You are on page 1of 19

JABATAN AKADEMIK

PUSAT TAHFIZ GEMILANG

JADUAL WAKTU & MODUL

MINGGU ORIENTASI (TADIKA)
TARIKH

30, 31 SEPTEMBER 2007 (AHAD & ISNIN)

dan
1, 2 JANUARI 2008 (SELASA & RABU)

DENGAN KERJASAMA
SELURUH CAWANGAN TADISKA TAHFIZ GEMILANG
KELANTAN DAN TERENGGANU
PERINCIAN MODUL DAN PENGISIAN MINGGU ORIENTASI

A. SLOT PERHIMPUNAN PAGI

1. LAGU-LAGU YANG DINYANYIKAN

- Lagu TTG
- Ikrar Muslimin
- Rama-Rama
- Gajah
- The Little Frog
- Anak Nabi Kita
- On di Atas, Under di Bawah

2. Bentuk-bentuk senaman yang terlibat

- Regangan tangan dan kaki
- Lompat bintang
- ‘Warming up’ dari kepala sampai kaki
- Lari dan Lompat setempat
- Lari ulang alik

3. Pergerakan Kreatif
- Jalan Sambil Imbang Badan (bawa buku atas kepala)
- Pergerakan Kenderaan (kereta, keretapi, kapal terbang,basikal
dsbg.)
- Pergerakan Binatang (lompat katak, jalan itik dsbg)
- Pergerakan mengikut arahan.

B. AKTIVITI-AKTIVITI

AKTIVITI 1

Aktiviti : Kegiatan Kreatif 1 : Mewarna

Jenis Aktiviti : Aktiviti perkembangan Fizikal (Motor Halus dan Koordinasi
Mata
-Tangan)
Matlamat : Bahasa : Warna: Pengenalan kepada warna-warna
Asas
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 ½ jam
Alatan : Pensel Warna @ Krayon, Kertas Bergambar.
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang gambar yang akan di
warnai oleh pelajar.
4. Guru memperkenalkan beberapa jenis warna
kepada pelajar dengan menunjukkan pensel
warna yang mempunyai warna yang berlainan
dan guru lakarkan di atas kertas.
5. Agihkan kertas bergambar kepada pelajar dan
guru di minta galakkan pelajar bercakap @
bertanya tentang gambar yang terpapar.
6. Guru memberikan pensel warna kepada pelajar
dengan bilangan terhad dan galakkan pelajar
berkongsi pensel warna antara satu sama lain
7. Pelajar boleh mula mewarna dan beri galakan
atau puji pelajar semasa mereka sedang
mewarna.
8. Setelah selesai mewarna, guru pungut hasil kerja
pelajar dan berikan bintang kepada mereka
sebagai galakan.
9. Sudahkan aktiviti dengan mengajak pelajar
mengemaskan semula tempat aktiviti.

ICE BREAKING

Aktiviti : Musical Chair

Jenis Aktiviti : Aktiviti perkembangan Fizikal (Motor Kasar) dan kepekaan.
Matlamat : Meransang lima deria & menggalakkan
perkembangan sosio-emosi
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 ½ jam
Alatan : Kerusi, radio dan kaset lagu (atau guru @ pelajar
menyanyi secara
‘live’)
Prosedur :
1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @
kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menyusun kerusi dalam bentuk bulatan,
setelah selesai guru menunjukkan sedikit
demonstrasi bagaimana aktiviti berlangsung.
5. Dengan iringan muzik (samada radio @ guru &
pelajar yang menyanyi) aktiviti bermula. Pelajar
diminta berjalan mengelilingi kerusi dan apabila
muzik berhenti pelajar hendaklah berebut kerusi
untuk duduk. (pastikan bilangan kerusi sentiasa
kurang 1 unit daripada bilangan pelajar)
6. Pelajar yang berdiri @ tidak dapat duduk di kira
kalah dalam permainan dan dikehendaki tunggu
diluarkawasan permainan.
7. Guru diminta mengulangi semula langkah tadi
sehinggalah ada seorang pelajar yang berjaya.
(perhatikan: kerusi hendaklah sentiasa di buang 1
unit sejurus selepas ada pelajar yang kalah)
8. Setelah berjaya, beri galakan kepada pelajar dan
bagi pujian samada kepada yang menang @
kalah.
9. Guru mengajak pelajar mengemas semula tempat
aktiviti.

AKTIVITI 2
Aktiviti : Kegiatan Kreatif 2 : Origami 1
Jenis Aktiviti : Komponen Seni dan Kreatif.
Matlamat : Menggalakkan perkembangan menyeluruh pelajar
melalui aktiviti
Seni dan kreativiti seperti origami.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 jam
Alatan : Kertas, gunting, pensel warna (gam sekiranya perlu)
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menunjukkan contoh origami yang hendak
di buat kepada pelajar. Guru hendaklaha
membuat demontrasi lipatan di hadapan pelajar
sebelum mereka sendiri membuatnya.
5. Pelajar di minta untuk membuat origami mengikut
guru secara langkah demi langkah.
6. Setelah selesai puji dan bagi galakan kepada
pelajar.
7. Guru meminta pelajar warnakan mengikut
kreativiti mereka sendiri.
8. Setelah selesai guru memungut hasil kerja tangan
pelajar. Bagi bintang dan markah dan bagi pujian.
9. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.

AKTIVITI 3

Aktiviti : Game 1 ‘Bola Beracun’

Jenis Aktiviti : Komponen Perkembangan Fizikal (motor kasar)
Matlamat : Menggalakkan perkembangan motor kasar iaitu
secara membaling
Dan berlari melalui aktiviti ini.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 20 orang (2 kumpulan)
Masa : 45 minit
Alatan : bola (sekiranya tiada; guru boleh menghasilkan bola
dengan
Menggunakan gumpalan kertas.

Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru menerangkan aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menunjukkan contoh bagaimana aktiviti
dilaksanakan.
5. Aktiviti dimulakan dengan kumpulan A berada di
dalam dan kumpulan B berada di luar. Kumpulan
A akan membaling bola kepada ahli kumpulan B
yang berada di dalam. Mana-mana pelajar yang
terkena bola akan terkeluar dari permainan
ini,permainan diteruskan sehinggalah semua
peserta dari kumpulan B terkeluar.
6. Setelah selesai ulangi permainan di atas.
Kumpulan B pula berada di luar manakala
kumpulan A berada di dalam.
7. Setelah selesai, beri galakan dan puji pelajar.
8. Aktivit di tamatkan dengan membuat sedikit
regangan badan.

AKTIVITI 4

Aktiviti : Kegiatan Kreatif 3 : Origami 2

Jenis Aktiviti : Komponen Seni dan Kreatif.
Matlamat : Menggalakkan perkembangan menyeluruh pelajar
melalui aktiviti
Seni dan kreativiti seperti origami.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 jam
Alatan : Kertas, gunting, pensel warna (gam sekiranya perlu)

Prosedur :
1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @
kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menunjukkan contoh origami yang hendak
di buat kepada pelajar. Guru hendaklaha
membuat demontrasi lipatan di hadapan pelajar
sebelum mereka sendiri membuatnya.
5. Pelajar di minta untuk membuat origami mengikut
guru secara langkah demi langkah.
6. Setelah selesai puji dan bagi galakan kepada
pelajar.
7. Guru meminta pelajar warnakan mengikut
kreativiti mereka sendiri.
8. Setelah selesai guru memungut hasil kerja tangan
pelajar. Bagi bintang dan markah dan bagi pujian.
9. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.

AKTIVITI 5

Aktiviti : Bercerita
Jenis Aktiviti : Komponen Bahasa dan Nilai Murni
Matlamat : Menggalakkan perkembangan Bahasa dan
penerapan nilai-
Nilai murni melalui cerita teladan.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 ½ jam
Alatan : Gambar dan ‘flash card’ sekiranya perlu.
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru menerangkan tentang cerita yang akan
diperdengarkan.
4. Guru mengingatkan pelajar supaya jangan bising
semasa sesi cerita dijalankan, pelajar diminta
megambil perhatian kerana soalan akan di ajukan
sejurus setelah selsai sesi bercerita.
5. Setelah selesai, guru ajukan soalan bagi
memastikan pelajar faham dan menilai
keberkesanan cerita kepada pelajar.
6. Majlis di tutup dengan membaca surah al-asr.

Tajuk : ‘Sang Monyet yang Angkuh dan Degil’

Di dalam sebuah hutan ada seekor monyet yang sangat angkuh dan
degil. Ia gemar memakan buah-buahan yang berada di dahan yang tinggi
sambil menunjuk-nunjuk kepaka binatang-binatang lain di hutan itu. Sang
Monyet selalu mempersendakan binatang lain yang lemah dan tidak dapat
memanjat dahan yang tinggi sepertinya.
Pada suatu hari, Sang Monyet telah ternampak sepohon pokok yang
penuh dengan buah-buahan yang berwarna merah. Sang Monyet begitu
gembira dan ingin memakan buah tersebut. Sang Kancil yang kebetulan
sedang melalui kawasan iu ternampak Sang Monyet yang begitu gembira,
lalu dia bertanya kepada Sang Monyet. “Hai Sang Monyet, apa yang
membuatkan kau begitu gembira?” tanya Sang Kancil.
“Aku gembira kerana aku akan dapat makan buah-buahan yang
kelihatan sungguh cantik dan lazat itu”, kata Sang Monyet sambil
menunjukkan kepada Sang Kancil buah yang dimaksudkan itu. Sang Kancil
memandang ke arah yang di maksudkan Sang Monyet. Sang Kancil berkata
“kau tidak boleh makan buah itu Sang Monyet”. “tetapi kenapa? Adakah buah
itu beracun wahai Sang Kancil?”tanya Sang Monyet.
“Tidak, buah itu tidak beracun tetapi ia tidak boleh dimakan kerana
rasanya pedas dan tidak sedap, itu adalah pokok cili”, ujar Sang Kancil cuba
untuk menerangkan kepada Sang Monyet tetapi Sang Monyet tetap berdegil
untuk memakan buah tersebut. “Ah! Aku tidak percaya!! Buah yang begitu
cantik dan menarik mustahil tidak boleh dimakan!! Kau cuma cemburukan
aku wahai Sang Kancil kerana kau tidak boleh memanjat dan memakan buah-
buahan seperti aku”. Sang Kancil hanya menggelengkan kepala mendengar
kata-kata Sang Monyet.
Sang Monyet dengan segera memanjat pokok itu dan memetik buah
tersebut dengan banyak lalu memakannya sekaligus. Tiba-tiba wajah Sang
Monyet menjadi merah dan asap keluar melalui telinga dan hidungnya.
Kerana tidak dapat menahan pedas, Sang Monyet berlari lintang pukang
untuk mendapatkan air.

Pengajaran :
1. Sifat angkuh dan degil hanya akan membinasakan dan merugikan diri
sendiri.
2. Allah dan Nabi Muhammad juga tidak suka kepada manusia yang
bersifat angkuh dan degil.
3. Orang yang angkuh dan degil tidak akan mendapat kawan.

AKTIVITI 6

Aktiviti : Kegiatan Kreatif 4 : Main Doh

Jenis Aktiviti : Komponen Perkembangan Fizikal (motor halus)
Matlamat : Menggalakkan perkembangan fizikalm pelajar
(motor halus/jari)
Melalui main doh.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 jam
Alatan : tepung gandum (3 cawan), minyak (1 sudu), air (1
1/2cawanProsedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menunjukkan contoh adunan doh yang
pelajar akan buah
5. Pelajar di minta untuk membuat doh langkah
demi langkah mengikut guru.
6. Doh yang dihasilkan boleh dibentuk dalam
pelbagai jenis bentuk mengikut tema samada
haiwan, kenderaan, kuih muih dan makanan,
peralatan dapur dan sebagainya.
7. Setelah selesai puji dan bagi galakan kepada
pelajar.
8. Guru meminta pelajar warnakan mengikut
kreativiti mereka sendiri.
9. Setelah selesai guru memungut hasil kerja tangan
pelajar. Bagi bintang dan markah dan bagi pujian.
10. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.
AKTIVITI 7

Aktiviti : Game Perkembangan Menyeluruh : Surat Khabar Lama

Jenis Aktiviti : Perkembangan Bahasa, fizikal, sosio-emosi dan kognitif.
Matlamat : Menggalakkan perkembangan menyeluruh pelajar
melalui aktiviti
Seni dan kreativiti seperti origami.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 jam
Alatan : Surat Khabar Lama
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru memberikan helaian surat khabar lama
kepada pelajar. Pelajar di minta untuk mengikut
arahan guru secara langkah demi langkah.
- Pelajar di minta mencarik kertas dari atas
hingga bawah secara kecil-kecil hingga
menjadi seperti permainan pong-pong
denganb menggunakan 1 jari dan jangan
lepaskan carikan kertas itu. Koyak sambil
pegang.
- Setelah koyak, buat seperti pong-pong. Ajar
pelajar beberapa gerakan seperti angkat atas,
turun bawah, ke kiri dan ke kanan, goyangkan.
- Gumpal kertas kertas tadi dan masing-masing
buat sebiji bola yang kecil dan paling cantik.
- Setelah siap pelajar di minta lambung bola
tinggi-tinggi dan lambung tinggi lagi kemudian
baling.
5. Setelah selesai puji dan bagi galakan kepada
pelajar.
6. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.

AKTIVITI 8

Aktiviti : Kegiatan Kreatif 5 ; kolaj : teknik tampalan.

Jenis Aktiviti : Komponen Seni dan Kreatif.
Matlamat : Menggalakkan perkembangan menyeluruh pelajar
melalui aktiviti
Seni dan kreativiti seperti tyeknik tampalan.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 ½ jam
Alatan : Kertas warna, kertas putih @ kertas bergambar dan gam
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menunjukkan contoh bagaimana untuk
membuat aktiviti menampal di hadapan pelajar
sebelum mereka sendiri membuatnya.
5. Pelajar di minta untuk membuat tampalan sendiri
menggunakan kertas warna yang ada.
6. Setelah selesai guru memungut hasil kerja tangan
pelajar. Bagi bintang dan markah dan bagi pujian.
7. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.

AKTIVITI 9

Aktiviti : Bercerita
Jenis Aktiviti : Komponen Bahasa dan Nilai Murni
Matlamat : Menggalakkan perkembangan Bahasa dan
penerapan nilai-
Nilai murni melalui cerita teladan.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 jam
Alatan : Gambar dan ‘flash card’ sekiranya perlu.

Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru menerangkan tentang cerita yang akan
diperdengarkan.
4. Guru mengingatkan pelajar supaya jangan bising
semasa sesi cerita dijalankan, pelajar diminta
megambil perhatian kerana soalan akan di ajukan
sejurus setelah selsai sesi bercerita.
5. Setelah selesai, guru ajukan soalan bagi
memastikan pelajar faham dan menilai
keberkesanan cerita kepada pelajar.
6. Majlis di tutup dengan membaca surah al-asr.

Tajuk : ‘Sang Kancil dengan Buaya’

Pada suatu hari seekor Sang Kancil sedang berjalan-jalanmencari makanan.

Hari panas terik, Sang Kancil merasa sangat lapar dan dahaga. “Laparnya
aku, macamana aku nak mendapatkan makanan, tekak pula terasa dahaga
sangat.” Rungut Sang Kancil dalam hati. Setelah jauh berjalan, Sang Kancil
pun sampai ke tebing sebatang sungai yang dalam. Tiba-tiba dia ternampak
ada banyak pokok rambutan diseberang sana. Dia melihat banyak buah
rambutan yang sedang masak kemerah-merahan. Kecur air liur Sang Kancil
melihat buah-buahan itu. “macamana aku nak dapatkan buah rambutan itu?”
Soalnya dalam hati.”di depan aku ni sungai, aku tak tahu berenang. Nanti aku
mati lemas.” Rungut Sang Kancil sendirian. “ Aku mesti cara jalan untuk
mendapatkan buah rambutan yang masak ranum itu,” kata Sang Kancil. Tiba-
tiba Sang Kancil ternampak ada seekor buaya di dalam sungai itu yang
sedang memandang ke arahnya. Dia mendapat satu akal bagaimana untuk
memperdayakan Sang Buaya itu. Sang Kancil terus memanggil buaya itu. “
Beritahu ketua kamu, aku ingin berjumpa dengannya kerana ada perkara
yang ingin aku smpaikan,” ujar Sang Kancil. Sejurus kemudian datanglah
seekor buaya yang besar ke tebing sungai. “ Ada apa kamu memanggil aku
Sang Kancil,” tanya ketua buaya itu. “oh, Sang Buaya, sebenarnya sebentar
agi Raja Sulaiman akan datang ke mari. Baginda ingin tahu berapakah jumlah
kamu semua. Jadi aku minta kamu kumpulkan semua buaya yang ada di
dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman telah mewakilkan aku untuk
membilang kamu semua,” kata Sang Kancil. Ketua buaya itu terus memanggil
kawan-kawannya. “Hei kawan-kawan, cepat berkumpul Raja Sulaiman nak
datang. Semua berbaris sebab sang Kancil nak bilang,” perintah ketua buaya
itu kapada kawan-kawannya. Sang Kancil pun terus mengira,” satu, dua
lekup...Jantan betina, aku ketuk!” Barisan buaya itu panjang sehingga ke
seberang sungai sana kerana bilangan buaya yang sangat ramai. Akhirnya
Sang Kancil pun sampailah ke seberang sana dengan selamat setelah meniti
barisan buaya itu. Kini hasratnya untuk makan buah rambutan yang masak
ranum itu tercapai juga. Sang Kancil sangat gembira kerana dapat
memperdayakan buaya-buaya itu.
‘Hei Sang Buaya sebenarnya aku telah menipu kamu semua.Raja Sulaiman
tidak akan datang. Aku hanya ingin ke seberang sini untuk makn buah
rambutan yang manis ini. Pada muka kamu semua. Haha..haha..haha...,”
kata Sang Kancil dengan gembira. Buaya-buaya itu sangat marah dan geram
dengan perbuatan Sang Kancil itu tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-
apa. Sang Kancil pun makan dengan sepuas-puasnya.

Pengajaran/Moral :
1. Orang yang bodoh dan tidak berfikir panjang, mudah di tipu oleh orang
lain.
2. Untukmendapatkan sesuatu kita hendaklah berusaha dan berfikiran
tajam.
3. Kita mesti patuh dan taat kepada arahan ketua @ pimpinan.

AKTIVITI 10

Aktiviti : Game 3 : Boling padang @ Lempar bola dalam bakul

Jenis Aktiviti : Komponen Fizikal
Matlamat : Menggalakkan perkembangan menyeluruh pelajar
melalui aktiviti
Boling padang @ lempar bola dalam bakul
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 45 minit
Alatan : bola, botol mineral berisi air @ bola (bole di buat
daripada gumpalan
Kertas) dan bakul@kotak.
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar.
4. Guru menunjukkan bagaimana cara untuk
bermain boling padang @ baling bola dalam
bakul.
5. Pelajar di minta untuk bermain bersama-sama
mengikut giliran.
6. Setelah selesai puji dan bagi galakan kepada
pelajar.
7. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.

AKTIVITI 11

Aktiviti : Perbincangan ‘Keluarga Saya’

Jenis Aktiviti : Komponen Moral dan nilai murni
Matlamat : Menggalakkan perkembangan moral dan nilai
murni melalui aktiviti
Ini.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 1 jam
Alatan : Kertas, pensel warna, pensel
Prosedur :

1. Semua pelajar diminta berada dalam kelas @

kumpulan masing-masing. Boleh samada
kumpulan besar @ kecil.
2. Guru bermesra dengan pelajar dengan berbual
santai @ melakukan senaman ringan @
menyanyikan lagu kesukaan mereka.
3. Guru bercakap tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada pelajar. Ajak pelajar berbual
mengenai ibubapa dan keluarga masing-masing.
4. Guru menunjukkan apa yang perlu di buat oleh
pelajar.
5. Pelajar di minta untuk melakart gambar ayah, ibu
dan adik beradik mereka dan mereka perlu
menerangkan kepada kawan-kawan tentang
keluarga mereka, iaitu siapa nama ayah, ibu dan
adik beradik, bagaimanakah rupa mereka dan
apakah hobi mereka.
6. Setelah selesai puji dan bagi galakan kepada
pelajar.
7. Guru meminta pelajar warnakan lakaran gambar
mengikut kreativiti mereka sendiri.
8. Setelah selesai guru memungut hasil kerja tangan
pelajar. Bagi bintang dan markah dan bagi pujian.
9. Tamatkan aktiviti dengan mengemas tempat
bermain.
AKTIVITI 12

Aktiviti : Menonton CD @ bercerita.

Jenis Aktiviti : Komponen Moral dan nilai murni
Matlamat : Menggalakkan perkembangan moral dan nilai
murni melalui aktiviti
Menonton CD pilihan.
Umur : 4, 5 dan 6 tahun.
Saiz Kumpulan : 1 – 10 orang
Masa : 45 minit
Alatan : CD, TV & CD player (jika ada) @ kad bergambar
(bercerita)