P. 1
SEKOLAH BESTARI 3

SEKOLAH BESTARI 3

|Views: 442|Likes:
Published by raynold raphael
Assignment OUM
Assignment OUM

More info:

Published by: raynold raphael on Feb 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $49.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

09/06/2014

$49.99

USD

pdf

text

original

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

ISI KANDUNGAN PENGENALAN OBJEKTIF PENYELIDIKAN DEFINISI SEKOLAH BESTARI OBJEKTIF SERTA PERANAN SEKOLAH BESTARI PEDAGOGI DAN KEMAHIRAN SEKOLAH BESTARI DAPATAN ANALISIS PENYELIDIKAN PERBINCANGAN CADANGAN PENUTUP RUJUKAN

HALAMAN 2 2 3 3-4 4 5-9 10 10-11 11 12

peranan serta fungsi Sekolah Bestari. berpengetahuan. iii. pada masa yang sama menilai tahap pengetahuan guru mengenai pedagogi dan kemahiran yang diaplikasikan di Sekolah Bestari. bersifat kompeten. Guru – guru atau responden yang terlibat adalah dipilih secara rawak di mana kebanyakan mereka mengajar di sekolah – sekolah dalam daerah Tuaran.1. pandai. dan. seperti mana negara . Penggunaan serta pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kualiti pengurusan serta penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh dan bersifat komprehensif.0 DEFINISI SEKOLAH BESTARI Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Tidak Bersetuju dan Sangat Tidak Bersetuju. Penghasilan modal insan yang mempunyai pengetahuan. Selain itu. objektif Sekolah Bestari. Bersetuju. ii.negara lain di dunia sedang melalui gelombang era globalisasi akibat daripada perkembangan pesat teknologi yang berlaku di dunia mutakhir ini. Cadangan – cadangan akan dikemukakan berpandukan kepada maklum balas yang telah diberikan oleh para responden yang terlibat. menyedari akan pentingnya untuk memenuhi keperluan dari segi perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menjamin kualiti keberhasilan modal insan yang berpengetahuan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Tidak Pasti. berbudi pekerti yang baik. Pembentukan insan yang mempunyai kemahiran dunia abad ke dua puluh satu 2. 3. Para responden atau guru – guru yang terlibat adalah seramai 20 orang di mana kesemua mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. berpendidikan.0 PENGENALAN Pendidikan di negara kita Malaysia. Akhir sekali penyelidikan ini turut memberi fokus terhadap pandangan guru – guru mengenai hasil guna tenaga yang diharapkan akan dapat dilahirkan melalui acuan Sekolah Bestari. bestari didefinisikan sebagai cerdas. Guru – guru diminta untuk mengisi soal – selidik yang diedarkan kepada mereka di mana dalam soal – selidik tersebut mengandungi pernyataan – pernyataan yang berkaitan dengan Sekolah Bestari. kreatif serta inovatif. iv.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan serta persepsi guru – guru berkaitan konsep Sekolah Bestari. Mereka akan memberikan maklum balas dalam bentuk Sangat Bersetuju. Pembelajaran yang bercorak sepanjang hayat. Manaka menurut Kamus . Sekolah Bestari merupakan satu inisiatif yang terkandung dalam agenda nasional di mana mekanisme bagi merealisasikan anjakan serta transformasi tersebut adalah melalui: i.

memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu Sehubungan dengan itu. serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan kepada pembelajaran inkuiri dan kolaboratif. Berikut disenaraikan objektif . Rohani dan Intelek. i. objektif didefinisikan sebagai sesuatu yang khusus yang ingin dicapai. menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi.0 OBJEKTIF SERTA PERANAN SEKOLAH BESTARI Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat .objektif tersebut adalah berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu. mendemokrasikan pendidikan. Berikut adalah ciri – ciri pedagogi yang ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari. penilaian secara autentik yang berpusatkan murid. rohani. v. ia didefinisikan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka bentuk semula secara terancang dan sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan bagi menyediakan pelajar dalam menghadapi dunia yang berada dalam era globalisasi yang lengkap dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Dewan Pelajar edisi kedua pula mentakrifkan bestari sebagai berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya. iv. ii. Dalam konteks Sekolah Bestari pula. 4. memupuk perkembangan menyeluruh individu dari segi jasmani. proses pembelajaran adalah aktif dan konstruktif di mana murid membina pengertian sendiri berdasarkan kepada input yang diterima.0 PEDAGOGI DAN KEMAHIRAN SEKOLAH BESTARI Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat pedagogi ditakrifkan sebagai kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran melalui pengalaman. Emosi. pengurusan dan pentadbiran. Sekolah Bestari berperanan dalam menumpukan kepada proses penambahbaikan yang berterusan terhadap pelaksanaan dasar. matlamat atau tujuan. intelek dan. pengurusan pembelajaran adalah berpusatkan murid. meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan. baik budi pekertinya. emosi. Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mendefinisikan objektif sebagai tujuan sesuatu perkara. pembelajaran sebagai suatu proses yang holistik yang melibatkan JERI iaitu Jasmani. 5.      strategi serta teknik yang pelbagai. iii.objektif Sekolah Bestari di mana objektif . secara perseorangan. berdua atau kumpulan dengan guru sebagai pembimbing atau fasilitator .

0 ANALISIS DAPATAN PENYELIDIKAN Merujuk kepada Jadual 1. 5 orang atau 25% adalah guru yang berumur antara 41 hingga 50 tahun dan baki 5 orang lagi atau 25% adalah berumur lebih dari 50 tahun. Untuk kategori umur pula.serta penggunaan bahan elektronik atau bukan elektronik. seramai 12 orang guru atau 60% adalah guru lelaki sementara 8 orang atau 40% adalah guru perempuan.0 dari segi jantina.0 Latar Belakang Guru BUTIRAN Jantina Lelaki Perempuan Umur 20 – 30 tahun 31 – 40 tahun 41 – 50 tahun 51 tahun ke atas Kelulusan Akademik SPM STPM Diploma Ijazah Sarjana Muda Sarjana PHD K 12 8 10 5 5 8 8 4 % 60 40 50 25 25 40 40 20 - . Bagi kategori jenis guru. kesemua 20 orang guru atau 100% adalah terdiri daripada guru – guru yang terlatih. Akhir sekali seramai 5 orang guru atau 25% pernah mengikuti sebarang kursus yang berkaitan dengan pembestarian sekolah manakala 15 orang guru atau 75% pula tidak pernah mengikuti sebarang kursus yang berkaitan dengan pembestarian sekolah. diikuti dengan yang berkelulusan STPM iaitu seramai 8 orang atau 40% dan bagi guru yang memiliki ijazah sarjana muda pula adalah seramai 4 orang atau 20%. Sekolah Bestari menekankan aspek kemahiran pembelajaran kendiri di mana murid diberi kebebasan untuk melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan diri selain itu turut menekankan aspek kemahiran menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pembelajaran yang memerlukan murid untuk menjadi celik IT. berfikiran kreatif serta kritis. seramai 10 orang atau 50% adalah guru – guru yang berumur antara 31 hingga 40 tahun. Untuk kategori kelulusan akademik pula. 6. Sehubungan dengan itu. seramai 8 orang atau 40% guru yang terlibat dengan penyelidikan ini adalah berkelulusan SPM. Jadual 1.

Seterusnya seramai 10 orang guru (50%) sangat bersetuju dan 10 orang (50%) bersetuju bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan aspek penting dalam Sekolah Bestari. . Untuk soal – selidik seterusnya. Berikutnya adalah semua 20 orang guru (100%) sangat bersetuju bahawa Sekolah Bestari adalah merupakam sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan sistematik dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke-21.0. seramai 10 orang guru (50%) sangat bersetuju dan baki 10 orang (50%) adalah bersetuju bahawa konsep Sekolah Bestari adalah di mana pelajar mengapliksasikan corak pembelajaran secara akses kendiri mengikut kadar pembelajaran sendiri.Pengalaman Mengajar 1 – 5 tahun 6 -10 tahun 11 – 20 tahun Lebih 20 tahun 4 10 6 20 5 15 20 50 30 100 25 75 Jenis Guru Guru Pelatih Guru Terlatih Pernah mengikuti sebarang kursus berkaitan pembestarian sekolah? Ya Tidak Merujuk kepada jadual 2. seramai 10 orang guru (50%) sangat bersetuju dan 10 orang lagi (50%) bersetuju bahawa Sekolah Bestari adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1996 yang memberi tumpuan kepada amalan Pengajaran dan Pembelajaran yang berpemikiran kreatif serta kritis.

Sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan sistematik dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Seterusnya.0 Kefahaman Guru Tentang Konsep Sekolah Bestari No Pernyataan Sangat Bersetuju Bersetuju k(%) k(%) Tidak Pasti k(%) Sangat Tidak Bersetuju Bersetuju Tidak k(%) k(%) 1 Sekolah Bestari adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1996 yang memberi tumpuan kepada amalan Pengajaran dan Pembelajaran yang berpemikiran kreatif serta kritis.0 di mana soal selidik tersebut adalah berkenaan pengetahuan guru tentang objektif dan peranan Sekolah Bestari. seramai 15 orang guru (75%) sangat bersetuju. kesemua 20 orang guru (100%) sangat bersetuju bahawa Sekolah Bestari berperanan dalam menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi. 5 orang guru (25%) bersetuju bahawa Sekolah Bestari menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan serta kebolehan pelajar. 10(50) 10(50) 0 0 0 2 10(50) 10(50) 0 0 0 3 20(100) 0 0 0 0 4 10(50) 10(50) 0 0 0 Merujuk kepada jadual 3. . Seramai 15 orang guru (75%) sangat bersetuju dan 5 orang (25%) bersetuju bahawa objektif dan peranan Sekolah Bestari adalah bagi melahirkan dan membangunkan JERI di kalangan pelajar. Pelajar mengapliksasikan corak pembelajaran secara akses kendiri mengikut kadar pembelajaran sendiri.Jadual 2. Berikutnya. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan aspek penting dalam Sekolah Bestari.

5 orang (25%) bersetuju. 20(100) 0 0 0 0 4 Meningkatkan penglibatan dan pernyertaan pihak .0 Pengetahuan Guru Mengenai Objektif Dan Peranan Sekolah Bestari No Pernyataan Sangat Bersetuju k(%) Bersetuju k(%) Tidak Pasti k(%) Tidak Bersetuju k(%) Sangat Tidak Bersetuju k(%) 1 Melahirkan dan membangunkan JERI 15(75) 5(25) 0 0 0 2 Menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan serta kebolehan pelajar.Akhir sekali. 15(75) 5(25) 0 0 0 3 Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi. .simulasi.0 yang melibatkan soal-selidik berkaitan dengan pengetahuan guru tentang pedagogi di Sekolah Bestari.pihak yang berkepentingan. semua 20 orang guru (100%) sangat bersetuju bahawa pedagogi Sekolah Bestari adalah menggunakan pendekatan grafik. 5(25) 5(25) - 5(25) 5(25) Merujuk kepada jadual 4. seramai 5 orang guru (25%) sangat bersetuju. 5 orang (25%) tidak bersetuju dan baki 5 orang lagi (25%) sangat tidak bersetuju akan peranan Sekolah Bestari dalam meningkatkan penglibatan dan pernyertaan pihak .pihak yang berkepentingan. Jadual 3.warna dan muzik bagi mempercepatkan proses pemahaman pelajar.

kesemua 20 orang guru (100%) juga sangat bersetuju bahawa Sekolah Bestari mengimplementasikan penggunaan ICT di kalangan guru dan pelajar dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.simulasi. 20(100) 0 0 0 0 Merujuk kepada jadual 5. kesemua 20 orang guru (100%) turut menyatakan sangat bersetuju bahawa di Sekolah Bestari. 20(100) 0 0 0 0 3 Pelajar belajar pada aras yang berlainan dalam subjek yang sama atau dalam subjek yang lain pada bila-bila masa mengikut kemampuan masing-masing. Jadual 4.0 Pengetahuan Guru Tentang Pedagogi Di Sekolah Bestari No Pernyataan Tidak Sangat Tidak Bersetuju Bersetuju Pasti Bersetuju k(%) k(%) k(%) k(%) Sangat Tidak Bersetuju k(%) 1 Pendekatan menggunakan grafik. . Berikutnya.Seterusnya.warna dan muzik bagi mempercepatkan proses pemahaman pelajar. 20(100) 0 0 0 0 2 Mengimplementasikan penggunaan ICT di kalangan guru dan pelajar dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.berupaya berfikir secara bijak dan saksama.0 yang berkaitan dengan soal – selidik berkenaan dengan pengetahuan guru tentang matlamat dan pencapaian Sekolah Bestari. seramai 10 orang guru (50%) sangat bersetuju dan baki 10 orang lagi (50%) bersetuju bahawa matlamat Sekolah Bestari adalah untuk melahirkan pelajar yang holistik. pelajar belajar pada aras yang berlainan dalam subjek yang sama atau dalam subjek yang lain pada bila-bila masa mengikut kemampuan masing-masing.

0 Pengetahuan Guru Tentang Matlamat Dan Pencapaian Sekolah Bestari No Pernyataan Sangat Bersetuju k(%) Bersetuju k(%) Tidak Tidak Pasti Bersetuju k(%) k(%) Sangat Tidak Bersetuju k(%) 1. 5 orang (25%) dan 3 orang (15%) sangat bersetuju bahawa Kementerian pelajaran telah menjalankan program pembestarian sekolah di peringkat sekolah bagi meningkatkan kemahiran orang awam serta warga pendidik tentang Sekolah Bestari. Guru sebagai pembimbing dan fasilitator. 10(50) 10(50) 0 0 0 2. Jadual 5. 6 orang (30%) bersetuju. Penggunaan teknologi dalam pendidikan secara optimum Kementerian pelajaran telah menjalankan program pembestarian sekolah di peringkat sekolah bagi meningkatkan kemahiran 20(100) 0 0 0 0 4 20(100) 0 0 0 0 5 3(15) 6(30) 0 5(25) 6(30) . Melahirkan pelajar yang holistik. Berikutnya semua 20 orang guru (100%) juga sangat bersetuju bahawa matlamat Sekolah Bestari adalah untuk memastikan pelajar adalah celik ICT . Seterusnya.Seterusnya.berperibadi mulia dan cemerlang dalam pelbagai bidang akademik. kesemua guru (100%) sangat bersetuju bahawa guru adalah sebagai pembimbing dan fasilitator. 20(100) 0 0 0 0 3 Pelajar adalah celik ICT . seramai 6 orang guru (30%) sangat tidak bersetuju.berupaya berfikir secara bijak dan saksama. kesemua guru (100%) turut bersetuju dengan pencapaian Sekolah Bestari untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam pendidikan.berperibadi mulia dan cemerlang dalam pelbagai bidang akademik. Akhir sekali.

. Bagi bahagian kefahaman guru mengenai konsep Sekolah Bestari. Ini mungkin disebabkan maklumat – maklumat berkaitan dengan dunia pendidikan kini adalah mudah untuk diakses melalui internet maka tidak mustahil jika guru – guru terbabit dapat membuat sedikit rujukan tentang Sekolah Bestari. Namun bagi pernyataan nombor 4 yang berkaitan dengan penglibatan pihak – pihak yang berkepentingan menampakkan maklum balas yang berbeza di mana 50% guru – guru memberikan maklum balas tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju. senarionya adalah sama di mana rata – rata adalah sama sangat bersetuju atau bersetuju dengan pernyataan 1 hingga 3. Akhir sekali untuk bahagian soal – selidik yang melibatkan pengetahuan guru mengenai matlamat dan pencapaian Sekolah Bestari. maka dapat disimpulkan bahawa majoriti guru – guru tersebut mempunyai kefahaman yang baik terhadap konsep Sekolah Bestari walaupun sebilangan besar mereka tidak pernah menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan pembestarian sekolah. guru – guru yang terlibat memberikan maklum balas yang berbeza – beza. Ini mungkin disebabkan oleh faktor yang berkaitan dengan hampir separuh guru – guru yang terlibat dengan soal – selidik ini tidak pernah menghadiri sebarang kursus pembestarian sekolah sehingga kini dan ini menyebabkan maklum balas tersebut juga terdiri daripada tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.0 PERBINCANGAN Merujuk kepada dapatan analisis soal – selidik dapat disimpulkan bahawa persepsi guru – guru yang terlibat dengan penyelidikan ini adalah berada dalam tahap yang memuaskan merujuk kepada maklum balas yang banyak mengarah kepada sama ada sangat bersetuju atau bersetuju. 7. guru – guru memberikan maklum balas sangat bersetuju dan bersetuju untuk pernyataan yang pertama hingga pernyataan yang keempat manakala untuk pernyataan yang kelima pula. Ini membuktikan bahawa guru – guru terbabit mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan dengan amalan pedagogi yang diamalkan di Sekolah Bestari.orang awam serta warga pendidik tentang Sekolah Bestari. kebanyakan guru – guru memberikan maklum balas sangat bersetuju dan setuju. Untuk bahagian pengetahuan guru tentang objektif dan peranan Sekolah Bestari pula. Seterusnya untuk bahagian soal – selidik yang berkaitan dengan pengetahuan guru mengenai pedagogi dan kemahiran di Sekolah Bestari menunjukkan kesemua guru – guru sebulat suara menyatakan sangat bersetuju dengan setiap pernyataan yang terkandung dalam soal – selidik tersebut.

pihak sekolah terutama pihak pentadbir perlulah mewujudkan persekitaran yang bercorak seperti Sekolah Bestari. sumbangan serta komitmen semua pihak. Sekolah – sekolah yang bukan berlabel Sekolah Bestari pada ketika ini tidak mempunyai masalah untuk mengamalkan pedagogi ala Sekolah Bestari kerana rata – rata pendekatan yang digunakan di Sekolah Bestari juga adalah hampir sama seperti sekolah konvensional. Oleh yang demikian kelestarian Pembestarian Sekolah amat memerlukan sokongan.0 CADANGAN Merujuk kepada hasil perbincangan yang telah dilakukan. Semuanya terpulang kepada inisiatif pihak sekolah itu sendiri sama ada masih ingin kekal dengan kaedah ‘chalk and talk’ atau berubah kepada strategi berpusatkan murid dan berbantukan kepada peralatan ICT yang mutakhir ini semakin menjadi satu keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama. 9. maka di sini dikemukakan beberapa cadangan yang boleh dijalankan atau sebagai penambahbaikan bagi mempertingkatkan lagi kefahaman guru – guru mengenai Sekolah Bestari. elektronik ataupun risalah – risalah yang dapat sampai ke pengetahuan guru – guru dengan mengambil kira faktor – faktor seperti kemudahan akses seperti internet dan keberkesanan medium penyampaian tersebut. maklumat – maklumat mengenai Sekolah Bestari perlulah sentiasa diedarkan sama ada dalam bentuk digital.8. Justeru dari pihak kerajaan untuk melengkapkan Pembestarian Sekolah ialah satu usaha berterusan generasi muda dengan kemahiran abad kedua puluh satu supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan dan pada masa kelak dapat berfungsi sebagai tenaga kerja dalam menjana ekonomi berasaskan kepada pengetahuan. Rata – rata guru – guru hari ini adalah terdedah kepada perkembangan ICT namun pendedahan atau maklumat mengenai Sekolah Bestari sama ada sangat terhad ataupun mungkin guru – guru sendiri yang mengambil pendekatan untuk tidak mengambil peduli.0 PENUTUP Pendidikan memainkan peranan yang sangat signifikan untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh kemahiran serta menyemai nilai murni di kalangan generasi muda. Kesimpulannya adalah daripada ‘mindset’ semua pihak yang terbabit dan dalam konteks ini berkaitan dengan ‘mindset’ guru – guru yang mana memerlukan mereka untuk melakukan anjakan paradigma dan transformasi yang selari dengan keperluan dunia pendidikan hari ini yang mana telah banyak berlaku perubahan dan ini adalah hakikat dan realiti yang perlu diberi perhatian khusus. 2582 PATAH PERKATAAN . Penggunaan ICT dalam urusan pentadbiran perlulah dioptimumkan bukan setakat kepada urusan perkeranian sahaja. Seterusnya.

Aziz Abd. The Malaysian Smart School: Implementation plan. Smart School flagship application: The Malaysian Smart School – A conceptual blueprint. Kementerian Pelajaran Malaysia.blogspot. Bahagian Pendidikan Guru.wordpress.com/2009/07/17/konsep-sekolah-bestari/ pada 13 Februari 2013 . Kuala Lumpur: Ministry of Education. Abd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1991). Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu. (1997b). Bhd. (2000). Pusat Perkembangan Kurikulum. (1997a).com/2011/07/Peranan-Dan-Matlamat-Sekolah-Bestari pada 13 Februari 2013 Diperoleh dari laman sesawang Konsep Sekolah Bestari http://yusofalhaj. kaedah dan teknik : Utusan Publications & Distributors Sdn.(Edisi Keempat). (1991). (1999).RUJUKAN Kamus Dewan Pelajar. Pembelajaran secara konstruktivisme (2001). Talib. Kementerian Pelajaran Malaysia. Smart School Project Team. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip. Smart School Project Team. Kamus Dewan Dan Bahasa. Diperoleh dari laman sesawang Peranan Dan Matlamat Sekolah Bestari http://mohdfahdeli. Kuala Lumpur: Ministry of Education. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.(Edisi Kedua).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->