You are on page 1of 2

Babi atau khinzir ialah sejenis haiwan mamalia yang bermancung panjang dan berhidung leper.

Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Babi memiliki muncung bsebagai hidung, mata kecil, dan ekor yang kecil, yang mungkin bergelung, berkedut, atau lurut. Ia memiliki badan yang montok, kaki pendek, dan bulu kasar. Terdapat empat jari pada setiap kaki, dengan dua jari tengah besar yang digunakan bagi berjalan. Secara liar, mereka merupakan haiwan meragut, terutamanya makan daun, rumput, akar, buah dan bunga. Kadang kala semasa dalam kurungan, babi mungkin makan anak mereka sendiri sekiranya ia tertekan. Babi biasa memiliki kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal khas dan dengan gelung rawan ("cartilage") pada muncungnya. Muncungnya digunakan bagi menggali tanah bagi mencari makanan dan merupakan organ deria amat sensitif. Pembiakan berlaku spenjang tahun di kawasan tropika, tetapi kelahiran memuncak sekitar musim hujan. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8-18 bulan. Ia kemudian kembali subur setiap 21 hari jika tidak mengawan. Babi jantan menjadi aktif seksual sekitar usia 8-10 bulan. Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor. Selepas anak babi berhenti menyusu, dua atau tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan berikutnya. Bahagian-bahagian babi membawa banyak manfaat kepada manusia. Kulitnya dikatakan boleh diproses menjadi eksesori seperti beg tangan, dompet kasut, jaket kulit dan sebagainya. Di samping, ia juga boleh diproses menjadi kolagen seperti kosmetik dan sarung sosej. Tulang babi yang mempunyai gelatin boleh dijadikan makanan seperti yogurt, aiskrim dan mentega. Tambahan, penstabil makanan seperti jus, margerin dan minuman juga boleh didapati melalui tulangnya. Darah babi boleh diproses menjadi sosej, vaksin, tablet dan media fermentasi. Bulunya boleh dijadikan berus gigi, jaket bulu dan tepung protein tinggi. Daging babi boleh dimakan dan dimasak menjadi makanan seperti sate, pasta, burger dan rendang. Akhir sekali, lemak babi boleh diproses menjadi susu, kosmetik, perasa dan pewarna tambahan, ubat, kek serta biskut. Malahnya babi juga akan membawa penyakit iaitu Influenza A (H1N1) yang merupakan penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi,

tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung. Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.