You are on page 1of 32

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 BAB 20: SEJARAH IBADAH HAJI
20.1 SEJARAH PEMBINAAN MEKAH pada zaman nabi Ibrahim

1. Sejarah pembinaan mekah


Merupakan binaan pertama untuk beribadah Didirikan oleh Nbi Ibrahin dan anaknya Ismail A.S

2. Kedudukan Kaabah sebagai kiblat


Merupakan kiblat kedua selepas BaitulMaqdis Setiap muslim menghadap kearah yang sama ketika solat walau di mana mereka berada

3. Tarikh difardukan ibadah haji


Menurut alQaradowi dan Doktor Wahbah Azzuhaili : Pada tahun kesembilan Hijrah

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


20.2 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH

Umrah
Bahasa: Ziarah

Haji
Bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia

Syarak: Mengunjungi Baitullah alHaram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu, pada bila-bila masa

Mengunjungi Baitullah alHaram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu tertentu, berdasarkan syarat tertentu

Hukum: Fardu Ain (Wajib sekali seumur hidup)

Hukum: Fardu Ain (Wajib sekali seumur hidup)

PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

Haji Ditunaikan dalam bulan haji sahaja Dalam rukun haji ada wukuf di Arafah

Umrah Tidak ditentukan masa Tidak ada wukuf

Keistimewaan dan kesan ibadah haji dan umrah

Individu Melatih diri berdisisplin Berkenalan dan merapatkan ukhwah islamiah Membersihkan diri dari dosa dan sifat-sifat mazmumah

Umat islam Perhimpunan tahunan bagi umat Islam Bermuzakirah dan berbincang menyelesaikan masalah umat Islam Berkenalan dan mengenali bangsa lain

Ekonomi Berpeluang berniaga barangbarang dagangan Berbincang dan mencari jalan meningkatkan taraf ekonomi, politik, teknologi dalam pelbagai bidang

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012 BAB 21: Manasik haji


21.1 Syarat wajib haji dan umrah

islam

berkema mpuan

Syarat wajib haji dan Umrah

baligh

merdeka

berakal

niat

tertib

wukuf

Rukun haji
bercukur tawaf

saie'

Rukun umrah: semua rukun haji kecuali wukuf

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


1. NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH
Niat ihram ialah berniat menunaikan haji atau umrah secara berasingan atau kedua-duanya sekali.

NIAT HAJI SECARA BERASINGAN

NIAT UMRAH SECARA BERASINGAN

NIAT HAJI DAN UMRAH SECARA BERSAMA-SAMA

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

mengerat kuku mencabut atau menanggal kan bulu atau rambut

sembahyang sunat ihram


sebelum berniat disunatkan untuk

memakai pakaian ihram berwarna putih memakai minyak rambut dan bau-bauan

mandi sunat ihram

Tujuan ihram: Seseorang dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada allah dengan
mengenepikan segala kemewahan hidup yang dinikmati sebelum ihram.

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

2. Wukuf
Wukuf: berada di Arafah walaupun seketika. bermula dari gelincir matahari pada hari ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah.

Menyucikan diri daripada najis dan hadas berdoa, terutama ketika matahari hampir terbenam

sentiasa mengahadap kearah kiblat


Ketika wukuf disunatkan untuk

bertalbiah, beristighfar, bertakbir dan berzikir memperbanya kkan solat sunat

memperbanya kkan bacaan alquran

Hikmah ketika wukuf: dapat mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia dipadang mahsyar ketika menunggu pengadilan daripada Allah pada hari akhirat.

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

3. Tawaf
Tawaf ialah mengelilingi Baitullah alHaram sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu dan dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas wukuf, sama ada sebelum atau selepas bercukur atau bergunting

Menjadi lambang kesatuan umat Islam Menimbulkan rasa hormat kepada Baitullah Menyamai perbuatan para malaikat yang mengelilingi Arasy Allah

Hikmah tawaf

10

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


4. Saie
Saie' ialah berjalan berluang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Hikmah saie'
Kesabaran

Kegigihan

Tidak berputus-asa

Pengorbanan

Kasih-sayang ibu terhadap anaknya

11

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Syarat saie ialah:
a) b) c) d) Dilakukan selepas tawaf ifadhah atau tawaf qudum. Bermula di Safa dan berakhir di Marwah. Hendaklah sampai ke penghujung tempat di Safa da Marwah. Cukup 7 kali ulang-alik dari Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa

Sunat saie ialah:


a) b) c) d) e) f) Keluar ke tempat saie melalui pintu safa. Berjalan kaki bagi yang mampu. Berada dalam keadaan berwuduk dan berdoa. Menaiki bukit Safa da Marwah hingga sampai kekawasan yang berbatu Menghadap kiblat dan melambai kedua tangan serta bertakbir Muwallah

12

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012

5. Bercukur atau bergunting


i. ii. iii. Sekurang-kurangnya 3 helai. Waktu: selepas melontar diJamrah alAqabah pada 10 Zulhijjah atau selepas melakukan Tawaf Ifadah. Selepas bercukur atau bergunting, jemaah haji bolehlah bertahallul. TAHALLUL Tahallul ialah bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.

Terbahagi kepada 2: I. Tahallul awal:selepas selesai melakukan 2 drpd 3 perkara berikut: i. melontar di Jamrah Aqabah ii. tawaf rukn dan saie' jika belum dibuat iii. bercukur atau bergunting Apabila selesai melakukan tahallul awal jemaah terlepas daripada pantang larang ihram kecuali: i. berkahwin, mengahwinkan orang lain atau menerima wakil kahwin ii. melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan (muqaddimah aljima') iii. bersetubuh

II.

Tahallul kedua: selesai melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, jemaah haji harus melakukan segala pantang larang ihram. Sunat-sunat bercukur atau bergunting i. ii. iii. iv. v. mencukur habis rambut bagi orang lelaki. Bagi perempuan-memotong ekor rambut melalukan mata pencukur-orang tiada rambut mulakan cukur dari bhgn kanan menghadap kearah kiblat dilakukan selepas melontar diJamrah Aqabah dan sebelum tawaf Ifadah Hikmah bercukur/bergunting i. menghapuskan segala sifat tercela pada diri

13

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


ii. menjadi simbol penyucian segala dosa zahir dan batin 6. Tertib
Semua rukun umrah dan haji wajib dilakukan secara tertib.

21.2 wajib haji dan umrah

Wajib haji

Niat ihram haji di Miqat Bermalam (Mabit) di Muzdalifah Melontar di Jamrah al-Aqabah Bermalam (Mabit) di Mina Melontar ketiga-tiga Jamrah Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram

Wajib umrah

Niat ihram umrah di Miqat Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa ihram

1. Niat ihram di Miqat

Niat ihram di Miqat


Miqat Zamani ialah ketentuan masa untuk seseorang berniat Miqat Zamani bagi haji bermula pada 1 syawal hingga 10 Zulhijjah. Miqat Zamani bagi umrah ialah pada bila bila masa sepanjang tahun.

Miqat Makani ialah ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.

14

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Hikmah penetapan Miqat
Untuk menjaga kemuliaan Baitullah. Ia mempunyai sempadan-sempadan yang tidak boleh dilawati oleh orang-orang yang hendak menunaikan haji dan umrah melainkan dia telah berniat ihram. Untuk memberi kemudahan kepada jemaah haji yang datang dari pelbagai tempat arah. Untuk mengajar umat Islam supaya berdisiplin dan membuat perancangan dalam semua tindakan mereka.

2. Bermalam di Muzdalifah
Bermalam di Muzdalifah ialah berada di Muzdalifah walaupun sekejap selepas separuh malam kesepuluh Zulhijjah (malam hari raya haji).Iaitu selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar.

Amalan sunat di Muzdalifah

Disunatkan berjalan dengan tenang tanpa tergesa-gesa Memungut anak-anak batu untuk dilontar di Jamrah. Bersolat maghrib dan isyak pada waktu isyak dengan satu azan dan dua iqamat. Membanyakkan doa terutama di Mashari AlHaram.

3. Melontar di Jamrah al-Aqabah


i. ii. iii. iv. Melontar Jamrah Al-Aqabah ialah selepas separuh malam ke-10 Zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Waktu yang afdhal melontar ialah pada waktu dhuha hari ke-10 Zulhijjah. Melontar Jamrah ialah dengan menggunakan 7 biji anak batu sebesar hujung jari kelingking. Orang yang hendak melontar disunatkan memberi ruang kepada orang-orang tua, perempuan dan kanak-kanak serta berada dalam keadaan Kaabah di sebelah kirinya dan Mina di sebelah kanannya.

15

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


4. Bermalam di Mina
Jemaah haji wajib bermalam di Mina pada hari-hari tasyrik. Syarat bermalam di Mina ialah berada di situ lebih daripada separuh malam. Walaubagaimanapun, bagi orang yang ingin meninggalkan Mina segera, dia boleh bertolak pada 12 Zulhijjah, selepas berada di sana pada malam 11 dan 12 Zulhijjah. Cara ini dinamakan Nafar Awal.Tetapi orangyang melakukan nafar awal diwajibkan membayar dam.

Syarat nafar awal

Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari 12 Zulhijjah. Menyempurnakan ketiga-tiga lontaran jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah. Berazam tidak akan kembali lagi ke Mina lagi. Telah bermalam di Mina selama dua malam.

5. Melontar ketiga-tiga Jamrah


Pada hari tasyrik diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Waktu melontar adalah seperti berikut: i. Hari ke-11 dan ke-12 Zulhijjah mulai gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya. ii. Hari ke-13 Zulhijjah mulai daripada gelincir matahari hingga terbenam matahari. iii. Bagi orang yang tidak sempat melontar pada 11 dan 12 Zulhijjah, hendaklah melontar pada 13 Zulhijjah sebelum terbenam matahari.

16

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Melontar 7 kali pada tiap-tiap Jamrah. Lontaran tidak diniatkan untuk tujuan-tujuan lain. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya. Batu yang dilontar hendaklah jatuh ke dalam Jamrah dengan yakin. Melontar dengan tangan bagi yang mampu. Melontar dengan tertib. Tidak boleh melontar untuk orang lain melainkan setelah dia selesai melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya.

Syarat-syarat sah melontar

Sunat-sunat melontar pada hari tasyrik

Menghadap kiblat Bertakbir dan berdoa sebelum dam selapas setiap membuat lontaran. Berada lebih kurang 5 hasta dari Jamrah. Muwalah antara tujuan lontaran.

Hikmah-hikmah larangan semasa ihram

Untuk membuang sifat sombong dan angkuh. Untuk melatih diri supaya bersabar. Untuk menimbulkan rasa kasih sayang dan belas kasihan. Untuk membolehkan para jemaah haji menumpukan kepada ibadah dengan penuh ikhlas dan tawaduk

17

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram
Lelaki dan perempuan Lelaki sahaja Perempuan sahaja

Memakai wangiwangian sama ada pada tubuh, pakaian, makanan dan sebagainya.

Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti memakai songkok dan serban.

Menutup muka walaupun sebahagian daripadanya

Mengerat atau membuang kuku.

Memakai sarung tangan.

Memakai pakaian yang bersarungsama ada berjahit atau sebagainya seperti seluar dan baju kemeja.

Memakai minyak pada rambut atau janggut.


Menanggal atau mencabut rambut atau bulu pada anggota badan. Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercium, berkucupkucupan atau berpeluk-pelukan sehingga boleh menaikkan syahwat. Melakukan persetubuhan antara suami dan isteri.

18

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Bab 22: Pelaksanaan haji
22.1 CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH
Para ulama bersependapat bahawa cara mengerjakan haji dan umrah ada 3 iaitu:

1. Haji Ifrad
Iaitu mengerjakan ibadah haji dan umrah secara berasingan di mana umrah bukan dilakukan dalam bulan haji. Setelah selesai melakukan haji barulah dilakukan umrah atau umrah dilakukan sebelum menjelang bulan haji. Cara yang paling afdhal menurut mazhab Syafie dengan syarat umrah ditunaikan dalam tahun yang sama.

2. Haji Tamattu
Iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Dikerjakan haji dalam tahun yang sama. Seseorang itu dikehendaki berniat ihram umrah sahaja serta menunaikan semua rukun dan wajib umrah. Apabila tiba musim haji, dia hendaklah berniat ihram haji pula. Cara ini dikenakan dam.

3. Haji Qiran Iaitu mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak.Cara seperti ini juga diwajibkan dam. Terdapat dua cara mengerjakan haji qiran ini, iaitu: 1) 2) Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak. Mengerjakan umrah terlebih dahulu tetapi sebelum bertawaf dia berniat mengerjakan haji serta umrahnya secara serentak.

19

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


22.2 Dam
Dam ialah denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan salah satu daripada perkara berikut: 1) 2) 3) Meninggalkan salah satu atau lebih daripada wajib haji dan umrah. Melakukan salah satu atau lebih perkara-perkara yang dilarang semasa berihram. Menunaikan haji secara tamattu atau qiran.

Jenis-jenis Dam 1. Dam tertib dan takdir


Tertib bermaksud ia wajib dilakukan mengikut urutan. Takdir ialah gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang.

Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut:

Melakukan haji secara tamattu

Melakukan haji secara qiran

Tidak berwukuf di Arafah

Tidak melontar di Jamrah

Tidak bermalam di Muzdalifah

Tidak berihram di Miqat

Tidak melakukan tawaf wida

Melanggar nazar semasa


mengerjakan haji

Menyembelih seekor kambing atau kibasy atau satu per tujuh bahagian daripada unta, lembu atau kerbau Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu 3 hari semasa haji dan tujuh hari apabila dia kembali ke tempatnya Jika tidak mampu,dia hendaklah memberi makan faqir miskin sebanyak sepuluh cupak makanan asasi.

20

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


2. Dam tertib dan takdil
Takdil bermaksud syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan nilaian tersebut. Dam ini dikenakan jika Jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut:

I.

Persetubuhan yang dilakukan sebelum tahallul awal atau sebelum selesai menyempurnakan ibadah umrah.

Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih seekor lembu.

Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih 7 ekor kambing.

Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban.

Dam yang dikenakan ialah

Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin di tanah haram.

21

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


II. Dia tertahan atau terkepung dalam perjalanan oleh musuh atau perkara-perkara lain yang menghalangnya daripada memasuki Makkah. Dia hendaklah bertahallul dengan bercukur atau bergunting. Sebelum itu, dia hendaklah melaksanakan damnya dahulu, iaitu:

Menyembelih seekor kambing atau kibasy.

Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin yang nilainya sama dengan seekor kambing.

Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak menyamai nilai seekor kambing.

22

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


3. Dam tahyir dan takdil
Tahyir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan.

Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada berikut

Berburu binatang buruan

Dam akan dikenakan jika jemaah melakukan kesalahan tersebut

Menyembelih binatang yang standing dengan binatang buruannya.

Menebang, mengerat atau mencabut pokok di kawasan tanah haram. Dam yang dikenakan untuk kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada berikut:

Memberi makanan kepada faqir miskin yang sama nilainya dengan harga binatang bandingan tersebut.

Berpuasa sebanyak bilangan cupak yang menyamai nilainya binatang bandingan tersebut.

4. Dam tahyir dan takdir Dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut: Menanggal atau mencabut tiga helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan walaupun secara tidak sengaja. Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram. Mengerat, menanggal atau membinasakan kuku pada tiga batang jari. Memakai wangi-wangian. Memakai minyak di rambut, janggut atau semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi. Melakukan perkara permulaan persetubuhan. Melakukan persetubuhan.

Dam yang dikenakan untuk kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada berikut: Menyembelih seekor kambing atau kibasy Bersedekah kepada enam orang faqir miskin sebanyak 2 cupak setiap orang. Berpuasa selama tiga hari.

23

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Hikmah dam

Melatih jemaah haji supaya berhati-hati semasa beribadah.

Memberi dorongan kepada jemaah haji supaya bersungguhsungguh dan menumpukan perhatian semasa beribadah.

Menimbulkan minat untuk berkorban dan membantu faqir miskin.

24

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


22.3 Menziarahi madinah
Menziarahi Madinah adalah antara sunat haji yang utama kerana di dalamnya terdapat Masjid Naabawi serta makam Rasullullah s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Menunaikan solat dalam Masjid Nabawi mempunyai banyak kelebihan iaitu lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali Masjidil Haram.

Antara tempat lain yang digalakkan untuk diziarahi ialah: Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibina di Madinah. Masjid Kiblataini iaitu masjid yang berlaku peristiwa peraliha kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullah. Ilbaqi iaitu makam para sahabat terkemuka serta para syuhada badar dan uhud. Badar iaitu tempat berlakunya peperangan pertama dalam Islam. Uhud iaitu tempat berlaku perang Uhud.

22.4 Haji mabrur


Haji mabbrur ialah haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah. Antara tanda seseorang itu memperolehi haji yang mabrur ialah apabila dia menunaikan haji, keadaannya berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Antara ciri haji mabrur ialah: Tidak melakukan perkara maksiat dan perkara tercela semasa melakukan haji. Melakukan haji dan umrah dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang perasaan riak. Memastikan perbelanjaan yang digunakan adalah berasal dari sumber yang halal. Mengerjakan segala amalan haji dan umrah dengan sempurna Menjaga adab-adab mengerjakan haji dan umrah.

25

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


22.5 Niabah dalam haji
Niabah dalam haji bermaksud seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Hukum niabah dalam haji


Para ulama mazhab Syafie mengharuskan niabah dalam dua keadaan:
1) Untuk orang yang tidak mampu melakukan haji dengan sendiri sama ada kerana terlalu

tua atau sakit berat yang tiada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan ini, dia hendaklah mendapatkan orang lain melakukan haji untuknya sama ada sukarela ataupun dengan bayaran upah asalkan ia berpatutan.
2) Untuk orang yang telah mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan ia

berkemampuan Para ulama mazhab Hanafi mengharuskan niabah haji sama ada untuk orang yang sudah mati atau untuk orang yang masih hidup jika dia tidak mampu melakukannya sendiri.

Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Maliki niabah haji adalah makhruh untuk orang yang sudah mati dan tidak sah untuk orang yang masih hidup.

Hukum upah niabah haji


Para ulama Mutaqaddimun maazhab Hanafi tidak mengharuskan amalan mengupah haji dan amalan-amalan lain yang berkaitan dengan ibadah seperti azan, mengajar AlQuran, dan sebagainya. Namun begitu, para ulama Mutaakhirun mazhab Hanafi serta para ulama maazhabmazhab lain termasuk mazhab Syafie mengharuskannya.

26

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Naib haji iaitu wakil atau orang yang mengambil upah haji mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya dengan sempurna. Naib haji hendaklah meniatkan haji untuk orang yang diwakili atau orang yang mengupahnya. Naib haji hendaaklah melakukan ibadah haji untuk seoarng sahaja pada satu musim. Naib haji berihram pada miqat orang yang dihajikan untuknya atau pada tempat yang sama jauh dengan miqat tersebut.

Syarat-syarat niabah dalam haji

Naib haji mestilah orang yang cukup keahlian untuk melakukan amalanamalan haaji dan umrah dengan sempurna. Naib haji mestilah mendapat keizinan daripada orang yang dihajikan untuknya jika dia masih hidup. Jika naib haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum menunaikannya lagi kecuali jika dia mewasiatkannya atau para pewarisnya mengizinkannya. Segala perbelanjaan niabah haji hendaklah mencukupi.

27

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Hikmah niabah dalam haji
Memberi peluang kepada seseorang untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia tidak dapat melakukannya sendiri. Memberi peluang terutamanya kepada para pewaris seseorang itu untuk berbakti walaupun setelah dia meninggal dunia.

28

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


BAB 23: pengurusan haji Malaysia

23.1 sejarah penubuhan lembaga tabung haji

Pada November 1962, perbadanan wang simpanan bakal-bakal haji telah ditubuhkan.Ia mula beroperasi pada 30 September 1963. Badan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja yang mulia Profesor Ungku Aziz pada tahun 1959. Pada tahun 1969, hasil gabungan badan ini dengan pejabat urusan hal ehwal haji di Pulau Pinang, laahirlah lembaga urusan dan tabung haji.Pada tahun 1997, namanya ditukar kepada lembaga tabung haji.

Membantu umat Islam menjana kewangan mereka secara halal dan sistematik
Mengelakkan jemaah haji ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Keperluan kepada pengurusan hal ehwal haji di Malaysia

Meringan kan beban pengurusan haji

Menjamin keselamatan para jemaah haji

Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji

29

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Menyediakan perkhidmata n tabungan serta menjana keagungan pendeposit secara halal.

Menyediakan passport dan visa haji.

Mengurus dan memberi perkhidmata n kepada jemaah haji semasa menunaikan haji.

Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti beg, buku panduan dan sebagainya.

Peranan tabung haji

Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji.

Menyediakan penginapan dan makan minum semasa beradaa di tanah suci.

Menyediakan pengangkutan.

Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang lebih terancang

Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor yang berpengalaman.

Kelebihan menunaikan haji melalui tabung haji

Memperoleh perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti

Memperoleh layanan yang lebih mesra dan selesa.

30

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Badan-badan lain yang terlibat dalam pengurusan haji
1. Jabatan Hal Ehwal Negeri-negeri Peranan: mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji. 2. Kementerian Penerangan serta stesen-stesen televisyen dan radio awam serta swasta Peranan: mengadakan program-program di televisyen dan di radio berkaitan dengan pelaksanaan haji. 3. Kementerian Pengangkutan, Jabatan penerbangan awam dan swasta serta sistem penerbangan Malaysia Peranan: menyediakan perkhidmatan pergi dan balik 4. Kedutaan Malaysia di Arab Saudi Peranan: mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji 5. Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Peranan: memberi kemudahan tempat penginapan kepada jemaah haji 6. Kementerian Pendidikan Malaysia Peranan: memberi pendedahan awal kepada umat Islam tentang pelaksanaan haji dan umrah.

Pengurusan haji yang baik meningkatkan kemampuan rakyat


Antara perkara yang sering menghalang seseorang mengerjakan haji ialah kurangnya kemampuan material untuk membiayai kos pelaksanaan haji. Namun begitu, perkara ini telah dapat ditangani dengan baik dan lebih awal oleh lembaga tabung haji melalui perkhidmatan seperti: Menyediakan perkhidmatan kepada bakal haji untuk menyimpan wang secara beransuransur dan sistematik. Memberi peluang kepada para penyimpan untuk menjana wang mereka secara halal serta memperoleh keuntungan yang maksima. Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara berpatutan. Semua perkhidmatan ini dapat meringankan beban umat Islam serta dapat meningkatkan kemampuan mereka untuk menunaikan haji mengikut pelan yang lebih terancang.

i. ii. iii.

31

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH - HAJI 2012


Sumbangan Lembaga Tabung Haji kepada Perkembangan Ekonomi umat Islam di Malaysia

Antara sumbangan lembaga tabung haji kepada perkembangan ekonomi di Malaysia ialah: i. ii. iii. Meningkatkan budaya menabung di kalangan umat Islam dalam usaha untuk membangunkan ekonomi mereka. Melabur wang umat Islam dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan pulaangan yang lumayan seperti perusahaan dan sebagainya. Memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam.

32

You might also like