Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk:         Menyelesaikan banyak tugas dan masalah berkaitan dengan organisasi dan persatuan

. Mewujudkan perhubungan dan perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat kata sepakat dan kerjasama. Mengawal aktiviti dan kewangan organisasi atau persatuan dari semasa ke semasa. Menyelaras dan membincangkan bidang tugas jawatankuasa atau pegawai dan kegiatan organisasi atau persatuan. Menyebarkan maklumat dan rancangan baharu kepada masyarakat atau ahli secara khususnya. Mengetahui sokongan, kerjasama, tindak balas dan sambutan terhadap sesuatu isu atau persoalan dan aktiviti. Membuat sesuatu keputusan atau mandat penting yang berkaitan dengan organisasi atau persatuan. Merancang sesuatu strategi dan program atau mendapatkan idea-idea baharu bagi melaksanakan aktiviti organisasi atau persatuan.