Transformasi

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat

Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsipprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Hasrat KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna

jasmani dan sosial . Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: .pakai empat tonggak pendidikan UNESCO.Insan yang seimbang dari segi intelek.Warganegara yang bertanggungjawab . rohani.Pekerja berilmu Prinsip KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. belajar untuk bertindak (learning to do). Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut: .Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) . belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know). emosi.

Pendidikan Seumur Hidup KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. rohani. Bentuk Kurikulum . jasmani dan sosial. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. rohani. kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek. Unsur-unsur pengetahuan. emosi. emosi.Pendekatan Bersepadu Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. jasmani dan sosial.

serta nilai tambah menaakul. kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil. Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur. Bahasa Inggeris. emosi. . Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu. membaca dan menulis.Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR. rohani. kritis dan inovatif. intelek dan sosial. Bahasa Iban. Bahasa Arab. Tunjang Komunikasi Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan. merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu. Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Bahasa Cina. kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu.

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). kepercayaan. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan. Tunjang Keterampilan Diri Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi. rakan sebaya. Tunjang Kemanusiaan Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan. kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. kreativiti. badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri. Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama. Matematik. kemahiran dan sikap saintifik pengetahuan. kemahiran dan nilai dalam matematik pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains. keluarga dan masyarakat. serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam. bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. sikap dan nilai. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan. negara dan global. Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: • • • pengetahuan sains. Kreativiti. Sikap Dan Nilai Tunjang Kerohanian. Tunjang Kerohanian. .

kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. penguasaan kemahiran yang lebih kompleks. Pada Tahap II. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). pemerolehan pengetahuan. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca. kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah. keusahawanan dan TMK. Organisasi Kurikulum KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. menulis. penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK.Fokus KSSR KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan. Setiap modul mengandungi pengetahuan. Pada Tahap I. pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Organisasi Tahap I Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. mengira dan menaakul. Modul Teras Tema dan Modul Elektif. . dan perkembangan sahsiah.

Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Modul Matematik. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan. Modul Teras Tema Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. permintaan daripada murid serta prasarana sekolah. dan Modul Pendidikan Kesihatan. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. . DST pula menggabungkan disiplin Sains. Modul Pendidikan Jasmani. Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. Modul Elektif Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab. Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid. Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru.Modul Teras Asas Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Organisasi Tahap II Pada Tahap II. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan. Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

kemahiran Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. .Kurikulum Berasaskan Standard KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan.

Sains dan Teknologi. Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nilai Murni dan Patriotisme. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang baharu. serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. iaitu Kreativiti dan Inovasi.dan nilai. Pendidikan Alam Sekitar. . Keusahawanan.

PERBEZAAN KSSR DAN KBSR KSSR PENDIDIKAN KHAS Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Sementara itu di Tahap II. murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) disediakan mata pelajaranAsas 3M. peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Matematik. dan tidak terlalu menekankan akademik. Sungguh pun begitu. Pendidikan Moral. Teknologi Maklumat dan Komunikasi. terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Pendidikan Muzik. Seni Kreatif. perkembangan individu secara menyeluruh. Di Tahap I. Pendidikan Seni Visual. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masingmasing turut diwajibkan mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL). dan Pengurusan Kehidupan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu. Pendidikan Sains. disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia. KSSR Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran. Pendidikan Islam. Pendidikan Islam. Pengurusan Kehidupan. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu. . Sosial dan Alam Sekitar. Bahasa Inggeris. bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Kemahiran Hidup Asas. Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful