P. 1
Petua Org Lama

Petua Org Lama

4.81

|Views: 3,172|Likes:
Published by sulya20045343

More info:

Published by: sulya20045343 on Feb 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2010

PETUA ORANG LAMA

Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiap penyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah, InsyaAllah datanglah keberkatannya. Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya: • Baca bismillah • Beristifar • Baca Fatihah 1X • Baca Ayat Kursi 1X • Baca Doa Penyembuh Penyakit • Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. Bau mulut Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari. Resdung Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa. Kunyit mengurangkan rabun mata Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari. Perut masuk angina

Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan. Perut Memulas Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan. Selepas air itu sejuk minumlah. Telingga bernanah Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu. Rambut Ubat Kaki Pecah Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. Jerawat a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang. b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari. Rambut beruban Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur. Melebatkan tumbuh rambut Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagipagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian setiap hari. Membuang tahi lalat hidup Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah. Muka kasar dan berbintik-bintik hitam Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam. Menghilangkan kesan jerawat Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk. Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan. Kudis buta Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu. Bulu ketiak Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh. Cacar air Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Menghilangkan bekas kurap di badan Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap. Menghilangkan bau ketiak Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari. Ubat panau Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu. Menghilangkan parut cacar air Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu. Gatal-gatal malam Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut. Gatal-gatal pada kemaluan perempuan Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut. Gatal Kulit Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur. Menghilangkan Bulu Ketiak

Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati. Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh. Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh. Sakit bahagian buah pinggang Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kirakira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas. Sakit siplis Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu. Bisa-bisa tulang Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari. Lemah jantung dan darah tinggi Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh. Kencing manis Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian, angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya. Demam kuning Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak. Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang. Penyakit kuning Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari. Demam Berdarah • Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera • Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut Cara-cara mengurangkan demam Ø Beri pesakit minum air yang banyak Ø Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air Ø Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya Ø Beri minum air zam-zam dan lap badannya Ø Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah: "Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu" Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh. Pening Kepala Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari. Ubat Kencing Batu Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas. Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orangorang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan. Sakit Kepala Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak. Ø Punca Dari Pakaian: Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan Ø Punca Dari Cahaya: Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang Ø Punca Dari Mata: Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala Ø Punca Dari Penyakit: Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala. Ø Punca Dari Kepala: Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala Ubat sakit kepala Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda

selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera. Atau: Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum. Cirit-Birit Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut Kencing Tidak Lawas Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing. Menyembuhkan Luka Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu. Menyembuhkan sakit gigi Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah. Untuk mendapat anak Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut. Jika terlekat tulang Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah. Untuk mengubati penyakit batu karang Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum. Panawar racun dan sengatan binatang berbisa Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum. Penawar jika dipatuk ular Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan. Penawar gigitan anjing gila Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut. Untuk merawati masalah batuk kering Ramuannya; 1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut. Penawar sesak nafas Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari. Penyakit gagap

Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan. Batuk Biasa Ramuannya;bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus. Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari. Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan. Amalkan selama 3-7 hari. Benjol dan luka yang teruk Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut. Mempercepatkan penumbuhan rambut Ramuannya;darah kambing dan madu. Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala. Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali. Mata berselaput Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu, kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh. Penjagaan badan supaya sentiasa langsing Ramuan; halia, telor ayam kampung dan madu. Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya. Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah. Pelembap muka Ramuannya; kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar. Membersihkan Muka Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah, susu segar dan susu tepung. Kesemua bahanbahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak. Deman Selsema Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahanbahan di atas hendaklah digaul sehingga rata. Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah, lembut dan kurang berminyak. KHASIAT Khasiat buah betik ubat sedu Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari. Kopi halia ubat kembung Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan. Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi. Minum air kopi masa masih panas-panas

sedikit demi sedikit. Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan. Khasiat dari akar kayu sengugut Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah. Khasiat pucuk jambu Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi. Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut. Khasiat bunga raya masalah gugur rambut Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas. Khasiat daun jarak Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda. Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang. Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya. Khasiat dari akar kelapa Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya. Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus. Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu. Khasiat dari ubi jalar Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh. Khasiat buah mentimun Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat. Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci. Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya. Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang. Khasiat buah betik ubat sedu Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

BUAH PERIA Peria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa

alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis. Sifat-sifat peria: Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia. Ia mempunyai sifat-sifat berikut:(i) mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula dalam darah (ii) menggalakkan nafsu makan (iii) membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah penghadaman (iv) menganudngi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dan juga anti-kembong (v) memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopolitik (vi) mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi (vii) anti-radangan dan astringent. mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel movement) Peria banyak khasiat. Antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah. Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya. Cara-caranya: Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum. Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

LAKSA BELUT BAIK UNTUK LELAKI

Mengenai cacing - Kena baca kalau ada anak... Posted on Sunday, December 30 @ 16:15:26 MYT by SongkokPutih
Oleh Faiza Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya. Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia) pun memeriksa... Betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya. ... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak pernah-pernah sopan macam tu... Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak. .. terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah. Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah) :- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru... ...... Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus Cacing pita macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh.. ** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa -

sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. *** Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru) * Demam, ruam-ruam badan, alahan * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit) Apa yang anda perlu buat :1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing 2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah 3. Potong kuku pendek 4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging 5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah 6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka 7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan. 8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar 9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada Ada 2 jenis ubat cacing :1. Albendazole/ mebendazole Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. 2. Pirantel Pamoate Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacingcacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua.. kua.. :)

NUTRITION UPDATES

TO PREVENT STROKE DRINK TEA! Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading.... Green tea is great for our immune system)! INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY! Use honey as a tranquilizer and sedative. ASTHMA? EAT ONIONS!!!! Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!! Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system)

UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!! Bananas will settle an upset stomach. Ginger will cure morning sickness and nausea. BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!! High-acid cranberry juice controls harmful bacteria. BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!! Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple. PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!! !! Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue. MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS! Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc. COLDS? EAT GARLIC! Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.) COUGHING? USE RED PEPPERS!! A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy. BREAST CANCER? EAT Wheat, bran and cabbage Helps to maintain estrogen at healthy levels. LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!! A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables. ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!! Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers. DIARRHEA? EAT APPLES! Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this ailment)

CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO! Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol. HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!! Olive oil has been shown to lower blood pressure. Celery contains a chemical that lowers pressure too. BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!! The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar. HEADACHE? EAT FISH! Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches. So does ginger, which reduces inflammation and pain. HAY FEVER? EAT YOGURT! Eat lots of yogurt before pollen season. Also-eat honey from your area (local region) daily. Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange.

Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke. Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits &protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young....... ..blueberries are the best and very versatile in the health field....... .they get rid of all the free-radicals that invade our bodies) Orange : Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer. Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays) Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion) Tomatoes are very good as a preventative measre for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies. Forward this to all your Friends, Let Everybody live a Healthy Life

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital -Gleanagles)
PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI! UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK. PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE Kepada Semua, Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) dikalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasok kanak-kanak) mencari alternatif lain. UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE : 1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant 2. Plus Dietary Supplements 3. Acutrim Maximum Strength 4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus 5. Children's Cold Medicine Effervescent 6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau oren) 7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original 8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent 9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent 10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent 11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent 12. BC Allergy Sinus Cold Powder 13. BC Sinus Cold Powder 14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief 15. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief 16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules 17. Contac 12 Hour Caplets 18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus

19. Dexatrim Caffeine Free 20. Dexatrim Extended Duration 21. Dexatrim Gelcaps 22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free 23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets 24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels 25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir 26. Dimetapp Elixir 27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels 28. Dimetapp 4 Hour Tablets 29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets 30. Naldecon DX Pediatric Drops 31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion 32. Triaminic DM Cough Relief 33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion 34. Triaminic Syrup Cold & Allergy 35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak: Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini : http://www.fda. gov/ <http://www.fda. gov/> EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->