3.

0

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus yang

dibuat semasa menyediakan

soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 3.1 Definisi Definisi: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks dan pemberatan taburan aras kesukaran.

3.2

Tujuan Tujuan: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful