Melangkah keluar dari tempurung

Buku Judul buku: Keluar dari Tempurung (Pembentukan Diri ke Arah Kecemerlangan) Penulis: Ahmad Faizal KP Mohamed Yusup Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd dan Advanced Forward Tahun: 2002 Tebal: 176 Halaman: RM14.00 Pengulas: ZIN MAHMUD Di muka surat 70 buku ini, penulisnya menyatakan: ``Banyak rumah orang Melayu mempunyai almari untuk meletakkan pinggan mangkuk serta perhiasan yang mahal untuk tatapan umum. Jarang yang kita lihat rumah yang mempunyai rak menyimpan buku bukanlah sesuatu yang penting. ``Rak menyimpan buku secara tidak langsung menunjukkan keutamaan penghuni rumah berkenaan kepada ilmu pengetahuan. Anak-anak yang dibesarkan di sekeliling buku akan lebih berilmu kerana buku berkenaan akan dapat dicapainya pada bila-bila masa untuk dibaca. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan buku-buku sekolah untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak. Ini sebenarnya tidak mencukupi. Sikap suka membaca perlu ditanam dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan pelbagai jenis buku di sekeliling mereka. ``Di Amerika, rak menyimpan buku seumpama satu kemestian bagi mereka dan bukannya almari pinggan mangkuk. Kita dapat lihat rak buku atau bilik bacaan dalam semua siri televisyen dari Barat. Apabila saya perhatikan antara buku yang menjadi kemestian ialah ensiklopedia.'' Inilah inti sari mesej buku ini walaupun keseluruhan kandungannya memaparkan cara-cara praktikal bagi membangunkan diri khususnya di kalangan remaja. Tetapi cara untuk seseorang keluar dari tempurung ialah melalui buku. Apabila seseorang remaja membaca buku ini, maka mindanya akan bergerak dan apabila ajarannya diamalkan, maka kecemerlangan diri dapat dicapai. Hakikat bahawa Barat akan terus menguasai dunia terletak kepada kekuatannya menguasai ilmu. Penguasaan ilmunya pula berlandaskan kemesraan pada buku. Tujuh negara perindustrian dunia: Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Itali, Kanada dan Jepun kesemuanya memiliki industri perbukuan yang besar dan mantap. Mereka mempunyai banyak penerbit, kedai buku dan perpustakaan. Semuanya kerana masyarakatnya aktif membaca tidak mengira peringkat umur dan kedudukan masyarakat. Tabiat membaca mereka adalah seperti memenuhi keperluan makanan. Tetapi di negara-negara membangun dan mundur, kebanyakan rakyatnya berada di bawah tempurung kerana halangan ilmu dan kelemahan pembacaan. Langkah pertama bagi mengatasi halangan ini ialah dengan pembanterasan buta huruf. Tetapi di Malaysia, kebanyakan rakyatnya tahu membaca. Masalahnya, mereka kurang membaca. Membaca di sini bukan bererti sekadar membaca akhbar atau bahan bacaan ringan. Membaca yang diambil kira ialah membaca secara serius dan aktif yang sudah tentunya memerlukan buku bermutu. Walaupun mutu buku pelbagai, tetapi seseorang penulis yang melahirkan buku terpaksa menggunakan minda yang meliputi pengalamannya untuk menulis. Menulis pula bukan sekadar catatan-catatan yang tidak bertanggungjawab. Tetapi menulis buku memerlukan usaha serius dan tahan diuji oleh editor dan penerbit sebelum ia dipersembahkan kepada pembaca. Penulis buku ini mencadangkan membaca satu atau dua buku ilmiah dalam sebulan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Katanya, kalau kita tidak dapat melanjutkan pelajaran formal ke menara gading, kita boleh membaca buku-buku ilmiah bagi mendapatkan peningkatan ilmu yang lebih kurang sama. Di negara ini, untuk membaca sememangnya jauh lebih sukar dari di negara-negara maju. Umumnya, orang merasa malu atau segan untuk membaca di khalayak ramai. Ia belum menjadi tabiat masyarakat. Dalam keluarga, suasana pembacaan belum begitu menggalakkan. Berapa banyak ibu yang menganggap buku anak-anaknya sebagai barang-barang yang menyemakkan rumah. Ada pula ibu bapa yang melihatnya sebagai barang mahal yang membazir untuk dibeli.

Sememangnya kegemaran anak-anak berbeza. anak-anak mereka digalakkan supaya membeli.asp?y=2002&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&p g=re_08. Penghargaan kepada buku ini akan akhirnya melahirkan generasi buku pada masa akan datang. Walaupun umpamanya. Tetapi pendedahan perlu dilakukan kepada mereka supaya mereka yang mempunyai potensi meminati buku tidak terhakis kecenderungannya. menyimpan dan membaca buku. mengeluarkan wang untuk membeli buku dilihat sebagai pembaziran.Malah ada prasangka bahawa buku seharusnya diperoleh secara percuma.utusan. Kerana anggapan nilai yang rendah ini.my/utusan/info. Artikel Penuh: http://www. tidak seperti barang-barang lain.htm#ixzz2I23iEPPM © Utusan Melayu (M) Bhd . tetapi jika mereka menghargai buku. Orang lebih mudah meminjam buku dan lupa hendak mengembalikan. ibu bapa tidak meminati membaca. Perlu juga diusahakan berjinak dengan kedai buku dan perpustakaan supaya ia menjadi suatu tabiat dan amalan yang digemari oleh anak-anak. Tetapi perubahan harus dilakukan.com.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful