You are on page 1of 86

Istilah kemanusiaan boleh diertikan sebagai nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan

manusia. Manusia yang mengamalkan nilai kemanusiaan tentunya akan memberi hak kepada manusia yang lain dengan memberi sepenuh rasa persaudaraan sesama insan. Sifat kemanusiaan tidak akan mengira kedudukan manusia samada dari segi umur, pangkat, keturunan dan sebagainya.

Kemanusiaan juga boleh ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai sifat yang sepatutnya wujud dalam diri seorang manusia. Sebaliknya jika sifat yang ada bagi seorang manusia itu hilang mungkin akan menyebabkan seseorang itu berperangai seperti haiwan. Umpamanya = jika sifat yang patut ada dalam diri manusia itu adalah "kasih sayang", maka manusia itu tentunya mempunyai sifat itu terhadap seseorang bayi kecil. Manusia yang sanggup membuang bayinya boleh diibaratkan tidak mempunyai sifat kemanusiaan.

NILAI KEMANUSIAAN

Pemurah bermaksud memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral seperti bersedia memberi atau pun menerima teguran dan tunjuk ajar. Sebagai contoh, meminta rakan agar tidak membuat bising ketika menunggu guru masuk ke dalam kelas.

CONTOH PEMURAH Sifat ini dapat dilihat melalui watak Imam Saad yang telah mewakafkan tapak surau di Kampung Pulai. Walau bagaimanapun, tanah wakaf tapak surau itu juga akan dilombong dan digantikan oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan sebidang tanah di Pekan Tualang.

PENEGASAN PEMURAH Tegasnya, sikap murah hati yang diperlihat melalui watak Imam Saad di mana beliau telah mewakafkan tanah pusakanya untuk mendirikan surau di Kampung Pulai. Secara tidak langsung penduduk islam di pekan tersebut dapat menunaikan ibadah mereka dengan adanya surau tersebut.

Keberanian yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya. Hal ini kerana, keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana.

CONTOH KEBERANIAN & KEYAKINAN DIRI Nilai ini dapat dilihat dalam watak Rahim apabila dia berani menentang ayahnya yang cuba mengumpul dan menambah kekayaan dengan menjalankan projek perlombongan sedangkan penduduk Kampung Pulai teraniaya.

PENEGASAN KEBERANIAN & KEYAKINAN DIRI

Sikap berani dapat dilihat melalui watak rahim di mana dia telah berusaha membantu penduduk kampung yang teraniaya akibat perbuatan ayahnya.

Belas kasihan bermaksud mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas seharusnya ditekankan pada setiap diri individu. Dengan adanya sikap belas kasihan, individu tersebut akan bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.

CONTOH SIMPATI & BELAS KASIHAN Pak Salim pula amat bersimpati dengan nasib Sudin dan menasihatinya supaya balik bertemu keduadua ibu bapanya untuk menjernihkan keadaan.

PENEGASAN SIMPATI & BELAS KASIHAN Nilai simpati dan belas kasihan ini dapat dilihat memalui watak Pak Salim di mana beliau bersimpati nasib Sudin dan berusaha membantunya agar Sudin berbaik semula dengan kedua-dua ibubapanya.

Setiap individu perlulah menanamkan nilai hormat-menghormati, menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi social dengan memberikan layanan yang sopan seperti hormat kepada orang yang lebih tua, pemimpin, guru, rakan mahu pun jiran tertangga.

CONTOH MENGHORMATI ORG TUA Selain itu, Lebai Maarup yang disenangi oleh golongan tua di Kampung Pulai seperti Imam Saad, Tuk Empat Dahlan, Pak Salim dan Bilal Endut kerana sifatnya yang menghormati orang yang lebih tua.

PENEGASAN MENGHORMATI ORG TUA Sesungguhnya, sikap hormat yang ditunjukkan oleh watak Lebai Maarup menyebabkan beliau mudah disenangi oleh golongan tua di Kampung Pulai tersebut.

Jujur bermaksud sikap atau pun perlakuan yang menunjukkan nilai yang baik, ikhlas dan amanah tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.Sebagai contoh, membantu seseorang secara ikhlas pada bila-bila masa seperti membayarkan makanan rakan yang terlupa.

CONTOH JUJUR & IKHLAS


Imam Saad digambarkan seorang yang jujur serta ikhlas menjalankan tanggungjawap terhadap agama, iaitu Islam. Beliau mengajar kanak kanak mengaji dan membantu orangorang dewasa mempertingkatkan ilmu agama. Namun yang demikian, sikap kejujurannya pula dapat dilihat apabila di akhir serita Rahim dan Mahani menyatakan kemenangan Imam Saad yang sabar, jujur dan ikhlas.

PENEGASAN JUJUR & IKHLAS Tegasnya, sikap jujur dan ikhlas yang ditunjukkan oleh imam Saad dapat membantu masyarakat islam di mana beliau telah mengajar mengaji sama ada golongan kanakkanak mahupun dewasa. Secara tidak langsung, melalui sikap ikhlas beliau masyarakat dapat mempertingkatkan ilmu agama.

Kasih sayang merupakan perasaan kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu. Sebagai contoh, menghargai segala yang bernyawa atau pun cinta kepada keharmonian iaitu suka hidup berbaik-baik antara satu sama lain.

CONTOH KASIH SAYANG Rahim dan Mahani bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Hubungan dan kasih sayang mereka berpanjangan walaupun Rahim akan menyambung pelajarannya di London.

PENEGASAN KASIH SAYANG

Hal ini jelaslah dalam watak Mahani, nilai kasih sayang ini amatlah penting di mana Mahani memberikan kasih sayang yang berkekalan kepada Rahim meskipun tereka terpaksa berjauhan.

Nilai ini merujuk kepada kesanggupan untuk melaksanakan usaha yang baik dan membina secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat mahu pun negara untuk memperolehi sesuatu matlamat. Sebagai contoh, seharusnya terdapat perhubungan mesra sesama manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang boleh melahirkan kerjasama erat demi kesejahteraan umat manusia.

CONTOH KERJASAMA & TOLONG-MENOLONG Selain itu, Imam Saad dan Lebai Maarup juga bekerjasama dalam berdakwah. Kehadiran Lebai Maarup ke Kampung Pulai memberi harapan baru kepada Imam Saad dalam usahanya mendekatkan masyarakat dengan agama. Lebai Maarup telah berjaya meramaikan jemaah di surau kampung itu. Dengan kerjasama Lebai Maarup beban yang ditanggung oleh Imam Saad kini telah berkurangan.

PENEGASAN KERJASAMA & TOLONG-MENOLONG Nilai kerjasama antara Imam Saad dengan Lebai Maarup dalam usaha mendekatkan masyarakat untuk beriman kepada Allah berhasil. Oleh itu, sedikit demi sedikit beban yang di tanggung oleh Imam Saad dapat berbagi dengan Lebai Maarup.

Kesyukuran merujuk kepada perasaan dan perlakuan yang dilahirkan kerana nikmat dan kesenangan yang diperolehi oleh seseorang itu.

CONTOH KESYUKURAN Imam Saad bersyukur kerana perkahwinan antara Sudin dengan Gayah telah menamatkan antara kedua-dua keluarga. Kesan daripada perkahwinan tersebut telah menyebabkan hubungan silaturahim antara mereka menjadi erat.

PENEGASAN KESYUKURAN Hal ini jelaslah bahawa sikap bersyukur amatlah penting bagi seseorang. Hal ini dapat dilihat di mana Imam Saad sangat bersyukur atas perkahwinan anaknya secara tidak langsung hubungan kekeluargaan mereka bertambah erat.

Seseorang individu yang taat setia kepada pemimpin akan berasa bangga terhadap negaranya. Ini menyebabkan dia tidak mengkritik dasar-dasar kerajaan secara membuta tuli. Bukan itu sahaja, taat setia terhadap rakan-rakan serta rakan sejawatan akan menyebabkan seseorang seseorang individu itu saling bantu membantu antara satu sama lain ketika menghadapi kesulitan. Manakala, anggota-anggota masyarakat yang taat setia terhadap majikan pasti akan menjamin peningkatan produktiviti serta mutu hasil kerja.

CONTOH TAAT SETIA Rakyat yang taat setia kepada pemimpin dapat dilihat apabila lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai bertungkus-lumus membuat persiapan menyambut keberangkatan baginda sultan itu

PENEGASAN TAAT SETIA Tegasnya, seseorang yang setia kepada raja atau majikannya menyebabkan seseorang itu akan mendapat kepercayaan daripada tuannya. Buktinya, pendudukpenduduk di Kampung Pulai berusaha buat yang terbaik bagi menyambut kedatangan Sultan di kampung mereka.

NILAI
KEMASYARAKATAN

Nilai ini merujuk kepada kesanggupan untuk melaksanakan usaha yang baik dan membina secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat ataupun negara untuk memperoleh sesuatu matlamat. Sebagai contoh, kesanggupan untuk bergotong-royong dalam usaha seperti kerja-kerja pembersihan.

CONTOH MASYARAKAT YG BKERJASAMA Kerjasama yang dapat dilihat di kalangan penduduk kampung Pulai ialah untuk menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Selain itu, masyarakat bergotongroyong untuk menyiapkan jamuan pada hari Jumaat sempena perjumpaan dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf. bersama orang kampung di surau sebelum sembahyang Jumaat.

PENEGASAN MSYRKT YG BKERJSAMA

Tegasnya, sikap bekerjasama yang dapat dilihat di Kampung Pulai di mana mereka bergotong-royong untuk menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Secara tidak langsung melalui aktiviti tersebut, mereka dapat memupuk semangat kerjasama dan hidup berkomuniti.

Sifat kerajinan akan membawa pelbagai kejayaan dalam hidup seseorang. Seseorang itu seharusnya mempunyai usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan,kegigihan dedekasi dan daya usaha.

CONTOH MSRKT YG RAJIN&GIGIH


Kerajinan dan kegigihan ini dapat dilihatmelalui watak Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah yang masing-masing berminat dalam dunia perniagaan.Bezanya cuma Encik Muhammad telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berjaya menguruskan projek yang besar manakala Cik Puan Tipah baru mula berjinak dengan dengan dunia perniagaan kerana hobinya menanam orkid.

PENEGASAN MSYRKT YANG RAJIN & GIGIH Hal ini jelaslah bahawa sikap rajin dan gigih berusaha ini adalah sangat penting di mana ia dapat mendorong seseorang itu ke arah yang lebih baik.

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas ketua keluarga dan beberapa orang yang terkumpul dan tinggal disuatu tempat dibawah satu atap dalam keadaan saling kebergantungan. Keluarga juga sebagai kumpulan social terdiri daripada sejumlah individu, mempunyai hubungan antara individu, terdapat ikatan, kewajiban, tanggungjawab diantara individu tersebut.

CONTOH MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN KEKELUARGAAN Menerusi novel ini dapat dilihat semangat kekeluargaan menerusi watak Tok Empat Dahlan yang mengambil berat tentang Mat Akil setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal. Begitu juga dengan sikap Bilal Endut yang mengambil berat tentang Lebai Maarup. Semangat kekeluargaan ini juga ditonjolkan oleh pengarang melalui proses pembahagian harta Datuk Indera. Ahli keluarga yang tinggal di wilayah Tualang atau yang merantau ke tempat lain berkumpul di rumah Datuk Indera Mahmud.

PENEGASAN MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN KEKELUARGAAN

Sikap semangat kekeluargaan yang dapat dilihat dalam watak Tok Empat Dahlan yang mengambil berat tentang Mat Akil yang kematian orang tuanya. Secara tidak langsung hubungan kekeluargaan mereka bertambah erat.

NILAI KEAGAMAAN & MORAL

Taubat adalah bahasa Arab dan ertinya ialah kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi segala perbuatan dosa. Maka erti taubat ialah kembali kepada Allah SWT dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah SWT.

CONTOH BERTAUBAT Kehidupan Encik Muhammad yang asyik mengejar kemewahan telah berubah selepas penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang dan mendekati masyarakat kampung Pulai. Dia telah insaf kerana kelalaiannya tidak menunaikan sembahyang dan tidak mendekati TUHAN dengan taat. Dia juga tidak meneruskan lagi perbuatan memnum arak, perbuatan zina, menipu, menganiaya orang dan lain-lain. Apabila Datuk Tan cuba mengingatkan tentang setiausaha syarikat dahulu iaitu Mary, Encik Muhammad juga telah menyatakan keinsafannya itu.

PENEGASAN BERTAUBAT
Selepas penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang telah menginsafkan Encik Muhammad yang telah banyak berbuat dosa selama ini. Oleh itu, Encik Muhammad sudah pun bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

CONTOH PERKAHWINAN
Demi mengelakkan perkara yang tak diingini, Sudin dan Gayah telah dikahwinkan oleh Encik Muhammad. Sebelum ini percintaan mereka tidak direstui oleh orang tua disebabkan sejarah silam keluarga mereka. Oleh sebab itu, perkahwinan pertama mereka menemui kegagalan. Setelah bergelar janda Gayah membawa diri ke bandar sehingga Sudin difitnah melarikannya. Perkahwinan itu telah menyelesaikan masalah mereka dan mereka hidup bahagia.

PENEGASAN PERKAHWINAN Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah menyebabkan hidup mereka bahagia sehinggalah pada suatu ketika dahulu Sudin pernah difitnah oleh Mat Akil bahawa Sudin lah yang melarikan Gayah.

Dari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari segi syarak, sembahyang diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t, dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.

CONTOH MENGERJAKAN IBADAT SOLAT


Lebai Maarup digambarkan seorang yang taat mengerjakan ibadah solat dan berusaha mengajak masyarakat kampung khususnya pemuda untuk sama-sama meramaikan surau kampung itu dengan berjemaah. Watak-watak lain yang digambarkan taat mengerjakan solat di surau ialah Imam Saad, Bilal Endut, Tuk Empat Dahlan dan Kemat Jerangkung.

PENEGASAN MENGERJAKAN IBADAT SOLAT Usaha yang dilakukan oleh Lebai Maarup untuk mengajak masyarakat kampung taat akan mengerjakan ibadat solat dapat memantapkan lagi ketaatan kepada Allah S.W.T.

NILAI KEMANUSIAAN BERSIFAT SEJAGAT

PENGORBANAN SULTAN MUZAFFAR SYAH


Pengorbanan adalah suatu tindakan atau kerelaan seseorang akan suatu hal,yang biasanya ditunjukan pada seseorang yang mempunyai tujuan atau makna dari tindakanya itu, dalam bentuk pertolongan dan tidak berharap imbalan dari suatu tindakan atau kerelaan, ikhlas semata-mata kerana Tuhan.

CONTOH : Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Melaka, terjadi perpecahan masyarakat akibat adanya Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Orang-orang melayu mengikut Tun Perak manakala, orang-orang Tamil-Muslim mengikut Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar Syah membayangkan bahawa sekiranya terjadi perbalahan antara dua orang pembesar, bermakna negeri Melaka tidak akan aman. Oleh itu, Sultan Muzaffar yang mempunyai rasa kemanusiaan dan tanggungjawap yang tinggi terhadap rakyat Melaka terpaksa berkorban untuk kepentingan semua pihak. Alternative yang dilakukan oleh baginda ialah menceraikan isterinya, Tun Kudu dan diberikan kepada Tun Ali. Selepas Tun Ali mendapat Tun Kudu, Tun Ali melepaskan jawatan Bendahara kepada Tun Perak memandangkan Tun Perak ialah adik kepada Tun Kudu. Pengorbanan yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah ini dianggap sebagai nilai kemanusiaan sejagat kerana masyarakat Melaka dapat menikmati corak pemerintahan yang lebih berkesan selepas itu.

PENEGASAN PENGORBANAN SULTAN MUZAFFAR SYAH Hal ini jelaslah bahawa pengorbanan yang dilakukan oleh sultan dan pembesar Melaka menyebabkan rakyatnya dapat menikmati pemerintahan yang berkesan dan sistematik.

Menolong merujuk kepada proses membantu mengurangkan tekanan seseorang yang tidak berkaitan dengan bidang perubatan. Proses ini bertujuan untuk supaya mereka boleh membuat pilihan yang lebih baik dan dapat meningkatkan keupayaan kendiri seseorang.

CONTOH

Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar, Melaka diancam oleh Siam. Sultan Muzaffar terpaksa memanggil penduduk-penduduk seluruh teluk rantau supaya membantu Melaka. Sekiranya Melaka kalah, bermakna kehidupan penduduknya menderita. Dalam hal ini, Sultan Muzaffar Syah mempunyai rasa tanggungjawap terhadap rakyat Melaka kerana enggan membiarkan rakyat Melaka terumbang-ambing. Tun Perak dari kelang dating bersamasama rakyat Kelang dan membawa bersama anak dan isteri mereka. Menurut Tun Perak, kedatangan anak isteri mereka adalah untuk menaikkan semangat tentera Melaka apabila berdepan dengan tentera-tentera Siam. Pertolongan yang diberikan oleh Tun Perak ini bertolak daripada sikap kemanusiaan dan tanggungjawap terhadap keamanan Melaka.

PENEGASAN PERTOLONGAN TUN PERAK & ORANG-ORANG KELING

Semasa Melaka diancam oleh Siam, muncul semangat tolong-menolong antaran golongan pembesar dan rakyat jelata di Melaka. Akhirnya Melaka bebas.

Seseorang individu yang taat setia kepada pemimpin akan berasa bangga terhadap negaranya. Ini menyebabkan dia tidak mengkritik dasar-dasar kerajaan secara membuta tuli.

CONTOH
Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat yang menderhaka kepada Sultan Mansur Syah. Tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat adalah untuk kepentingan ramai kerana tindakan Hang Jebat menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdosa terkorban. Setelah Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah, keadaan di Melaka aman dan damai.

PENEGASAN Tegasnya, taat setia yang ditunjukkan oleh Hang Tuah kepada raja menyebabkan beliau mendapat kepercayaan daripada raja. Tambahan pula dalam konsep waat menjelaskan seseorang rakyat perlu mentaati perintah raja agar terhindar daripada bala.

NILAI KEMANUSIAAN BERSIFAT


KEMASYARAKATAN

Seseorang individu yang taat setia kepada pemimpin akan berasa bangga terhadap negaranya. Ini menyebabkan dia tidak mengkritik dasar-dasar kerajaan secara membuta tuli.

CONTOH Peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja. Kesalahan yang dilakukan oleh Tun Besar agak kecil sekiranya dibandingkan dengan balasan yang diterimanya. Tun Besar bukan sengaja menjatuhkan bola sepak raga di atas destar Raja Muhammad tetapi peristiwa itu menyebabkan Raja Muhammad bertindak hendak membunuh Tun Besar. Apabila anakanak buah Bendahara Paduka Raja hendak membalas dendam mahu membalas dendam atas perbuatan Raja Muhammad, Bendahara Paduka Raja melarang keras, lagipun Bendahara Paduka Raja mempunyai rasa tanggungjawab terhadap Sultan Mansur Syah mahupun Raja Muhammad sendiri. Sekiranya Paduka Raja membenarkan anak-anak buahnya membalas perbuatan Raja Muhammad, bererti tindakan itu menderhaka dan peristiwa itu akan merebak dan menyusahkan rakyat. Bagaimanapun , rasa tanggungjawap Bendahara Paduka Raja terus berkembang dalam peristiwa ini kerana beliau tidak membenarkan anak-anak buahnya menyembah Raja Muhammad suatu hari nanti. Tindakan ini bukanlah bererti derhaka tetapi untuk kebaikan Raja Muhammad sendiri kerana baginda tidak dihormati oleh rakyat Melaka. Disebabkan keadaan itu, Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang.

PENEGASAN Tegasnya, tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja dapat mengelaknya berlakunya konsep waat iaitu sekiranya rakyat menderhaka kepada rajanya maka rakyatnya akan di timpa bala bencana.

BEKERJASAMA MELAKUKAN SURUHAN RAJA & PEMBESAR Kerjasama adalah sesuatu perkara yang dilakukan yang memerlukan kekuatan/tenaga kumpulan untuk menyelesaikannya. Kerjasama adalah pekerjaan yang dilakukan oleh individu bersama dua orang atau lebih dengan tujuan pekerjaan tersebut menjadi lebih ringan.

CONTOH
Kerjasama yang dilakukan oleh rakyat untuk kepentingan raja. Rasa simpati dan belas kasiha rakyat dapat dilihat apabila terjadinya kebakaran di istana Sultan Mansur Syah. Ramai rakyat yang membantu menyelamatkan harta Sultan Mansur Syah. Antaranya, Tun Isap, Tun Mai, Tun Ibrahim, Tun Muhammad dan Hang Isa.

PENEGASAN Sebagai seorang yang bergelar rakyat, melakukan suruhan raja dan pembesar merupakan suatu kewajipan yang perlu dilakukan. Tambahan pula dalam konsep waat menjelaskan pentingnya seseorang rakyat mematuhi segala yang diperintah oleh rajanya.

NILAI KEMANUSIAAN BERSIFAT INDIVIDU

Nilai ini merujuk kepada kesanggupan untuk melaksanakan usaha yang baik dan membina secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat mahu pun negara untuk memperolehi sesuatu matlamat. Sebagai contoh, seharusnya terdapat perhubungan mesra sesama manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang boleh melahirkan kerjasama erat demi kesejahteraan umat manusia.

CONTOH Pertolongan yang diberikan oleh Maulana jalaluddin kepada Raja Kassim yang dilanda kesusahan ketika diusir dari istana oleh Sultan Abu Syahid. Maulana Jalaluddin memberi pendapat kepada Raja kassim tentang bagaimana beliau boleh menduduki semula istana Melaka.

PENEGASAN Hal ini jelaslah bahawa member pertolongan kepada seseorang itu amatlah penting lebih-lebih lagi apabila mereka dalam kesusahan. Buktinya, Maulana Jalaluddin membantu Raja Kassim bagaimana agar kembali semula ke istana.

Belas kasihan bermaksud mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas seharusnya ditekankan pada setiap diri individu. Dengan adanya sikap belas kasihan, individu tersebut akan bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.

CONTOH
Seri Nara Diraja kepada Hang Tuah yang difitnah bermuka dgn dayang raja. Seri Nara Diraja tidak sampai hati membunuh Hang Tuah kerana memikirkan bahawa belum tiba masanya Hang Tuah untuk dibunuh. Lagipun, Seri Nara Diraja mengetahui bahawa Hang Tuah hanya difitnah. Rasa simpati itu membuatkan Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.

PENEGASAN Sikap belas kasihan dan simpati ini dapat dilihat melalui watak Seri Nara Diraja di mana beliau tidak sampai hati membunuh Hang Tuah kerana beliau masih berperikemanusiaan terhadap orang lain.

UMUM

Dengan ini jelaslah bahawa, aspek kemanusiaan dapat membangunkan insan dalam setiap individu. Nilai kemanusiaan ini sepatutnya wujud pada setiap diri seseorang individu yang mempunyai sifatsifat yang tertentu. Jikalau sifat yang dimilikinya itu hilang daripada dirinya, besar seseorang itu akan berkelakuan seperti binatang iaitu ketidakperikemanusiaan yang tidak boleh membangunkan insan.

Antara nilai-nilai kemanusiaan yang boleh membawa kearah pembangunan insan ialah dengan mempunyai sifat yang pemurah, keberanian, simpati, mengormati orang tua, jujur, kasih sayang, kerjasama, bersyukur,taat setia serta dengan melakukan pengorbanan. Sifat-sifat sebegini sangat penting untuk diamalkan yang merupakan suatu tonggak yang boleh membawa kepada aspek pembangunan insan.

Dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, pengarang mengetengahkan beberapa unsure yang berkaitan dengan nilai kemanusiaan. Salah satu nilai yang dapat dilihat dalam novel tersebut ialah pemurah. Nilai pemurah ini dapat di buktikan melalui watak Imam Saad di mana beliau telah menyumbangkan tanah pusakanya untuk tujuan mendirikan surau di Pekan Tualang. Oleh sikap pemurahnya itu, penduduk di pekan tersebut dapat menikmati dan menunaikan ibadah mereka. Tuntasnya nilai-nilai murni ini amatlah penting sebagai tonggak pembangunan insan.

Dalam novel Sulalatus Salatin pengarang mengetengahkan tema mengenai nilai kemanusiaan yang bersifat sejagat, masyarakat dan individu. Nilai kemanusiaan yang bersifat sejagat dapat dilihat melalui watak Sultan Muzaffar Syah di mana beliau sanggup berkorban demi kepentingan semua pihak. Pengorbanan yang dilakukan oleh beliau membuatkan rakyatnya dapat menikmati corak yang lebih berkesan. Oleh itu,hal ini jelaslah bahawa seseorang yang sanggup berkorban bagi orang lain akan mendapat penghargaan dan sanjungan. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai murni yang diamalkan juga merupakan salah satu tonggak yang dapat membawa kepada aspek pembangunan insan.

You might also like