You are on page 1of 6

Asas Elektrik 01

Dicatat oleh ONN LAJ ER on MONDAY, 27 FEBRUARY 2012 DI 12:07

Apa itu Elektrik? Elektrik ialah asas pengaliran elektron diantara dua titik.Apabila terdapat perbezaan diantara dua dua titik itu, -Semuajirim terdiri daripada beribu-ribu atom -Dipusat atom terletak nucleus -Dikeliling nukleus ada kumin dinamakan elektron -Elektron berlegar mengelilingi nucleus seperti planet mengelilingi matahari -Tiap-tiap electron membawa satu cas negatif -Jika sesuatu atom seperti karbon mempunyai enam elektron maka atom ini mempunyai enam cas negatif,Jadi keseluruhanya atom neutral. -Pada amnya ,sesuatu atom mempunyai cukup cas positif bagi meneutralkan cas negatif elektron. -Elektron yang diluar sekali didalam sesuatu atom mudah dikeluarkan. -Jika sesuatu atom Hilang satu elektron,iaitu cas negatif,atom tidak akan berkeadaan neutral lagi.Atom ini dikatakan bercas positif,kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif daripada cas negatif. -Dalam keadaan tertentu elektron yang berada diluar ini tertarik kepada atom yang lain. -Elektron yang sempurna ini dinamakan arus elektrik. -Rajah menunjukan satu atom karbon neutral dan satu atom bercas positif.

-Elektron-elektorn yang terkeluar dari orbitnya menimbulkan kekurangan elektron didalam atom yang telah ditingalkan. -Ini akan menyebabkan lebihan elektron dimana ianya berada

-Bahan yang mengalami kekurangan elektron menjadi cas positif dan mempunyai elektron yang berlainan akan menjadi cas negatif -Apabila atu atom kehilangan satu elektron ia akan kehilangan satu cas negatif,oleh itu bahagian atom yang ditingalkan elektron akan menjadi tidak seimbang secara elektrik kerana nukleusnya tetap positif seperti dahulu,tetapi salah satu pengimbang cas telah hilang. -Oleh itu hanya cas positif yang tertingal,benda yang bercas positif ini dinamakan ion positif. -Dalam bahan-bahan pejal,ion-ion ini dikekalkan pada tempatnya oleh struktur hablur bahan tersebut oleh itu ion2 ini tidak bergerak seperti elektron bebas,walau bagaimanapun,didalam cecair dan gas ion2 boleh bergerak seperti elektron.

ARUS TERUS DAN ARUS ULANG-ALIK


Arus terus (AT) ataupun direct current (DC) merupakan arus elektrik yang mengalir dalam satu hala sahaja. Arus ulang-alik (AU) ataupun alternating current (AC) pula merupakan arus elektrik yang berulang-alik arah pengaliran arusnya. Sumber asas arus terus adalah bateri manakala sumber asas arus ulang-alik adalah soket rumah.

Arus terus

Arus ulang-alik

Di atas adalah graf arus terus melawan masa dan graf arus ulang-alik melawan masa. Dalam arus terus, nilai magnitud di ambil kira sama ada magnitudnya tetap ataupun magnitud berubah-ubah mengikut masa selagi ia tidak menukar arah iaitu tidak melintasi nilai kosong. Dalam arus ulang-alik pula, nilai magnitud dan nilai frekuensi di ambil kira. Magnitud arus ulang-alik juga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Frekuensi adalah bilangan ulangan dalam masa satu saat. Frekuensi juga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Penukaran arus ulang-alik kepada arus terus lebih mudah berbanding penukaran arus terus kepada arus ulangalik. Arus ulang-alik ditukarkan kepada arus terus menggunakan recifier manakala arus terus ditukarkan kepada arus ulang-alik menggunakan inverter. Sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen janakuasa sehingga ke rumah menggunakan arus ulangalik. Ini kerana, voltan arus ulang-alik mudah dinaikkan dan juga diturunkan menggunakan transformer.

Penghantaran elektrik dilakukan dalam keadaan voltan tinggi supaya merendahkan nilai arus. Arus yang rendah bertujuan mengurangkan kehilangan kuasa dalam kabel penghantaran.

PERINTANG (RESISTOR)
Perintang ataupun resistor dalam Bahasa Inggeris adalah komponen yang memberi rintangan terhadap aliran arus dan menghasilkan voltan susut merentasinya. Dua jenis perintang yang selalu digunakan adalah perintang tetap dan perintang boleh laras (variable resistor). Gambar perintang tetap dan perintang boleh laras ditunjukkan di bawah.

Perintang Tetap

Perintang Boleh Laras

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah. Perintang boleh laras, juga dipanggil potentiometer mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah dari kosong sehingga maksimum mengikut nilainya. Nilai perintang diukur dalam unit ohm. Perintang yang kecil, tidak cukup ruang untuk dicetak nilai rintangannya. Oleh itu, kod warna digunakan. Kebiasaannya terdapat empat jalur kod warna. Jalur pertama adalah nilai digit pertama, jalur kedua adalah nilai digit kedua, jalur ketiga adalah pekali dan nilai keempat adalah tolerance. Di bawah adalah kod warna perintang(resistor colour code).

Selain nilai rintangan, perintang juga perlu diambil kira pada kadaran watt nya. Kadaran watt adalah nilai watt maksimum yang boleh di tampung oleh perintang tersebut. Perintang yang kecil mempunyai kadaran 0.25W. Saiz perintang semakin besar apabila kadaran watt nya semakin tinggi.

SIMBOL KOMPONEN
Nama Komponen Perintang Tetap Simbol

Perintang Boleh Laras

Kapasitor Berkutub

Kapasitor Tidak Berkutub

Kapasitor Boleh Laras

Induktor

Asas Elektrik Assalamuailaikum pembuka bicara.. Ecewah! Cantik semacam bahasa.. Jawab, jangan tak jawab salam tu.. Memandangkan mechanical engineering ni ada relate dengan elektrik, so post kali ini nak menceritakan serba sedikit tentang elektrik. Aku tak hebat mana pun pasal elektrik ni, tapi kalau simpan ilmu yang sedikit ni nak buat apa kan? Tak rugi pun kalau aku share dengan orang. Sesetengah orang boleh hafal semua, tapi konsepzero. Bila nak apply kat sistem, ternganga luas sampai lalat besar penumbuk boleh masuk. Firstly, apa yang patut kita tahu ialah definisi litar elektrik.

Litar elektrik ialah satu sambungan yang lengkap antara beberapa elemen seperti sumber elektrik dan beban menggunakan pengalir. Beban yang dimaksudkan di sini ialah komponen elektrik seperti mentol, perintang dan lain-lain. Pengalir pula terdiri daripada bahan konduktor elektrik seperti wayar.

Secara basic, dalam sebuah litar yang lengkap ada beberapa elemen yang kita patut tahu iaitu Voltan, Arus dan Rintangan. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik (koduktor). Unit untuk voltan ialahVolt (V). Arus (current) ialah jumlah elektron yang mengalir di dalam konduktor tersebut. Unit untuk arus ialah Ampere(A) dan simbolnya ialah I.

Rintangan (resistance) ialah halangan yang menyekat jumlah elektron untuk mengalir di dalam konduktor. Kalau current dan voltage melalui resistor, nilainya akan menurun. Unit untuk rintangan ialah Ohm () simbolnya ialah R.

Oleh itu, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan.

Ingat betul-betul statement ni. Kalau bukan sebab lecturer aku buat kuiz pasal Ohm's Law ni, sampai sekarang aku tak ingat kot.

Based on this statement, kita boleh dapat equation macam ni. V=IR..........1 I=V/R.........2 R=V/I ........3

You might also like