NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6/ SEPTEMBER 2012

HBAE 1403 MENGGAMBAR

NO. MATRIKULASI NAMA NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

680621085206001 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI 680621085206 012-7674729 Anne5206@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

ISI KANDUNGAN
1

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

BIL 1 2 3

TAJUK/SUBTAJUK PENGENALAN DEFINISI MENGGAMBAR FUNGSI MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN & KEINGINAN ASAS KANAKKANAK MEDIA DALAM KEGIATAN MENGGAMBAR TEORI LOWENFELD KEPENTINGAN MENGGAMBAR KARYA MURID & KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

MUKA SURAT 3 3 3–4

4

5–6

5 6 7 8

6 – 10 11 – 12 13 13 - 19

9 10

20 21

2

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

PENGENALAN Menggambar merupakan bidang pertama daripada empat bidang yang diajar di dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Menggambar juga merupakan bidang paling asas berbanding tiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang menggambar juga menegaskan

perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik Kegiatan yang boleh dijalankan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, percikan, resis, gosokan dan mozek. DEFINISI MENGGAMBAR Menggambar bermaksud membuat atau menghasilkan gambar. Ia merupakan satu

representasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata atau 2D. Penghasilan kerja-kerja seni atau menggambar khasnya yang menggunakan pelbagai alatan, media dan teknik sememangnya dapat menarik minat murid. Pelbagai tekstur, warna dan saiz kertas boleh digunakan. Selain itu, kertas suratkhabar, sampul surat, kertas

pembungkus hadiah, majalah, kertas tisu, kadbod dan sebagainya boleh digunakan dan disesuaikan dengan karya yang hendak dihasilkan. Dalam aktiviti menggambar, alat tulis sama ada berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Media kering seperti pensel, pensel warna, pen teknikal, krayon, oil pastel dan arang sesuai digunakan untuk aktiviti lukisan. Sementara media basah pula seperti warna air, warna poster, akrilik, cat minyak dan sebagainya sesuai digunakan untuk aktiviti catan. FUNGSI KEGIATAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN

PSIKOMOTOR , KOGNITIF , EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang

dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

3

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. 1. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikanseni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Di dalam aktiviti menggambar, penggunaan pensel krayon mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak berusia 7 ke bawah, memandangkan saiz pensel krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya

memberikan kanak-kanak saiz pensel warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensel tersebut. Pensel yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensel dengan kemas. Kemahiran genggaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Seperti menulis, menggambar dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan tulisan atau bentuk gambar yang lebih baik. 2. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Menggambar dalam bentuk apapun

merupakan ekspresi dan sebahagian dari proses kreatif dan imaginasi mereka di masa kecil. Dengan menggambar, anak akan belajar mencipta atau berkreativiti,

mengeluarkan idea-idea, serta memvisualisasikan dan merealisasikan imaginasinya dalam sebuah karya. 3. Aspek Sosial dan Emosi Menggambar memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan Keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Menggambar dapat membantu meningkatkan daya tumpuan, melatih daya ingatan, kesabaran, ketelitian dan ketekunan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu. Selain sebagai bentuk ekspresi, menggambar juga dapat membantu menyalurkan bentuk-bentuk emosi yang dirasakan kanak-kanak melalui gambar. Sebagai contoh, aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Aktiviti menggambar memberi peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Selain itu, semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan
4

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

juga dapat dibentuk. MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Setiap orang di muka bumi ini menginginkan sesuatu. Keinginan ini merupakan suatu kehendak bagi setiap manusia supaya kehidupan menjadi lebih selesa dan sempurna. Bagi kanak-kanak, pelbagai keinginan asas yang mereka perlukan bagi melancarkan perkembangan hidup mereka secara normal. Keinginan-keinginan ini penting bagi perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Adalah menjadi tanggungjawab individu yang berada di sekeliling untuk memenuhi keinginginan kanakkanak ini agar emosi mereka akan berada dalam keadaan stabil. Antara keinginan asas kanak-kanak ialah, 1. Keinginan untuk bergerak Secara zahirnya, setiap kanak-kanak gemar untuk bergerak. Had masa kanak-kanak boleh fokus terhadap sesuatu perkara adalah antara 3 hingga 5 minit sahaja. Jika melebihi had tersebut, kanak-kanak akan mula bergerak. Antara contoh perkara yang dilakukan apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian adalah apabila mereka mula menggoyangkan badan mereka, mencuit-cuit rakan sebelah, membuat bising dan sebagainya. 2. Keinginan untuk Berjaya dan Diperkenankan Kebiasaannya, kanak-kanak akan merasa gembira apabila mereka diberi penghargaan. Penghargaan positif perlu diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka lebih bermotivasi dan akan mengulang perlakuan yang mereka lakukan kerana bagi mereka perlakuan yang telah dilakukan telah diperkenankan oleh orang sekeliling. Setiap aktiviti yang dirancang oleh guru prasekolah atau individu sekeliling mestilah mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya. Masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa seronok. 3. Keinginan untuk Bersaing Persaingan merupakan suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak amat kompetatif apabila melakukan aktiviti permainan. Bagi kanak-

5

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

kanak, mereka ingin menunjukkan diri mereka hebat. Contohnya apabila rakan mereka dapat menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak, mereka keinginan mereka bersaing terserlah apabila mereka terus berusaha supaya mereka boleh mengalahkan rakan mereka. 4. Keinginan untuk Meneroka dan Mengembara Aspek ini boleh dilihat apabila kanak-kanak yang mempunyai kebolehan verbal yang tinggi akan banyak bertanyakan soalan kepada orang dewasa. Soalan seperti “apa tu?”, “kenapa jadi macam tu?”, “yaya nak buat.” dan banyak lagi. Keinginan ini juga boleh diperhatikan apabila orang dewasa membawa kanak-kanak taman permainan. Kanak-kanak ini bagaikan baru terlepas dari kandang kerana mereka berlarian untuk bermain dan mencuba setiap jenis permainan yang ada. 5. Keinginan untuk Melahirkan Perasaan melalui Pergerakan Keinginan ini boleh diperhatikan apabila kanak-kanak mula berdiri. Sebagai contoh, sedarkah anda apabila kita memasang lagu atau muzik, kanak-kanak yang baru belajar berdiri ini akan terikut-ikut menggerakkan badan dan kaki mereka. Mereka seakanakan sedang menghayati dan terangsang untuk bergerak mengikut lagu yang dipasang. Kanak-kanak ini boleh memberi respon yang baik kepada muzik dengan mengikut rentak dan irama melalui pergerakan yang dihasilkan.

MEDIA DALAM BIDANG MENGAMBAR Seperti yang dinyatakan terdahulu, terdapat sembilan aktiviti dalam bidang menggambar. Terdapat dua jenis media yang terlibat dalam bidang menggambar iaitu media kering dan media basah. Media merujuk kepada alat atau bahan utama digunakan dalam sesebuah karya seni. Contoh media-media kering ialah pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Manakala media basah pula ialah warna yang bersifat basah atau

berminyak. Sebagai contoh, cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanya boleh dicairkan menggunakan air. Antara media basah lain yang menggunakan air ialah cat poster, cat akrilik, dan cat tempera.

6

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Media Kering 1. Pensel Dibuat daripada arang dan tanah liat. Pensel jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

2. Arang Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

3. Media Pen dan Dakwat Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci.
7

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

4. Media Pastel Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan

menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal.

Oil pastel

Soft pastel

Media Basah 1. Cat Air Secara asasnya, catan cat air merupakan catan yang bersifat lebih

lutcahaya (transparent) atau kelihatan nipis atau kurang warna . Catan cat air jarang menggunakan warna putih kerana dalam catan cat air, warna putih biasanya diwakili
8

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

oleh warna putih dari kertas yang digunakan. Oleh itu warna pada catan cat air biasanya kelihatan lebih pudar berbanding warna pada catan cat poster dan catan akrilik. Ada juga catan cat air yang menggunakan teknik yang lebih legap atau tebal (opaque).

2. Cat Poster Biasanya catan cat poster ini bersifat legap dan 'garang'. Warna putih digunakan untuk dapatkan bancuhan warna lebih cerah. Warna poster ni paling sesuai digunakan untuk buat poster. Ciri-ciri poster ialah menonjol, menarik, dan boleh menarik

pembaca/pembeli. Teknik yang digunakan pada catan cat air masih boleh digunakan pada catan cat poster kerana perbezaannya yang tidaklah terlampau ketara.

3. Cat Akrilik Sifatnya hampir menyerupai cat minyak. Catan ini kurang menggunakan air dan

sifat legapnya sangat tinggi berbanding cat poster. Pengkarya boleh menggunakan teknik catan cat air dan juga teknik catan cat minyak pada catan cat akrilik. Ini kerana apabila dibancuh dengan air, ianya akan menjadi cair seperti cat poster dan sesuai digunakan atas kertas cat air. Jika tidak dibancuh atau digunakan terus
9

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

dari tiub, ia akan menjadi seperti cat cat minyak dan sesuai untuk permukaan kanvas.

4. Cat Minyak Cat minyak sangat likat, pekat, bersifat legap secara maksimum dan tidak boleh dibancuh dengan air. Cat minyak hanya boleh dibancuh dengan minyak dan minyak yang biasa digunakan untuk cat minyak ialah minyak linsid. Berus dan bahan digunakan untuk catan ini dibersihkan menggunakan pencair seperti turpentin (minyak tanah) dan thinner.

TEORI PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK OLEH LOWENFELD DAN BRITAIN Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih teori yang diperkenalkan oleh Lowenfeld untuk membincangkan hasil karya murid dengan kepentingan menggambar dari aspek kognitif, psikomotor serta emosi dan sosial.

10

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling ( 2 – 4 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic ( 4 – 7 tahun ) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. (c) Peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)

11

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

KEPENTINGAN MENGGAMBAR Melalui kegiatan menggambar, murid dapat : 1. Berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain iaitu rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain. 2. Meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

12

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

HASIL KARYA MURID DAN KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Aktiviti melukis dikatakan sebagai satu aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Proses melukis yang menjurus kea rah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak selain

berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

Karya 1

13

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Karya ini menunjukkan dua buah lukisan lakaran pensel tidak berwarna di mana lukisan A dilukis oleh kanak-kanak berusia 12 tahun, sementara lukisan B dilukis oleh kanak-kanak berumur 4 tahun. Menurut Lowenfeld (1982), kanak-kanak melalui peringkat perkembangan artistik yang berbeza. Pada usia 4 tahun, iaitu peringkat Preschematic, kanak-kanak cenderung mencuba melukis objek di sekeliling dengan menggunakan garisan dan bulatan. Ciri ini jelas dapat dilihat pada lakaran B. Kanak-kanak ini cuba meniru lakaran A yang dibuat oleh abangnya. Tetapi hasil lakarannya terdiri dari beberapa garisan dan bulatan. Lakaran A pula ialah peringkat pseudonaturalistic atau reasoning, di mana lukisannya tampil dengan konsep realistic, kedudukan dan saiz rasional imej. Lukisan ini dihasilkan berdasarkan watak „ultraman‟ yang sangat dikagumi oleh kanak-kanak melalui tontonan televisyen. Dari aspek psikomotor, penggunaan pensel sebagai alat melukis menunjukkan kemahiran genggaman kanak-kanak A lebih baik berbanding kanak-kanak B. Ini

B

menunjukkan kanak-kanak A mempunyai kekuatan otot dan kawalan psikomotor yang lebih baik. Bagi kanak-kanak B, lebih banyak latihan menggambar mungkin dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan bentuk gambar yang lebih baik. Dari aspek kognitif pula, kanak-kanak ini berani mengeluarkan idea mereka dan dapat melukis gambar tersebut dengan lengkap walaupun tidak setepat watak „ultraman‟ yang sebenar. Ini menunnjukkan mereka dapat menyelesaikan masalah mengikut tahap umur mereka. Dari aspek sosial dan emosi pula, jelas kanak-kanak B mempunyai keyakinan diri kerana walaupun lakarannya jauh berbeza dari lakaran abangnya, dia tetap mahu lakaran digandingkan bersama lakaran abangnya. Bagi kanak-kanak A pula, seharusnya dia
14

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

menghormati lukisan kanak-kanak B yang menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Lukisan ini juga merupakan satu cara mencapai kepuasan diri. Melalui lukisan, kanakkanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Lukisan ini juga memberikan kepuasan kepada mereka kerana dapat meluahkan apa yang dilihat ( watak „ultraman‟ ) dan memindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej mengikut tahap pemahaman mereka.

Karya 2

Gambar ini ialah lukisan pemandangan di halaman rumah kampung yang menggunakan pensel. Karya ini dihasilkan oleh kanak-kanak berusia 12 tahun. Karya ini jelas

menunjukkan tahap psikomotor yang baik kerana imej dan figura yang terdapat dalam lukisan dapat dibentuk dengan baik dan kemas. Terdapat unsur-unsur seni yang baik seperti garisan, rupa, bentuk dan ruang. Prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni dan imbangan juga jelas

kelihatan. Menurut teori perkembangan seni kanak-kanak oleh Lowenfeld, kanak-kanak ini berada pada peringkat Pseudonaturalistic iaitu penerapan konsep realistik di dalam lukisan mereka. Lukisan ini mungkin dihasilkan dari pemerhatiannya ketika melihat beberapa kanakkanak bermain buih sabun di halaman rumah. Lukisan juga menunjukkan beberapa keinginan asas kanak-kanak dapat dipenuhi iaitu keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Melukis gambar ini dapat memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitarannya. Di samping itu, kanakkanak juga dapat meningkatkan daya kreativiti serta meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan lukisan iaitu pensel.

15

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak ini berjaya memvisualisasikan dan merealisasikan imaginasinya ke dalam sebuah karya yang menarik.

Karya 3

Karya 3 menggunakan media kering oil pastel. Penggunaan media ini memang sesuai dengan murid-murid sekolah rendah. Pensel pastel yang terdapat dalam saiz kecil dan besar boleh disesuaikan dengan kemahiran kanak-kanak yang menggunakannya. Pelukis nampaknya cekap mengendalikan pensel pastel dengan baik dan kemas. Selain itu, warna oil pastel yang terang dapat menarik perhatian kanak-kanak serta menyerlahkan karya mereka. Karya menunjukkan pelukis berada dalam peringkat Schematic iaitu 7 – 9 tahun. Pada peringkat ini pelukis cenderung melukis objek dengan menekankan penyusunan objek dalam imej. Contohnya, pelukis cuba membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua Objek di bahagian satah bawah dilukis secara

bahagian iaitu satah udara dan tanah.

melintang. Pelukis juga mula mengaplikasikan ton warna di dalam lukisannya. Pelukis dapat menunjukkan daya sensitiviti pancainderanya. Karya juga melambangkan keinginan pelukis meluahkan ideanya dan mula memahami aspek estetik iaitu konsep keindahan dan kecantikan. Dari aspek sosial dan emosi pula, pelukis menunjukkan kesabaran dan ketelitian dalam menghasilkan karyanya. Karya ini juga mempamerkan emosi pelukis yang merasakan

ketenangan melalui lukisannya. Karya 4

16

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Karya ini menggunakan krayon sebagai medianya. Melalui karya ini dapat dipastikan pelukisnya mungkin dalam peringkat Preshcematic iaitu 4 – 7 tahun, mengikut Lowenfeld. Krayon mungkin sesuai dari segi pengendaliannya sebagai media kering tetapi agak kurang sesuai dari segi saiznya. Saiznya yang kecil menyebabkan kesukaran kanak-kanak

memegang atau menggenggam. Bagaimanapun, kecekapan genggaman dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Peringkat preschematic mempunyia ciri-ciri seperti kecenderungan pelukis melukis objek yang terdapat dipersekitarannya . Figura dalam lukisannya mempunyai karakter tangan dan kaki yang dilukis seolah-olah terapung dengan saiz imej yang berbeza-beza. Pelukis juga belum dapat menggunakan garisan horizon. Menurut Mok Soon Sang (2011), pada peringkat perkembangan fizikal (sensori-motor), kanak-kanak 3 – 4 tahun sudah boleh melukis gambar orang serta mengorganisasi lukisan secara terperinci pada usia 6 – 8 tahun. Pelukis juga sudah boleh bereksperimentasi dengan warna dalam lukisannya, contohnya bunga dengan warna merah, matahari berwarna kuning dan jingga, dan awan yang berwarna biru. Emosi yang dipamerkan melalui karya ini ialah tentang kerinduan pelukis terhadap rumah serta suasananya. Mungkin pelukis berada jauh dari rumahnya semasa menghasilkan karyanya.

Karya 5

17

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR 2002, penggunaan media basah berasaskan air dan minyak mula diperkenalkan dalam Tahun 2 persekolahan. Karya ini

dihasilkan menggunakan cat poster. Cat poster merupakan media basah yang berasaskan air. Karya menunjukkan pelukis menyedari tentang wujudnya rupa asas geometri seperti bulatan dan segi tiga di persekitaran dan mengaplikasikannya ke dalam karyanya. Penggunaan cat poster tidak begitu kemas pada bahagian latar belakang. Pelukis juga belum mempamerkan kecekapannya menggunakan berus untuk menghasilkan catan yang kemas. Mungkin kanakkanak pada peringkat ini harus dibantu dari segi pemilihan berus yang sesuai. Langkah ini membolehkan objektif ke-6 dalam Huraian Sukatan Pelajaran PSV Tahun 2 iaitu

menggunakan beberapa teknik dan proses menghasilkan kerja Seni Visual melalui penerokaan terhadap alam bahan dan bahan kutipan dapat dicapai. Catan ini juga menepati ciri- ciri yang terdapat pada peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun), di mana penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek. Terdapat nilai estetik

yang ingin disampaikan oleh pelukis iaitu penghargaannya terhadap keindahan dunia hidupan di dasar laut.

Karya 6

18

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Karya seterusnya menggunakan cat air oleh pelajar berumur 13 tahun. Pelukis cuba menerapkan pencahayaan melalui ton warna pada objek buah-buahan. Tetapi tiada aspek pencahayaan dan ton berlaku pada latar belakang catan. Penggunaan warna pada bahagian latar kurang kemas. Penguasaan pelukis terhadap pemilihan alat dan bahan yang sesuai untuk mewarna masih kurang baik. Penggunaan berus boleh digantikan dengan span untuk

mendapatkan kesan yang lebih kemas pada bahagian latar catan. Berdasarkan teori Lowenfeld, peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12 – 14 tahun) ini, pelukis menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mempunyai kecenderungan melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek yang dilihat berbanding imaginasi. Pada peringkat ini, perasaan malu dan rendah diri menguasai sekiranya karya yang dihasilkan tidak menarik. Pelukis dapat mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka seperti yang terdapat dalam objektif PSV bagi Tahun 6 iaitu meningkatkan pengetahuan Asas Seni Reka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan karya.

KESIMPULAN

19

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar

menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Guru pula perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanakkanak melalui pemikiran dan pengalaman.

BIBLIOGRAFI
20

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

Abdul Shukor Hashim et. al., (2011). Perkembangan seni kanak-kanak. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rousliluddin Ambia et. al., (2011). Pengenalan pendidikan seni visual. Seri Kembangan : Open University Malaysia. Victor Lowenfeld, (1987). Creative and mental growth. New York : Mc.Millan. Zulkifli Yaakob, (2010). Seni dalam pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://artaddictclub.blogspot.com/2012/09/catan-media-basah.html - diakses pada 15/11/12, 3.44pm http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/lukisan_15.html - diakses pada 11/11/12, 10.38pm http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html - diakses pada 16/11/12 12.46pm http://leepohhong.blogspot.com/2011_12_01_archive.html - diakses pada 14/11/12, 1.45am http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html - diakses pada 11/11/12, 11.21 pm http://shydatulhushna.blogspot.com/ - diakses pad 12/11/12, 3.25am http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html - diakses pada 11/11/12, 2.48pm http://www.slideshare.net/vanithana/kanak-12857349 - diakses pada 10/11/12, 1.23am http://zali-mrj.blogspot.com/ - diakses pada 11/11, 7.41pm

21

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI- 680621085206001 HBAE 1403

22

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful