan tem­ pat tinggalnya di sana,” jelas Encik Adnan. Sekali lagi Puan Rahah mengangguk­anggukkan ke­ pala. “Akak balik dululah, Mar, Nan… lama sangat di sini.” Dia bangun dari sofa yang diduduki lebih sejam yang lalu. “Boleh ke memandu malam­malam ni?” soal Puan Maryam bimbang. “Insya­Allah, boleh.” Ya, dia masih mampu untuk memandu sekitar Kuala Lumpur dan kawasan­kawasan yang berhampiran. Untuk memandu luar dari Kuala Lumpur, memang dia tidak mampu. Mereka melangkah mengiringi Puan Rahah ke pin­ tu utama, menuju ke bahagian anjung di mana kereta Puan Rahah diparkirkan. “Hati­hati, kak,” pesan Encik Adnan sebaik wanita itu masuk dan duduk di tempat pemandu. “Yalah. Kirim salam sayang akak pada Amy,” pinta­

Sedetik Asmara ❦ 71

nya dengan rasa sebak. “Insya­Allah,” jawab Encik Adnan sebelum menutup pintu kereta wanita itu. Seketika kemudian kereta yang dipandu oleh Puan Rahah hilang daripada pandangan mereka. “Macam mana sekarang ni, bang?” soal Puan Mar­ yam ingin tahu. Pandangannya beralih ke wajah suami. “Entahlah,” keluhnya sendiri. Entah mengapa hati­ nya dihambat rasa pilu mengenangkan nasib Amylia.

72 ❦ Sarnia Yahya

Sedetik Asmara ❦ 73

8

S

EPARUH daripada barang­barangnya sudah pun dihantar ke rumah sewanya di Ipoh se­ malam. Sebelum itu dia ke pejabat Teras Jaya untuk bertemu dengan Shikin, pengurus sumber ma­ nusia dan Sulaiman, setiausaha kepada bosnya kelak. Namun dia tidak dapat bertemu dengan lelaki yang bernama Mazeed Mohamed Uthman. Lelaki itulah bakal bosnya kelak. Menurut Shikin, Mazeed bercuti seminggu. Bercuti ke mana, tidak pula dia bertanya dan dia tidak pasti sama ada pernah ataupun tidak dia bertemu dengan lelaki itu sebelum ini di pejabat Perdana Jaya, Kuala Lumpur. Urusan rumah sewa sudah pun selesai. Barang­ barang yang dibawanya semalam sudah pun berada di rumah tersebut. Besar juga rumah yang akan diduduki­ nya. Lengkap dengan perabotnya sekali. Cuma tiada barang­barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh dan televisyen. Tak mengapa, insya­Allah, dia akan beli

sedikit demi sedikit kelak. Entah mengapa dia merasa tenang dan sejuk sebaik memasuki rumah itu. Adakah dia akan terus tinggal dan menetap di ru­ mah itu kelak? Ada rasa teruja di sudut hatinya sebaik melihat per­ sekitaran kawasan perumahan yang tenang dan tidak sibuk. Mungkinkah kerana mahu menjalani hidup baru setelah apa yang berlaku? Ya, lupakan semuanya, Amy. Tinggalkan segala­ galanya di Kuala Lumpur. Mulakan hidup baru dengan penuh rasa syukur dan tenang di tempat baru. Ya, dia mahu membina kehidupannya di situ. Di Ipoh. Rumah yang akan diduduki berhampiran dengan Hospital Pantai, tidak jauh dari Jaya Jusco dan yang paling pen­ ting, menghadap matahari terbit. Pemandangan dari anjung di bilik utama cukup mendamaikan hati, tam­ bahan menghadap padang permainan berpagarkan pokok jacaranda yang sedang berbunga. “Apa ni,Amy?” soal Encik Adnan yang sedang meng­ angkat salah sebuah kotak, lalu dimasukkan ke dalam bonet keretanya. Esok dia dan isterinya akan mengikut Amylia ke Ipoh. Dia juga perlu tahu di mana anak itu tinggal dan tempatnya bekerja. Bimbang melepaskan Amylia ber­ sendirian selepas apa yang berlaku. Amylia tersengih. “Buku­buku Amy dulu,” jawab Amylia menjengah sedikit wajah di celah bonet keretanya. Dia sedang mengemas barang­barang yang sudah diangkat dan hendak dimasukkan ke dalam bonet keretanya pula. Barang­barang dari rumah sewanya di Bandar Sri Permaisuri sudah habis diangkut ke Ipoh. Kalaulah dia berpindah semula ke Kuala Lumpur, jenuh juga dia

74 ❦ Sarnia Yahya

terpaksa menyiapkannya dan berkemungkinan dia ter­ paksa menggunakan perkhidmatan lori untuk meng­ angkat barang­barangnya. Ah… tak kuasa dia berpin­ dah­randah lagi. Biarlah dia terus menetap di Ipoh sahaja, desisnya sendiri. “Ini dah macam orang nak menetap terus di Ipoh aje ni,” komen Encik Adnan.Ada rasa sedih mengimbau hatinya. Amylia tersengih mendengar komen Encik Adnan. “Bukan Amy tak balik ke KL lagi. Insya­Allah, cuti panjang Amy baliklah,” katanya separuh memujuk ayahnya. “Di sini pun Amy jarang ke sini, inikan jauh dari mata ayah. Lagipun Amy sorang­sorang di sana. Ayah risau.” Terkedu Amylia. Bukan niat dia tidak mahu men­ jenguk Encik Adnan tetapi kesibukannya membuat ruang masa itu tiada. Tambahan ketika itu dia masih isteri kepada Reza. “Maafkan Amy. Bukan Amy tak nak menjenguk ayah selama ni, Amy sibuk dengan kerja. Kadang­kadang terpaksa kerja hari Sabtu dan Ahad kalau bos ada klien dari Korea,” jelasnya. Itulah satu­satunya tugas yang paling dibencinya. Namun dia kerap menelefon lelaki itu. Dalam seminggu tidak terkira dia menghubungi lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Encik Adnan, yang telah memberinya se­ buah kehidupan yang baik sehingga dia mampu ber­ dikari sekarang. “Ayah betul­betul risau Amy jauh daripada ayah. Kalau ada teman tu taklah ayah bimbang sangat. Encik Adnan menyatakan rasa bimbangnya hendak melepas­ kan puteri tunggalnya. Tambahan Amylia kini sudah

Sedetik Asmara ❦ 75

kembali solo. “Amy tak keseorangan, ayah. Allah kan ada. Insya­ Allah, dia akan menjaga Amy dengan baik. Ayah kena yakin semua tu. Ayah jugak yang cakap, apa­apa ber­ serah kepada Allah. Kita dah berusaha sebaiknya dan tawakal kepada Dia. Segala­galanya Dia yang akan ten­ tukan,” ujar Amylia sambil menghampiri Encik Adnan yang sedang memandangnya. Lelaki itu tersenyum lembut. “Kan ayah kata, sentiasa berfikiran positif agar hi­ dup kita sentiasa positif,” ucap Amylia mengingatkan setiap nasihat yang sering diucapkan oleh lelaki itu suatu ketika dahulu. Encik Adnan mengangguk­anggukkan kepala de­ ngan senyuman. “Kenapa Amy tak beritahu ayah tentang Amy dan Reza hari tu?” soalnya. Kedatangan Amylia dan Reza secara berasingan sudah membuat dia meneka sendiri. Rasa kecewa su­ kar untuk diungkapkan apatah lagi Amylia satu­satunya anak daripada wanita yang amat dicintai suatu masa dahulu. Amylia senyap. Tidak tahu apakah jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada lelaki itu. Dia pasti, tentu Encik Adnan mendengar daripada seseorang. Ya, lambat­laun lelaki itu pasti akan tahu juga. Sampai bila dia harus menyembunyikan perkara sebegitu? “Amy belum bersedia nak beritahu siapa­siapa, ayah.” Ya, kalau boleh dia tidak mahu lelaki itu tahu akan perkara itu. “Kenapa?” “Amy tak mahu ayah sedih, kecewa dengan apa yang berlaku.”

76 ❦ Sarnia Yahya

“Amy…” Hatinya pilu mendengar penjelasan Amy­ lia.Ya, memang dia sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Kecewa yang amat sangat atas sikap dan tin­ dakan Reza yang seperti orang penakut dan tidak bertanggungjawab ke atas anaknya. “Sedih tu memang sedih. Tapi perkara begini Amy tak boleh selesaikan sendiri. Susah dan senang, biar kita sama­sama tanggung.Amy anak ayah.”Tidak mung­ kin untuk dia membiarkan Amylia menanggung ke­ sedihan itu bersendirian. Amylia menahan sebak sebaik mendengar kata­kata Encik Adnan. “Maafkan Amy, ayah. Bukan niat Amy nak ketepikan ayah. Seboleh­bolehnya biarlah Amy dan Reza selesai­ kan sendiri. Selama ni pun Amy dah banyak susahkan ayah,” kata Amylia perlahan. “Amy pun kalau boleh nak hidup macam orang lain. Tapi dah jodoh kami tak panjang, Amy nak buat macam mana.” Nafas ditarik dalam­dalam bagi menahan perasaan yang tiba­tiba tidak menentu. Sekali lagi Encik Adnan mengangguk­anggukkan kepala. Luruh hatinya mendengar kata­kata Amylia. “Ayah masih ada Amy.” Perlahan suara Encik Adnan dengan nada kecewa. “Maafkan Amy,” pintanya untuk ke sekian kali dan entah berapa kali perkataan itu bermain di bibirnya. Terasa dia sudah terlalu banyak menyusahkan dan membebankan lelaki itu dengan masalahnya yang tidak putus­putus. “Bukan salah Amy. Apa yang berlaku sudah ditak­ dirkan.Ayah harap Amy tabah menghadapi situasi baru nanti ya. Banyak­banyakkan berdoa dan sentiasa men­ cari redanya dalam setiap apa yang kita lakukan. Insya­

Sedetik Asmara ❦ 77

Allah, Amy akan lebih merasa kasih sayang­Nya, mele­ bihi kasih sayang ayah kepada Amy,” ungkap Encik Adnan lembut sambil mengusap lembut kepala anak itu. Amylia mengangguk­anggukkan kepala dengan rasa amat sebak. “Ini bukanlah pengakhiran perjalanan Amy, tetapi inilah permulaan perjalanan hidup Amy.” SoLATNYA terasa tidak khusyuk dengan telefon yang menjerit di atas katil. Terlupa untuk menutup telefon bimbitnya itu. Selesai mengangkat barang­barangnya ke dalam kereta dan memastikan tiada barang terting­ gal, dia mengambil keputusan untuk mandi semula. Dia merasa agak melekit­lekit pada seluruh tubuhnya biarpun dia sudah pun membersihkan diri petang tadi. Apa lagi dia nak? sungutnya sebaik melihat pang­ gilan tidak berjawab di telefon bimbitnya. Nama Reza kelihatan di situ. Perlukah dia membalas panggilan itu atau membiarkan sahaja? Nanti apa pula lelaki itu sang­ ka, bisiknya sekali lagi. Seboleh­bolehnya dia tidak mahu lelaki itu menghubunginya lagi. Lama dia me­ mandang telefon bimbitnya. Sebenarnya bukan sekali itu dia tidak menjawab panggilan Reza. Sudah berpuluh kali dan sudah berdozen­dozen mesej lelaki itu dihan­ tarkan kepadanya. “Waalaikumussalam,” ucapnya sebaik mendengar salam diucap oleh Reza. “Dah banyak kali abang call Amy.” “Kan Amy kata beritahu aje pada Kak Aini,” tegas Amy sedikit keras. Reza ketawa.“Wah, sekarang dah ada PA ya.” “Abang nak apa? Cakaplah cepat.Amy penat ni.Tadi

78 ❦ Sarnia Yahya

baru balik dari Ipoh, esok nak pergi balik ke sana,” jelas Amylia. Memang tubuhnya berasa amat penat meman­ du dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Ipoh Ke Kuala Lumpur kurang daripada 48 jam. “Ooo…” Itu sahaja yang keluar dari mulut Reza. “Abang?” Bosan Amylia menunggu kata­kata yang seterusnya, selain daripada “Ooo…” Reza. “Tak, abang nak minta maaf kalau selama kita jadi suami isteri dalam tempoh tiga bulan lalu, abang ada menyakiti hati Amy. Tapi percayalah, abang tak berniat nak sakitkan hati Amy. Amy dah abang anggap macam adik abang sendiri dari kecil lagi. Memang abang sayangkan Amy dan terima kasih sebab tolong abang dan Kak Tasha.” Mudahnya, bisiknya sendiri. Hatinya yang sudah ter­ pikat dan terjerat sendiri bagaimana agaknya ya? “Umi dah tahu ke tentang kita?” soal Amylia ingin tahu. “Sudah, abang dah beritahu.Tapi abang tak beritahu pasal rancangan kita. Kalau umi tahu, rasanya abang tak telefon Amy sekarang ni.” Sekali lagi kedengaran tawa Reza. Amylia senyap. Dia dapat mengagak Encik Adnan dapat tahu daripada Puan Rahah. Pasti wanita itu ber­ cerita dengan kedua­dua orang tuanya. Begitu pun, dia berasa sedikit lega kerana Encik Adnan tidak meng­ amuk seperti yang dijangkakan. “Ayah Amy mesti dah tahu, kan?” “Ya,” jawab Amylia sepatah sambil melabuhkan punggung di atas katil. Telekung yang sudah ditanggal diletak di atas stool yang merentangi kaki katilnya. “Ayah tak marah?” soal Reza ingin tahu. “Ayah bukan seorang yang pemarah, abang. Dia

Sedetik Asmara ❦ 79

boleh menerima perkara sebegitu kecuali kalau abang nak menempah maut bercerita perkara sebenar pada dia,” tegas Amylia dengan rasa bengang. Untuk ke sekian kali, Reza ketawa dan kali ini lebih kuat lagi. Meluat pula Amylia mendengarnya. “Okeylah, Amy. Abang nak minta maaf, halalkan makan minum abang selama kita menjadi suami isteri. Abang harap kita akan sentiasa berkawan sampai bila­ bila, seperti adik dan abang. Terima kasih atas segala­ galanya. Dan abang minta maaf atas keterlajuan abang cium Amy tempoh hari…” Serta­merta wajah Amylia memerah sebaik mende­ ngar ayat terakhir Reza. Hilang rasa syahdunya dan timbul rasa marah yang berpanjangan. Memang kurang asam betul Reza ni. Kalau lelaki itu tidak mengingat­ kannya, memang dia lupa perkara sedetik itu. Eii… sakit hatinya kembali bertapa di hati. “Ya, Amy pun sama. Okeylah, abang, ayah panggil Amy ni,” bohongnya. “Assalamualaikum,” ucapnya dan terus mematikan telefon bimbitnya tanpa mendengar ucap salam balas Reza. Ei… bencinya! Hatinya menjerit sebaik teringat ki­ sah sedetik itu.

80 ❦ Sarnia Yahya

Sedetik Asmara ❦ 81

9

M

EREKA sampai di Ipoh tepat pukul 10.00

pagi setelah bertolak dari Petaling Jaya pada pukul 7.30 pagi. Jalan agak sesak di Jalan Duta menuju ke Damansara. Dan selepas itu keadaan jalan agak lancar. Mereka berhenti bersarapan di hentian rehat dan rawat Rawang hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan. Amylia meman­ du keretanya manakala Encik Adnan memandu kereta­ nya dengan ditemani oleh Puan Maryam. Terkejut juga Encik Adnan dan Puan Maryam sebaik tiba di rumah sewa anak mereka. Lama dia memandang sekitar kawasan lama rumah berkembar dua tingkat itu. Cukup luas dan boleh muat untuk empat buat ke­ reta Inspira seperti kereta Amylia. “Betul ke company sewakan untuk Amy ni?” soal Encik Adnan masih tidak percaya meskipun mereka kini sudah berada di dalam kawasan rumah yang akan diduduki oleh Amylia.

“Ada taman, bang. Nanti boleh beli kerusi rehat.” Puan Maryam sudah berkira­kira sendiri. Amylia senyum secubit. Tidak pasti dengan cada­ ngan wanita itu. Dia sedang berkira­kira hendak me­ menuhi kawasan itu dengan pelbagai jenis pokok bunga. Menurut Shikin, pasu­pasu di Ipoh memang murah dan mudah didapati. “Tak salah rumah ke, Amy?” soal Encik Adnan me­ langkah menghampiri Amylia. Amylia ketawa. Nampak lelaki itu seperti dirinya semasa melihat rumah itu dua hari yang lalu. Dia sen­ diri tidak percaya yang pihak Teras Jaya akan menye­ wakan sebuah rumah sebegitu besar untuknya. Tidak pula disebut berapakah sewanya memandangkan dia memang mempunyai elaun rumah mengikut skil gaji jawatannya. “Betullah, ayah.Ayah tak suka ke?” soal Amylia ingin tahu. “Suka tu suka, tapi besar sangat.” “Besar salah, kecik salah,” sungut Puan Maryam menjeling si suami. “Syukurlah orang bagi Amy besar macam ni,” sambungnya. Encik Adnan tersengih sambil menggaru­garu ram­ butnya yang sudah hampir memutih keseluruhannya. “Baik…” Panjang perkataan itu ditariknya. Amylia tersengih melihat telatah ayahnya apabila ditegur oleh Puan Maryam. “Kita masuk dululah,” ajak Amylia lalu melangkah ke pintu rumah yang dihalangi pintu besi. Segera dia mengeluarkan kunci yang diberikan oleh Shikin kel­ marin. Menurut Shikin, penduanya bersama tuan rumah. Dan tidak pula Shikin memberitahu siapakah tuan ru­

82 ❦ Sarnia Yahya

mah yang disewanya. “Besarnya ruang tamu dia,” komen Encik Adnan sebaik menjejak kaki ke ruang tamu yang agak luas. Stail rumah lama. Memang selesa, desisnya melihat­ kan reka bentuk dari luar tadi kemudian apabila masuk ke dalam. Dia pasti yang rumah itu lebih kurang seusia Amylia. Namun tuan rumah itu masih mengekalkan reka bentuk asal berbanding dengan jiran sebelah­ menyebelah yang sudah mengubah usia rumah mereka mengikut bentuk terkini. “Betul ke rumah ni,Amy?” soal Encik Adnan kembali memandang anak perempuannya dengan rasa tidak pasti. “Betullah, ayah,” ujar Amylia dengan senyuman. Dia meletak beg tangannya lalu melangkah ke pintu gelangsar, dibuka. Angin menderu masuk meme­ nuhi setiap ruang di tingkat bawah. Puan Maryam su­ dah menghilang ke dapur. “Macam pernah duduk aje rumah ni?” Mata Encik Adnan mengitari ruang tamu itu kemudian melangkah ke bahagian ruang makan, bersetentang dengan tangga menuju ke tingkat atas. Bulat mata Amylia. Bulu roma di tengkuknya tegak berdiri sebaik mendengar kata­kata Encik Adnan se­ bentar tadi. “Apa maksud ayah? Jangan takutkan Amy pula.” Amylia segera berlari mendapatkan Encik Adnan yang sedang memandang tangga menuju ke tingkat atas. Cara lelaki itu memandang seperti suasana rumah itu dihuni oleh sesuatu dan bukan seseorang. Encik Adnan ketawa. Tidak disangka yang Amylia sudah beranggapan lain terhadap kata­katanya seben­ tar tadi.

Sedetik Asmara ❦ 83

“Amy, Amy…” keluhnya dengan tawa yang masih bersisa. Puan Maryam yang baru sahaja muncul kaget me­ lihat kedua­dua beranak itu.“Kenapa?” “Amy ni ingat rumah ni berhantu agaknya bila saya kata rumah ni macam pernah duduk,” jelasnya masih dengan tawanya. Perlahan­lahan dia melangkah ke ke­ rusi makan lalu duduk di situ sambil meneruskan tawanya. “Ayah ni teruk.” Jeling Amylia dengan rasa bengang. Puan Maryam senyum. “Macam mana kita nak makan,Amy? Dapur tak ada,” kata Puan Maryam memandang Amylia. Dia sudah ber­ cadang hendak masak untuk suami dan anak tirinya tadi. “Kita makan di luar dululah. Esok kita cari barang­ barang letrik. Ya, ayah?” Dia cuba memberi cadangan. Matanya beralih kepada Encik Adnan. “Mula­mula kita keluarkan barang­barang Amy dulu. Kemudian baru kita fikir nak buat apa,” jelas Encik Adnan memandang anak dan isterinya silih berganti. “Hmm…” balas Amylia lemah lalu melangkah me­ nuju ke pintu. SHIKIN menelefonnya memberitahu yang dia, suami dan anak­anaknya akan datang untuk melawatnya. Amylia tidak menolak. Suka hatinya menerima tetamu­ nya yang pertama. Suasana malam terasa sedikit meriah dengan jerit pekik anak­anak Shikin. “Bila beli ni?” soal Shikin sebaik kakinya masuk ke dapur dan melihat peti sejuk berjenama Samsung, dua pintu. Segera dia membuka pintu peti sejuk itu. “Orang pun boleh masuk.” Shikin ketawa.

84 ❦ Sarnia Yahya

Amylia dan Puan Maryam tersenyum. “Tadi. Ayah Amy yang belikan. Ingatkan orang tu hantar esok. Dia call, kata petang ni boleh hantar,” jelas Amylia. “TV kat ruang tamu tu?” soal Shikin ingin tahu. “Itu ayah yang suruh bawak. TV ayahlah kiranya,” jelas Amylia dengan sengihan. Ya, Encik Adnan menyuruhnya membawa salah sebuah LCD TV yang terletak di ruang keluarga di rumah mereka. Sudah terlalu banyak TV di rumah itu dan tiada siapa yang menontonnya lagi. Lelaki itu dan isterinya lebih senang menonton TV di dalam bilik mereka. Shikin mengangguk­anggukkan kepala. “Shikin orang mana?” Puan Maryam pula mencelah setelah mendengar anak tirinya dan temannya berbual. “Orang sini aje, mak cik,” jawab Shikin dengan se­ nyuman. “Lahir di sini, sekolah pun di sini. Cuma pergi uni­ versitinya tempat lain. Bekerja pun di sini, kahwin pun dengan orang sini.” Shikin ketawa dengan kata­katanya sendiri. Puan Maryam tersenyum mendengarnya. Macam­ macam telatah budak­budak ni, desisnya. Amylia menjeling sekilas dengan senyuman.“Lawak akak ni,” komennya. “Betullah… Akak tak ke mana, Amy, di sini aje. Se­ nang. Dekat dengan orang tua dan saudara­mara. Orang kata dekat bau taik, jauh bau bunga. Itu semua ter­ pulang pada diri kita sendiri. Hendak meletak bunga atau taik tu kat mana. Kan, mak cik?” “Betul tu. Diri kita sendiri yang mencorakkan sua­ sana. Kalau kita ada niat tak baik, tak baiklah suasana.

Sedetik Asmara ❦ 85

Kalau kita berniat yang sentiasa diredai oleh Allah, insya­Allah, akan cantiklah suasana,” balas Puan Maryam dengan senyuman. Suka dia mendengar kata­kata Shi­ kin tadi. Amylia senyap.Tidak tahu apa yang patut dikatakan. Dia terus mengacau mihun yang sedang dimasaknya. Harap­harap rasanya okey dan tidak masin. Dia paling pantang orang menjengah dia memasak, tetapi ma­ sakan dia hendak menghalau Shikin keluar dari dapur pula. Shikin menghampiri Amylia yang sedang meng­ goreng mihun. “Eh, buat apa masak­masak ni?” cuit Shikin.Terkejut dia melihat Amylia sedang mengacau mihun goreng di dalam kuali. “Tak apalah, kak. Esok­esok, tak tahu bila akak nak datang ke sini. Akak anak­beranak tetamu pertama Amy, tau tak!” Shikin tersengih. “Cekap sungguh kau masak. Tup­ tup dah siap,” komennya. Amylia tersengih. Dia menyiapkan semua bahannya sebaik Shikin menelefon, memberitahu hendak datang. Sementelah peti sejuk sudah ada, dia dan Puan Maryam pun pergi membeli­belah barang­barang dapur serba sedikit. “Akak pergilah ke depan. Saya nak letak dalam mangkuk mihun ni,” suruh Amylia kepada Shikin. “Tak apalah. Biar akak tolong.” Shikin menjeling ke­ pada Puan Maryam yang sudah pun beredar ke ruang makan. Amylia senyum. “Bos saya Isnin baru masuk ya?” soal Amylia masih inginkan kepastian.

86 ❦ Sarnia Yahya

“Ya… jangan risau. Dia tak garang. Baik, beragama, berakhlak mulia. Kuat agama, kuat ketawa, kuat ber­ gurau, tetapi jangan lebih­lebih,” ujar Shikin sambil terus melangkah, menuju ke ruang tamu. “Akak kenal baik dengan dia ke?” soal Amylia meng­ iringi langkah Shikin yang sedang mengangkat mang­ kuk berisi mihun. Lebar senyumannya sebaik mende­ ngar leteran Shikin. Entah betul ataupun tidak. Sukar sungguh dia hendak percaya dengan kata­kata Shikin. “Kami belajar di MRSM Taiping dulu,” jawab Shikin sambil meletak mangkuk mihun di atas meja kopi. Suami dan anak­anaknya di luar, bersama Encik Adnan. Amylia senyap. “Jangan risaulah, dia okey,” balas Shikin cuba mem­ buang rasa gusar Amylia. “Amy bujang lagi, kan?” soal Shikin memandang Amylia. Kaget Amylia dengan soalan itu. Dadanya mula ber­ debar­debar. Dia berkahwin dengan Reza pun tiada siapa di pejabatnya yang tahu dan pasti di sini pun tiada siapa yang tahu. “Kenapa? Akak ada calon untuk Amy ke?” soal Amy­ lia separuh bergurau dan separuh lagi cuba membuang rasa tidak menentunya. Shikin mengenyitkan matanya lalu melangkah ke ruang tamu untuk memanggil Encik Adnan, suami dan anak­anaknya.

Sedetik Asmara ❦ 87

88 ❦ Sarnia Yahya

10

P

EJAM celik, pejam celik, Encik Adnan dan

Puan Maryam sudah pun pulang ke Kuala Lumpur. Terasa masa bagai mencemburui ke­ gembiraannya ketika bersama kedua­dua orang tua­ nya. Pantas sungguh masa berjalan. Pelbagai pesanan ditinggalkan oleh Encik Adnan kepadanya semalam. Dia benar­benar merasa tidak puas. Kalau boleh mahu sahaja dia menahan orang tuanya daripada pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi apa yang boleh di­ katakan lagi? Encik Adnan bekerja. Walaupun sudah pencen tiga tahun yang lalu, tetapi lelaki itu mendapat tawaran untuk bekerja di bawah bekas majikannya yang dahulu. Dan hari itu adalah hari Isnin. Hari pertama dia memulakan tugasannya di Teras Jaya. Dadanya ber­ debar­debar sebaik kereta yang dipandu mula meng­ hampiri bangunan empat tingkat yang menjadi pejabat Teras Jaya.

Bagaimanalah wajah bosnya? Menurut kata rakan setugasnya yang juga setiausaha kepada Mazeed Moha­ med Uthman, lelaki itu seorang yang ringkas dan agak tegas. Ketika dia datang tempoh hari, lelaki itu sedang bercuti. Bercuti ke mana dia sendiri tidak bertanya. Apa yang dibayangkan adalah seorang lelaki yang ham­ pir sebaya ayahnya atau kurang­kurang pun mungkin hampir sebaya Encik Azizi, bosnya di Perdana Jaya. “Mak ai!” Terkejut dia sebaik keluar dari keretanya. Bersebelahannya terparkir sebuah Mitsubishi Pajero biru. Tayar kereta penuh dengan serpihan lumpur dan hampir separuh daripada badan kenderaan itu penuh dengan lumpur kering. Pemalas sungguh! Hantar ajelah ke car wash, ku­ tuknya sendiri. Dia memandang ke kiri dan kananya. Tiada sesiapa di kawasan sekitar. Masih sepi, seolah­ olah hari itu adalah hari minggu. Kawasan parkir masih banyak yang kosong. Kalau di Kuala Lumpur, waktu begini, berebut­rebut orang mahukan tempat parkir. Shikin dah sampai ke belum? soalnya sendiri. Se­ rasanya Sulaiman belum muncul lagi, desisnya apabila tiada kereta Kancil berwarna merah jambu di sekitar kawasan tempat parkir itu. Bibirnya mengulum senyu­ man sebaik mengingatkan kereta Kancil Sulaiman. Se­ suai sangat dengan orangnya. Matanya beralih semula kepada kenderaan pacuan empat roda tadi. Macam mana dia boleh memandu bawa lumpur ke pekan? Lantaklah siapa pun punya kenderaan yang sudah seperti kereta lembu masuk lumpur. Ada aku kisah? ucapnya sendiri. Semua itu semata­mata untuk menutup debaran di dadanya. Ma­ tanya menjeling jam di pergelangan tangan. Baru pukul 8.00 pagi, desisnya sendiri.

Sedetik Asmara ❦ 89

Dia terlupa. Ipoh tidak seperti Kuala Lumpur yang kerap kali sesak dan diwajibkan keluar awal kalau membawa kenderaan sendiri. Perlahan­lahan dia me­ nolak pintu. Tersengih gadis penyambut tetamu yang duduk di kaunter. Hmm… ada juga yang lebih awal daripadanya, desisnya sendiri. “Bos akak dah sampai. Ada dalam bilik dia,” kata gadis penyambut tetamu itu. “Ya?” Amylia sedikit terkejut. Awalnya lelaki tu da­ tang, detiknya sendiri. Dadanya mula berdebar­debar. Perlahan­lahan dia melangkah menuju ke tangga. Pejabatnya terletak di tingkat dua dan di hujung sekali. Lambat­lambat lang­ kahnya diatur, membilang anak­anak tangga yang ada. Dadanya kembali berdebar­debar sebaik melihat bilik yang akan menjadi pejabatnya dan Sulaiman, setiausaha Mazeed bin Mohamed Uthman, sudah pun dibuka. Be­ gitu juga dengan bilik bosnya. Lama dia berdiri di pintu masuk menuju ke ruang pejabatnya dan Sulaiman. Memang bilik itu dikhaskan untuk setiausaha dan pembantu peribadi Pengarah Urusan Teras Jaya. Dia tidak pasti siapakah arkiteknya. Tetapi ia pasti salah seorang daripada arkitek dari Perdana Jaya atau daripada Syarikat Archkey Sdn Bhd. Sama ada Iskandar Aisy atau Mustapha yang menjadi panel arkitek Perdana Jaya. “Assalamualaikum dan selamat pagi.” Spontan Amylia menoleh. Kaget dia melihat seorang lelaki yang sedang memegang muk melewati tempat­ nya berdiri dengan senyuman kacak sambil mengenyit mata kepadanya. “Waalaikumussalam dan selamat pagi,” jawab Amy­ lia yang masih terpinga­pinga sendiri.

90 ❦ Sarnia Yahya

Itu ke Mazeed Mohamed Uthman? Mudanya. Handsome pulak tu. Persis pelakon Bollywood. Tapi tak gelap sangat, putih pun tidak. Sedang­sedang kulitnya. Penuh segala kata­kata dan komen mengenai lelaki yang melewatinya sebentar tadi. Ya, dia perasan. Kebanyakan orang­orang di Ipoh persis Hindustan. Teringat ketika makan bersama de­ ngan orang tuanya dua hari lepas. Semasa dia hendak membayar makanan mereka, lelaki yang menjaga kaunter berbahasa Melayu dalam loghat negeri Perak. Dia benar­benar terkejut. Nampaknya… bosnya yang bernama Mazeed seketurunan dengan Arjun Rampal, hero pujaannya. Aduhai… Perlahan­lahan dia melangkah ke tempatnya. Betul­ kah itu bosnya? Soalan itu masih bergema di hatinya. Lama dia memerhati tempat itu. Tiada apa yang ber­ ubah, melainkan beberapa barangan peribadi yang sudah diletakkan di situ, tetapi masih tidak dikemasnya lagi. Beg tangan diletak di kabinet bahagian belakang. Dan yang paling dia suka tempatnya bersebelahan de­ ngan tingkap dan LCD skrin komputernya juga meng­ hadap tingkap. “Macam mana? Suka dengan tempat ni?” Sekali lagi Amylia menoleh. Bibirnya mengulum senyuman tidak pasti.Tidak tahu di mana hendak dile­ tak matanya di saat lelaki itu memandang tepat ke matanya. “Ya,” jawabnya sepatah dan mengalihkan matanya ke ruang bilik yang agak besar untuk dia dan Sulaiman. “Macam mana dengan rumah tu? Okey ataupun tak?” soal Mazeed lagi. “Alhamdulillah… selesa sangat,” jawab Amylia de­ ngan senyuman tidak pasti.

Sedetik Asmara ❦ 91

“Maaflah, tak dapat nak sediakan kelengkapan elek­ trik, sebab penyewa dulu, habis dia bawa peti sejuk,TV, mesin basuh dan dapur,” jelas Mazeed masih meman­ dang Amylia yang tidak memandangnya tetapi hanya mengangguk­angguk mendengar kata­katanya. “Pagi, bos!” Mereka menoleh dan tersenyum melihat lenggok Sulaiman bersama beg komputer riba yang berselem­ pang di badannya yang kurus. Amylia menarik nafas lega melihat kemuculan Sulaiman di ruang yang agak luas itu. Debaran di dada sedikit reda. “Selamat pagi,” balas Mazeed dengan senyuman. “Bos dah berkenalan dengan Amylia?” soal Sulaiman lalu meletak beg komputer ribanya di kabinet belakang. Mazeed memandang Amylia sekilas dengan senyu­ man. Terkejut Amylia dengan lirikan mata lelaki itu. En­ tah mengapa mata lelaki itu sentiasa tepat menikam ke anak matanya. Reda di hati kembali bergema dengan pandangan sekilas lelaki itu. “I baru nak berkenalan,” jelas Mazeed dengan tawa kecilnya lalu melabuhkan punggungnya di sudut meja kepunyaan Amylia. Sulaiman senyum memandang Amylia yang antara senyum dengan tidak. “Bos, ini Nur Amylia Adnan Bashir. Amy, ini bos kita, Encik Mazeed.” Sulaiman memperkenalkan mereka. Mazeed senyum dengan anggukan sebagai salam perkenalan daripadanya. Sepi seketika di ruang itu. “Okey…” Mazeed menggenggam tangannya sendiri. “Sue pun dah masuk. Amylia pun dah sampai, jadi saya nak bincang banyak perkara tentang tugas­tugas

92 ❦ Sarnia Yahya

kita kelak. Duduk, Amylia, Sue,” suruh Mazeed. Mereka akur. “Bila hari terakhir you, Sue?” soal Mazeed. Bulat mata Amylia mendengar soalan lelaki itu ke­ pada Sulaiman. “Hujung bulan ni,” jawab Mazeed sambil membe­ tulkan duduknya. “Sulaiman nak berhenti?” celah Amylia. “Ya. HR PJ tak beritahu tentang perkara ni?” soal Mazeed pula. “Tak,” jawab Amylia resah sendiri. Suasana sepi. Mazeed memandang Sulaiman, begitu juga dengan Sulaiman. “Kalau begitu, saya minta maaf bagi pihak HR PJ yang mungkin terlepas pandang akan perkara ni.Tetapi apa­apa pun,Amylia berhak untuk membuat keputusan sebaliknya. Saya tak akan paksa.” “Bos!” Mazeed mengangkat tangan sebagai tanda dia be­ lum habis berkata­kata kepada Sulaiman. Dia faham akan apa yang sedang difikirkan oleh setiausahanya itu. Amylia senyap. Kata­kata maaf Mazeed membuat hatinya sedikit sejuk walaupun masih hangat dengan perkara yang tiba­tiba mendatang. Masakan dia mahu berpatah balik ke Kuala Lumpur. Di mana Encik Aziz hendak meletaknya? Lelaki itu sudah pun mempunyai setiausaha baru. “Tapi saya minta Amylia tolong fikirkan situasi saya di sini. Sue akan melanjutkan pelajarannya seminggu selepas dia berhenti di sini. Dan dalam masa yang singkat begini saya tak dapat mencari setiausaha yang sesuai dan benar­benar menepati apa yang saya

Sedetik Asmara ❦ 93

inginkan. Disebabkan Amylia pernah menjadi setia­ usaha Encik Aziz, Pengarah Urusan, pengurusan projek Perdana Jaya, jadi saya tidak ragu­ragu dengan ke­ upayaan Amylia. Lagipun Encik Aziz memberikan testimoni yang amat mengagumkan kepada saya ten­ tang Amylia.” Amylia memandang Mazeed seperti tidak percaya dengan kata­kata lelaki itu. Lelaki ni sengaja hendak menggodanya dengan testimoni yang dikatakan itu. Entah ya, entah tidak, cemuhnya sendiri. “Sue, mana testimonial daripada Encik Aziz tu?” Mazeed faham dengan pandangan sekilas Amylia. Bibir­ nya masih tidak lepas daripada senyuman. Pantas Sulaiman menarik fail dari lacinya dan me­ ngeluarkan sehelai kertas berlogo Perdana Jaya. Sulai­ man menghulurkan kertas itu kepada Amylia. Pantas Amylia menyambarnya dan benar ia testi­ monial tentang dirinya daripada Encik Aziz. “Beginilah, Amylia…” Mazeed bersuara setelah si­ tuasi bertenang itu memakan masa hampir lima minit. “I beri you seminggu untuk fikirkan perkara ni dan sambil tu you belajar daripada Sue tentang kerja­kerja dia. Genap seminggu, Isnin minggu depan, you beri­ tahu pada I keputusan you. Sama ada ya ataupun tidak. Bagaimana?” Amylia memandang Mazeed. Entah mengapa kali ini dia berani pula menentang mata lelaki itu. Hatinya semakin sejuk dengan kata­kata yang langsung tidak melambangkan rasa marah atau geram. “Ya, saya setuju,” jawab Amylia dengan senyuman tidak pasti. Serasanya dia tidak perlu menunggu untuk berkata ya. Tetapi tidak mengapalah, sementelah lelaki itu memberinya masa sehingga Isnin minggu depan.

94 ❦ Sarnia Yahya

Mazeed tersenyum lalu bangun sambil menepuk tangannya. “Okey, jangan susah hati. Setiap masalah akan ada penyelesaiannya. Apa­apa pun saya ucapkan selamat datang ke Teras Jaya dan selamat bekerja,” ucap Mazeed dengan penuh ceria. “Terima kasih,” ucap Amylia yang sudah pun berdiri. Mazeed senyum sambil mengangguk­anggukkan kepala. “Sue, boleh tolong mintak budak admin hantar kereta I untuk cuci? Lumpur teruk sangat,” pinta Ma­ zeed sambil meletak kunci keretanya di atas meja Sulaiman. “Masuk hutan lagi ke, bos?” soal Sulaiman. “Tak. Pergi kebun,” jelas lelaki itu lalu menghilang ke dalam biliknya. Amylia senyap.Teringat Mitsubishi Pajero berwarna biru yang bersalut dengan lumpur. Ooo… itu kereta dia ke? desisnya sendiri. “Amy, jom aku perkenalkan kau pada staf­staf Teras Jaya dulu. Pukul 9.00 pagi nanti kita ada perhimpunan,” kata Sulaiman. “Perhimpunan?” Berkerut dahi Amylia mendengar kata­kata Sulaiman. “Ya, memang setiap Isnin ada perhimpunan. Macam briefing, kemudian ada baca doa sebelum kita masuk bekerja,” jelas Sulaiman lagi. Amylia mengangguk­anggukkan kepala. “Jomlah, sementara masa tengah ada ni,” gesa Sulai­ man yang sudah mula melangkah keluar dari bilik mereka. Bergegas Amylia bangun dan mengekori Sulaiman yang sudah pun meninggalkannya.

Sedetik Asmara ❦ 95

BARU sehari dia di situ, dilihat Mazeed begitu mesra dengan staf­stafnya. Tepat pukul 9.00 pagi. Mereka semua berkumpul di lobi. Daripada jawatan pengurus sehinggalah kepada pembacuh minuman dan pengawal keselamatan. Kata­ kata semangat diberikan kepada staf­stafnya dan se­ lepas itu lelaki itu sendiri membaca doa agar tugasan yang mereka lakukan ini sentiasa diberkati. Manakala yang berbangsa lain berdoa dengan cara mereka sen­ diri. Solat zuhur, Mazeed yang mengimamkan staf­staf­ nya. Tidak pernah dia melihat mana­mana pengurus atau pengarah berbangsa Melayu di Perdana Jaya ber­ buat seperti itu di sana. Entah mengapa hatinya yang libang­libu sejak mengetahui kedudukannya yang se­ benar menjadi reda dan sejuk. Mungkin di rumah dia juga seorang ayah dan suami yang baik, bisiknya sendiri. Aduh… kenapa sampai ke situ pula dia bersoal jawab dengan hatinya? Pantas tangannya mengangkat telefon bimbitnya yang berbunyi. “Assalamualaikum, ayah.” “Waalaikumussalam,” jawab Encik Adnan di sebelah sana.“Macam mana?” Amylia ketawa. “Macam mana apanya? Macam tulah,” balas Amylia. Entah mengapa dia berasa lucu dengan soalan Encik Adnan. Lelaki itu ketawa kecil. “Yalah mana tahu kan. Dah jauh macam ni. Kut menangis nak balik KL semula ke?” usik lelaki itu. “Insya­Allah, tidak. Amy rasa selesa di sini pulak,” jelasnya pada apa yang dilihat sejak pagi tadi. Bicara

96 ❦ Sarnia Yahya

Mazeed pun begitu berhemah dan tidak kasar seperti sesetengah majikan. “Alhamdulillah…” Amylia senyum sambil merenung ke luar. Cuaca kelihatan tenang­tenang sekali. “Ayah dapat surat dari mahkamah. Tarikh perbica­ raan ni awal bulan depan,” jelas Encik Adnan pada tujuan dia menghubungi anak gadisnya. Amylia senyap. “Amy?” “Ya,Amy dengar.Ayah boleh tolong hantarkan pada Kak Ainiyah dan minta dia tolong fakskan pada Amy? Amy perlu minta cuti.” Dia sudah dapat membayangkan yang pelbagai soalan akan diajukan oleh Mazeed ke­ padanya kelak. “Yalah. Nanti ayah beri surat ni pada Aini. Amy tak apa­apa ke?” soal Encik Adnan bimbang. “Alhamdulillah, baik­baik aje.Ayah jangan bimbang.” “Ya. Apa­apa telefon ayah ya.” Kata­kata Encik Adnan membuat dia benar­benar rasa sebak. Suaranya tidak mampu untuk diluahkan lagi. Mahu sahaja dia berlari dan mendapatkan lelaki itu untuk menumpahkan segala kesedihannya. Namun itu tidak akan berlaku. “Insya­Allah,” jawab Amylia tersekat­sekat. Cuba di­ lawan rasa sedunya agar tidak didengar oleh Encik Adnan. Dia membetulkan duduknya dan sedikit ter­ kejut melihat Mazeed yang duduk di meja Sulaiman sambil membelek­belek sebuah fail. “Ya, assalamualaikum.” “Waalaikumussalam,” ucap Amylia. Dia meneguk air liurnya. “Kenapa tak guna telefon pejabat?” soal Mazeed

Sedetik Asmara ❦ 97

lalu meletak semula fail tadi di atas meja Sulaiman. Perlahan­lahan dia bangun. “Err… telefon pejabat untuk kegunaan bekerja aje, bukan untuk peribadi,” jelas Amylia dengan tidak pasti. Mazeed mengangguk­anggukkan kepala. “Kalau awak ada apa­apa masalah, awak boleh beri­ tahu saya, Sulaiman. Kalau tidak pun pada Kak Shikin, HR manager kita. Dia okey, sorang kakak yang baik.” Amylia mengangguk­anggukkan kepala. “Saya tak apa­apa,” balasnya. “Yalah,” jawab Mazeed. Lambat­lambat dia melang­ kah masuk ke dalam bilik dan sesekali menoleh, me­ mandang Amylia. Amylia menarik nafas lega, memekup wajahnya. “Kenapa pulak ni?” soal Sulaiman tiba­tiba. Amylia memandangnya dengan senyuman. “Tak ada apa­apa.Aku nak bersolat sekejap,” katanya lalu menarik beg telekung yang terletak di bahagian kabinet belakang. “Yalah,” jawabnya. Laju langkah Amylia menuju ke satu arah, di sudut hujung bangunan di mana terletaknya bilik solat lelaki dan wanita.

98 ❦ Sarnia Yahya

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful