You are on page 1of 6

PPISMP PJK SJK(T) SEM 2

SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN TAJUK: KELAYAKAN MENDUDUKI KURSUS PENSIJILAN

KETERANGAN SIJIL / PERJALANAN KURSUS-KURSUS PENSIJILAN

1. KURSUS
Memenuhi syarat-syarat kemasukan kursus; Telah membuat pembayaran; dan Kehadiran perlulah sekurang-kurangnya 80 % bagi membolehkan meneruskan ke peringkat PENILAIAN PERTAMA.

2) PENILAIAN PERTAMA Bahagian A (Teori) - Perlu LULUS dengan markah sekurang-kurangnya 70%; dengan penilaian dibuat berdasarkan 70% markah pada peperiksaan akhir dan 30 % dari latihan di kelas-kelas kuliah. Bahagian B (Latihan Amali) - Pelu LULUS dengan markah sekurang-kurangnya 70% dengan penilaian dibuat berdasarkan 100% pada peperiksaan akhir.

3) PENILAIAN KEDUA Bahagian C - Latihan di Lapangan - Untuk tempoh lebih kurang enam (6) bulan latihan. - Markah pula dinilai berdasarkan kefahaman teori dan praktikal serta menggunapakai apa yang telah dipelajari serta penambahbaikan kepada sistem sedia ada. - Panel Penilai bersetuju menetapkan bahawa markah yang melebihi 80% dari laporan di lapangan yang telah disemak akan terus diKOMPETENkan tanpa perlu melalui sesi temuduga.

4) PENILAIAN KETIGA
Temuduga kepada mana-mana peserta yang markah laporan di lapangan yang dinilai berada pada bawah paras kompetensi (markah 80%) Temuduga pula dinilai berdasarkan kepada laporan yang tidak disertakan apa-apa dokumen sokongan seperti yang ditulis serta bahan bukti yang tidak mencukupi dalam laporan. Panel Penemuduga pula berhak membuat apa-apa keputusan seperti mengarahkan peserta untuk menjalani latihan di lapangan semula atau menyediakan laporan yang baru atau hanya menghantar dokumen tambahan sebagai pelengkap kepada laporan sedia ada.

5) Sijil-sijil berkenaan pula dikeluarkan berdasarkan merit berikut;

Sijil Kehadiran Part I - Lulus salah satu daripada peperiksaan pensijilan (Bahagian A atau Bahagian B) Part II - Lulus kedua-dua peperiksaan pensijilan (Bahagian A dan Bahagian B) Part III - Telah menghantar laporan dan disahkan oleh Jawatankuasa untuk layak dianugerahkan dengan sijil kompetensi. - Juga dikenali sebagai SIJIL KOMPETENSI (PROFESSIONAL BERTAULIAH)