P. 1
Pantang Larang Kaum Asli

Pantang Larang Kaum Asli

|Views: 59|Likes:
Published by Noraini Abu Sepian

More info:

Published by: Noraini Abu Sepian on Mar 04, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/06/2013

pdf

text

original

Kelahiran suku kaum orang asli Bahagian 1 KELAHIRAN SUKU KAUM ORANG ASLI

A) Kelahiran suku Mahmeri Apabila kandungan ibu mencapai 6 hingga 7 bulan,pasangan suami isteri akan menempah seorang bidan pilihan mereka. Bidan tersebut akan mengurut dan memeriksa kandungan ibu. Ibu akan diberi minum air selusuh yang dijampi untuk memudahkannya bersalin. Kelahiran bayi biasanya disambut oleh seorang bidan dan dibantu seorang bomoh yang berpengalaman dalam membaca jampi mentera. Setelah bayi dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi tersebut sambil menyebut nama yang telah dipilih oleh keluarga bayi tersebut serta mendoakan kesejahteraan bayi ini. Dalam tempoh 44 hari, bidan akan mengurut ibu dan memandikan bayi. Mereka percaya bahawa uri merupakan saudara kembar bayi dan mereka akan membersihkan dan menanam uri dengan sempurna di dalam tanah kering di belakang rumah. Semasa di dalam pantang, si ibu tidak boleh memakan makanan yang dianggap boleh membawa penyakit seperti telur dan keladi serta benda-benda sejuk. Makanan pedas, berempah dan berduri juga tidak boleh dimakan. Selepas 44hari, upacara cuci lantai diadakan.Dalam upacara ini si ibu dan bidan akan menepung tawar antara satu sama lain untuk membersihkan diri dan membuang sial. Si ibu dan bayi akan memakai gelang benang merah bagi menandakan tamat pantang.

B) Kelahiran suku Mah Meri Semasa mengandung,suami isteri dilarang mendekati binatang-binatang yang boleh memudaratkan kandungan seperti beruk,ular dan kura-kura. Si bapa tiak boleh memaku. Tidak boleh menghampiri orang mati. Tidak dibenarkan makan daging rusa,kancil,babi,ayam hutan dan lain-lain kecuali dijampi terlebih dahulu dan dilarang makan pisang yang patah tengkuk. Bagi menentukan tarikh kelahiran dan kandungan sihat, si ibu akan menemui bidan.Bidan akan bersama dengan si ibu hingga bayi selamat dilahirkan dan menyediakan sembilu buluh yang telah diikat dan dijampi bagi tujuan memotong tali pusat. Selepas bersalin, si ibu akan berpantang selama sebulan.

1

Tempat tidur disediakan dalam kedudukan condong 20 darjah untuk memudahkan ibu bersalin.air sejuk. Sebagai membalas hutang kepada bidan. Uri bayi akan digantung di atas pokok dipercayai supaya tiada gangguan akan berlaku terhadap bayi. Mereka tidak boleh makan semua jenis binatang dan garam. Gambar 3 : Bayi yang baru dilahirkan Ibu ditempatkan di sebuah bilik khas (biasanya di bahagian dapur). Untuk mengadakan majlis ini persiapan kenduri disediakan oleh kedua pihak keluarga.Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk. Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai tali pusat bayi akan putus semasa bersalin. Ibu pula akan mandi Bidan. Mereka cuma akan makan nasi berlaukkan ikan panggang atau digoreng tanpa minyak. Bidan akan menolong dan mengurut ibu sehingga bayi dilahirkan. Selepas habis pantang ibu boleh mandi di sungai dengan syarat ditangkal terlebih dahulu. Ibu akan memberi kain batik.minyak masak dan kelapa. Tidak boleh makan kijang. Bidan akan balik setelah ibu 'buka pantang' iaitu seminggu selepas bayi dilahirkan. Bidan memohon restu agar bayi ini selamat dan tidak diganggu syaitan. ibu tidak dibenarkan maknsayur-sayuran.Semasa dalam pantang. bayi akan mandi Putus Ubat. Mereka ini memainkan peranan sebagai 'tuhad' iaitu penyelamat. Ibu tidak dibenarkan berpanas. C) Kelahiran suku Temiar i) Semasa mengandung : Semasa isteri sedang mengandung kedua pasangan terpaksa mematuhi beberapa pantang larang seperti suami tidak memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu nanti terlekat uri.ikan berbisa. Tidak boleh makan buruan yang telah ditembak kerana dipercayai kandungan akan gugur. Tok Bomoh dan Bidan dipanggil untuk menjampi dan membantu ibu bersalin. mertua dan bidan akan berbincang untuk memberi nama bayi. Begitu juga kepada suami jika dia menyentuh bayi tersebut ketika dilahirkan.wang RM1.jatuh dan mengupas ubi kayu. ii) Pantang selepas bersalin : Selepas bersalin ibu dan bidan akan berpantang selama seminggu. ibubapa.cili. Suami dan saudara-mara perempuan terdekat boleh turut sama duduk di sisi. Selepas pantang. Ibu dan bidan akan dihidangkan dengan makanan khas yang berlainan dari tetamu. 'Tuhad'.25 dan hadiah mengikut kemampuan kepada bidan.kecuali air kopi dan air suam. ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat ditakuti bayi terkena 'kenan' dan menghidap sakit 'sabat'(sawan). 2 . Memotong buluh/tebu mesti mengikut ruas untuk mengelakan bayi dalam kandungan dalam keadaan songsang.luka.

Gambar 5 : Suku Jakun Berpantang selepas bersalin merupakan amalan biasa masyarakat Orang Asli.Sepanjang tempoh ini kesihatan mereka dijaga rapi terutamanya dari segi pemakanan. ikan pari. Selepas empatpuluh hari bayi dilahirkan “upacara bercukur‟ dilakukan bertujuan membersih diri bayi dari “bala‟ (malapetaka). Kaum wanita akan dating membantu dan juga memeberi semangat kepada ibu tersebut.). Setelah bayi dilahirkan. disamping membuang sial atau menolak bala .). kundang. dll) dan makanan yang boleh menyebabkan gatal (udang.termasuk ais. puntung kayu api berbara ditinggalkan berhampiran tempat tanaman. Selesai ditanam.D) Kelahiran suku Seletar Apabila isteri hampir bersalin. dan menghindari makanan yang berangin seperti pulut dan buahnangka kerana semuanya itu boleh menjurus memudaratkan kesihatan ibu bagi jangka masa pendek dan hari tua. dilarang memakan makanan sejuk. adalah menjadi pantang kepada semua yang hadir memuji kecantikan bayi tersebut kerana dipercayai hantu-hantu atau roh-roh yang tidak diundang akan mengganggu kehidupan bayi berkenaan seperti terkena sawan atau sebagainya. dll. ikan sengat. Sementara uri dan tembuni bayi pula disimpankan dan biasanya ditanam oleh si suami ditempat yang jauh dari laluan orang. asam jawa. Ibu dalam pantang tidak dibenarkan memakan jenis makanan pedas(cili. dll. dll. Setelah anak dilahirkan. 3 . suami akan menjemput Mak Bidan dan memberi tahu semua penduduk kampong mengenai perkara tersebut. suami dilarang menoleh ke kiri atau ke kanan kerana dikhuatiri mata bayi menjadi juling. makanan berbisa (binatang buruan hasil sumpitan. Diantaranya dilarang menyembelih atau membunuh binatang dikhuatiri “kenan‟ pada bayi dalam kandungan (bencana akan memudarat bayi dalam kandungan). Gambar 4 : Satu keluarga kelahiran suku kaum orang Asli Bahagian 2 E) Kelahiran suku Jakun Semasa Isteri Mengandung pasangan suami isteri terikat dengan beberapa pantang larang. kari.).Setiap bangsa di negara ini mempunyai amalan berpantangnya sendiri untukkembali sihat dan bertenaga selepas melahirkan anak. ketam. tali pusatnya dipotong dengan menggunakan sembilu buluh yang telah dijampi dan seterusnya tali pusat diikat tujuh bahagian.Perempuan selepas bersalin berpantang selama empat puluh empat (44) hari. masam (nenas. Sesudah selesai dimandikan dan diselimutkan. Bila melangkah balik.

Bagi tujuan ini juga „ramuan akar kayu‟ seperti akar remaung. rempah gunung dan sebagainya lagi direbus berserta lada hitam dan bawang putih sebagai minuman semasa berpantang. Makan binatang bertanduk Makan ubi sebelum kandungan berusia tiga bulan Akibat /Dipercayai Kandungan dan bayi lemah Bibir bayi sumbing Lekat atau susah bersalin Kaki dan tangan menyerupai ubi * Pantang yang dikenakan kepada suami:Pantang/Tak boleh 1. Makan pucuk paku 2. dan melancarkan sistem pendarahan. Jika tidak dikeluarkan akan membawa kepada serangan rheumatism . Jenis masakan berkuah seperti singgang ikan haruan. F) Kelahiran suku Kintak Dalam mempastikan ibu yang sedang mengandung sentiasa dalam keadaan sihat. * Pantang yang dikenakan kepada isteri semasa mengandung :Pantang/Tak boleh 1.Sebaliknya digalakkan memakan makanan yang kurang berminyak.Bagi memulihkan tenaga . sama ada sepanjang tempoh mengandung mahupun selepas bersalin. pening dan sakit belakang apabila tua kelak. sejuk akibat kehilangan darah dan semasa bersalin maka ibu digalakkan memanaskan badan mereka. untuk mengelakkan komplikasi kepada si ibu semasa melahirkan dan bagi menjamin anak dilahirkan sihat serta sempurna sifatnya berbagai-bagai pantang larang serata pemilihan makanan yang sesuai yang perlu dipatuhi oleh pasangan suami isteri. ikan toman dan belut paya (bukan sawah) dipercayaai dapat menyembuh luka dalaman dan menambah darah. Makan ikan yang berduri 2. Makan pucuk labu Makan ikan yang dipancing 1. kacip patimah.Angin dalam tubuh ialah elemen utama yang boleh menyebabkan kesakitan dalam badan. dan menghidar keputihan berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Panggang ikan suling-paling Menjaring atau menjala ikan 4 Akibat /Dipercayai Takut bayi menyongsang Lekat atau susah bersalin . mengetatkan alat kelamin. Panggang ikan perut di bawah 2. Menurut Orang Asli suku kaum Jakun juga ramuan ini berfungsi memulih urat serta tisu tubuh dalaman yang teruk sewaktu bersalin. Biasanya menggunakan dapur kayu api atau dapur arang untuk “berdiang‟ atau “tungku‟ (atau batu) yang dipanaskan untuk ibu bertuam. dapat membantu pengecutan rahim. ubu jaga. ulaman seperti pegaga yang dapat menambah penghasilan susu ibu.

Oleh sebab itu. terdapat beberapa larangan lain yang perlu diikuti. keguguran rambut. d. c. Antaranya ialah : a. e. Akibatnya. sakitparu-paru serta kudis dalam kulit yang kebiasaannya terdapat disekeliling pinggang.Memancing ikan Bibir bayi sumbing PANTANG LARANG SUKU KAUM MAH MERI 1 Lading Baru Tiada siapa pun yang dibenarkan mencabut atau mengubah kayu-kayu yang ditanam atau dijadikan sebgai sempadan di antara satu ladang dengan ladang lain. 5 . Sebelum meninggalkan rumah. Tetamu dianggap kurang sopan dan tidak menghormati tuan rumah sekiranya tidak menjamah makanan yang telah disediakan. Sebagai contoh. Kebanyakan jenis haiwan yang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama-sama dengan hidupan/haiwan dalam air. Dilarang memakan buah-buahan yang pokoknya tumbuh di bawah kayu terastau yang berapit serta dahan atau batangnya bertakung air kerana dikhuatiri akan mendapat sakit. batuk darah. Jika tidak. sisa makanan hendaklah dikumpulkan untuk ditanam atau dibakar atau si pembuang akan mendapat busung. Dilarang seseorang itu mengambil buah-buahan di dalam ladang yang baru sebelum pawang memulakannya terlebih dahulu atau membuka pantang. ia boleh mendatangkan sakit cirit dan kembung perut yang berpanjangan. Jika tidak seseorang itu akan jatuh sakit atau terkena pawang yang akan menyebabkan segala tanaman di situ tidak menjadi dan dimusnahkan oleh musuh tanaman. Mengeji dan mengata kepada benda-benda makanan. ikan dan daging lembu tidak boleh dimakan sekali atau bersama. Air-air yang bertakung didalam tin dan botol atau pun di batang-batang kayu tidak boleh di langkah atau didekati kerana seseorang boleh mendapat sakit busung. Dilarang membuang sisa makanan di merata tempat yang mungkin dimakan oleh semut atau binatang atau pun dihayutkan oleh air. b. 2 Makanan Adalah kurang sopan bagi tetamu menolak jamuan atau minuman yang diberi oleh tuan rumah. Sangkak yang ditanam dalam kawasan lading sangat penting untuk pemujaan hantu dan syaitan supaya menjaga segala tanaman serta membawa hasil yang lumayan kepada lading tersebut. Selain daripada larangan di atas. Masyarakat orang asli suku bangsa jakun sangat suka sekiranya tetamu sudi menjamah tau menikmati jamuan yang diberikan untuk mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim di antara tetamu denga tuan rumah. tetamu biasanya akan meninggalkan pesanan yang baik dan tuan rumah akan membalas dengan ucapan selamat dan mengharap tetamu akan datang lagi pada musim buah-buahna atau menuai. orang yang berbuat begitu akan jatuh sakit seperti demam kuning.

ia akan mendatangkan perkara yang tidak baik kepada tuan rumah. semasa tetamu ingin menyeru nama tuan rumah. Tiap-tiap rumah baru mestilah diadakan kenduri atau direnjis denga tepung penawar. Rumah mereka mempunyai banyak tanda isyarat dan larangan yang perlu diketahui.kebiasaannya. Dilarang bercakap besar atau mengata-ngata dengan menunjukkan bekas-bekas tapak kaki atau najis binatang buas dengan senjata merbahaya (cakap takbur). sebaiknya tetamu menunggu di halaman rumah terlebih dahulu sambil member isyarat terbatu-batuk agar diketahui oleh tuan rumah terlebih dahulu. Ia akan memberi seperti di atas. Rumah baru dijampi dan direnjis dengan tepung penawar. anak sulungnya bernama awing. ia mendatangkan sial atau kurang sihat kepada penghuni yang mendiami ruang tersebut. ini menandakan orag itu mempunyai orang sakit. kita akan terkena sakit atau mungkin mengigau ternampak binatang buas itu. Aia kan mendatangkan sial kepada pencarian nafkah penghuni rumah tersebut. Tetamu juga boleh menyeru nama tuan rumah tersebut dengan sopan. Pantang larang dalam rumah a. Sekiranya dipelawa masuk. Kanak-kanak dilarang memakan daging seperti rusa. Jika makan.. ia akan memanggil Pak Awang atau Bapak awang. mereka akan mendapat sawan. 5Pantang menunjukkan dan menegur kepada sesuatu benda yang ganjil. 6 . c. Telur ayam biasanya menyebabkan kanakkanak sakit dan selalu menangis. Jangan sesekali mengambil sisa binatang buas untuk dimakan. Akibat dari perbuatan ini. Jika kurang daripada itu. tetamu sebaiknya memastikan rumah tersebut tidak dalam pantang dan tetamu perlu menanggalkan kasut sebelum naik ke rumah kecuali dengan kebenaran. Tetamu hendaklah memerhatikan persekitaran lorong dan jalan masuk ke kampung hinggalah ke pintu rumah. c. seeloknya bermalam sehingga tiga malam berturut-turut. Sebelum menaiki rumah mereka. Sekiranya tidak. panggilan dibuat denga menyebut nama anak sulung contoh. Jika seseorang itu bermalam di rumah yang baru siap. tetamu dilarang berkunjung atau memanggil tuan rumah tersebut. Pada sesetengah tempat pula ada yang melarang anak mereka memakan telur ayam. jadi. Jika terdapat daun-daun digantung di hadapan muka pintu atau di dalam rumah. Jatuh di rumah yang sedang dibina. pada ketika itu. b. 4 Pantang larang terhadap binatang buas a. b. Akibatnya. Tempat-tempat binatang buas membunuh manusia tidak boleh ditempuhi atau dilalui. 3. Sekiranya melanggarnya. kijang dan burung helang.f. Adalah kurang baik jika seseorang itu terjatuh di rumah yang sedang dalam pembinaan. binatang buas itu akan mengetahui dan timbul perasaan marah terhadap orang itu. Tidur tidak cukup tiga hari di rumah yang baru siap.

ayam denak. ia dianggap telah mengotorkan tempat tersebut dan menyebabkan mereka akan Dinah. siamang. mereka dilarang menyebut atau memanggilnya apabila berada di tempat tersebut kerana dikhuatiri akan menerima bencana seperti tangkapan ikan akan berkurangan kerana dipercayai ikan tersebut dimakan hantu. kita perlu meminta izin daripada mereka terlebih dahulu. pawing akan meminta bantuan raja mambang iaitu Mambang Tali Arus Besar dan Kecil. Oleh itu. Mambang ini merupakan pengantara di antara pawing dan penunggu laut. pokok yang menyerupai binatang dan sebagainya. Untuk mengubati pesakit tersebut. jika kita ingin melakukan sesuatu.Orang asli suku kaum jakun takut menunjukkan atau menegur sesuatu benda yang ganjil seperti melihat gua-gua yang besar. Akibat denagn menegurnya. Dilarang memakan rusa. PANTANG LARANG SUKU KAUM SEMAI Perubatan yang dijalankan oleh bomoh atau Tok Halaq secara perubatan tradisonal terbahagi kepada tiga cara: * Jampi Serapah * Berkebut (Berbumbun) * Cara Bercagoh PANTANG LARANG DARI SEGI MAKANAN Orang yang sedang menerima rawatan dari Tok Halaq harus mengikut pantang larang yang ditentukan olehnya seperti berikut: i. Hal ini kerana. 7 . CABUL MULUT Cabul mulut merupakan larangan bagi seseorang daripada menyebut sesuatu yang tidak elok seperti adanya hantu yang menyerupai sesuatu objek. mereka hendaklah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada hantu pantai. Oleh itu. PANTANG DI LAUT Orang Seletar percaya bahawa laut merupakan tempat tinggal hantu dan penunggu laut. Biasanya pesakit akan diubati. semasa berada di laut. SUKU KAUM SELETAR HANTU PANTAI DAN LAUT Dipercayai setiap pantai dijaga oleh hantu pantai dan laut pula dijaga oleh hantu laut. tenggiling dan sebagainya bergantung kepada penyakit yang dihidapi dan mengikut pantang yang dikenakan oleh Tok Bomoh. Begitu juga jika mereka hendak menebang pokok bakau. Dilarang memakan ikan yang mempunyai sengat (berbisa) ii. Hantu itu dipercayai akan menyampuk dan orang berkenaan akan terkena „dinah‟. sekiranya kita tidak berbuat begitu. Orang yang „dinah‟ akan meracau tidak tentu arah. Proses pengubatannya bergantung kepada berat atau ringan Dinah yang ditanggung pesakit. mereka akan sakit atau cacat pada dirinya.

PINDAH KE RUMAH BARU Bila sesebuah keluarga pindah ke rumah baru. iii. Dilarang membuat kerja-kerja memasang kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang dianggap tidak baik iaitu bulan 15. Kayu alang dan gelegar serta lain-lain pemasangan hendaklah dipotong mengikut segi rumah tersebut supaya tidak tertinggal lebihan kayu tersebut. ii. ia akan memudaratkan pesakit dan akan berlaku “Tekreg” (Pecah Pantang) dan boleh membawa maut atau Tok Halaq sendiri akan ditimpa sakit yang teruk yang tidak dapat diubati. Selain dari pesakit. keladi dan makanan yang berwarna merah. iii. i. vi. Kalau jatuh. Sebelum rumah tersebut didiami. upacara “bersemah” atau tepung tawar diadakan bertujuan untuk menjamu hantu-hantu atau makhluk yang halus. Jika tidak mengikut peraturan tersebut penghuni rumah berkenaaan kelak akan selalu demam dan sakit. sedikit jamuan. . v. d. Dilarang memakan kunyit. PANTANG LARANG DALAM RUMAH a. Jika sekiranya ada pesakit yang melanggar pantang larang tersebut. f.iii. 16 dan 17. orang lain juga dilarang melakukan kerja-kerja yang boleh memudaratkan pesakit contohnya: Jangan bising Mengibas kain Menghebah berita yang boleh mengejutkan atau memeranjatkan. c. Berdiang di bawah sinaran matahari atau api Mengelakan diri terkejut atau terperanjat Mengelakan diri daripada luka berdarah Mengelakan diri daripada memegang benda yang boleh mengeluarkan cahaya putih. Tidak boleh jatuh di dalam rumah yang sedang dalam pembinaan. dipercayai penghuni rumah berkenaan tidak tenteram dan aman. Contohnya ubi kayu. orang luar dari rumah atau kampung berkenaan melawatnya kerana ini juga akan menimbulkan tetreg juga. Pantangpantang tersebut termasuk: Memasuki kain melalui kepala Kepala terantuk kepada sesuatu objek. e. jika tidak ianya akan didenda. LARANGAN SEMASA MEMBINA RUMAH BARU Kedudukan rumah dilarang menghala laluan matahari. ii. melihat cermin dan sebagainya. keluarga yang baru berpindah akan diganggu oleh hantu atau makhluk halus. Tiap-tiap pemasangan perabot atap. Tetamu pertama yang datang secara bertandang ke rumah tersebut dari kampung/tempat lain dikehendaki bermalam di rumah tersebut. Jika tidak dilakukan. Semasa Tok Halaq memberi rawatan. cabai. b. Semasa rawatan sedang dijalankan pesakit tidak dibenarkan menerima rawatan dari Tok Halaq yang lain selagi Tok Halaq bekenaan belum selesai. penutup gendang hendaklah dipasang pada hari yang sama. rumah tersebut ditepung tawar dahulu. Kepada pesakit yang menerima rawatan tidak dibenarkan membuat kerja-kerja harian kerana dikhuatiri tersentuh benda-benda yang dikirakan pantang. 8 a. i. iv. ini boleh mendatangkan sial atau kurang sihat penghuni rumah tersebut.

“Tiang Seri” rumah itu mesti dijampi dahulu oleh bomoh atau pawang. Perkara di atas dikenakan pantang kerana untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik. a. jika kurang boleh mendatang perkara yang tidak baik kepada tuan rumah. Jika tidak melakukannya mungkin mendatangkan sial kepada penghuni rumah tersebut. Dilarang mengubah atau mencabut kayu atau tanda-tanda yang dijadikan sempadan antara satu ladang dengan ladang yang lain. b. a. Kaedah ini dipanggil “Pantang Jex” (Pantang Beliung). Pantang Keneh Neck (Kayu tunggal yang tidak baik) juga dilakukan pada hari keempat. beberapa larangan perlu dipatuhi: a. kerana hari lain dipercayai tidak baik dan dilarang sama sekali “yong parong” ini disebut pantang yong (parong). c.b. PANTANG SEMASA MEMBUAT LADANG BARU Semasa menjalankan pembukaan ladang baru. Kerja-kerja harus dimulakan hari kelima. hantu-hantu akan mengganggu penghuni rumah tersebut. Jika tidak ia akan didenda dengan istiadat mengikut tok pawang dengan memohon restu dari jembalang tanah bagi memulihkan semangat padi tersebut. Jika sekiranya ada orang luar dari kampung tersebut. d. Kalau tidak dilakukan. Ketika penanaman dimulakan. Seseorang yang akan bermalam di rumah yang baru dibina eloklah bermalam sehingga 3 malam. rumah tersebut tidak akan membawa tuah kepada penghuninya. Jika ini dilakukan boleh mendatangkan penyakit dan ladang tersebut tidak mendatangkan hasil yang banyak. Memuja semangat padi supaya rezeki pada tahun-tahun yang akan datang dapat memberi penghasilan yang lumayan. beberapa pantang larang harus dipatuhi sehingga ke peringkat putus menuai. kanakkanak juga dilarang menangis di rumah tersebut. f. Ianya digelar pantang Pandang Keneh (Kayu Tunggal). 9 . Jika berlaku keadaan itu. Sebelum rumah dibina. e. orang tersebut hendaklah turut serta sehingga selesai. Tiang atau sudut rumah akan dipangkah dengan kapur atau bedak yang telah dijampi. Setelah 3 hari memotong pokok.Selepas direhatkan sehari iaitu hari kelima ia akan dimulakan kembali. pawang atau bomoh akan menjampi kawasan tersebut untuk menghalau hantu-hantu akan mengganggu penghuni rumah tersebut. contohnya ditimpa pokok-pokok atau luka. hari ke 4 kerja-kerja diberhentikan. Setelah menugal tiga hari. Tidur boleh tidur atau pindah ke rumah masih belum siap dibina sepenuhnya. KENDURI PADI BARU Pantang ini diamalkan untuk menunjukkan terima kasih kepada semangat padi (Ruai Bag) kerana semangat tersebut telah memberi hasil yang lumayan. hari keempat diberhentikan. Bila rumah siap dibina. c. Pantang ini diamalkan supaya ladang tersebut memberi hasil yang lumayan. Setiap rumah baru mesti diadakan kenduri atau ditepung tawar. b.

lumayan serta boleh “Mendang Penyalut Koul” (Sampul urat dan simpul biawak) akibat kemungkaran jembalang tanah dan boleh menjadi lumpuh. Ianya mesti mandi dan pakaian yang dipakai semasa pengkebumian tidak boleh dibawa naik ke rumah. supaya ladang-ladang yang akan datang.b. diletakkan makanan dan minuman serta apa sahaja makanan kegemarannya sehingga hari keenam. Ini akan mengakibatkan bayi tersebut disampuk hantu dan sakit. b. Atas mayat diletakkan seketul bayu/benda yang berat bagi mengelakkan perutnya kembung Hari seterusnya. b. 10 . b. Semasa dalam berpantang mereka ditegah: Bersukaria (menyanyi. Barang-barang itu hendaklah direndam dalam air selama satu malam sebelum dibawa naik. Tempat di mana simati meninggal dunia. a. Hari ketujuh keluarga simati akan menambak dan memperkemaskan tanah kubur dan membuat kenduri. PANTANG SEMASA KEMATIAN Si mati disimpan sehari di rumah. Manakala denda pulih Ruai Bag. c. d. Orang yang pergi menanam tidak boleh naik turun rumah.tidak boleh digunakan oleh orang lain kecuali harta atau pusaka peninggalan diberi dan dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarga. Alat-alat pengebumian – seperti cangkul.Ini mengelakkan hantu akan mengacau tempat dimana daerah dan air ketuban tumpah. PANTANG SEMASA KELAHIRAN DAN MELAHIRKAN Anak yang telah dimandikan akan dijampi dan ditinggalkan supaya tidak disampuk atau terkena sawan dan diganggu oleh hantu. Jika ini berlaku ianya mestilah ditukarkan dengan benda yang lain. c. Dilarang meminta untuk dipelihara oleh orang lain. parang dan sebagainya tidak boleh dibawa naik terus ke rumah. Hari keenam dipanggil “alik palok” (alih kayu yang bakar) yang mana roh simati tidak lagi berkeliaran. Berpakaian cantik. bersiul. b. supaya semangat bayi tersebut tidak hilang. a. c. Berkabung menghormati simati dan rohnya oleh penduduk tempatan dan pelawatpelawat yang ada di tempat tersebut. Barang dan alat simati-seperti pakaian. bersorak-sorak. unggun api dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah berada di alam lain. c. Semua jenis kerja ditangguh. Ibu yang baru bersalin dilarang memakan binatang-binatang dan lauk-lauk yang boleh menyebabkan anaknya terkena penyakit sawan kerana si ibu menyusu bayi tersebut. menjerit dan sebagainya). Dibawah rumah sentiasa dihidupkan unggun api di mana tempat ibu bersalin. alat memburu . Bagi bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan dan kecantikan. a. - a.

ditimpa pokok. Anak-anak si mati hendaklah ditangkal. kayap dan kudis. seperti ikan dengan daging kerbau. jika dilakukan juga boleh menyebabkan penyakit busung. Jika tidak yang pergi tersebut akan terkena “Serenglog”. PANTANG LARANG SEMASA BERJALAN DI DALAM HUTAN Tidak dibenarkan berjanji kerana jika sekiranya salah seorang tidak dapat pergi makna perjalanan tersebut seharusnya dibatalkan. boleh mendapat penyakit dan kembung perut(busung). Contohnya. Dengan menconteng arang bertanda palang (+) di dahi dan di dada bertentang dengan jantung. b. Tetapi boleh disebut dengan nama samaran yang boleh disesuaikan dengan rupa bentuk binatang tersebut umpamanya harimau digelar pak belang. Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa oleh binatang. Di kubur apabila api genap seminggu “dipaling” puntungnya. Semua air yang bertakung dalam tin. 11 . buaya dan lain-lain lagi. c. Orang Asli sangat takut ketawa pada binatang. sakit paru-paru. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit atau kembung perut(busung) yang berpanjangan. semut tidak boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air. Orang asli sangat takut menunjuk atau menegur kepada sesuatu yang ganjil seperti melihat gua-gua besar. perlakuan yang boleh menggelikan seperti beruk dan juga manusia yang menyerupai dirinya atau bertopengkan jenaka.- Keliling rumah dan di kubur dipasang api selama seminggu. PANTANG LARANG DALAM PEMAKANAN a. Ketawa pada benda-benda atau perbuatan yang menggelikan hati. Akibat daripada menegur atau menunjuk seseorang itu boleh mendapat penyakit atau menjadi cacat pada dirinya.Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit. gajah. batuk darah. a. Mengeji dan mengata kepada benda makanan seperti ikan dikatakan babi dan lainlain. juga ketawa pada kupu-kupu dan cacing. kemungkinan digigit ular. d. c. Kebanyakan binatang-binatang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama dengan binatang di air. Pantang menunjuk dan menegur sesuatu yang ganjil. d. - b. keguguran rambut. tidak boleh dimakan. botol atau tunggul kayu tidak boleh diminum dilangkah atau didekati.Buah-buahan yang mana pokoknya tumbuh dibawah kayu teras atau yang berapit serta dahan atau batang bertakung air. di belakang tapak tangan dan di belakang tapak kaki. . Akibatnya dari melakukan perkara tersebut boleh mendatangkan petir dan rebut yang kuat serta banjir di tempat pantang larang yang tersebut. Pantang dan larang kepercayaan di atas adalah untuk mengelak hantu daripada mengikut balik ke rumah. Dalam perjalanan tidak dibenarkan bercakap takbur dengan binatang-binatang buas. pokok-pokok yang menyerupai suatu bentuk binatang dan sebagainya. jatuh dan sebagainya. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit demam kuning. Jika tidak. Sebaliknya hendaklah dikumpul dan dibakar. Dilarang menyebut binatang-binatang buas semasa di dalam perjalanan seperti harimau. ini pada yang belum dewasa. d. Tujuannya roh akan pergi terus.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->