You are on page 1of 2

Kueh teow kung fu

Bahan-bahan ( 1 orang )

kueh teow 2 biji telur lada hitam / lada putih mix seafood lobak 1~1 sudu besar tepung jagung 1 cawan air sayur-sayur lain (optional) 1 ulas bawang putih 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih) sos tiram

Cara-cara

1.

Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.

2.

Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas.

3.

Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.

4.

Balikkan supaya kedua-dua belah masak.

5. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung. 6. [untuk kuah] Tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix. 7. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. 8. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.

9.

Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)