Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat terhadapmu..

sakit dengan apa yang dikatakan orang lain

Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu.. Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki. Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis. Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan.. Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih dari kehidupanmu.. Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih, tidak akan membuahkan hasil, Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,

La tahzan
Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu, Bersedih tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan, Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu, Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi, Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan Bersedih juga tidak membuatmu boleh diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi, Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu, Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya, Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang.. Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai, Pasti ada makna disebalik itu semua, Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah, Tabahkan hati, kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu… Kerana kita manusia biasa, Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..

. salutkan bersama doa tulus suci. la tahzan. Hidup ini terus berputar! Tiada masa untuk berlengah! Tiada masa untuk berpatah! mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini. dalam surat kehidupan ini. kekuatan dari yang Empunya segalanya. la tahzan wahai sahabat! Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri.. Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi. la tahzan...Apakah rahsianya. Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta.. untuk kita atur segalanya. kerana doa itu tersimpan satu kekuatan. Kerana takdir itu mengatasi tadbir… Tadbir dari manusia yang lemah. Simpan segala pahit dan duka. Dan pastinya dunia bukan milik kita. Yang penuh sirat pengajaran. ” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya.” .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful