Contoh Penulisan Kertas Cadangan ( Proposal ) Kajian Tindakan 1.

Tajuk Kajian Pembelajaran Kendiri: Meningkatkan Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Am Dalam Kalangan 20 Orang Pelajar Tingkatan 6R1. 2. Nama Penyelidik Encik Chai Yee Wah 3. Nama dan Alamat Sekolah SMJK Heng Ee, 99, Jalan Hamilton, 11600 Pulau Pinang. 4. Refleksi Situasi / Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Pada bulan Mei 2010, 80% pelajar 6R1 masih belum menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6. Pelajar banyak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat terutamanya dalam Kertas 2 Bahagian B iaitu Esei Laras Sains. Semasa ujian prestasi yang pertama, 16 orang pelajar telah gagal kerana tidak memiliki maklumat yang secukupnya terutamanya dalam penulisan Esei Laras Sains. 5. Isu Keperihatian / Fokus Kajian Fokus kajian ini ialah memastikan pelajar untuk mencari maklumat tanpa bantuan guru. Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator. 6. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Diharapkan pelajar dapat mengubah cara pembelajaran dengan lebih fokus kepada pembelajaran kendiri. Objektif Khusus Diharapkan 100% pelajar memperoleh 15 markah dan ke atas daripada 25 markah bagi Bahagian B iaitu Bahagian Esei Laras Sains Pelajar dapat berkongsi bahan maklumat yang diperoleh bersama dengan rakan- rakan. 7. Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 6R1 yang terdiri daripada 2 orang pelajar Melayu, 10 orang pelajar Cina dan 8 orang pelajar India.

ii.

8. Tindakan Yang Dicadangkan i. Tinjauan Masalah Apabila pelajar diberi soalan Bahagian B, pelajar tidak dapat memberikan idea-idea sains. Hal ini menyebabkan pelajar kehilangan markah untuk bahagian ini. Selepas sebulan pengajaran dan pembelajaran berjalan, satu ujian pra dilaksanankan dan didapati tiga orang pelajar langsung tidak menjawab soalan berkenaan manakala selebihnya telah kehilangan markah kerana tidak dapat mengutarakan idea- idea sains dalam Esei Laras Sains. ii. iii. iv. v. Majalahku Pelajar diwajibkan membeli Majalah Dewan Kosmik pada setiap bulan. My Akses Membawa pelajar ke bilik akses sekurang- kurangnya dua kali seminggu. Mu’jami Pelajar perlu membuat catatan maksud perkataan Laras Sains. Ujian Post Data perubahan tingkah laku pelajar.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. Ujian Pra 15 Jun 2. Mengenal pasti masalah dan mengumpul 20 – 30 Julai data 3. Menulis Kertas Cadangan 1 – 3 Ogos 4. Merancang Aktiviti 15 – 20 Ogos 5. Majalah KU Ogos - November Refleksi Majalahku 6. My Akses Ogos - November Refleksi My Akses 7. Mu’jami Ogos - November Refleksi Mu’jami 8. Ujian Post Ogos - November Refleksi Kajian Keseluruhan 9. Menulis Laporan Disember 2010 10. Pembentangan 10. Kos Kajian ( jika berkenaan )