You are on page 1of 22

INSTITUT PERGURUAN IPOH, PERAK 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZWAN

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA DAN BANGSA MELAYU

NAMA PELAJAR

: FIRDAUS B MD. FADZIL : LELA BINTI NURADIN

(900730086453) (900814016284)

: NADIA BINTI MOHD SHARUDDIN (900922086124) UNIT NAMA M.P. : H3 : BAHASA MELAYU 1 (AKADEMIK)

NAMA PENSYARAH : PUAN HABIBAH BT MOHD SAMIN TARIKH SERAHAN : 1 SEPTEMBER 2008

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. BAHASA MELAYU -

DEFINISI SEJARAH PERKEMBANGAN

3. DEFINISI BANGSA MELAYU -DEFINISI -SEJARAH -PERKEMBANGAN

4. KESIMPULAN

5. BIBLIOGRAFI

PENDAHULUAN

Secara asasnya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang diguna pakai sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Bahasa ini menjadi lingua franca pada zaman tersebut kerana faktor perdagangan. Ramai pedagang dari seluruh dunia datang berniaga di Melaka kerana kawasannya yang strategik dan menjadi tumpuan pedagang serata dunia termasuk pedagang Eropah, Cina, India dan Arab.

BAHASA MELAYU

Definisi

Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang telah disingkatkan kepada Malaya dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan Himalaya berasal daripada dua perkataan iaitu hima dan alaya. Hima bererti salji atau salju dan alaya bererti tempat. Secara keseluruhannya, Himalaya bermaksud tempat yang sejuk.

Ada juga pengkaji yang mengatakan Melayu itu daripada perkataan Malaiyur pura yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat. Perkataan Malaiyurpura bererti kota gunung. Dari situ timbul perkataan malaiyur = malaiyu = malaya = melayu.

Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu ini berasal daripada perkataan pamalayu, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Pamalayu itu bermaksud Ekspedisi Melayu iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Malayu.

Men

Sejarah

Asal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iatu nenek moyang orang Melayu.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke selatan, dalam bentuk beberapa golongan pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula golongan kedua iaitu golongan yang disebut Melayu Droto.

Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur persamaan. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga besar yang bernama keluarga Austris. Di samping rumpun bahasa ini terdapat dua rumpun lain dalam bahasa ini iaitu bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet- China.

Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti berikut:

Keluarga bahasa Austris

Rumpun bahasa Austronesia

Rumpun Bahasa Tibet- China

Rumpun Bahasa Austronesia

Mikronesia

Polinesia Hawaii Tonga Maori

Melanesia Marianna Marshall Carolina Gilbert

Nusantara

Sumatera Melayu Acheh Minang Batak

Kalimantan Iban Kenya-Kayan

Jawa Jawa Sunda Madura

Bali

Sasak

Filipina

Sulawesi

BAHASA MELAYU KUNO

Berdasarkan daripada di atas, bahasa Melayu merupakan satu daripada 200 bahasa dalam cabang Nusantara.Bilangan penutur asalnya ialah sederhana, iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan RiaU dan Sumatera. Tetapi sejarah telah membuktika ini digunakan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) daerah Kepulauan Melayu sejak berzaman-zaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara penduduku Kepulauan Tanah Melayu denagan golongan pendatang seperti pedagang dari Eropah, Asia Barat, India dan China. Bahan-bahan sejarah menceritakan bahawa kemunculan beberapa buah kerajaan Hindu mempengaruhi penggunaan bahasa Sanskrit sebagai bahasa agama dan bahasa kelas atasan. Pengaruh utama adala dari segi perbendaharaan kata. Banyak perkataan yang menyatakan aspek kebudayaan dari India dan hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera diterima masuk dalam bahasa Melayu. Punca pengaruh bahasa Sanskrit berkesan terhadap bahasa Melayu adalah disebabkan sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur dan dibentuk dengan segala keadaan dan keperluan. Istilah Melayu yang terbaru ditemui pada kesan sejarah dalam tulisan Cina pada tahun 644 hingga 645 sebelum Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-Lo-Yeu yang mengirimkan utusan ke negeri Chian untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China. Kedudukan Mo-Lo-Yeu ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas namun sejarah

mengatakan bahawa terdapat satu kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerinyahan walaupun tiada bukti kukuh mengenainya lagi.

Bahasa Melayu Pada Batu-batu Bersurat Abad Ketujuh

Bekas- bekas tulisan telah dijumpaidan dipercayai bertarikh sejak tahun sebelum 450 Masihi iaitu yang dijumpai di kaki-kaki gunung dekat Bogor dan di daerah Tanjong Periuk, Jakarta. Tetapi, tulisan pada batu tersebut sama dengan bahasa Jawa Kuno dan Sanskrit. Batu bersurat yang dipercayai menggunakan bahasa Melayu ditulis pada abad ke tujuh iaitu Kedudukan Bukit, Palembang (683 Masihi), Talang Tuwo, Palembang ( 684 Masihi), Kota Kapur, Pulau Bangka ( 686 Masihi) dan Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686 Masihi).

Bahasa Melayu dalam Zaman Kerajaan Sriwijaya Pada batu bersurat bertarikh 683, 684, dan 686 yang tercatat pada batu-batu tersebut ialah merupakan tarik zaman mula naiknya kerajaan Sriwijaya. Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isinya jelas menunjukkan bahawa tulisan itu adalah atas perintah raja. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan kerajaan tersebut (bahasa rasmi) sebuah kerajaan yang besar. Bukti wujudnya bahasa Melayu di Sriwijaya telah disokong oleh pengembara Cina, yang telah singgah di kawasan ini dalam pengembaraan mereka ke India. Berdasarkan sumber ini A.Teeuw (1952) telah menulis Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti bahawa bangsa Melayu sudah, dalam abad-abad berikutnya, dapat dan memang dipakai sebagai bahasa pengantarbkebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian dalam daerah-daerah yang bukan masuk daerah bahasa Melayu yang sesungguhnya Selain daripada empat batu bersurat yang diterangkan, banyak lagi batu bersurat lain yang menunjukkan wujudnya bahasa Melayu di Zaman Kerajaan Sriwijaya contohnya seperti batu bersurat 832 Masihi telah dijumpai di Gandasuli, di daerah Jawa Tengah dan banyak lagi

Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan selepasnya. Zaman yang gemilangbagi bahsa melayu adalah zaman Keagungan kerajaan Melayu Melaka. Satu-satunya magnum opus yang mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat tinggi. Pada abad ke-13 ialah zaman peralihan bagi Asia Tenggara dan pada masa itu juga agama Islam sudah bertapak di Melaka. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara dan dengan mudah menerusi pengaruh politik Melayu pada masa itu. Batu-batu bersurat bagi zaman ini dijumpai juga boleh menunjukkan sifat dan perkembangan bahasa Melayu. Satu daripadanya dijumpai di Pagar Ruyung, Minang kabau, bertarikh 1356, Selain itu batu bersurat lain dapat dijumpai di Sungai Teresat dekat Kuala Berang, Terengganu. Dalam batu bersurat tersebut, tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi tetapi bahasanya ialah bahasa Melayu. Dalam tahun 1521 Pi gafetta, seorang kelasi bangsa Itali dala pelayaran bersama Magellan telah sin ggah di Pualu Tidore dan menyusun satu daftar kata daripada bahsa yang dituturkan oleh orang di tersebut. Inilah daftar kata Melayu-Eropah (Itali) yang tertua yang kita ketahui. Hakikat tentang kebenaran bahasa Melayu ini semakin jelas daripada catatan buku yang dihasilkan oleh Jan Huyghen Van Linschotten seorang Belanda yang tinggal di Indonesia antara tahun 1586-1592 sebagai seorang pegawai kepada pemerintah Portugis, mennyatakan bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja sangat harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa Timur.Dan beliau menbandingkan orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu sama dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.

Bahasa Melayu telah menjadi perhatian utama sarjana-sarjana Eropah. Pada abad ke17 banyak terdapat usaha menyusun kamus dan daftar kata, yakni nbentuk bahasa tertua dalam bidang penyelidikan bahasa. Dipetik daripada buku Ismail Hussien (1966), menunjukkan usaha sarjana Eropah pada abad ke-18 dalam usaha mereka dalam bidang perkamusan dan penghasilan daftar kata:

1603 - Spraeck ende Woord-Boek in de Maleysche ende Madagaskar Talen, Oleh Frederick de Houtman. Buku dalam bahasa Belanda ini mengandungi perkataan dan ayat bahasa Melayu dan bahasa Madagaskar, disusun oleh pengarangnya tatkala dalam tawanan Sultan Aceh antara tahun1599-1602. Dicetak di Amsterdam dalam tahun 1603 1608 - Terjemahan buku Frederick de Houtman ke dalam bahasa Latin oleh Maigester Gotthard Arthurs dari Cologne. 1611 - Spieghel van de Maleysche Tale oleh Albert Ruyl. Satu penyesuaian daripada karangan de Houtman (dalam bahasa Jerman)

Bahasa Melayu dalam Zaman Pemerintahan Belanda dan Inggeris

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dan memegang teraju pemerintahan, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk- penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di istana (pusat pemarintahan) dan menjadi bahasa penghantar di institusi pendidikan sepeti pusat pengajian Islam dan kelas-kelas agama. Kejayaan bahasa Melayu juga tergambar menerusi hasil hasil kesusasteraan oleh Francois Valentijin pada abad ke- 18. Dalam karangan enam jilidnya, beliau telah menyenaraikan karya- karya ilmu pengetahuan yang ditulis dengan Kepulauan Melayu. Karya Valentijn ini merupakan satu bukti nyata tentang keupayaan bahasa Melayu pada masa itu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelimalimabuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bahasa Melayu juga turut digunakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu khususnya di jabatan- jabatan tertentu seperti pejabat polis. Menurut Mohamed Sufian (1972:277), pegawai- pegawai Eropah yang bertugas di Tanah Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam ujian sebelum disahkan jawatan. Terdapat sebahagian daripada pegawai- pegawai tersebut yang teru s menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu seperti W.E Maxwell dan J. Crawfurd.

Hnaya selepas Perang Dunia Kedua terutamanya selepas kehadiran pegawaipegawai British yang baharu, bahasa Melayu menghadapi keadaan yang terancam. Menerusi nilai- nilai baharu, orang- orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan hidup mereka termasuk bahasa mereka diberikan nilai yang tinggi.

Bahasa Melayu dalam Zaman Baharu

Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad Ke- 20, semangat kebangsaan bergema dan orang- orang Melayu mualmengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan,, guruguru Malaysia, da ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita- cita ini. Akhirnya kejyaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa Bahasa kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu Dengan perakuan di atas, maka bermulalah era baharu bagi bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa penghantar , dan bahasa ilmiah di semua institusi pendidikan termasuk sekolah.

Bahasa Melayu dan Perancangannya

Perancangan bahasa bermaksud usaha- usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa kea rah taraf yang lebih maju. Di, Malysia , bada perancang bahasa ialah Dewan Bahasa Dan Pustaka yang ditubuhkan dalam tahun 1956, setelah bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan dan didapati perlu dimajukan bagi menjalankan semua beban tugas dengan berkesan. Pada peringkat pertama, keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang akan dibuat meliputi pengumpulan data dan penyusunan strategi bagi melancarkan kegiatan- kegiatan perancangan bahasa. Pada peringkat kedua pula, pelaksanaan rancangan rancangan yang telah disusun. Dua istilah bagi memperkatakan hal-hal yang berlaku digunakan iaitu pengekodan atau kodifikasi dan pemupukan. Pengekodan meliputi usaha-usaha kea rah penyerapan variasi bahasa. Pemupukan pula bermaksud menumpukan perhatian pada usaha- usaha untuk mengembangkan bahasa.

BANGSA MELAYU DEFINISI Bangsa atau orang Melayu itu mempunyai beberapa pengertian iaitu: 1. Melayu mengikut Perlembagaan Negara Malaysia. Di sini yang dikatakan Melayu ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam dan dia mestilah warganegara Malaysia. Pengertian dalam Perlembagaan itu telah termaktub pada Ceraian 160 Perlembagaan Malaysia. Ia telah wujud sejak Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu tahun 1957 dahulu. 2. Melayu dari segi suku bangsa, yang bermaksud mereka ini mestila dari keturunan suku Melayu dari segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu dan berkebudayaan serta beradat resam Melayu. Agama Islam tidak menjadi syarat. Suku Melayu jenis ini terdapat di Semenanjung Malaysia termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak, Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia, Pantai Timur Sumatera dari Tamiang hingga ke Palembang dan Bengkulu, di Kepulauan Riau-Lingga serta Bangka-Belitung. 3. Melayu dari suku bangsa mempunyai satu pengertian lagi, iaitu syarat beragama Islam Itu mesti ada, tetapi sebaliknya syarat keturunan darah suku Melayu ditiadakan. Ini bermakna jika terdapat suku lain memeluk Islam dan tinggal

dalam kalangan orang Melayu ia menjadi Melayu. Pertukaran agama menjadi Islam itu dikatakan masuk Melayu. Ini pernah berlaku di Sarawak Tanah Melayu, dan Sumatera Timur.

4. Melayu dari segi pengertian yang didukung oleh UNESCO. Mengikut kajian yang

dibuat oleh UNESCO Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi sederhana dan mereka ini adalah penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagascar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lawatan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur, kemudian dari Kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan. Dengan kata lain, Melayu di sini merupakan satu stok bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Malayo-Polynesia ( Melayu- Polinesia) atau Austronesia yang sering dipakai sekarang. Ini bermakna yang dikatakan Melayu itu merangkumi pelbagai suku kaum seperti Aceh, Batak, Lampung, Sunda, Jawa, Bugis, Filipino dan lain-lain.

ASAL USUL BANGSA MELAYU Untuk mengetahui asal usul sesuati bahasa, kita perlu mengetahui asal usul bangsa yang menjadi penutur bahasa itu. Bahasa dilahirkan oleh masyarakat penggunanya. Penguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun mereka pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Untuk mengetahui asal usul bahasa Melayu, kita perlu mengetahui asal usul bangsa Melayu. Pada masa ini ada dua teori yang cuba menerangkan asal usul orang Melayu. Teori pertama menyatakan bangsa Melayu berasal dari utara Asia Tengah dan teori kedua menyatakan bangsa Melayu memang sedia ada di kepulauan Melayu atau Nusantara. Ertinya, orang Melayu tidak datang dari mana-mana. Mereka adalah orang tempatan. R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi profesor di Institut Pengajian Asia, Iran. Beliau membuat kajian asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria itu membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan(beliung batu). Beliau mendapati kapak-kapak tuan yang diperbuat daripada batu ada di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawaddy, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang. Kapak-kapak dari bentuk dan jenis yang sama, juga dijumpai di beberapa tempat di

kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan, kapak-kapak tuan yang ada di Nusantara itu telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah kepulauan Melayu ini. Teori ini lemah kerana kapak-kapak seperti itu juga dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.

PERKEMBANGAN BANGSA MELAYU Pada asalnya, orang Yunnan itu ialah daripada kelompok Mongoloid, iaitu salah satu antara tiga jenis terbesar manusia di seluruh dunia. Dua lagi ialah Negroid dan Kaukasoid. Namun ada dua kelompok manusia lagi yang tidak dapat dimasukkan dalam ke dalam salah satu antara tiga tadi iaitu Khoisanoid dan Australomelanesoid. Manusia Australomelanesoid ini terdapat di Asia Tenggara- begitu juga dengan manusia jenis Mongoloid. Manusia Melayu termasuk ke dalam Mongoloid Selatan tetapi tidak sepenuhnya kerana banyak perbezaan manusia Mongoloid asli. Manusia Mongoloid terbahagi kepada dua pecahan iaitu Mongoloid Utara dan Mongoloid Selatan. Melayu itu percampuran daripada Mongoloid dengan Australomilanosoid dan menjadi Malayoid. Namun, unsur mongoloid lebih dominan. WAlaupun begitu, [erpindahan manusia dari utara ke Kepulauan Asai Tenggara tidak dominan sehingga menggerhanakan kewujudan Mongoloid Selatan dan Austrolomelanesia.

KESIMPULAN Bahasa Melayu mempunyai peluang yang cerah. Di samping itu, bahasa ialah teras kebudayaan. Kebudayaan sesuatu bangsa adalah berteraskan sesuatu bahasa. Kebangsaan negara kita mestilah berteraskan bahasa kebangsaan negara ini, iaitu Bahasa Melayu. Kesimpulannya, bahasa membentuk sesuatu bangsa. Bahasa itu bersifat manusiawi (human) kerana hanya manusia yang mempunyai sistem bahasa dan makhluk-makhluk lain seperti haiwan tidak mempunyai sistem bahasa. Pada masa yang sama, bahasa itu boleh dipelajari. Seperti yang kita tahu, kita perlulah mempelajari beberapa jenis bahasa agar ia dapat memudahkan kita merantau untuk mempelajari ilmu di negara luar. Selain itu kebudayaan bangsa yang tercipta menyebabkan timbulnya bangsabangsa lain. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam pembentukan bangsa. Walaubagaimanapun sebuah negara yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan bahasa sebagai contoh negara kita iaitu Malaysia. Malaysia merupakan negara yang berdaulat, terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Wujudnya keharmonian jika ada kesepakatan antara semua bangsa. Disamping itu perpaduan dapat dipupuk dan sekaligus menjadikan negara Malaysia negara yang aman damai di mata dunia.

BIBLIOGRAFI

. Buku:a) Abdullah Hassan, Isu-Isu Mengenai Fungsi Bahasa Melayu, dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia, Kuala Lumpur, Ogos 1995. b) A. Samad Ismail, Bangsa Malaysia Berdasarkan Bahasa Melayu, Pelita Bahasa, November 1995. c) Awang Sariyan, Sumpah Pemuda dan Kesannya Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa, Ogos 1995.
d) Abdul Rashid Melebek dan Juhari Moain, 2006. Sejarah Bahasa Melayu, Utusan

Publication & Distrubutors.


e) Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood,

2008. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka

Laman Web:a) http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/08/14-bahasa-dan-pemikiran.html


b) http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/07/maklumat-penting-12-julai-2007.html

c) fosee.mmu.edu.my/~maaroff/inklusif.doc