CONTOH FOLIO KOLOKIUM TINGKATAN 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING TAJUK: KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK KAMUNTING KUMPULAN: 4 NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMAD HAFIZ BIN ABU BAKAR MUHAMAD ARIF BIN SAID NOORAMIRAH BINTI ZULKEHLI NOR AZIZAH BINTI MOHD ISMAIL NOOR NABILAH BINTI WAZIR NAMA PENYELIA: EN. IBRAHIM BIN SHOIB (6 A1) (6 A2) (6 A1) (6 A1) (6 A2)

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian kami yang bertajuk Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada tahun 2012 telah berjaya disiapkan. Kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami iaitu Encik Ibrahim Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan dan idea untuk kajian ini.Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa bantuan mereka, agak sukar untuk kami melakukan kajian ini. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang sudi membantu dalam menjayakan kajian ini. Antaranya ialah Noor Asmiza Binti Zulkehli dan Jamilah Binti Hanifah kerana beliau banyak menyumbangkan idea kepada kami dalam kajian ini. Jasa beliau amat kami hargai. Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa kajian ini dijalankan.

guru dan kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMKK. bihun sup. antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi lemak. kami mendapati bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong. Oleh itu.BAB I PENGENALAN 1. terdapat banyak kekangan yang timbul di kantin tersebut. Seperti yang kita tahu. semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan sebelum memulakan perniagaan. Melalui kajian ini juga. Bilangan pekerja lelaki ialah 6 orang manakala bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 7 orang. Melalui kaedah pemerhatian. Berdasarkan kajian. Justeru itu. sesetengah kantin tidak akan memberi kepuasan kepada pelanggan. dan makanan ringan. Kami mendapati banyak aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut.0 Latar belakang kajian Kantin ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah.Air minuman juga turut disediakan. Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan. Setiap sekolah mempunyai kantin mereka yang tersendiri.1 Harga makanan mahal Dalam sesebuah perniagaan. kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun. masalah yang wujud ialah harga makanan yang dijual oleh pengusaha kantin agak mahal. Kami mendapati bahawa bilangan pekerja kantin adalah sebanyak 13 orang. roti. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan tempat untuk kita menjamu selera.Harga makanan yang mahal merupakan masalah yang serius kepada .terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. nasi goreng.0 Pernyataan masalah 2. 2. mee goreng. kami mendapati bahawa ramai pelajar.kami telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan. Hal ini kerana.

4 Makanan ringan yang membahayakan kesihatan Selain itu. guru.Contohnya. Terdapat banyak aduan daripada pelajar. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin. Juseru itu.Mereka juga tidak memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang membeli.3 Makanan tidak enak Seterusnya.guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang dan akan membeli lebih banyak makanan.5 Layanan kurang mesra Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin adalah tidak memuaskan.Seperti yang kita ketahui. makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri. pekerja kantin langsung tidak mesra dengan pelanggan. kentang goreng.2 Kuantiti makanan sedikit Kekangan lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit.Buktinya. 2. makanan ringan seperti nugget. masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. 2.sambal nasi lemak tidak dimasak dengan sempurna seperti cabai tidak dikisar halus. dan kakitangan sekolah yang membeli. harga sepinggan nasi lemak yang dijual ialah RM1.pelajar. mereka akan menambahkan perbelanjaan. sosej dan sebagainya digoreng dengan minyak yang berlebihan. Contohnya. pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang disediakan.Contohnya. Kuantiti makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual. kolestrol individu boleh meningkat secara mendadak.50 tnetapi kuantiti makanan yang disajikan tidak memadai.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi kewangan. 3.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu menmbeli makanan yang tinggi harganya. 2.0 Tujuan kajian . 2.Contohnya. makanan yang digoreng dan mengandungi minyak yang berlebihan di kantin sekolah SMKK boleh mengundang penyakit kepada pelajar.

Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka. tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin terhadap pelanggan.20. seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan pelanggannya. Berdasarkan kajian.0 Kepentingan kajian Kajian ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMKK dalam memberi keselesaan diri. Berdasarkan maklumat yang kami dapati ada ketidapuasan pelajar mengenai menu yang disediakan oleh pengusaha kantin. 3.Sebagai contoh. kami cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut.3.Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana ketidakseimbangan harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.2 Untuk mengetahui layanan pekerja kantin Seterusnya. 4.3 Mengkaji harga makanan Harga makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan. Tanpa persekitaran yang menarik. Oleh itu.Di samping itu. guru.1 Untuk mendapat maklum balas Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kantin SMKK iaitu pelajar. ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa untuk menjamu selera.Layanan mesra daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan kerana mempunyai sikap yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka lebih merasa dihargai. layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan hubungan baik . dapat mengetahui citarasa pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan. Hal ini kerana. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga makanan.Contohnya.50 manakala pada tahun 2011 harganya ialah RM1. bahan-bahan ilmiah ditampal di atas meja makan kantin. 3. dan kakitangan sekolah.Kami dapati ada segelintir pelajar menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan pada tahun sebelumnya. Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah di sudut kantin sekolah bagi menceriakan suasana kantin. Contohnya. memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting.Kajian ini juga dapat menyuarakan sedikit sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar. harga sepinggan nasi goreng pada tahun 2012 ialah RM1.

pengusaha kantin dahulu telah mengabaikan aspek ini sehingga menjejaskan imej kredibitili beliau dalam menyediakan makanan terhadap pelanggan yang terdiri daripada guru. Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan. Pelbagai aspek positif dan negatif dapat dilihat melalui kajian yang kami jalankan. susunan kerusi dan meja . semasa menjual makanan di kantin. pelajar dan kakitangan sekolah serta orang luar yang datang membeli makanan. pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan terutamanya pelajar. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi keadaan di sekeliling kita. pengusaha kantin perlu menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan.Contohnya. Oleh itu.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar dari aspek kewangan. Contohnya. Berdasarkan kajian. Pengusaha kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. harga sebungkus kentang goreng ialah RM1. Makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya kepada individu.Contohnya. Makanan sememangnya penting untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup.1 Persekitaran Persekitaran yang baik dan menarik amat penting dalam kehidupan kita. mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan. Sebagai contoh. Disamping itu. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa pelanggan agar perniagaan yang dijalankan berkembang maju.0 ASPEK /PENILAIAN 1. pekerja yang bertugas seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga yang mahal. 1. kami telah membandingkan pengusaha kantin dahulu dengan pengusaha kantin sekarang daripada pelbagai aspek.Citarasa pelanggan sememangnya penting untuk pengusaha kantin.dengan pelanggan.00 tetapi kuantitinya adalah sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya membebankan pelanggan. Terdapat banyak perbezaan di antara dua pihak tersebut. BAB II KAJIAN LEPAS Melalui pemerhatian . Hal ini kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengusaha kantin tersebut.

Contohnya.2 Kebersihan Kebersihan merupakan aspek yang paling utama dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. . Harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan dengan kehendak pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa. Permukaan meja yang kotor dan tidak dilapik menyebabkan persekitaran kelihatan kusam serta tidak menarik perhatian pelanggan. masa yang diambil oleh pekerja kantin yang terlalu lama dalam melayan karenah pelanggannya sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati para pelanggan. Berdasarkan kajian. Oleh itu.20. persekitaran yang kotor akan memberi kesan dan masalah seperti keracunan makanan. Perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar. aspek ini perlu dijaga dan dititikberatkan oleh pengusaha kantin agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. ramai pelanggan yang berpuas hati. Hal ini menimbulkan masalah apabila pekerja menjadi lambat dalam melakukan kerja. Contohnya. Oleh hal yang demikian. Justeru itu.makan yang tidak teratur serta tidak sistematik telah menyebabkan persekitaran kelihatan tidak kemas. terdapat kes tolak menolak dalam membeli makanan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan sesama mereka. Hal ini akan menjadikan pelajar tidak berasa selesa untuk menjamu selera. tiada kekangan yang wujud dari segi harga makanan. pekerja terdahulu majoritinya terdiri daripada golongan warga emas. Disebabkan itu juga. Bagaimanapun. pengusaha kantin terdahulu telah mengabaikan aspek ini. .4 Harga makanan Makanan yang dijual seharusnya mampu dibeli oleh pelanggan tidak kira dari golongan yang berada ataupun tidak. pengusaha kantin perlu mementingkan kebersihan kantin. Oleh itu. pertumpahan makanan yang dibeli oleh pelanggan di kantin turut berlaku. Contohnya. 1. Selain itu. Menurut kajian yang dijalankan. pelanggan mudah menghadapi penyakit berjangkit yang boleh dijangkiti seperti penyakit kuku. para pekerja memakai pakaian yang kurang kemas.mulut dan tangan. harga makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin terdahulu amat berpatutan.3 Pekerja Berdasarkan kajian. 1. 1. harga sepinggan nasi lemak hanya RM1. Oleh itu.

2. guru serta kakitangan sekolah. Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab . pembekal bagi bahan mentah tersebut ialah berbangsa Cina.2 Harga yang berpatutan Harga yang ditetapkan juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan. Fokus utama kajian kami adalah kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKK. 5 . Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar para pelajar dan kesemua kakitangan pekerja dapat memperoleh makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka. dan 6. Walau bagaimanapun. Oleh itu. Hal ini menimbulkan rasa was-was bagi pelanggan yang beragama Islam. pengusaha kantin terdahulu mengambil bahan mentah yang bermutu dan segar. Berdasarkan kajian. dapatan kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah lain. bahan yang digunakan mungkin kurang elok dan lama tetapi masih digunakan dalam masakan walaupun telah tamat tempoh.0 KEPENTINGAN KAJIAN 2.0 SKOP KAJIAN Kajian ini melibatkan seramai 20 orang responden yang merangkumi pelajar tingkatan 4. BAB III METODOLOGI 1. Namun. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar para pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di kantin sekolah. Asas ini penting dalam penyediaan makanan untuk para pelanggan.1.1 Memantau pengurusan kantin.5 Bahan mentah Penggunaan bahan mentah yang bermutu dan segar akan menjamin kualiti makanan yang disediakan. Kami hanya melakukan kajian di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. 2.

mempelbagaikan menu untuk semua pihak.4 Mendisiplinkan pelajar Selain itu. pihak kantin juga harus meletakkan harga mengikut kesesuaian. Pihak pengurusan kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. Selain itu. Selain itu. menyediakan tong sampah yang lebih banyak supaya pelajar dapat .memastikan bahawa kerusi dan meja di kantin berada dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kekotoran seperti tumphan air atau sambal makanan di atas meja dan kerusi kantin. Selain itu. cawan. Sebagai contoh. Selain itu. 2. pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan pihak pentadbir bagi memuaskan hati semua pihak. mangkuk. 2.3 Kebersihan kantin terjamin Kebersihan kantin dan pengendalian makanan secara keseluruhan terjamin. pelajar harus beratur sebelum membeli makanan dan minuman di kantin dan perlu meletakkan pinggan atau mangkuk serta cawan ke dalam besen selepas makanan. pihak sekolah harus mendisiplinkan diri pelajar tentang tatacara ketika berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin. untuk pelajar perlu meletakkan harga yang yang sesuai mengikut kemampuan mereka. Pekerja kantin memastikan makanan yang di jual tidak dihinggapi oleh lalat atau sebarang makanan yang di jual adalah bukan makanan yang lama.5 Imej sekolah terjamin Pengusaha juga perlulah menjaga nama baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pihak. Sebagai contoh. mereka juga memastikan pinggan. Sebagai contoh. garpu dan sudu dalam keadaan bersih tanpa sebarang karat atau kekotoran pada alat makanan tersebut. 2.memastikan pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang strategi untuk meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1 Pengenalan Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menjawab untuk mengetahui respond daripada pelanggan.5. hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk dikekalkan. 3. Antara sampel yang digunakan adalah seramai (40%) bagi pelajar manakala (30%) adalah guru dan selebihnya untuk kakitangan sekolah iaitu(30%). Respondennya terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden melalui pelajar. malah keadan kantin lebih bersih. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu status. Instrument kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. guru serta kakitangan sekolah. guru dan kakitangan sekolah menghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. 5. jantina dan pelajar di tingkatan (4. Seramai 20 sampel telah diambil bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Hal ini disebabkan oleh kuantiti bahan mentah yang dibeli oleh pihak kantin daripada pembekal pada masa ini adalah mahal dan tidak berpatutan berbanding tahun lepas.menyelesakan diri mereka untuk membuang sampah dengan jarak yang dekat. Selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati terhadap harga yang diberikan.2 Bahagian pertama (harga yang berpatutan) Berdasarkan harga makanan.6). guru dan pekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. . 3.0 ALAT KAJIAN 3. dan 6.

menyediakan besen untuk meletakkan pinggan dan mangkuk serta mengecat kawasan kantin.4 Bahagian keempat (citarasa terhadap menu makanan yang dijual) Menu yang disediakan oleh pihak kantin tidak memenuhi citarasa pelanggan. Oleh itu. Selain itu.5 Bahagian kelima (menambahbaik dari segi harga dan masakan) Pemilik kantin perlu manambahbaik semula dari segi harga dan makanan. Ini telah terbukti mengikut kajian yang telah dilaksanakan iaitu seramai 19 orang bersetuju . pihak kantin harus memahami kemampuan sesetengah pelanggan dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.3. 3. Hal ini kerana. 3. Ini dapat ditunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 18 orang yang bersetuju manakala hanya 2 orang tidak bersetuju. Hal ini kerana. Ia di persetujui oleh semua pelanggan seramai 20 orang. seharusnya dikaji semula.3 Bahagian ketiga (pengkajian semula terhadap harga makanan) Harga makanan yang terlalu mahal. 3.3 Bahagian kedua (keselesaan terhadap persekitaran kantin) Keselesaan terhadap persekitaran kantin pada masa ini lebih selesa berbanding tahun lepas. pihak kantin pada masa ini menyediakan banyak tong sampah untuk pelajar membuang sampah. Ini ditunjukkan oleh analisis yang dikaji iaitu seramai 5 orang berpuas hati terhadap menu yang disediakan manakala selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati. Hal ini disebabkan oleh masakan yang dijual tidak begitu enak. harga makanan yang di jualkan itu tidak bersesuaian dengan katogeri golongan yang ada.

8 Bahagian kelapan (kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan) Keseluruhannya. Hal ini di sebabkan. malah kuantiti yang di bekalkan itu terlalu sedikit berbanding pada tahun lepas harga makanan yang di jual itu murah dan berpatutan dengan kuantiti yang dibekalkan itu juga banyak dan memberi kepuasan kepada pembeli. disebabkan oleh layanan yang diberikan olek . guru dan kakitangan sekolah juga terjamin. Kesemua responden tidak pernah mengalami keracunan makanan di kantin pada tahun ini berbanding tahun lepas. malah pinggan mangkuk dan cawan juga kotor.untuk mengkaji semula dalam menambahbaikkan harga dan masakan. Ini di tunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 16 orang berpuas hati dengan perkhidmatan kantin manakala selebihnya tidak berpuas hati iaitu seramai 4 orang. pihak kantin memberi kepuasan yang sangat baik kepada pelanggan iaitu pelajar. makanan yang dijual oleh pihak kantin adalah berkualiti tanpa penggunaan makanan yang lama atau basi dan kesihatan pelajar.6 Bahagian keenam (kebersihan kantin) Tahap kebersihan diri pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin terjamin. Majoriti yang berasa puah hati. guru dan kakitangan sekolah. Buktinya adalah melalui analisis yang ada iaitu terdapat 13 orang setuju dengan tahap kebersihan yang terjamin manakala selebihnya iaitu 7 orang tidak bersetuju. mangkuk dan cawan juga bersih berbanding dengan tahun lepas iaitu pekerja tidak memakai apron. pekerja menjaga kebersihan melalui pakain mereka semasa sesi penjualan. Hal ini di sebabkan.7 Bahagian ketujuh (pengalaman keracunan makanan) Berdasarkan kajian. disebabkan harga yang diletakkan terlalu mahal. Mengikut majoriti yang setuju ini . 3. 3. tiada kejadian keracunan makanan yang dilaporkan. 3. Pekerja kantin juga memakai apron malah pinggan.

Data diproses dengan menggunakan kaedah analisis asas matematik.pihak kantin adalah mesra berbanding dengan tahun lepas. Berdasarkan perkara itu.20 iaitu meningkat sebanyak 30 sen.1 Kenaikan harga makanan Isu kenaikan harga makanan kantin baru di sekolah menjadi perbualan hangat masyarakat terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai untuk disekolahkan. Oleh itu. sepinggan nasi goring iaitu RM1. kajian untuk mengenalpasti masalah kantin ini telah dilakukan bagi menambahbaikkan prestasi kantin sekolah ini.50 berbanding dengan kantin sebelumnya hanya RM1. Selain itu. kenaikan harga makanan ini juga menambahkan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. . 4. Nooramirah Binti Zulkehli.9 Penggunaan kajian Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji iaitu Muhamad Hafiz Bin Abu Bakar. Contohnya. Harga makanan di kantin sekolah dinaikkan.0 SUBJEK KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. serta jadual bagi data keseluruhan golongan yang mengatakan YA dan TIDAK serta data keseluruhan soalan yang dijawab oleh responden YA dan TIDAK. Kajian ini menjadi gambaran daripada pelanggan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK) bagi menunjukkan keadaan dan suasana persekitaran kantin pada waktu rehat. graf bar. 4. 3. Oleh yang demikian. Nor azizah Binti Mohd Ismail dan Noor Nabila Binti Wazir yang mengambil data dan analisis me n g g u n a k a n kaedah statistik iaitu bagi me n g u k u r peratus. Muhamad Arif Bin Said. pihak kantin harus mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menjaga hubungan baik antara penjual dan pembeli. kenaikan harga makanan di kantin sekolah amat tidak wajar dan perlu dirombak semula agar tidak menyusahkan pelanggan.

kami telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti bagi menunjukkan suasana dan persekitaran kantin. Dengan kaedah ini. Hal ini terbukti dengan pakaian yang dipakai oleh para pekerja sangat baik. .4. Walau bagaimanapun. guru-guru dan kakitangan sekolah ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin adalah amat baik. kebersihan kantin amat baik dan seterusnya pelanggan berpuas hati terhadap persekitaran. Hal ini jelas kelihatan apabila kawasan menjual air di kantin amat bersih. Selain itu.1 Perbincangan Melalui kaedah ini. Disebabkan itu. Kami mendapati segelintir pelanggan tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan.2 Pemerhatian Melalui proses pemerhatian pula. Melalui pemerhatian juga. proses perbincangan berjalan dengan lancar dan banyak membantu kami dalam mendapat maklum balas daripada responden. Selain itu. hanya segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan. kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi daripada pelanggan kantin di sekolah ini. 5. kami dapat melihat tahap kebersihan kantin tersebut. 5. Pekerja kantin memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan terutamanya memberi senyuman yang sangat ikhlas kepada pelajar.0 PROSEDUR 5. tahap kebersihan para pekerja sangat tinggi.3 Aspek layanan Aspek layanan yang diberikan kepada pelajar. kami mambuat perbincangan di antara kumpulan kami iaitu seramai 5 orang. 4. Selain itu. kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kantin. Kebersihan kantin yang terjamin telah memuaskan hati semua responden. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati semua pelanggan tetapi kuantiti makanan yang disediakan menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan.2 Tahap kebersihan yang tinggi Kebersihan di kawasan kantin sekolah pada tahun ini amat berpuas hati.

0 Latar Belakang Kaedah penyelidikan dengan penggunaan soal selidik ini. Analisis statistik yang ditunjukan adalah seperti yang berikut:- DATA KESELURUHAN BERDASARKAN GOLONGAN GOLONGAN GURU PELAJAR YA 29 36 TIDAK 19 28 JUMLAH 48 64 . BAB 1V PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 1. pelajar serta kakitangan sekolah. 3. manakala 30% daripada guru dan selebihnya iaitu sebanyak 30% daripada kakitangan sekolah. Sebagai contoh. serta kakitangan sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan kami untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya.0 Analisis Statistik Analisis statistik dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keselesaan responden terhadap kantin dari pelbagai aspek.5. harga. serta guru dan kakitangan sekolah ini. kebersihan dan lain-lain. pelajar. Dengan kaedah ini juga kami secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan kantin di sekolah ini dari semasa ke semasa. kami mendapati bahawa sebanyak 40% responden yang terdiri daripada pelajar. Mengikut statistik yang telah dilakukan . lima dan enam. dari aspek menu pemakanan. 2. kami telah melibatkan tiga golongan yang terdiri daripada guru.3 Borang soalselidik Kami telah mengedarkan borang soalselidik kepada pelajar tingkatan empat.0 Penganalisisan Data Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan data mengenai keselesaan kantin kepada guru. Kaedah yang digunakan dalam memperolehi keputusan data ini adalah hasil daripada penggunaan borang soal selidik yang telah diberikan pada setiap responden .

didapati bahawa semuanya berjalan dengan baik. Berdasarkan analisis.kesemua soalan yang dikemukakan itu lebih ramai responden memberikan jawapan yang positif berbanding negatif.PEKERJA 34 14 48 JUMLAH BESAR=160 DATA KESELURUHAN BERDASARKAN SOALAN NOMBOR SOALAN SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 SOALAN 6 SOALAN 7 SOALAN 8 YA 5 18 20 5 19 13 20 16 TIDAK 15 2 0 15 1 7 0 4 JUMLAH 20 20 20 20 20 20 20 20 JUMLAH BESAR = 160 KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN GOLONGAN KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN SOALAN BAB V PERBINCANGAN DAN CADANGAN 1. kepuasan pelanggan terhadap menu dan harga . Malah.0 Kesimpulan Berdasarkan kajian yang kami jalankan iaitu tentang kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

ia akan menimbulkan ketidakpuasan kepada pelanggan. Cina dan India. 3. Oleh itu. Antaranya ialah kaum Melayu. Contohnya.0 Implikasi Daripada kajian yang kami jalankan. persekitaran kantin yang bersih tidak akan menjejaskan kesihatan manusia. Seterusnya.0 Cadangan Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan. Sebagai contoh.2 Mempelbagaikan menu Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan menu kerana di sekolah ini mempunyai pelanggan yang pelbagai jenis bangsa.1 Menurunkan harga makanan Pihak kantin seharusnya menurunkan harga makanan di kantin tersebut bagi memuaskan hati pelanggan. kebersihan kantin akan memberi kesan terhadap pelanggan di mana persekitaran kantin akan mempengaruhi kesihatan pelanggan. Hal ini memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. kita dapat merumuskan bahawa kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting adalah seimbang. Selain harga. Hal ini kerana tidak semua responden mampu membeli makanan yang mahal.yang ditawarkan tidak memberi kepuasan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun. 2. Sudah semestinya mereka . kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan kekangan yang berlaku di kantin sekolah ini. Hal ini kerana lebih ramai responden yang tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan. pengusaha kantin perlu mengkaji semula harga yang ditawarkan kepada pelanggan. 3. Perkhidmatan yang diberikan juga akan member kesan kepada pelanggan. Hal ini bertujuan untuk pelanggan dapat membeli makanan dengan harga yang berpatutan. perkhidmatan dan kebersihan kantin memberi kepuasan kepada pelanggan di sekolah ini. Selain itu. bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang hanya berpendapatan rendah. harga yang ditawarkan memberi kesan kepada pelanggan. Contohnya. Oleh itu. layanan yang baik oleh pekerja kantin akan memberi kepuasan dalam diri pelanggan. Antara cadangan tersebut ialah:3. menu makanan yang disediakan juga tidak menberi kepuasan kepada pelanggan.

bagi mengelakkan lebih ramai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. nasi lemak untuk pelanggan kaum Melayu. Oleh itu. pengusaha kantin perlu menyediakan pelbagai jenis menu. Oleh itu. pihak kantin harus mengekalkan layanan yang diberikan kepada pelanggan. Hal ini kerana kebersihan kantin akan menjamin kesihatan pelannggan. Disebabkan itu. pengusaha kantin perlu menitikberatkan tahap kebersihan agar dapat menjamin persekitaran yang bersih. pengusaha kantin perlu terus mengekalkan tahap kebersihan kantin. Selain itu. layanan yang diberikan oleh pekerja kantin memberi kepuasan kepada pelanggan. . Hal ini bertujuan.3 Mengekalkan mutu perkhidmatan dan kebersihan kantin Berdasarkan kajian. 3. capati untuk pelanggan kaum India dan nasi ayam untuk pelanggan kaum Cina.mempunyai selera yang berlainan. Contohnya .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful