P. 1
Perkembangan Motor Halus dan kasar Kanak-kanak

Perkembangan Motor Halus dan kasar Kanak-kanak

4.86

|Views: 23,343|Likes:
Published by zulkiply yaakob

More info:

Published by: zulkiply yaakob on Mar 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

text

original

Topik 3

 Kurikulum

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan ciri-ciri motor halus dan contoh kemahiran motor halus 2. Menyatakan ciri-ciri motor kasar dan contoh kemahiran motor kasar ; dan 3. Menyatakan ciri-ciri manipulatif dan contoh kemahiran manupulatif

PENGENALAN
Tajuk seterusnya ini kita akan melihat dengan lebih terperinci dari aspek kurikulum tiga kemahiran yang asas dalam pergerakan fizikal kanak-kanak. Ketiga-tiga kemahiran yang akan kita akan lihat adalah kemahiran motor halus, motor kasar dan penggunaan manipulatif gerakan anggota badan. Seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini, kemahiran motor halus merujuk kepada kebolehan kanakkanak menggunakan anggota seperti tangan dan kaki untuk membuat gerakan. Antara contoh gerakan ini adalah seperti memegang, mengenggam dan menggunakan jari mereka. Selain kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar juga penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Dalam topik sebelum ini, kita telah lihat bagaimana motor kasar kanak-kanak berkembang. Dalam topik ini kita akan lihat ciri-ciri gerakan motor kasar. Antaranya seperti gerakan membaling atau menendang bola. Kedua-dua gerakan ini memerlukan kemahiran motor kasar dan beberapa kemahiran lain seperti koordinasi kaki/tangan dengan mata.

TOPIK 3

KURIKULUM

2

Oleh itu kita juga dalam bab ini akan melihat perkembangan manipulatif kanak-kanak. Kemahiran ini amat penting bagi kanakkanak dapat memanipulasi kemahiran, koordinasi, keseimbangan dan kestabilan bagi membuat gerakan. Pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirannya memanipulasikan otot dan anggota untuk membuat gerakan. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinan dan membentuk personaliti yang positif. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu: • • • • Perkembangan motor halus Perkembangan motor kasar Kesihatan Keselamatan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Aktiviti fizikal yang dijalankan di kelas prasekolah dan sekolah juga dikenali sebagai pendidikan fizikal. Menurut Doherty dan Brennan (2008), “Pendidikan fizikal yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan proses pendidikan adalah bidang yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual, sosial dan emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan”. Oleh itu menurut mereka antara ciri-ciri pendidikan fizikal yang dicadangkan oleh mereka adalah; a) Sesuai untuk semua kanak-kanak b) Memberi fokus terhadap anggota badan dan pergerakannya c) Digabungjalin dengan perkembangan keseluruhan kanakkanak

TOPIK 3

KURIKULUM

3

d) Meningkatkan kapasiti fizikal seperti kemahiran, kelajuan, stamina, pergerakan dan gerak balas fizikal e) Pusat bagi keseluruhan proses pembelajaran f) Menambahkan pemahaman dan penghargaan terhadap fungsi anggota badan g) Melibatkan pembelajaran kemahiran fizikal, refleksi kritik, perincian dan pembaharuan

AKTIVITI 3.1
Sebelum anda teruskan pembacaan anda, cuba imbas kembali contoh aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus, motor kasar dan manipulatif seperti yang telah dijelaskan dalam Topik 2.

3.1 MOTOR HALUS
Perbincangan seterusnya kita akan lihat motor halus dari aspek ciri, contoh aktiviti bagi kemahiran ini dan matlamat dalam kurikulum. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

Gambar kanak-kanak sedang melukis dan mewarna Gambar kanak-kanak sedang melukis dan mewarna

TOPIK 3

KURIKULUM

4

Rajah 3.1: kemahiran motor halus membantu kanak-kanak menulis, melukis dan mewarna Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mugkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Mankala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka. Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik. Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanakkanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini mula menulis. Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan

TOPIK 3

KURIKULUM

5

lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok. Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita membantu kanak-kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan yang lengkap dengan menggabungkan huruf – huruf tersebut bermula dengan perkataan yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja. Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka adalah dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-kanak yang baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor halus mereka. Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001), menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil. Cadangan Bagi Aktiviti Motor Halus

Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak

TOPIK 3

KURIKULUM

6

tangan.

Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari.

Menggunakan penyepit membuat pelbagai corak pada plastisin.

Memotong plastisin dengan pisau plastic bagi menghasilkan pelbagai bentuk.

Mengoyakkan kertas surat khabar kepada jalur dan mengumpalkannya menjadi bola.

Meronyokkan sehelai surat khabar dengan satu tangan.

Menggunakan penyembur air untuk membasahkan kain atau surat khabar (atau membentuk corak tertentu).

Mencabut tau mengambil objek menggunakan penyepit.

Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan.

Menggunakan pemutar skru kecil utuk membuka skru pada alat mainan.

Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manic pada benang.

Menggunakan penitik mata untuk membuat corak warna pada kertas. Melekatkan objek pelbagai bentuk pada kertas manila untuk membuat kad.

TOPIK 3

KURIKULUM

7

Menterbalikkan objek seperti kad, siling, butang dan pin tanpa membawanya di tepi meja.

Membuat gambar menggunakan kertas pelekat.

Bermain permainan seperti "puppet " – dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelengkeng. (Diadaptasi dari http://www.shrewsburyma.gov/schools/beal/readiness/finemoto ractivities.html)

Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003) Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Jadual 3.1 di bawah berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus. Jadual 3.1: Kandungan dan Hasil Pembelajaran Motor Halus KANDUNGAN Perkembangan – Motor Halus 1.1 Menguasai kemahiran motor halus HASIL PEMBELAJARAN 1.1.1 Menggunakan jari aktiviti seperti: - Meramas - Menggentel untuk

TOPIK 3

KURIKULUM

8

-

Mengoyak Mencubit Menguli Memicit Merenyuk Melipat Menguntai Menjentik Merenjis

AKTIVITI 3.2
(a) Apakah ciri-ciri kemahiran motor halus yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berumur 6 tahun dalam pembelajaran di kelas tadika / prasekolah?

Masalah Penguasaan Kemahiran Motor Halus Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini, gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau memasang butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses penghantaran maklumat dalam sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain itu, otot kecil juga lebih cepat letih berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanka-kanak ini untuk mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini memerlukan lebih kesabaran bagi kanak-kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini. Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi lambat disebabkan beberapa faktor antaranya; kecederaan, penyakit, stroke atau keadaan tidak normal sejak lahir. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke

TOPIK 3

KURIKULUM

9

atas tetapi tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang baharu kemungkinan mengalami masalah dalam membuat gerakan motor halus. Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan kesihatan kanak-kanak seperti penyakit sawan, terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang lambat dalam kemahiran motor halus ini juga akan mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan dan jari. Sesetengah tanda terencat perkembangan motor boleh dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2 tahun. Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk atau mengangkat kepala, sukar berdiri jika tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti merangkak, atau tempoh berjalan yang agak lambat. Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah. Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang pensil, sukar untuk melukis atau sukar memasang butang baju. Oleh itu ibu bapa, penjaga dan guru harus faham tentang perkembangan dan keperluan motor halus kanak-kanak agar perkembangan mereka dapat dibantu dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus memerlukan perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan membina blok lego. Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor halus mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam kurikulum prasekolah.

3.2 MOTOR KASAR

TOPIK 3

KURIKULUM

10

Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot-otot badan. Bagi motor halus, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini ia melibatkan tindakan otot kecil yang minima seperti mengenggam jari tangan atau mengerakkan lidah bagi merasa sesuatu. Pada bahagian ini kita akan membincangkan lebih lanjut tentang pergerakan bagi motor kasar. Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah mereka peroleh.

AKTIVITI 3.3
Kenal pasti aktiviti motor kasar yang sesuai dijalankan oleh kanak-kanak di taman permainan..

Cadangan Bagi Aktiviti MotorKasar

TOPIK 3

KURIKULUM

11

(diadaptasi dari Berk, 2005) Bahagian Motor Kasar Berlari Kriteria Kanak-kanak dapat berlari dengan seimbang, boleh bertukar arah dengan mudah, seronok dengan pelbagai jenis aktiviti seperti berlari, skipping, melompat dan sebagainya. Rancangkan aktiviti yang memerlukan kebolehan bergerak dengan pantas. Kanak-kanak dapat melompat secara menegak lebih kurang 4 inci, boleh melompat sejauh 3 kaki, boleh melompat dengan tepat ke kotak yang disediakan. Semasa melompat mereka juga dapat mengembangkan pengawalan kesimbangan badan. Memanjat merupakan sifat semulajadi kanak-kanak ini sejakdari kecil lagi. Mereka akan cuba untuk memanjat meja dan berusaha sehingga mereka berjaya. Boleh membaling dengan ketepatan, kelajuan dan jarak yang memadai. Bermain bola melibatkan aktiviti menendang, mengolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini. Contohnya kanak-kanak boleh menangkap bola yang kecil dari jarak yang lebih jauh. Boleh memukul bola dengan tepat dan kelajuan yang sesuai. Pada peringkat permulaan kayu pemukul yang lebih besar atau tebal saiznya boleh digunakan. Kita juga boleh menggunakan pelbagai bentuk kayu pemukul seperi raket tenis, raket badminton, kayu kriket dsbnya. Dapat melantunkan bola dari lantai dengan kawalan yang lancar dan koordinasi yang baik

Melompat

Memanjat

Membaling Bermain bola

Memukul bola

Melantunkan bola

Masalah Motor Kasar

TOPIK 3

KURIKULUM

12

Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu perkembangan motor adalah perkembangan gerakan dan koordinasi selain daripada memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri. Perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak teratur, perlahan dan agak pelik. Kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan dalam koordinasi ini juga mempunyai masalah bagi menyiapkan tugas yang melibatkan pergerakan otot secara berurutan. Sebagai contoh, kanak-kanak ini tidak dapat membuat aktiviti ini dalam urutan, membuka almari pakaian dan menanggalkan jaket baju. Seperti motor halus, masalah dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak juga dapat dikesan di awal tumbesaran kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan kanakkanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook & Woollacott, 1985). Keinginan kanak-kanak untuk bergerak dan meneroka persekitaran mereka merupakan rangsangan awal bagi gerakan motor kasar. Apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah bergerak balas dengan rangsangan seperti ini kita akan sedar bahawa mereka mempunyai masalah dalam perkembangan motor kasar mereka. Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan. Menurut Moore (1984);
“At this age a child needs several hours of physical activity a day. This helps to build the body, purify the blood, promote good digestion and calm the nerves.” (Raymond Moore, Homegrown Kids, p113)

Oleh itu kanak-kanak perlulah diberikan masa yang mencukupi bagi melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti bermain, berlari, memanjat

TOPIK 3

KURIKULUM

13

atau

aktiviti

membantu

ibubapa

seperti

membasuh

kereta,

membersihkan kawasan rumah atau aktiviti luar yang lain.

Matlamat Pembelajaran Motor Kasar PPK (2003) Perkembangan motor kasar seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran dan gerakan tersebut. Menurut PPK (2003) matlamat dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak adalah mereka dapat menguasai kemahiran ini dengan berkesan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kemahiran pergerakan motor kasar seperti yang disarankan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003). Jadual 3.2: Kandungan dan Hasil Pembelajaran Motor Kasar KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 3

KURIKULUM

14

Perkembangan motor kasar 2.1.1 Berjalan ke hadapan, ke kiri, 2.1 Menguasai kemahiran motor ke kanan dan mengundur kasar 2.1.2 Mengimbangkan badan dengan berdiri sebelah kaki 2.1.3 Berjengket langkah beberapa

2.1.4 Melompat dengan keduadua belah kaki 2.1.5 Meloncat berterusan selama 1 minit 2.1.6 Berlari ke arah yang ditentukan sejauh dua puluh lima meter tanpa berhenti 2.1.7 Naik dan turun tangga tanpa bantuan dengan gerak langkah selang seli 2.1.8 Mengimbang badan secara berjalan atau meniti 2.1.9 Skip berterusan

TOPIK 3

KURIKULUM

15

Rajah3.3: Kemahiran motor kasar penting bagi gerakan, koordinasi dan pengawalan keseimbangan semasa kanak-kanak menunggang basikal

SEMAK KENDIRI 1.3
Bandingkan hasil pembelajaran bagi kemahiran motor halus dan motor kasar seperti yang dicadangkan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003).

SEMAK KENDIRI 1.4

3.3

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-kanak. Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak. Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari. Sesetengah alat mainan misalnya puzzle hanya membenarkan pergerakan dalam satu cara sahaja. Mainan seperti ini mengkehendaki kanak-kanak mencuba sehingga mereka berjaya.

TOPIK 3

KURIKULUM

16

Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya kanak-kanak diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti bola sepak, bola takraw, bola baling, bola tampar, bola ragbi dan bola tenis. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan manipulatif sesuatu objek dengan meningkatakan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek, menarik benang, menyelak buku atau melakar gambar dengan menggunakan pensil krayon. Pada peringkat ini juga kita akan lihat sama ada tangan kanan atau tangan kiri yang dominan dalam pergerakan manipulatif kanak-kanak. Kemahiran manipulatif melibatkan gerakan loco-motor dan bukan locomotor. Gerakan bukan loco-motor adalah gerakan setempat seperti membongkok, meregang dan memusingkan badan. Manakala gerakan loco-motor adalah gerakan yang melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Oleh itu gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan otot besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek. Bagi kemahiran manipulatif, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata-tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak. Contohnya kebolehan untuk mengawal otot kecil badan biasanya dikaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilakan gerkan manipulatif yang tepat.gerakan yang

Gambar kanak-kanak sedang bermain bola keranjang

TOPIK 3

KURIKULUM

17

Rajah3.3: Kemahiran kanak-kanak memasukkan bola melibatkan kemahiran manipulatif Cadangan Aktiviti Kemahiran Manipulatif Aktiviti bagi kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan motor halus dan motor kasar. Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengenggam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegang objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dalam mengendalikan objek di dalam kelas. Penggunan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanakkanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, mengolekkan, melantunkan, atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiran manipulatif juga boleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil malantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skipping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka. Justeru bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan uang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelenggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakkan penglibatan kemahiran manipulatif.

TOPIK 3

KURIKULUM

18

Contohnya raket tenis, kayu hoki dan pemukul softball dalam merancang aktiviti bagi meningkatkan kemahiran manipulatif mereka..

Matlamat Pembelajaran Kemahiran Manipulatif PPK (2003) Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam gerakan motor kanak-kanak. Oleh itu dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga perlu diberi tumpuan. Menurut PPK (2003) kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan. Jadual 3.3 berikut menunjukkna hasil pembelajaran yang melibatkan kemahiran manipulatif berdasarkan saranan PPK (2003) Jadual 3.2: Kandungan dan Hasil Pembelajaran Motor Kasar KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN ke

2.2 Menguasai kemahiran 2.2.1 Mengerakkan kepala manipulatif pelbagai arah Kemahiran motor kasarkoordinasi otot 2.2.2 Menanduk objek leher – kepala

2.3 Menguasai kemahiran 2.3.1 Membaling objek ke sasaran manipulatif Menguasai kemahiran 2.3.2 Menyambut objek koordinasi mata menggunakan dua belah tangan – tangan 2.3.3 Membaling, menangkap dan melambung objek besar dan kecil 2.3.4 Melantun dan menangkap 2.3.5 Melompat menggunakan tali skipping

TOPIK 3

KURIKULUM

19

2.4 Menguasai kemahiran 2.4.1 Memanjat manipulatif Menguasai koordinasi anggota 2.4.2 Bergayut badan 2.4.3 Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan 2.4.4 Membuat berguling pergerakan

2.4.5 Membuat pergerakan alam semulajadi seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, angin dan air.

Kemahiran motor halus dan motor kasar penting dalam perkembangan gerakan kanak- kanak

Motor halus penting bagi kanak-kanak membuat aktiviti yang melibatkan otot kecil seperti pada tangan, jari tangan, pergelangan tangan, kaki, mulut dan lidah

Motor kasar penting khususnya yang melibatkan otot besar seperti pada tangan, kaki dan badan.

Kemahiran manipulatif penting untuk kanak-kanak mengendalikan objek yang terdapat di persekitaran mereka

Kemahiran motor penting untuk kanak-kanak bergerak, berinteraksi dengan persekitaran dan meneroka sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka

TOPIK 3

KURIKULUM

20

Guru harus membuat perancangan yang rapi dalam memperkembangkan kemahiran motor kanak-kanak ini. Perancangan yang baik membolehkan kanakanak berkongsi, berinteraksi dan bergerak balas dalam pembelajaran mereka.

Motor halus Motor kasar Kemahiran manipulatif Koordinasi tangan-mata Koordinasi kaki-mata ‘Dexterity’


• • • •

Berk, l.E. (2005) Infants, Children and Adolescents (5th ed.) Boston : Pearson Allyn and Bacon. Craig, G., Kermis, M. & Digdon, N. (2001) Children today, 2nd Ed. Prentice Hall: Toronto Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London: Routledge Moore, R. (1984), Homegrown Kids: A Practical Handbook for Teaching Your Children at Home. Shumway-Cook, A. & Woollacott, M.H. (1985). The growth of stability: Postural control from a developmental perspective. Journal of Motor Behavior, 17, 131-147

TOPIK 3

KURIKULUM

21

http://www.shrewsburyma.gov/schools/beal/readiness/finemotoractivities.html

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->