You are on page 1of 9

Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam, pokok utama yang perlu diketahui atau difahami adalah mengenai maksud sebenar tentang perkara yang menjadi tunjang kepada persoalan tersebut. Terdapat tiga tunjang yang dikenalpasti dalam perbincangan ini, iaitu : 1. Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal (rasmi). Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal (tidak rasmi) juga berlaku. 2. Budaya Tunjang kedua pula ialah budaya. Terdapat beberapa pendapat yang dapat memberi gambaran secara jelas mengenai definisi budaya. Antaranya ialah : “Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).” (Kamus Dewan Edisi ke-3 1996 : 180) “Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. „Bu‟ membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. „Daya‟ mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.” (Asmad, 1990) 3. Konsep bilik darjah yang mesra budaya Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya Hasil Pembelajaran Mentakrif konsep.UNIT 1 BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya) Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Mengelola . tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya Menjelaskan konsep. Berbekalkan pengetahuan sedemikian. Di samping itu. 1. pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid- . Akhirnya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Menerangkan latar belakang. pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran Mengenalpasti konsep.menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Sebelum kita bermula. fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. konsep. ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Di samping itu. kepentingan.

warni yang ceria dan lembut. growth. security. · Melukis mural diswekitar kelas. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Berhenti dan Reflek Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.shelter and pleasure”.murid dari pelbagai latar belakang etnik. · Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Di samping itu. terang dan lembut. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction. Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal:· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “ mesra budaya”? 2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah. symbolic identification. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal :· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. televisyen dan multimedia. 1. · Memasang langsir dengan warna yang ceria. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. di mana secara tidak langsung Ali. · Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. · Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api. terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau . terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini. · Mengecat dinding dengan warna . · Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. kognitif. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.

kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. sila jawab soalan berikut: Selepas berbincang. · Sudut pembelajaran elektronik adalah penting. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ . Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan. sudut sejarah dan sudut patriotik. sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas? 1. di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture” 2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya.“work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar. Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ? Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. investigate and discover knowledge”. Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda. guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. Semasa membuat tugasan muridmurid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama. adat resam. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama. toleransi serta hormatmenghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . tolong menolong serta toleransi. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti . · Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik. · Selain daripada sudut-sudut pembelajaran.aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudutsudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore. di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.

Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru. agama dan adat setiap murid dengan mendalam. Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional. separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ? Latihan 1. · Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik · Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik. Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya. 1. dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya .3 Peranan guru sebagai „Physical Enviroment Designer‟. mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai „Physical Enviromet Designer‟ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: · Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu · Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid · Mengkikis pra sangka · Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan.1. apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2. nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. jenis ladam kuda. Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda.4 Rumusan · Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. · Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar.

..Selamat. tiada apa yang dapat membantu kita. melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh. Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya  Perayaan di Malaysia . 15 May 2011 Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA 1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik  Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza. Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran.Cikgu Semasa Dulu. Sunday. Implimentasi dalam Pendidikan       Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial Orientasi sosial bilik darjah Bahan P&P mengaitkan dengan budaya Peluang kepada setiap etnik Isu sensitif Bangga dengan setiap budaya etnik 2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Definisi Pengajaran  Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran. Kini dan Insyaallah Selama-lamanya Cikgu Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak.diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...  Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

    Permainan Tradisional Pakaian Makanan Kesenian Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan. bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan  Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi  Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.  idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak  Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.  Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid. Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain.  Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan.  Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah       Drama Main peranan/simulasi Belajar ambil bermain Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.   Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif) Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar  Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan Semasa Pengajaran.  Menekankan aspek perpaduan. .

.      Peramah.     SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA  Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.  Woolfolk.  Ciri Emosi.kuasa dalaman/motivasi. Tujuan.  Menerima kekuatan & kelemahan murid.  Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno. Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras. sayang akan murid & ekspektasi sederhana. 3.pujian & penghargaan.  Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras. Pengurusan Sosio Emosi  Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.     Kawalan kelas Mengelakkan pembentukan kelompok kecil Mengenal pasti murid pilihan ramai Murid kategori berasingan berhubung. Nada suara Kesederhanaan Bersikap kawalan positif Kepimpinan demokratik Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi  Dorongan positif.

 Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.  Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah 5. Pengurusan Sosio Linguistik  Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan.  Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.  Hubungan positif  Kemahiran menyelesaikan masalah  Suhu motivasi 4.  Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.  Sosial merupakan interaksi antara masyarakat Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya. Penilaian Berasaskan Budaya  Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.  Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.  Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.  Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.  Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.  Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.  Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar. (wikipedia)  Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.  Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas. . Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.