P. 1
Tknk Pendahuluan Krgn Spm Pmr

Tknk Pendahuluan Krgn Spm Pmr

|Views: 6|Likes:
Published by Nazira Baharuddin
pmr
pmr

More info:

Published by: Nazira Baharuddin on Mar 03, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/16/2013

pdf

text

original

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN (F A C L K ) – Faktor, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingan.

Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K) Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F)Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunanbangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K)

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN ( B T S ) – Bidang, Tajuk, Soalan Soalan: Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolaholah gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan Kerangka Pendahuluan B - Masalah sosial -> semakin membimbangkan -> mencatatkan peningkatan yang mendadak. T - Gejala gengsterisme -> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah -> bermaharajalela di sekolah S -> banyak faktor Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh pendahuluan di bawah: Pendahuluan Kualiti PMR Pada zaman pasca kemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat. Pendahuluan Kualiti SPM Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada zaman pasca kemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

tetapi banyak bergantng dengan sikap remaja itu sendiri dan keadaan di sekitarnya. Kestabilan spiritual dan fizikal Maksud : Keseimbangan rohani dan jasmani Contoh ayat : Sebagai umat Islam. Rahim. Menikam sanubari Maksud : Merosakkan perasaan Contoh ayat : Perpisahan antara Ana dengan tunnagnya. telah menikam sanubari emak Ana kerana dia ingin benar melihat Ana dan Rahim bersama. Badai kehidupan Maksud : Cabaran hidup Contoh ayat : Kita haruslah tabah menghadapi pelbagai badai kehidupan yang bakal kita hadapi pada masa hadapan kelak. kita haruslah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan di samping melakukan senaman dengan konsisten untuk mencapa kestabilan spiritual dan fizikal. Masyarakat konvensional Maksud : Masyarakat umum / Biasa Contoh ayat : Masyarakat konvensional pada masa kini amat gemar akan makanan segera sehingga banyak restoran makanan segera dibuka di Malaysia hasil daripada permintaan ramai. Anjakan paradigma Maksud : Perubahan demi kemajuan atau kebaikan Contoh ayat : Malaysia haruslah berusaha untuk menjadi setaraf dengan negara-negara lain yang mengalami anjakan pradigma daripada pelbagai aspek. Azim tidak berani lagi mencuri duit emaknya untuk membeli rokok. Mendabik dada Maksud : Kesombongan akibat kejayaan / Keangkuhan Contoh ayat : Janganlah kita mendabik dada dan berlagak pandai setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian SPM kerana kita bakal menghadapi ujian-ujian yang lebih mencabar lagi pada masa hadapan. Jika ditelusuri Maksud : Jika dikaji secara mendalam Contoh ayat : Jika ditelusuri. Lebih intelektual dan berketerampilan Maksud : Lebih bijak dan berkebolehan Contoh ayat : Universiti itu telah banyak melahirkan siswa-siswa yang lebih intelektual dan berketerampilan serta mampu menghadapi cabaran yang mendatang. masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja bukan sahaja salah ibu bapa.FRASA-FRASA MENARIK DALAM KARANGAN Rentetan senario itu Maksud : Selepas fenomena itu Contoh ayat : Rentetan scenario itu. . Alma mater Maksud : Sekolah / Universiti / Tempat pelajar Contoh ayat : Abang saya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke alma mater di luar negara setelah mendapat biasiswa daripada kerajaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->