P. 1
Modul 3110-Nota Sintaksis

Modul 3110-Nota Sintaksis

|Views: 483|Likes:
Published by Cahaya Sakinah
education
education

More info:

Published by: Cahaya Sakinah on Feb 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 KANDUNGAN ISI
  • 1.1 Definisi Ayat (Sintaksis)
  • 1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat
  • 1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • 2.0 KANDUNGAN ISI
  • 2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat
  • 2.2.1 Ayat aktif
  • 2.2.2 Ayat Pasif
  • 3.0 KANDUNGAN ISI
  • 3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu
  • 3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
  • 4.0 Konstituen Frasa Nama
  • 4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)
  • 4.2 Kekecualian Hukum D - M
  • 4.3 Bilangan dan Panggilan
  • 4.4 Panggilan / Kata Panggilan
  • 5.0 KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
  • 5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
  • 5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
  • 6.0 Kandungan Isi
  • 6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek
  • 6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
  • 6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
  • 6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
  • 6.5 Kesimpulan
  • 7.0 Kandungan Isi
  • 7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
  • 7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
  • 7.2 Penguat
  • 7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
  • 8.0 Kandungan Isi
  • 8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat
  • 8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
  • 8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
  • 8.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
  • 9.0 Kandungan Isi
  • 9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
  • 9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
  • 9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
  • 9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama
  • 9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
  • 9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama
  • 10.0 Kandungan Isi
  • 10.1 Ayat
  • 10.2 Klausa
  • 10.3 Frasa
  • 10.4 Perkataan
  • 10.5 Ayat Dasar
  • 10.6 Ayat Tunggal

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 1

Sintaksis

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat; Ayat dasar dan ayat terbitan ; Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.

1

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat

2.

Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

2

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat: Subjek (1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh: Subjek (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

3

1987). Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) (12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Faridah guru yang sabar. => Ah Meng berlari dengan pantas. LATIHAN (i).Sabran.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 4 . (15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. penyusunan semula atau peluasan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. Rahim Syam . iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar. (ii). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. AKTIVITI (i).

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. Tatabahasa Dewan. 5 . (2008). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.al (2006). Bahasa Melayu II. Raminah Hj.Rahim Syam (1987). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Sabran.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Nik Safiah Karim et.

jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. 6 . konsep ragam ayat. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. anda seharusnya dapat: 1. 2. Perpindahan Ayat Ragam Ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Ragam ayat . Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. (Marzukhi Nyak Abdullah.1997). Menjelaskan jenis-jenis ayat. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. Selain itu.

1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. kata kerja. (Lutfi Abas .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. (2).adjektif atau kata sendi nama. (3). Maniam itu baik sungguh. 7 .0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2.1975). Ramli sangat pandai bermain skuasy. terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Kek lapis itu enak sekali. ragam ayat. Sebagai contoh. 2. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat.

8 . dalam bahasa Melayu.al 2008). ayat Melihat Paul. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. Oleh itu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Sebagai contoh. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut polapola yang tertentu. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Seterusnya. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. Ayat pasif pula mengutamakan Contoh: (4) Amar menendang bola itu. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. subjek terbitan sebagai judul. 9 . Dengan perkataan lain.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini.2.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2.

2. Kanak-kanak (13). Pekerja (10). Kereta itu (16). 2. Ombak (14). di pantai Damai.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9).Semak samun sudah dibeli dibersihkan Oleh + Frasa Nama oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. pipinya. Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif (15). Keterangan 10 . Budin (11). buah durian. membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. sepanjang malam.

Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh: (21). oleh anjing. Rusa itu (20). (23). (22). Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. Kuih itu pagi tadi. 11 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). 3. Kereta itu (18). Dunia ini penuh dengan dugaan. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. lagi. Dia pandai mengawal emosinya. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). Saya sudah memiliki kereta baru.

Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak. anda. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh- contoh yang sesuai.takut. aduh dan sebagainya. 2. marah. suka. wah. amboi. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu 12 .gembira. ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih. cis. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah. gembira. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. duka . c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. LATIHAN 1. hairan dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan (2005). AKTIVITI 1.sedih dan sebagainya. engkau dan sebagainya. kamu. Contoh kata seru ialah oh. terkejut.

Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Raminah Hj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. 13 .Sabran.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.al (2006). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Bhd.Rahim Syam (1987). Tatabahasa Dewan. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Konsep Frasa Nama. 14 . ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. frasa kerja (FK). Tanpa unsur frasa. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. iaitu frasa nama (FN). Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. Malah. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. Binaan Frasa Nama bahasa Melayu. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Sehubungan itu. Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis.

15 . KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. Seterusnya. anda seharusnya dapat: 1.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. 2. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. menjelaskan binaan frasa nama. menjelaskan definisi frasa nama dan.

Atlet (8). . Anak (11). Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). Emak Wan Seng (3). Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). bandar selamat. bandar selamat. untuk pekerja sahaja. Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. atau sebelum dan sesudah frasa nama.al. peniaga sayur. Pelajar (9). Pegawai (10). disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. menggigit makanan. Emak (2). Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu 16 Predikat meraih pingat emas.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. menduduki ujian. Ibu (6).Omar. baik akhlaknya.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Putrajaya (4). Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. memberi ceramah.

Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. wanita.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. Jawa. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran 17 . mawar.1983). 2006). frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan.al. Dalam struktur binaan ayat. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. parsi.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti Penerang (Bilangan+penjodoh (Inti) bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang guru kereta nasi minyak. Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti dengan maksud Inti + inti sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan tuan atas hidup mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh bukit itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. kedua ketiga badan bukau puan bawah mati 18 .

Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. 2. Nik Safiah Karim et.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir.al (2008). Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur. Tatabahasa Dewan.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 19 . atau akhbar tempatan. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. LATIHAN 1. Asmah Hj. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. PTS Professional Publishing Sdn.

Dalam peraturan ini. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).M) 4.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar 20 . unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspekaspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D .

pisang goreng (bukan goreng pisang) .M. keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D .M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.kentang goreng ( bukan goreng kentang) . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) .sos cili (bukan cili sos) .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh-contoh lain: .2 Kekecualian Hukum D . terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) . kekecualian hukum D .Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) . 21 .sup kambing ( bukan kambing sup) . Lama-kelamaan.nasi goreng (bukan goreng nasi) 4. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri . Selain itu.

Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. (13). dan seumpamanya. (14).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) Namun. menteri kanan. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. imam besar. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. (17).Ali. (16). menteri pengangkutan. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. Mohd. 22 . (15). Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. (18).

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh

:

lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan 23

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelimalima, kesemua. 24

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu. 25

2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. (45). Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal 26 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU contoh ayat: (43). Tun. Tunku. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. (44). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. 4. (48). (47). Haji. Puan .Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia.

al (2006) Sintaksis. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. anda boleh bayar bil awal. Nik Safiah Karim et.al (2008). Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Apakah maksud hukum D-M? 2.M. Abdullah Hassan et. Tulis semula ayat. Hashim Hj. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. g) Sport rim kereta itu milik Romli. Bahasa Melayu II. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. f) Lain masa. Kuala Lumpur. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. PTS Professional Publishing Sdn. 27 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D.Bhd. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.Bhd. LATIHAN 1. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Tatabahasa Dewan. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu.

ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. iaitu frasa subjek dan frasa predikat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu    Binaan Frasa Kerja Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. frasa kerja (FK).1) Menganalisis binaan frasa kerja. Sehubungan itu. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). iaitu frasa nama (FN). binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat.6) 28 . Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.

kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5.al (2006). frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. (2008) ialah frasa yang terdiri Frasa Kerja daripada kata kerja sebagai unsur intinya. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 29 . Menurut Abdullah Hassan et. 5. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Dalam susunan ayat biasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya.

Emak Ahmad (3). (10). Berdasarkan contoh ayat di atas. mencipta lagu itu.2. 30 . Contoh : (5). Emak (2). ayat (91) . Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. P. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. menjual sayur di pasar. Pemuzik itu (4). (6).1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. 5. terjatuh dan bergaduh. Budak nakal itu terjatuh lagi. 5. meniup saksofon. (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur.2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Dia selalu bergaduh. Faisal tidur lena di bilik tidur. Contoh: (8).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : Ayat Subjek (1). (9). Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Faisal tidur lena. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. (7).

Dalam konteks ini .3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). Dalam ayat (11). frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. frasa kerja. Ibu menganyam tikar setiap hari. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. (12) dan (13). Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. frasa adjektif dan frasa sendi nama. 5. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam ayat (94). Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. dan (96). Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Mahmud membaiki radio yang telah rosak. 31 . (12). (95). kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Biarpun begitu. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. (13). Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

(19). Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). 32 . Catatan: kejadian’. (17). ‘produk ’.Halijah menggenggam erat tangan suaminya. (23).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). (16). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. (22). ‘tangan’. Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. (15). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. (18). ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. (24).

Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Oxford Fajar 33 .Bhd. Bahasa Melayu II.Bhd.Bhd. Kuala Lumpur. (2008). atau akhbar tempatan.al (2006) Sintaksis. PTS Professional Publishing Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.

1) 34 . Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Selain itu. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. Dalam perbincangan ini.

0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. telah . dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz.pernah) (1). Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. 35 . Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. ini atau masa hadapan. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Dalam hal ini. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. diberikan contoh ayat berkaitan. 6. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. (2). Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Dalam susunan ayat biasa.

masih. (5). kini. akan. 36 . mesti. Menurut Nik Safiah Karim et. boleh menerima ayat komplemen. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. (8). (10). belum 6.al (2008). sudah. frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. Contoh: hendak. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. (11). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. Contoh : telah.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3). mahu. Contoh ayat: (6). 6. boleh. (9).2 Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. harus. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. atau masa hadapan. Dia harus pulang ke kampung segera. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. (7). sedang. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Wan Malini akan memetik bunga di taman. dan dapat Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan.

Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. Yang pasti. (14). Berdasarkan contoh ayat di atas. (13). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas 37 . supaya. (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. (17). Dalam ayat (15). ayat (12) . 6. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. dan frasa nama. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. (16). frasa adjektif. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. Biarpun begitu. demi. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). dan (17). semoga dan untuk.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam binaan predikat. Apabila keadaan sedemikian berlaku. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. Bagi kata kerja transitif. terjatuh dan bergaduh.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. (16). unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut).

daripada. Contoh: (18) Dia belajar di universiti.dari.kepada . (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. tahun lepas. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. 38 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja.ke.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. dalam . Penggunaan kata sendi nama di. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. . unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa.pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini.

(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. 39 . untuk dan bagi. (v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. (26) Azman berlari pantas. (27) Menteri berjalan megah.

ikut bersama-sama atau melibatkan diri. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . bak.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta.kesamaan atau hampir sama. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. bagai. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. sebagai. (43) Hidungnya mancung bak seludang. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. terhadap. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . mengenai. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. 40 . (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. 6.

Bhd. bersedia vii.Bhd. memutuskan viii. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. i. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. mengalami ix.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. berjumpa x. Kuala Lumpur.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Hj.Musa (1993).Bhd. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. berupaya vi. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Nik Safiah Karim et. LATIHAN 1. memancing iv. PTS Professional Publishing Sdn. 41 . Siti Hajar Abdul Aziz (2008). bertolak iii. Berdasarkan perkataan di bawah. Bahasa Melayu II. melagukan v.al (2006) Sintaksis. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. memikirkan ii. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.

kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa. Sementara. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu. 42 .Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini.Penguat .

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Dalam susunan ayat biasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. (1.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. 43 . (1. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. penguat dan kata bantu. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif.

Namun.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur Frasa adjektif intinya. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubahubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. Dalam hal ini. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. 44 . Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Dalam binaan predikat. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. Contoh : (1) .

1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 45 . Dia kelihatan ceria. (3) . (6) .1. (5) .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. 7. Contoh: (2) . Guru pelatih itu cergas (4) . Penglihatannya kabur. Salim sangat rajin. Tanamannya subur.

Rumahnya terlalu besar. nian (9) . Lukisan itu paling cantik. Taman Bunga di istana itu indah nian. (12) .  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. (13) . (11) .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. seperti dalam ayatayat berikut: (14). iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. (15). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar .  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas. Kubah masjid itu amat besar. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Contoh : sungguh amat. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Contoh: (7) . Kereta lembu itu lambat benar. Perangai anaknya terlalu amat sopan. 46 . terlalu amat. Pakaian puteri itu cantik sekali. benar. (8) . Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif.2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Contoh: amat dan sungguh. Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. (10) .

Anaknya sudah besar. Pekerja baru itu belum sangat cekap.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. misalnya: masih amat jauh. masih. (22).3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. sungguh telah pandai Contoh: (19). belum. belum sangat cekap. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. (17). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. sungguh masih muda. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. Anak sulungnya itu sungguh masih muda. (21). (20). AKTIVITI 1. 47 . belum terlalu lewat. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. (18). Pekerja yang berkualiti harus cekap. Contoh: (16). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (23).

Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. letih lesunya. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. sepak. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. injak. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. jatuh bangunnya. di bumi Gaza ini. 48 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN 1. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga.

Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. PTS Professional Publishing Sdn. Nik Safiah Karim et. 49 .al (2006) Sintaksis. Hashim Hj.Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Musa (1993). Abdullah Hassan et. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.al (2008) Tatabahasa Dewan. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu demikian membuktikan bahawa dalam binaan frasa dan ayat. Selain itu. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. 50 . Hal yang kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Dalam perbincangan ini. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.(1. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa.(1.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8. penguat dan kata bantu.2) Menghuraikan ayat komplemen.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. 51 .

1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur adjektif merupakan komponen penting dalam proses Frasa adjektif intinya. Kulitnya putih bersih. Warna bola itu merah tua. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). Contoh: (1) . Contoh-contoh lain: (2). Dalam binaan predikat. frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Dalam hal ini. Stadium itu sudah usang. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif.1. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. (susunan songsang) [predikat + subjek] 52 . Contoh : 8. Frasa melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.

3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8. deras sekali. Amira (5).2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. lancar sekali. Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. Pemuzik (8). hebat sekali. Air sungai itu (7). Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak 53 Kata Adjektif . 8. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.1. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Pelajar itu (6). laju.1.

Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat. Kesannya. ayat komplemen. Contoh: tersebut akan menjadi ayat (9).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kitab tebal 8. Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. (12). (11). Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. (10). AKTIVITI 1. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) 54 . LATIHAN 1. Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu II. PTS Professional Publishing Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.Bhd. Abdullah Hassan et. 55 . Kuala Lumpur.Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Nik Safiah Karim et.

kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Dalam perbincangan ini. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Selain itu. Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. 56 . unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1. 57 .1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu daripada terdiri beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya.

sampai.al. dan sebagainya.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN).1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang Frasa sendi nama boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. dengan.oleh. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di.al 2006). Dalam hal ini. dari.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Nik Safiah Karim et. kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. untuk. hingga. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. tentang. daripada .1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9.kepada . Contoh : 9. akan bagi. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil 58 . ke. (Abdullah Hassan et. pada.

Selain itu. frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah.1. dengan bergaya dengan kayu - . Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah 59 Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah).1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU sampai bagi siang ayah 9. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan.

(3). Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja. (5). Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional.(keterangan tempat) (10). frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. Kerusi itu daripada kayu jati. Contoh: (1).2. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. (6). Dalam sesetengah ayat lain.(keterangan hal) (11).2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. (keterangan bandingan) (8) Dahlan memasak pada waktu petang.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. Bahaman daripada keluarga seni. (2). Kolam ikan di tepi taman. 9. Ahmad ke sekolah setiap hari.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat.(keterangan tujuan) (13).(keterangan cara) 60 . 9.2.Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya. (4). Yushiro dari bandar raya Tokyo.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. frasa adjektif dan frasa nama. Namun. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.Ayah berbincang tentang hal pertunangan. frasa sendi nama hadir selepas subjek. Hadiah ini untuk ibu Zarina.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa.

frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. tetapi.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat. Dalam ayat (23). (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.mandir di dalam dan luar bangunan. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. atau. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. (keterangan pembuat) 9. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? 61 . (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi.

Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. 62 . Pada asasnya. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. (akan sebagai kata sendi) Namun. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. Namun dalam beberapa keadaan. dalam perbincangan ini. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.

Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 63 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN (Aktiviti individu) 1.

Bhd. 64 .al (2006) Sintaksis.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. Abdullah Hassan et.

ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. frasa . 65 .dan perkataan. perintah dan seruan dan sebagainya. serta mengandungi intonasi yang sempurna. 2008). Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal TAJUK 10 SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat. Frasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat Bahasa Melayu  Ayat. Klausa. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. frasa. Ayat terdiri daripada binaan klausa. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. Dalam perbincangan ini.al. dan perkataan dalam ayat . (Nik Safiah Karim et. Frasa. Klausa. kita akan melihat pola-pola ayat dasar. Selain itu.

anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa. 2008). Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. frasa. (Nik Safiah Karim et. Klausa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. klausa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat.(1. 66 .6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. ayat dasar dan ayat tunggal (1. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. 10. frasa dan perkataan.al. Frasa.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. serta mengandungi intonasi yang sempurna.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.

Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Dalam kumpulan perkataan kedua. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.al. baju. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. baju.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Sekolah di tepi laut. Malah sebenarnya. Contoh : (1). 10. di tepi laut.menceritakan tentang subjek ayat. sekolah ialah komponen subjek ayat. 67 . (Nik Safiah Karim et. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Subjek menyebut sesuatu perkara. kereta dan seumpamanya. Sementara. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al (2006). Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah.al 2006). yang menjadi konstituen dalam ayat. kereta dan seumpamanya. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. ayat terdiri daripada perkataaanperkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. seperti rumah. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. (2) Rumah langsir biru.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et.

Frasa digunakan bagi membina ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. kerana cekap menguruskan perniagaan. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. (2006). Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. et. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari.al. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. Dalam struktur binaan ayat. [ klausa tak bebas] 10. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung 68 .

melukis. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. kata 10. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Jadi.al . 10. tidur. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. dari Johor.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. hubung. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. menendang Kata adjektif : kurus.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Seremban. daripada besi kata adjektif. Contoh: kata nama: pelajar. sehelai baju kurung. taman kata kerja : makan. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. dan sebagainya. orang. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS 69 . kata kerja. kata sendi nama. tampan kata sendi nama : di rumah. ke kedai. kata tugas dan sebagainya. baju.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayatayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. gempal. pucat. baju kurung. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. ayah. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju.

(2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. sangat tangkas.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. sedang berehat. Contoh: Subjek (1). yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. sungguh pandai di Pusat Islam. Namun. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. binaanbinaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. 70 Predikat . ke kedai runcit. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Namun.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. 10. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. membaca kitab jawi. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. (6) (a) Baju itu di dalam almari. (b) Ditebangnya pokok kayu itu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam proses binaan ayat tunggal ini . (b) Di dalam almari baju itu. AKTIVITI 1. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. (7) (a) Kuih itu dimakannya. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. 2. Jelas. 71 . jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. (b) Dimakannya kuih itu.

al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Nik Safiah Karim et.Bhd. 72 .Bhd.al (2006) Sintaksis. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. PTS Professional Publishing Sdn. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->