Makanan Penting Dalam Kehidupan Kanak

CIRI-CIRI PEMAKANAN SEIMBANG Makanan penting dalam kehidupan kanak-kanak.

Selain ia membekalkan tenaga, ia juga membantu dalam perkembangan otak dan tumbesaran kanakkanak.Tanpa pemakanan sihat dan seimbang, perkembangan dan pembesaran anakanak akan terjejas. Pemakanan seimbang terdiri daripada lima ciri utama iaitu mengandungi karbohidrat, protein, kalsium, vitamin dan mineral, serat dan cecair. Karbohidrat adalah sumber utama tenaga kepada tubuh manusia dan ia seharusnya diambil setiap hari. Antara makanan berasaskan karbohidrat ialah nasi, mi, roti, produk bijirin, dan ubiubian. Protein pula amat penting untuk keperluan tubuh kerana ia membaik pulih tisu badan dan meningkatkan antibodi melawan jangkitan atau penyakit. Antara makanan berasaskan protein ialah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit atau lemak, ikan, telur dan kekacang. Manakala kalsium amat penting untuk membantu mengatasi masalah kereputan tulang atau osteoporosis. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium ialah produk tenusu, ikan sardin, ikan bilis (sebaik-baiknya dibuang kepala kerana ia kaya dengan kolesterol), kurma, kismis dan susu skim atau rendah lemak. Vitamin dan mineral pula membantu mengekalkan kesihatan tubuh dalam jangka panjang dan memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Antara sumber makanan yang mengandungi vitamin ialah buah oren, lobak merah dan pelbagai sayur-sayuran hijau. Serat membantu mengelakkan sembelit dan sekali gus mengurangkan risiko lebihan kolesterol di dalam darah. Ia wajar diambil setiap hari kerana mudah diperoleh. Pastikan anda mengambil lebih banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau dan bijirin dalam menu harian. Ciri yang kelima ialah mengandungi cecair. Sebaik-baiknya minum enam hingga lapan gelas air sehari untuk membantu buah pinggang menyingkirkan lebihan toksik di dalam badan. Kesimpulannya, pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak agar badan mereka sentiasa sihat dan cerdas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful