CERPEN : HARGA SEBUAH LUKISAN (Baharudin A.

Manan) SINOPSIS Kamal Hijaz merupakan murid Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sirusa. Dia berbakat besar dalam bidang seni lukis. Lukisan pelukis tersohor negara, pemandangan desa, budaya alam manusia dan haiwan telah memberikan ilham kepada Kamal Hijaz untuk melukis. Bakat yang dimilikinya menyebabkan dia sering mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Ramai rakannya yang cemburu. Apabila mendapat tahu pertandingan melukis di peringkat daerah akan diadakan. Kamal Hijaz berterusan berlatih. Dia bertekad ingin melukis pemandangan di sawah. Pada hari pertandingan, Maryati dan Norlela juga datang. Apabila mereka berdua bertanya tentang dirinya yang hendak berpindah ke Terengganu, Kamal Hijaz menjelaskan dengan lebih lanjut. Ketika Kamal Hijaz menolong Norlela mencuci pinggan, Maryati telah melakukan sesuatu terhadap kertas lukisan Kamal Hijaz. Apabila pertandingan bermula, Kamal Hijaz menghadapi masalah untuk mencoret-coret pada kertas lukisannya. Setelah diselidiki, tahulah dia bahawa kertas lukisannya telah disapu lilin. Akhirnya, Kamal Hijaz mengambil keputusan mendapatkan kertas lukisan baharu. Dia kemudian tidak mahu melukis gambar pemandangan lagi. Kamal Hijaz melukis gambar Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bertikam. Semasa melukis dia berasa seolah-olah pertikaman itu berlaku di hadapan matanya. Dia sempat menyiapkan lukisan tersebut walaupun terlewat tiga puluh minit. Pada hari perhimpunan sekolah, Kamal Hijaz diumumkan sebagai johan dalam pertandingan melukisa yang disertainya. Maryati mendapat pula mendapat tempat ketiga. Maryati memohon maaf kepada Kamal Hijaz atas perbuatannya menyapu lilin pada kertas lukisan Kamal Hijaz. Kamal Hijaz terkejut namun dia memaafkan perbuatan Maryati. Pada hari akhir sesi persekolahan, sebagai tanda perpisahan, Kamal Hijaz menghadiahkan sebuah lukisan kepada Maryati. TEMA Tema cerpen ini ialah nilai sebuah lukisan yang mempunyai erti kepada seseorang. Contohnya, Kamal Hijaz begitu menjiwai setiap lukisan yang dilukisnya dan sanggup menyumbangkan wang dimenanginya dalam pertandingan melukis untuk tabung PIBG selain menghadiahkan sebuah lukisan tiga tangan berjabat tangan sebagai tanda persahabatan erat dan padu kepada Maryati tanda perpisahan. PERSOALAN Persoalan daripada cerpen ini ialah keikhlasan dalam bersahabat, contohnya Kamal Hijaz ikhlas dalam persahabatan, walaupun Maryati mengkhianati dengan menyapu lilin pada kertas lukisannya, namun Kamal Hijaz tidak berprasangka buruk, sebaliknya melupakan peristiwa tersebut. Apabila Maryati sendiri memohon maaf atas perbuatannya, dia yang agak terkejut kerana cepat-cepat memaafkan kesalahan Maryati. Seterusnya, menghargai bakat yang dimiliki, contohnya Kamal Hijaz selalu melatih melukis dan gemar menyertai pertandingan melukis untuk menajamkan bakatnya dalam bidang lukisan. Seterusnya, persahabatan dua orang rakan yang akrab, contohnya Maryati dan Norlela akan bersama-sama ke mana-mana mereka pergi, malah sanggup bersamasama mengkhianati Kamal Hijaz dengan menyapu lilin pada kertas lukisan remaja itu. Sseterusnya, melakukan sabotaj untuk memenangi pertandingan, contohnya Maryati mengkhianati dengan menyapu lilin pada kertas lukisan Kamal Hijaz. Selanjutnya, sejarah silam menjadi inspirasi generasi muda, contohnya Kamal Hijaz menjadikan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat sebagai inspirasi untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik. Seterusnya, sikap pemurah, contohnya Kamal Hijaz juga

menyerahkan wang dimenangi dalam pertandingan melukis untuk tabung PIBG. Akhir berusaha mengekalkan persahabatan yang sudah lama terjalin, contohnya Kamal Hijaz memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Maryati terhadapnya, malah dia memberikan sebuah lukisan sebagai tanda ingatan agar persahabatan mereka kekal berpanjangan. WATAK DAN PERWATAKAN (i) Kamal Hijaz Mustaffa Seorang remaja yang berusia 14 tahun. Berbakat dalam bidang lukisan. Hal ini terbukti mendapat mendapat tempat pertama dalam satu pertandingan melukis peringkat daerah yang disertainya. Dia pandai menjaga hati kawan. Dia juga bijak dan pantas berfikir. Kamal Hijaz bersikap terbuka dan pemaaf orangnya. (ii) Maryati Osman Seorang remaja berusia 14 tahun. Mempunyai teman rapat bernama Norlela. Berbakat dalam lukisan. Dalam satu pertandingan melukis peringkat daerah, dia mendapat tempat ketiga. (iii) Norlela. Rakan kepada Kamal Hijaz. Dia berkawan rapat dengan Maryati. Norlela adalah seorang peramah dan ceria. NILAI (a) Kegigihan. Contohnya, Kamal Hijaz gigih berusaha menyiapkan lukisannya sewaktu pertandingan melukis berlangsung meskipun dia telah kerugian masa lebih setengah jam (b) Ketabahan. Contohnya, Kamal Hijaz tabah mengharungi dugaan apabila kertas lukisannya didapati terdapat kesan lilin dan warna cat tidak dapat meratai semua permukaan kertas lukisan tersebut. (c) Kebijaksanaan. Contohnya, Kamal Hijaz bertindak cepat dan bijak dengan segera menukar kertas lukisan yang rosak dengan kertas lukisan yang lain. (d) Menghargai persahabatan. Contohnya, Kamal Hijaz memaafkan dan melupakan kesalahan Maryati. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah bersunggh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Contohnya, Kamal Hijaz menghasilkan sebuah lukisan yang menarik. (b) Kita perlu menjaga tali persahabatan. Contohnya, Kamal Hijaz amat baik terhadap rakan-rakannya termasuklah Maryati dan Norlela. (c) Kita hendaklah cepat berfikir dan bertindak bagi mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi. Contohnya, Kamal Hijaz segera menukarkan lukisannya yang telah rosak dengan lukisan yang lain. (d) Kita mestilah menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. Contohnya, Maryati mengaku dan meminta maaf terhadap kesalahan yang dilakukannya terhadap Kamal Hijaz. (e) Kita hendaklah bersifat pemaaf terhadap orang yang memohon maaf kepada kita. Contohnya, Kamal Hijaz memaafkan perbuatan khianat yang telah dilakukan oleh Maryati.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful