P. 1
SUMBANGAN SUN YAT SEN

SUMBANGAN SUN YAT SEN

|Views: 395|Likes:
Published by Munirah Mansor
HISTORY
HISTORY

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Munirah Mansor on Feb 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/30/2015

pdf

text

original

JM10790/10

JMS 319

KANDUNGAN

Pendahuluan

2

Faktor-Faktor Berlaku Revolusi

3

Peranan Sun Yat-Sen

4

Kesimpulan

11

Lampiran

12

Bibliografi

13

Pergerakan anti-Manchu mula kedengaran di sana sini. Sun Yat-sen.Oxford Uni. Y. Beliau telah dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang-shan sebuah kampong 40 batu di selatan Canton. PENDAHULUAN Selepas bertahun-tahun rakyat Cina menderita dengan keadaan politik. Dr Sun Yat-sen spent his years in exile. Pada peringkat awal. Revolusi telah mengakhiri pemerintahan imperial China dan membuka kepada pemerintahan republik. Selepas revolusi. dikenali sebagai Bapa Revolusi China. bincangkan peranan Sun Yat-sen dalam Revolusi 1911 di China. Rakyat China memerlukan revolusi iaitu membuang order lama dan menubuhkan republik. Dr Sun Yat-sen telah mengetuai Koumintang. iaitu satu parti nasionalis yang menyatukan dan menguatkan China. sailing several times around the world to campaign for the Chinese Revolution. . Beliau selalu digelar sebagai Bapa Republik China. Dr Sun Yat-sen adalah alat yang digunakan oleh The Hidden Hand untuk membuang sistem monarki China. hlm. Memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Kita boleh mengkaji pertumbuhan nasionalis China jika kita menelusuri sejarah karier „Bapa Kongsi Gelap China‟ Dr. ekonomi dan sosial yang tidak stabil di China maka munculah gerakan-gerakan nasionalis Cina yang menghendaki revolusi. Sun Yat –sen(1866-1925).454. He became a “globetrotter with a cause”.The Rise of Modern China – Fourth Edition. Dr Sun Yat-sen tidak asing bagi kita.Press. 1 Beliau mula memasuki alam persekolahan pada usia 6 tahun. Dr Sun Yat-sen adalah pemimpin revolusi China. (1990).” Berdasarkan pernyataan tersebut. Hsu.JM10790/10 JMS 319 Soalan 2 “From 1895 until 1912. abangnya telah menjemput Sun Yat-sen mengikutnya ke Honolulu tetapi tidak mendapat kebenaran oleh keluarganya kerana pada masa 1 Immanuel C.

Selepas mendapat diploma perubatan dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau. beliau berpindah ke Canton dan menyumbang perkhidmatan percuma kepada mereka yang memerlukan. Di Hawai beliau memasuki Sekolah Lolani Mubaligh Anglican. hlm 10. Tujuannya ini semata-mata untuk mendapat sokongan daripada orang ramai3 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU REVOLUSI a) Kelemahan kerajaan Manchu i. Kerajaan Manchu juga sering mengalami kekalahan dalam peperangan-peperangannya dengan Barat. Sejarah China Moden. Universiti Malaya. Pada tahun 1879. 2009.JM10790/10 JMS 319 itu Sun Yat-sen masih terlalu muda. . Rakyat China semakin sengsara dari segi sosio-ekonomi apabila negara mereka sering dilanda bencana-bencana alam seperti kemarau. Pada tahun 1883. 1968. hlm 101. banjir dan tanah runtuh. Keadaan ini 2 3 Lyon Sharman.2 Sejak itu. ii. beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Oleh itu rakyat China telah menyokong idea Dr. beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Rakyat ingin menggulingkan kerajaan Manchu kerana pegawai-pegawainya telah mengamalkan korupsi dan penyelewengan. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Setahun kemudian. Sun Yat-sen: His Life and Its Meaning (Stanford: Stanford University Press. beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Sun Yat Sen untuk menubuhkan kerajaan republik. Ini menyebabkan rakyat China menganggap yang Manchu telah „hilang mandat dan syurga‟ dan perlu digantikan dengan kerajaan yang baru. b) Kesengsaraan sosio-ekonomi rakyat China i. Suffian Mansor.

ii. Ini telah menyemarakkan lagi perasaan anti-Manchu di kalangan rakyat. demokrasi cara Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan ini mempercepatkan lagi proses revolusi. Ini menyebabkan golongan pembesar ini telah menyokong golongan revolusi.JM10790/10 JMS 319 menyebabkan rakyat hilang punca pendapatan serta bekalan makanan yang tidak mencukupi. Manchu juga tidak begitu menghiraukan kebajikan rakyat terutama orang-orang China tulen. c) Pengaruh gerakan revolusioner Rakyat China juga telah terpengaruh dengan idea-idea revolusioner yang dibawa oleh golongan intelek seperti Kang Yu Wei. e) Tindakan Manchu memilik negarakan jalan-jalan kereta api Keadaan ini telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar wilayah yang telah hilang punca pendapatan mereka sejak sekian lama. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong . Sun Yat-sen memperlihatkan kecenderungan ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme. Keadaan ini turut mempercepatkan lagi berlakunya revolusi ini. d) Kemajuan sistem komunikasi dan pengangkutan Kemajuan sistem komunikasi seperti sistem telegraf dan pos serta sistem pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api telah menyebabkan aliran perjuangan revolusi dapat disebarkan dengan cepat di seluruh negara China terutama ke kawasan pedalaman. Ini menyebabkan mereka telah menyalahkan kerajaan Manchu. Liang Chi Chao dan Dr Sun Yat-sen. PERANAN SUN YAT-SEN Semasa menuntut di Kolej Perubatan Hong Kong.

Sun Yat-sen dan pengikut-pengikutnya telah merancang. Sun Yat-sen yang dikemukakan melalui Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-1) iaitu nasionalisme. Pulihkan 4 Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff. Meskipun pemberontakan -pemberontakan ini mengalami kegagalan. mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China. Hal ini merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Hong Kong dan Hawaii benar-benar mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan yang bercorak republik di China. Teks Publising. beliau telah menubuhkan “Hsiung Chung Hui” atau “Persatuan Memulihkan Negara China” dengan keahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya golongan sarjana.JM10790/10 JMS 319 telah mempengaruhi beliau. beliau belayar ke Honolulu dan dengan bantuan abangnya. Dalam usaha mengadakan revolusi. Usaha yang dimainkan oleh Dr. Justeru itu. Sun Yat-sen jelas menunjukkan kejayaan kepada pembentukan Republik China melalui Revolusi China yang meletus pada tahun 1911 atas pimpinan beiau sendiri. Sun Yat-sen dengan slogan perjuangannya “Singkirkan Orang-orang Manchu. Sun Yat-sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting. Pulau Pinang. 1979. namun secara tidak langsung turut menyebabkan kemerosotan pengaruh dan martabat kerajaan Manchu. antara tahun 1895 dan 1911. Diskusi Sejarah. Dr.4 Ideologi Dr. pada 24 November 1894. Beliau sengaja memilih Hong Kong bagi melanjutkan pelajarannya kerana dari sana beliau senang berhubung dengan penduduk tanah besar bagi menyebarkan faham revolusinya. Ideologi ini juga telah menyumbang kepada pekembangan revolusioner di China yang telah mempengaruhi ramai orang China. hlm 425 . Dr. demokrasi dan kebajikan rakyat telah membawa kepada revolusi. Perbezaan yang begitu menonjol antara China.

JM10790/10 JMS 319 Pemerintahan Orang-orang China dan Tubuhkan Republik dan Wujudkan Persamaan dalam Soal Tanah”5. Ini kerana belumpun sempat rancangannya dilaksanakan pihak pemerintah sudah dapat menghidu pergerakkan mereka. 1970. Harold Z. he assumed the anonymous editorship of a Chinese supplement to the Portugese weekly published by his friend. Semasa berada di Yokohama. Dr Sun Yat-sen dan rakan-rakannya terpaksa melarikan diri ke Jepun yang merupakan satu-satunya negara yang bersimpati dengan perjuangannya. “During the same period of renewed political interest. hlm 102. Pertubuhan ini ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan bantuan untuk menggerakkan revolusi. Pada tahun 1895. 33 . Sun Yat-Sen And The Origins Of The Revolution.Hlm. The paper circulated among the overseas Chinese. beliau 5 6 Suffian Mansor. in Macao. Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton. University of California. Kegiatan awal kesatuan itu ialah menawan Conton untuk dijadikan tapak perjuangannya ke kawasan-kawasan lain. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu.”6 Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya. 2009. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. and is said to have carried violently anti –Manchu propaganda. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Universiti Malaya. Sejarah China Moden. Schiffrin. Dr. Francisco Fernandes. Sun Yat-sen telah menghantar utusan kepada orang-orang Cina di luar Negara melalui kawan Portugis iaitu Francisco Fernandes. Macau dan Hong Kong.

2009. 1979. beliau telah dibebaskan. Walau bagaimanapun. Diskusi Sejarah. Sun Yat-sen mengembara ke Vietnam. Sebenarnya bagi orang yang telah sedia tertanam semangat revolusi seperti Dr Sun Yat-sen. Beliau kemudiannya melawat negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. ia tidak menghalang cita-cita Dr Sun Yat-sen untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu.7 Kemudiannya Dr Sun Yat Sen melarikan diri ke ke Amerika.JM10790/10 JMS 319 telah menubuhkan semula kesatuannya itu dan menyusun langkah-langkah yang perlu dilakukan. . Sejarah China Moden. dimana-mana beliau pergi. Sarawak. hlm 102. Teks Publising Sdn Bhd. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection Society. beliau telah pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Pulau Pinag. Honlulu dan Amerika Syarikat untuk mencari sokongan moral dan kewangan8. hlm 425 Suffian Mansor. Singapura. Sepanjang tahun 1902-1905. Apabila berada diluar negara. segala yang dilihatnya semuanya menambahkan lagi semangat revolusinya itu. semangat beliau semakin membara untuk menjatuhkan dan menumbangkan dinasti Ching kerana melihat segala macam pembangunan dan kebebasan dikalangan rakyat dan ini jauh berbeza dengan keadaan yang dialami oleh penduduk 7 8 Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan revolusi kerana akhbar London menyiarkan secara besar-besaran. Jepun. Tanah Melayu. Sun Yat Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao. Dari Amerika. campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik. Pada peringkat awal kegiatannya. Universiti Malaya.

2009. Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Sejarah China Moden. beliau sering berulang-alik antara Jepun. Universiti Malaya. Oleh itu dengan penuh kesedaran Dr Sun Yat-sen berhasrat akan menumbangkan Dinasti Ching dengan apa cara sekalipun. beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis China iaitu Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Oleh sebab keperluan untuk menubuhkan semua kumpulan revolusi dalam sebuah organisasi bertujuan untuk mengelakkan pertindihan usaha dan perebutan kuasa antara mereka. hlm 102. Atas galakkan daripada penuntut-penuntut China di luar Negara. Dr Sun Yat-sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Dalam perjumpaan yang besar ini. Dr Sun Yat-sen mula memikirkan usaha untuk menubuhkan parti revolusi.9 Di Jepun. Amerika dan Eropah. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun. Itulah azam dan perjuangannya yang begitu kental.JM10790/10 JMS 319 China. Hawaii. Pada tahun 1905. Antara tahun 1903 hingga tahun 1904. Berlim. Dalam musim panas tahun 1905. Paris. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk 9 Suffian Mansor. Dr Sun Yat-sen telah menubuhkan Tung Meng Hui atau Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Beliau telah mengadakan pertemuan dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo. Dr Sun Yatsen dan pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai golongan di Tokyo. London dan lain-lain. Brussels. . Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui.

khasnya di kalangan mereka yang berada di seberang laut. Dr Sun Yat-sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan antiManchu di kalangan orang-orang China. Selain itu. Beliau berjaya mendapat sokongan moral mereka.000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. beliau juga berkunjung ke merata tempat di dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Dr Sun Yat-sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orangorang Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui penerbitan ini. Sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di . Cawangancawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura. Anggota-anggota Tung Meng Hui berjumlah 10. Manakala di China. terutamanya para pelajar.JM10790/10 JMS 319 menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Brussels. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui. cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow. Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung Meng Hui dikuasai oleh Dr Sun Yat-sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. San Francisco dan Honolulu. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orang China. idea-idea republik beliau disebarkan. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Dr Sun Yat-sen mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China yang berada di Jepun. Wuchang dan Hanyang. khasnya dari segi kewangan. Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat China di luar negeri. Beliau telah menerbitkan akhbar sendiri iaitu Ming Pao. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar.

Prinsip “nasionalisme” dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan Manchu. Walaupun . Dr Sun Yat-sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya. Ideologi San Min Chu I telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi olehnya. Beliau mengemukakan prinsip rakyat atau San Min Chui iaitu nasionalisme. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip tersebut. mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip ketiga bermaksud pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Prinsip kedua iaitu “demokrasi” bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip perjuangan Dr Sun Yat-sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme. Antara tahun 1895-1911. Gerakan revolusioner pimpinan Dr Sun Yat-sen mendapat sokongan pelajar. ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatihkan secara Barat. Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana beliau mengemukakan ideologi dan prinsip perjuangan. Hasil usaha Dr Sun Yat-sen yang bersungguh-sungguh itu menyebarkan Tung Meng Hui begitu popular dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri. Langkah awal yang dijalankan oleh Dr Sun Yat-sen ialah untuk menyedarkan “Fahaman Republik” di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan ramai. Walau bagaimanapun.JM10790/10 JMS 319 China. rakyat China yang tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu. Dr Sun Yat-sen dan pengikutnya telah merancang. perjuangan Dr Sun Yat-sen menyentuh imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. demokrasi dan kebajikan rakyat.

Dr Sun Yat-sen memegang jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Wilayah-wilayah lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut meberontak dan mengisytiharkan bebas dari Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912. . Keadaan ini menyebabkan muncul golongan beridealogi komunis yang kemudiannya berjaya menubuhkan kerajaan Republik Komunis mulai tahun 1949. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. KESIMPULAN Revolusi China bermula dengan rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Dr Sun Yat-sen tidak berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Walau bagaimanapun. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai. Revolusi ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan beraja mutlak dan digantikan dengan kerajaan republik. Beliau hanya mengetahui mengenai revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. kerajaan republik ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana pemimpin dan rakyat negara China tidak memahami istilah republik.JM10790/10 JMS 319 pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Dr Sun Yat-sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912.

JM10790/10 JMS 319 Lampiran Dr Sun Yat-sen .

Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Schiffrin.JM10790/10 JMS 319 Bibliografi Harold Z. . Suffian Mansor. Lyon Sharman. . Sun Yat-Sen And The Origins Of The Revolution. Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff. 1979 Diskusi Sejarah. Sejarah China Moden. Pulau Pinang: Teks Publising Sdn Bhd. University of California. 1970. Sun Yat-sen: His Life and Its Meaning Stanford: Stanford University Press. 2009. 1968.

” Berdasarkan pernyataan tersebut.JM10790/10 JMS 319 JMS 319/3 . PENGURUS KURSUS NAMA PELAJAR MATRIK KAD PENGENALAN : DR. KU BOON DAR : ARBA’ANAH BT BASERAN : JM 10790/10 : 690604085684 . He became a “globetrotter with a cause”. Dr Sun Yat-sen spent his years in exile.SEJARAH CHINA MODEN SOALAN 2 “From 1895 until 1912. sailing several times around the world to campaign for the Chinese Revolution. bincangkan peranan Sun Yatsen dalam Revolusi 1911 di China.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->