INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG

LAPORAN
LAWATAN PENANDA ARAS KE SK PERMATANG TOK JAYA

WAJ 3114: BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5

NAMA PELAJAR NO. K/P KUMP.AKADEMIK TAJUK TUTOR PERIBADI TARIKH SERAHAN

: NURUL AFIFAH BT HJ ZAINAL ABIDIN : 910903 - 06 - 5124 : PISMP T3 PENGAJIAN MELAYU : INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR : PN ARBAKYAH BT HASSAN : 28 FEBRUARI 2013

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 KE SK PERMATANG TOK JAYA (MODEL KHAS)

Pada 7 Februari 2013,satu lawatan penanda aras (bench-marking) ke SK Permatang Tok Jaya (Model Khas Pulau Pinang) telah dijalankan oleh pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu bagi memenuhi tuntutan kursus WAJ 3114:Bina Insan Guru Fasa 5.Antara rasional pemilihan SK Permatang Tok Jaya ini adalah kerana sekolah ini memiliki pakej kecemerlangan selaku sekolah kluster kecemerlangan (fasa III) dan juga salah satu sekolah model khas Pulau Pinang.Seramai 19 orang pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu bersama 2 orang tutor peribadi telah mengikuti lawatan ini.Ketibaan rombongan yang menaiki dua buah van IPG ini disambut mesra oleh Pengetua SK Permatang Tok Jaya,En Juhari Bin Ahmad bersama empat penolong-penolong kanan SK Permatang Tok Jaya.Selepas sesi pengenalan ringkas,pelajar guru dan kedua-dua tutor peribadi dibawa untuk menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi taklimat bermula.

Slot taklimat yang pertama dikendalikan oleh Tuan Pengetua, En Juhari Bin Ahmad.Taklimat beliau dimulakan dengan sesi berkenalan antara rombongan pelajar guru dan tutor peribadi dan Jawatankuasa Tertinggi SK Permatang Tok Jaya. Seterusnya beliau meminta pelajar guru mengajukan soalan-soalan bagi mendapatkan skop informasi yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan Program BIG Fasa 5 ini.Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah,infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah,ciri-ciri kempimpinan yang diamalkan dan iklim di SK Permatang Tok Jaya ini.Selain itu,soalan-soalan seperti takrifan kluster,bagaimana pengurusan gabungan 3 jenis sekolah dalam satu pagar dan keistimewaan SK Permatang Tok Jaya ini turut diajukan.

Selain Tuan Pengetua,seterusnya slot-slot lain turut diisi oleh penolong-penolong kanan beliau merangkumi Penolong Kanan Pentadbiran;En Abdul Rahim Bin Saleh,Penolong Kanan HEM;En Yahaya bin Wan Chik,Penolong Kanan

Kokurikulum;En Azhar Aminullah Bin Ariffin,Penolong Kanan Sekolah Rendah;Puan Khalija Bt Abdul Hamid dan Penolong Kanan Pendidikan Khas;En Yuffop Bin Ibrahim. Walau bagaimanapun laporan ini difokuskan berkenaan Infrastruktur dan Infostruktur Kurikulum di Sekolah.Intipati taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua dan penolong-penolong kanan SK Permatang Tok Jaya dengan tambahan dapatan informasi luar adalah seperti berikut :

1.0

Kluster Sekolah Kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenalpasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan

kemenjadian murid.Antara prasyarat bergelar sekolah kluster ialah sekolah memiliki Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam dengan mata 2.0 ke bawah selama tiga tahun berturut-turut.Pemimpin sekolah kluster juga mesti menepati syarat sebagai pemimpin cemerlang (DG52 bagi pengetua,DGA 36 bagi guru besar) dan guru-gurunya juga terdiri daripada guru cemerlang.Dalam konteks SK Permatang Tok Jaya,terdapat 3 orang guru cemerlang dan 4 guru inovatif Pendidikan Khas (Program Al Khaira).Kluster juga membawa maksud kebitaraan.Setiap sekolah kluster memiliki dua jenis kebitaraan iaitu kebitaraan akademik dan kebitaraan kokurikulum.SK Permatang Tok Jaya merupakan sekolah kluster akademik Pendidikan Islam dan kluster kokurikulum Seni dan Budaya.

Sejumlah RM 50 000 diperuntukkan oleh kerajaan bagi membangunkan sekolah kluster dan antara kemenjadian yang terhasil di SK Permatang Tok Jaya ini dalam kedua-dua jenis kebitaraan tersebut adalah pembangunan prasarana pendidikan islam seperti tapak simulasi haji,manakala untuk kebitaraan seni dan budaya,pasukan boria SK Permatang Tok Jaya berjaya membuat persembahan

di luar negara iaitu di negara Thailand selain memenangi Pertandingan Tarian 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan.

2.0

Model Khas Terdapat kira-kira 11 sahaja sekolah model khas di seluruh Malaysia.Antara ciriciri sekolah model khas ialah gabungan sekolah rendah,sekolah menengah dan pendidikan khas

3.0

Maklumat Umum Sekolah

3.1

Visi Sekolah SMKPTJ Gemilang 2013

3.2

Misi Sekolah Membentuk Insan Berilmu,Berakhlak dan Berketerampilan

3.3

Matlamat Sekolah 1. Mendidik pelajar dengan keperibadian islam 2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi 3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti , sahsiah dan kepimpinan 4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

4.0

Infrastruktur Kurikulum

SK Permatang Tok Jaya ini memiliki keluasan tapak sebanyak 9.7 ekar yang memuatkan secara keseluruhannya 36 buah bilik darjah,6 buah makmal,8 buah bengkel,4 buah bilik pendidikan khas,1 makmal komputer,1 bilik muzik sekaligus studio tarian,1 pusat sumber,2 stor sukan,1 surau, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang petanque, asrama puteri dan putera serta kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti kantin,padang,bilik guru dan sebagainya.

Antara kelebihan infrastruktur kurikulum yang terdapat di sekolah ini adalah sekolah ini memiliki Dataran Haji iaitu model kaabah dan persekitaran untuk melaksanakan ibadah haji bagi memudahkan pemahaman murid berkenaan cara melaksanakan ibadah haji dengan pendekatan simulasi.Selain itu,untuk

kebitaraan seni dan budaya,sekolah ini memilikim sebuah studio tarian lengkap dengan pelbagai alat-alat muzik di bilik muzik.Di bahagian hadapan sekolah ini turut jelas terpampang arca yang melambangkan dua kebitaraan sekolah yakni pendidikan islam dan seni budaya.

5.0

Infostruktur Kurikulum

Selaku sekolah kluster akademik pendidikan islam,

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.