PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL WAJ3104

LITERASI BAHASA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Melaksanakan Aktiviti Prabacaan 1. ………………………………. Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.1 Hasil Pembelajaran 2. Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul . ……………………………….2 Kerangka Tajuk ……………………………….0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.0 Sipnosis 2.2 Kerangka Tajuk ……………………………….

Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda.PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: vi . dan masa anda. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. sumber-sumber pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

vii . Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) 1 Kredit Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) Latihan Amali* Perbincangan Atas Talian Kerja Kursus Ulangkaji Amali/Peperiksaan Jumlah Jam Pembelajaran 10 7½ 20 10 2½ 120 10 10 7½ 20 10 2½ 5 5½ 20 10 2½ 80 5 8 5½ 20 10 2½ 5 5½ 15 5 2½ 40 5 5 5½ 15 5 2½ 70 60 70 62 70 65 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk.

viii . Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. 3. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu.PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. 2. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Teliti maklumat yang diterima. 7. 1. 6.

Tajuk-tajuk dalam modul. . Penerangan ringkas kursus berkenaan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut: 1. 5. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu. 3. 2.Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan. 4.

Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad . Melaksanakan Aktiviti Prabacaan    Pengamatan Penglihatan Pengamatan Pendengaran Pergerakan Tangan dan Mata 1 2 2.AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: _______________________________________________ Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Fonik 3. JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS INTERAKSI TAJUK/TOPIK 1.

Membuat Rakaman Bunyi-bunyi dengan Menggunakan Alat Perakam Digital 15. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik 8. Berpasangan dan Berkumpulan 13.4. Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu 2 2 3 2 5 2 JUMLAH 10 . Bengkel Pembelajaran Secara Individu. Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka 12. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual 9. Bengkel Pembinaan Bahan Pemulihan dengan Power Point 14. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Pandang dan Sebut 2 5. Bengkel Aktiviti Pratulisan 6. Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bukan Elektronik 4 11. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 10. Bengkel Aktiviti Mekanis 7.

Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel. dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar.) -----------------------------------------------------------------------------------------------------------CATATAN: 1. 2. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN    SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)  KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu.5 3. . Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar. OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14 SUB TAJUK – 12 ISI KANDUNGAN – 12 c) SPACING : 1.

peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Menurutnya. saiz. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. semula jadi dan buatan). ibu bapa dan guru. usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia. suara (mekanis. .1 SINOPSIS Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep Prabacaan Bentuk Aktiviti Prabacaan Aktiviti-Aktiviti Prabacaan Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental. “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu. yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. kenderaan. perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik. memperkukuh asas membaca dan seterusnya.WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN 1. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan. emosi dan fizikal. keupayaan mata mengecam bentuk. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. haiwan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan.

Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan. Ismail Zakaria. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah. . latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan). tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan berterusan. Juriah Long et. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama.1 Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) Merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) Berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah) Berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca) Berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi) Rajah 1. Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. kemahiran pengamatan pendengaran.

Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan. VII. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. 2. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. 4. II.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pusat Perkembangan Kurikulum. VI. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. Menjelaskan konsep prabacaan. Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca. . 3. III. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza. iaitu. I. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna. Kemahiran mengenal semua huruf. anda seharusnya dapat: 1. 1. VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna. IV. V.

bentuk-bentuk pengamatan. jenis-jenis aktiviti bagi setiap pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan. Leaner .1 Konsep Pengamatan Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami aktiviti prabacaan.3 Proses Pengamatan Janet W.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang konsep pengamatan. Leaner. 1.4.2 Kerangka Tajuk 1. hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. 1971). sila teliti kerangka tajuk di bawah. Menerima Rangsangan Merakam Maklumat Bertindak Balas (Respon) Memproses Maklumat Rajah 1.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 1. Pengamatan Penglihatan BENTUK PRABACAAN Pengamatan Pendengaran Pergerakan Tangan dan Mata Laksanakan Latihan Rajah 1. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria.

I.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita. gambar bersiri. 2002). iaitu diskriminasi penglihatan. Pendengaran (diskriminasi pendengaran. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al.4. rajah ayau latar bertindih. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya. Bentuk Pengamatan Penglihatan. kordibasi mata dan tangan. Pergerakan tangan dan mata. pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. 1. Penglihatan (diskriminasi penglihatan.3. ingat kembali. . ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah. ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual-kinestetik) II. ingatan pendengaran dan integrasi visual-pendengaran) III. (a) Diskriminasi Penglihatan.Oleh itu.4.3 1.1 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan. mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.2 Berikut Komponen dan Bentuk Pengamatan ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.turutanmenyudahkan atau melengkapkan. pertalian jarak (ruang). 1. pembalikan.4. Penerimaan Proses Data Tindak Balas Rajah 1. orientasi kedudukan.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.

gambar. bentuk geometri. Contoh 1: Bulatkan Gambar yang Sama Contoh 2: Bulatkan Bentuk yang Sama Contoh 3: Tandakan ( ) warna yang sama .WAJ 3104 LITERASI BAHASA Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek. huruf dan perkataan. (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA (ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama. Contoh 1: Tunjukkan saiz yang tidak sama Contoh 2: Bulatkan bentuk yang tidak sama Contoh 3: Tandakan (x) yang ganjil .

Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan . murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar. Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Contoh 1: Lihat dan ingat gambar (c) Orientasi Kedudukan. Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar.WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Ingat Kembali.

ibu mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. perkaitan pendengaran. iaitu diskriminasi pendengaran.4. bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya.3. 1. Latihan Berdasarkan aktiviti di atas. murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang.WAJ 3104 LITERASI BAHASA (d) Mazing atau Cari Jalan Keluar Dalam aktiviti ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran menyelesaikan masalah.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran. Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran. penerimaan pendengaran. ingatan pendengaran. melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. (a) Diskriminasi Pendengaran Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan Ayam Betina Anak Ayam Ayam Jantan .

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan 1. GAMBAR (b) Menyalin Corak. objek atau huruf yang lengkap. BUAT BBM 1. Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar. guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik. terarah dan berfokus. . iaitu menyambungkan titik dan menyalin corak. kurang titik. berpandu. Terdapat dua yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu. (a) Menyambung Titik.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata. Oleh itu. Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas.4. HURUF 2. diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali.

2. Latihan membaca frasa dan ayat. membaca frasa dan ayat.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. 2. Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf. Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini. 3. anda seharusnya dapat: 1.1 SINOPSIS Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik menekankan beberapa aspek berikut:     Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf. Latihan membatang suku kata dan perkataan. . pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas KIA2M.WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 2 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK 2. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M. Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan. Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M.

2. Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami kaedah fonetik. Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Arahan Pembelajaran: 1. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam portfolio anda. sila teliti kerangka konsep berikut: KAEDAH FONETIK Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf Latihan membatang suku kata dan perkataan Latihan membaca frasa dan ayat Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik . 3. 2.

2. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan.4. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid. Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang).WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2. Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. seperti berikut: Bunyi vokal a e i o u aaaa eeee iiiii oooo uuuu . Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan. hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

sebaliknya diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Bunyi konsonan b c d f g h j k l m beh ceh deh feh geh heh jeh keh el em n p q r s t v w y z en peh qeh rer sss the vev weh yeh zez Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata. [ a ] (aaa) = [ ba ] [ j ] (jeh). Contoh: Perkataan “baju” dieja dengan bunyi huruf: [ b ] (beh). Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. [ u ] (uuu) = [ ju ] = [ ba ] + [ ju ] = [ baju ] Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan. suku kata pula .

Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. Kelemahan:      Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya. Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf . kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataanperkataan. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan baharu. walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan baik.WAJ 3104 LITERASI BAHASA dibina. Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar. Contoh: Ini baju saya Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan   Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang bersifat fonemik.   Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

2. Membunyikan huruf vokal: a e e i o u ii. pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a – z Contoh: i. bagaimana anda melaksanakannya? 2.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Perbincangan Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran bahasa Melayu. Membunyikan huruf konsonan b d f g h j .2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK Dalam bengkel kaedah fonetik pelajar perlu melaksanakan beberapa latihan/aktiviti berikut: 2.4.4.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan Bunyi Huruf Dengan menggunakan bahan bantu belajar.

selesai membunyikan kesemua huruf. pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan membatang suku kata Contoh: a d g k da ga ka e de ge ke i di gi ki o do go ko u du gu ku (b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku kata. Contoh: a i u 2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf .2.4. Contoh: dada gigi dadu kuku daki dagu kaki kuda kaku duka .WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kemudian.

pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan membaca frasa.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2. dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki: (a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah kaedah fonetik .2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk Melaksanakan Kaedah Fonetik Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah fonetik.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Contoh: ini kuda kuda Ali lari laju (b) Latihan membaca ayat yang lengkap.4.2.4. Contoh: Ini kuda Ali Kuda Ali lari laju 2.

edu. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik.my/psb/index2. 2. dan anda dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut.WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari.my/20070808/jom-kenali-kaedahmengajar-membaca-sukukata/ . Latihan 1.uum.geocities.com.php?option=com_content&do _pdf=1&id=56 www. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan eletronikyang anda bina sendiri.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca . anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah. http://cmslib. http://blog.cepatbaca.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 3 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD 3.1 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut:     Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar. perkataan dan frasa.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. anda seharusnya dapat: 1. . Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat. Latihan membaca ayat 3. berkesan dan difahami. Latihan menyebut pola suku kata v dan kv. Latihan mengeja suku kata. 4. 3. Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan murid. Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad. Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca kaedah abjad. 2.

perkataan dan ayat. al (1994).4. Latihan membaca ayat Menggunakan Bahan Bantu B l j Laksana Latihan 3. sebaliknya menguasai beberapa beberapa huruf sahaja untuk mempelajari suku kata. perkataan dan frasa. Setelah itu diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan.3 KERANGKA TAJUK Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca. Menurut Juriah Long et. Kaedah Abjad Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar. Latihan menyebut pola suku kata v dan kv. Latihan mengeja suku kata. sila teliti kerangka tajuk di bawah. 3. Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan. murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan. .1 Konsep Membaca Kaedah Abjad.

Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan   Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Zulkifley hamid (1994) berpendapat. Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu. mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. Manakala. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan. Dengan kata lain. Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Kelemahan:  Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah. . huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000). Teknik latih tubi menyebut nama huruf.WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. biasanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.   Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. (a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah A B a b C c D d E F e f G H g h I J i j K k L l M m N n O o P Q R S T U V W X Y Z p q r s t u v w (b) Menyebut nama-nama huruf x y z Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.  Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.4. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV. 3. Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii =e = bi = si = di = ei = ef = gi = ech = ai Jj Ky Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr = jay = kay = el = em = en =o = pi = kiu = ar Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Yy = es = ti = yu = vi = dabliu = ex = wai = zek 3.4.  Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z. (a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn Huruf Vokal Aa Ee Ii Oo Uu Ee Huruf Konsonan Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt Vv Ww Xx Yy Zz .

na na ...... (a) Menyebut suku kata..... perkataan dan frasa i.... ki a ..... bu ma ........bu sa .........si na......WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv Contoh 1: Sebut suku kata di bawah bu da ci lu ya ji bi da lu bu na tu sa a u i 3....... si na ...4 Latihan Menyebut Suku Kata. na i ... ni ku .....bu i.......4.ni ka ..ki sa...ku sa....... ni a..bu na.ku ka.. Perkataan dan Frasa..ni ku.. perkataan dan frasa Contoh 1: Sebut suku kata.ni ini abu ibu nasi nani kuku kaki sani ini abu ini abu ibu sani ibu sani nasi nani nasi nani kuku kaki kuku kaki ...

ini kuku kaki sani ini kuku kaki sani .4. ini nasi sani ini nasi nani. (a) Membaca ayat ini ibu abu ini ibu abu. sani.WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3. mana ibu abu sani mana ibu abu.5 Latihan Membaca Ayat. mana nasi sani ibu mana nasi sani ibu.

BIBLIOGRAFI ( IKUT FORMAT APA) .

com KELAYAKAN Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (dengan kepujian) Universiti Malaya Diploma Pendidikan .Pengajian Melayu Institut Bahasa Sarjana Pendidikan . EMEL: sheikhroslam@gmail.21 Tahun Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu .com.Kesusasteraan Melayu (UPSI) PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu . KAMPUS KOTA BHARU. JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU.my PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu/Sastera Melayu . KAMPUS KOTA BHARU EMEL: aminsal1362@yahoo.5 Tahun AMINUDDIN BIN MAMAT PENSYARAH.14 Tahun Pensyarah .5 Tahun KELULUSAN: Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM Master Sastera UPM Sijil Perguruan IBKL (NAMA) (JAWATAN) (EMEL) (KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (PENGALAMAN KERJA) .PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA SHEIKH ROSLAM SHEIKH ABDULLAH PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU.

IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful