P. 1
Kuliah Maghrib 22 Dec 2008

Kuliah Maghrib 22 Dec 2008

|Views: 28|Likes:
Published by zahrein

More info:

Categories:Types, Research
Published by: zahrein on Feb 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2009

www.zahrein.

com Kuliah Maghrib Tarikh: 22 Dec 2008 Tempat : MAsjid Gelugor Penceramah: Ustaz Ridzwan Abu Bakar. Al-Jatsiyah Ayat (6-11) [6] Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)? [7] Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, [8] Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [9] Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. [10] Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. [11] Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Imam Ibn Tayyimah Eh dalam kitab Daqaiqud Tafsir menjelaskan bahawa dalam menerima ajakan yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W, manusia telah terbahagi kepada beberapa bahagian. 1. Golongan yang menolak dan berpaling dari mendengarnya . Surah Al-Fussilat ayat 5. [5] Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "

www.zahrein.com 2. Goloangan yang mahu mendengar tetapi tidak mahu memahaminya. (Al-Baqarah ayat 17) [17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). 3. Golongan yang memahami maknanya tetapi tidak dapat menerima (Al-Maidah ayat 41) [41] Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orangorang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar 4. Golongan yang mendengar, memahami dan menerima Al-Quran. (Al-Maidah ayat 83) [83] Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). Di dalam Al-Quran terdapat maklumat mengenai pelbagai hal, ia menceritakan pelbagai hal ia menceritakan perihal masa lampau sehingga dia disifatkan sebgai klasik, Al-Quran juga menyampaikan sesuatu untuk masa hadapan sehingga dianngap sebagai kitab yang futuristic, di dalam Al-Quran terdapat pelbagai hukum yang dapat diterapkan pada masa kini sehingga ia juga bersifat kontemporari(semasa) dengan kata lain Al-Quran adalah kitab yang fleksibel sesuai dengan setiap zaman. Barangsiapa yang berhukum dengan merujuk Al-Quran, dia akan sentiasa adil dan saksama, sesiapa yang berbicara bahasa Al-Quran pasti dia seorang yang jujur dan barang siapa yang mengamalkan tuntutan Al-Quran sudah pasti dia akan memperolehi pahala yang berganda.

www.zahrein.com

Namun demikian banyak orang yang sentiasa menyibukkan dirinya dengan ilmu sehingga menolak hidayah yang sememangnya jelas berada dihadapannya bahkan apabila diajak untuk mengkaji Al-Quran sebagai bekal yang abadi , mereka menolaknya kononnya tidak ilmiah dan sebgainya. Firman Allah adalah kalam yang indah dan sempurna tiada kekurangan sedikit pun, sebaliknya cacat dan kekurangan itu hanya terdapat pada pendengarnya, aib disebabkan dusta manusia iaitu kerana mereka merasakan bahawa Allah itu berdusta. Seorang pendusta tidak mungkin akan menjadi pengkaji yang bebas dan beramanah. Jika anda ingin memahami makna kebebasan yang sebenar , telitilah kisah berikut. Nu’man bin Al Mundzir telah memenjarakan Ubaid bin Abrash dan memutuskan untuk membunuhnya . Namun ketika Nu’man menghantar seseorang untuk bertemu dengan Ubaid dan mengajak beliau untuk memuji Nu’man bin Al Mundzir supaya dia diampuni. Ubaid berkata “ Saya hanyalah seorang tawanan , saya tidak akan melakukan perkara tersebut. Kemudia Nu’man terus menghantar beberapa utusan namun , Ubaid tetap menolak dengan berkata: “Sekiranya syaratnya adalah memuji, saya tidak akan melakukannya, seseorang akan lebih memilh kematian kerana yakin bahawa kebebasan yang dirasainya telah mencukupi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->