You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan sebagai keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Tamadun Islam telah diperkaui sebagai tamadun paling gemilang dan cukup unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain yang wujud di muka bumi ini. Tegaknya tamadun ini disebabkan oleh ilmu bersesuaian dengan perintah Allah s.w.t yang memerintahkan umat manusia supaya menuntut ilmu seperti mana di dalam wahyu yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s untuk membaca (lafaz Iqra). Sebaiknya, tamadun Islam dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat dunia supaya ketamadunan sesebuah bangsa itu tetap utuh tertegak dan seterusnya kejahilan terus terhapus di samping keharmonian hidup manusia dapat terjamin tanpa perlu ada sebarang pertelingkahan mahu pun kucar-kacir yang lahir dari kepincangan mana-mana aspek kehidupan.

2.0

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

Setiap kejayaan atau kegemilangan sesebuah tamadun itu pasti didasari oleh prinsipprinsip tertentu. Tamadun Islam juga tidak ketinggalan. Kegemilangan tamadun Islam didasari oleh 5 buah prinsip iaitu:Memelihara nyawa Memeliharamaruah dan keturunan Memelihara akal fikiran

Memelihara harta benda

Memelihara hak kebebasan

2.1

Memelihara nyawa Keharmonian hidup bermasyarakat adalah terletak pada keamanan, keselamatan dan

kesejahteraan masyarakatnya. Dalam hal ini, tamadun Islam sangat mementingkan aspek memelihara nyawa sama ada nyawa diri sendiri atau nyawa orang lain. Pembunuhan adalah sangat dilarang sama sekali. Di zaman Jahiliyyah, sejarah telah membuktikan bahawa masyarakatnya mengamalkan kepercayaan bahawa anak perempuan membawa sial, lantas tiap kali lahirnya anak perempuan, mereka pasti akan membunuhnya. Perkara ini juga sebenarnya bertentangan dengan fitrah kehidupan manusia. Umum telah mengetahui bahawa kejadian seorang laki-laki memerlukan wanita dalam hidupnya. Bahkan untuk mengekalkan kemandirian spesies manusia itu sendiri, perlunya ada sepasang suami dan isteri. Justeru, andai dihapuskan kaum wanita di muka bumi ini, maka proses mengekalkan kemandirian spesies itu tidak dapat dilaksanakan lantaran tidak adanya wanita yang memainkan peranan penting dalam hal ini. Kedatangan Islam di muka bumi ini mengubah tradisi masyarakat jahiliyyah yang tidak berperikemanusiaan ini bahkan dalam peperangan sekali pun, umat Islam tidak dibenarkan untuk membunuh beberapa golongan seperti orang tua, wanita dan kanak-kanak. Bahkan juga, umat Islam diajar dan dididik bahawa mereka hanya akan bertindak untuk menyerang sekiranya mereka diserang. Selain itu, keseriusan tamadun Islam dalam mempertahankan prinsip tamadun yang pertama ini dapat kita lihat dengan jelas dalam sistem perundangannya yang mana sistem qisas dimasukkan sebagai salah satu sistem yang menjadi agen pengawal kepada masyarakat
2

supaya tidak saling berbunuhan. Hukuman ini datangnya daripada Allah s.w.t dan diterangkan di dalam Al-Quran dan hadith yang mana si pelakunya yang:1) Membunuh akan dibalas dengan membunuh 2) Melukakan akan dibalas dengan melukakan 3) Mencederakan dibalas dengan mencederakan Berikut merupakan antara dalil Al-Quran berkenaan dengan pelaksanaan hukuman qisas:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah 2:178) "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan lukaluka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Menjaga nyawa ini juga bukan dihadkan kepada menjaga nyawa orang lain sahaja, bahkan nyawa diri sendiri juga. Dilarang sama sekali untuk membunuh diri atau pun menzalimi diri sendiri. Masyarakat Islam diajar bahawa membunuh diri merupakan satu dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perbuatan-perbuatan yang disinonimkan sebagai membunuh diri seperti merokok dan mengambil dadah adalah ditegah sama sekali. Ini kerana kedua-dua perkara ini menyebabkan kerosakan pada sistem fizikal badan diri si pelaku dan juga orang di sekelilingnya. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru, Islam sangat menekankan cara hidup yang harmoni.

2.2

Memelihara Akal Fikiran Akal fikiran yang baik mampu dijadikan sebagai aset sesebuah masyarakat untuk

menerajui kegemilangan sesebuah tamadun. Justeru, Islam sangat menitikbertakan soal


3

penjagaan akal fikiran ini. Banyak cara yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya untuk melaksanakan perkara ini. Antaranya adalah melalui pemakanan dan juga adab dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi dalam kitab Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin ada menyatakan bahawa: Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat berkenaan dengan amalan pemakanan umatnya yang mana kita semua sedia maklum bahawa makanan yang kita ambil sangat mempengaruhi kecerdasan otak dan juga anggota badan yang lainnya. Kedatangan Islam yang mengajarkan umatnya dalam banyak perkara terutamanya dalam bab mementingkan pengambilan pemakanan dari sumber halal sebenarnya sangat mempengaruhi masyarakat yang mengamalkan tatacara ini hidup dalam keadaan aman sentosa. Sebagai contoh, dengan matlamat mendapatkan rezeki dari sumber yang halal mendorong masyarakat Islam untuk tidak merampas serta menzalimi hak orang lain. Sekiranya perkara ini berlaku, maka terjaminlah keharmonian dan kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Selain daripada amalan pemakanan, Islam juga mengajar umatnya memelihara akal fikiran melalui adab pekerjaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga sangatlah dilarang. Contohnnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan rosak akal. Mabuk dan rosak akal menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka untuk melakukan perkara yang memudaratkan diri, orang lain serta persekitarannya. Dengan ini, Islam mewajibkan umatnya untuk menimba ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam sangat digalakkan untuk menimba ilmu dengan sebanyak-banyaknya walau di mana pun supaya dengan ilmu yang dimiliki, akal akan terpelihara dan seterusnya menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan agama. Bahkan, menuntut ilmu itu merupakan salah satu jihad dan ibadat di dalam Islam. 2.3 Memelihara Maruah Dan Keturunan

Ketinggian maruah dan keturunan sesuatu masyarakat sangat dititikberatkan. Oleh itu, apa-apa sahaja perkara yang mampu menjadi asbab kepada rosaknya maruah dan keturunan adalah sangat dilarang. Contoh yang paling mudah adalah zina. Islam sangat memandang serius perkara ini. Zina diharamkan demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu dari segi nasabnya. Perkara ini sangat berbeza sekali dengan tamadun lain yang tidak menitikberatkan soal maruah diri yang hancur disebabkan oleh perlakuan seks bebas ataupun bersekedudukan yang mana disebabkan oleh perbuatan-perbuatan inilah lahirnya anak luar nikah dan merebaknya penyakit berjangkit seperti HIV. Kedatangan Islam membolehkan pelaksanaan poligami. Ia tidak diwajibkan dan tidak pula digalakkan tetapi ia diiktiraf. Berbeza dengan tamadun di Barat yang mana masyarakatnya menolak poligami dengan sekeeras-kerasnya tetapi undang-undang mereka membenarkan seorang laki-laki bersekdudukan dengan perempuan. Hal ini mendorong kepada kelahiran anak tidak sah taraf (luar nikah) dan tersebarnya penyakit AIDS dan penyakit kelamin yang lain. Seterusnya, terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu, tidak syak lagi bahawa prinsip tamadun Islam sangat sesuai untuk diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakat Islam di negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka. 2.4 Memelihara Harta Benda Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada siapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. Di Malaysia (agama rasmi adalah agama Islam), sistem ekonomi alternatif yang sesuai dengan Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat

berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian

ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda. Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari) 2.5 Memelihara Hak Kebebasan Hak kebebasan juga sangat dipelihara dalam tamadun Islam. Hak kebebasan yang dimaskudkan di sini adalah hak kebebasan dalam beragama. Islam mengakui kewujudan pelabagai agama selain daripada Islam seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud: Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi, lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi muminin (beriman) (Surah Yunus, ayat 99)

Tidak ada paksaan pada agama. Telah nyata kebenaran daripada kesesatan. (Surah Al-Baqarah, ayat 286) Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama, seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan bahawa Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinterkasi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah. Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat-menghormati di atara satu
6

sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya, tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masingmasing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya, setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara. Islam mengakui kewujudan agama lain. Namun begitu, ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersbeut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah. Namun, dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinterkasi dengan kelompok-kelompok yang berlainan agama.

2.6

Konklusi

Keharmonian dan masyarakat yang bersatupadu, sentiasa bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain akan menjamin perkembangan intelektual, politik, kerohanian, sahsiah dan ekonomi sesebuah negara dan masyarakatnya. Justeru, tamadun Islam yang berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, nyawa, akal fikiran, memelihara maruah dan keturunan serta memelihara harta benda yang kesemuanya berasaskan kepada Al-Quran dan sunnah di mana dasar utamanya ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia, adalah sangat sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Konklusinya, Islam mengandungi gabungan nilai-nilai yang merupakan cara hidup dan bersifat universal, sesuai diamlalkan oleh semua orang.

3.0

POTENSI MANUSIA Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t di

muka bumi ini. Sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, maka dikurniakan pelbagai potensi diri yang pastinya merangkumi pelbagai aspek supaya urusan mengurus kehidupan di dunia ini bertambah lebih mudah. Berikut merupakan 3 jenis potensi yang ada pada manusia:1. Potensi meningkat 2. Potensi daya cipta 3. Potensi menerima perubahan 3.1 Potensi Meningkat
8

Manusia dikurniakan dengan potensi meningkat yang datangnya daripada Allah s.w.t. Potensi meningkat ini didorong oleh pelbagai faktor tetapi faktor yang paling utama adalah didasari oleh ilmu pengetahuan. Dengan penganugerahan akal secara automatik menjadikan manusia mempunyai potensi utama untuk menerima ilmu pengetahuan. Ilmulah yang menjadi pembeza antara manusia dengan haiwan. Ilmulah yang menyebabkan manusia itu lebih mulia, mengatasi segala makhluk ciptaan Allah s.w.t. Akal manusia berpotensi untuk menerima semua jenis ilmu. Ilmu yang paling tinggi martabatnya ialah ilmu wahyu. Ia diikuti oleh ilmu indera iaitu segala ilmu yang dapat diusahakan oleh manusia sendiri melalui pembelajaran, penyelidikan, pengalaman, penelitian, pembacaan dan perbincangan yang mendalam seperti ilmu Sains dan Sains Sosial. 3.2 Potensi Daya Cipta Manusia diciptakan dengan dilengkapi akal dan daya cipta sebagai bentuk kesempurnaan dari makhluk lainnya supaya mampu bersyukur dengan apa yang telah ada. Di dalam diri dan alam sekitar telah dilengkapi dengan segala potensi yang tersembunyi agar manusia mampu mengelola dengan memanfaatkan potensi diri sebagai rahmat untuk pelbagai keperluan. Daya cipta merupakan suatu rahmat yang diberikan kepada manusia untuk mampu mewujudkan apa yang menjadi keperluannya dengan keinginan / kehendak yang menjadi niat untuk diwujudkan. Penggunaan daya cipta dan kehendak bagi setiap orang adalah berbeza dan setiap orang memiliki caranya masing-masing. Ada yang menggunakan affirmasi, ada yang memikirkan sahaja niat dan tujuannya, ada yang membayangkan sahaja dan ada yang mengulang kata-katanya sahaja. Potensi daya cipta yang dimiliki oleh manusia merupakan pancaran daripada sifat Maha Mencipta Allah s.w.t. Ciptaan dan rekaan Allah s.w.t itu pula bukan sekadar mengadakan sesuatu makhluk daripada tiada kepada ada, malah memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan sebagai lambang sifat kesempurnaannya. Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Justeru Allah s.w.t itu Maha Indah dan Maha Suci daripada kebodohan. Ia bukan sahaja bersifat dengan keindahan malah Dia mencintai keindahan. Oleh kerana Dia mencintai keindahan, segala yang diciptaNya juga bersifat indah.
9

Daya cipta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia itu sekali-kali tidak menjejaskan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Hal ini disebabkan daya cipta dan daya rekaan manusia itu hanya sekadar mengumpul, mengubah dan menghasilkan bentuk baharu daripada bahan yang sedia ada di atas muka bumi ini yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t. Potensi daya cipta dan daya rekaan yang ada dalam diri manusia itu wajar diperkembangkan sejajar dengan akidah, syarak dan akhlak atau di bawah bimbingan wahyu Al-Quran dan As-Sunnah. 3.3 Potensi Menerima Perubahan Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai potensi untuk menerima perubahan. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith, terjemahannya: Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat atau potensi yang suci dan baik). Hanya ibu bapa (alam sekitarnya) lah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi atau menjadi Nasrani atau menjadi Majusi. (Riwayat Muslim) Ini bererti bahawa manusia dari segi fitrah atau potensinya adalah bersih daripada sebarang nilai sama ada kebaikan atau kejahatan. Ia berpotensi untuk menerima perubahan sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya yang ditentukan oleh pendidikan dan persekitarannya. Bagi memastikan potensi menerima perubahan yang dimiliki oleh manusia itu berkembang dan meningkat ke arah kebaikan, maka setiap manusi berkewajipan untuk meningkatkan keimanan, ketaqwaan dan amal soleh dari semasa ke semasa. 3.4 Konklusi Konklusinya, manusia itu mempunyai pelbagai potensi daripada bersedia meningkat, berkembang dan maju hingga kepada mempunyai daya cipta, menerima perubahan dan menerima ilmu pengetahuan. Puncak daripada semua potensi itu ialah pencapaian tamadun manusia di sepanjang sejarah.

10

4.0

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM

11

You might also like