MODEL BEHAVIORAL

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

1. Teori Pemprosesan Maklumat Robert M.Gagne 2. Teori Pengajaran Bruner 3. Model Taba : Pembentukan Konsep 4. Model Inkuiri Suchman

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT ROBERT M. GAGNE  Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.  Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.  Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.  Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.  Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas

1

1) Fasa Motivasi : Jangkaan 2) Fasa Kefahaman : Pemerhatian- simpanan persepsi 3) Fasa Perolehan : Pengekodan- simpanan awal 4) Fasa Penahanan : Penyimpanan- stor ingatan 5) Fasa Ingatan Kembali : Mengingat kembali- mencari 6) Fasa Generalisasi : Pindahan 7) Fasa Prestasi : Gerakbalas 8) Fasa Maklum Balas : Peneguhan

TEORI PENGAJARAN BRUNER  Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.  Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.  Teori Pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari  Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

2

 3) Peringkat Membentuk Hukum – membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya.Semasa proses perancangan pelajaran. pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama.  Dalam hal ini. perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data. Mengikut Taba. konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bananbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  .MODEL TABA : PEMBENTUKAN KONSEP  Mengikut Taba. pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak.  4 peringkat utama ialah :  1) Peringkat Penyusunan Data – menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciriciri persamaan dan perbezaannya. MODEL INKUIRI  Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan.  2) Peringkat Pembentukan Konsep – menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.  4) Peringkat Aplikasi – penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru Model Pengajaran Taba mengaitkan struktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran. 3 .

 4) Model Inkuiri Suchman : berlandaskan anadaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam subjek khususnya sains. membentuk hipotesis. menjalankan siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.  Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti seperti: . merancang aktiviti kajian. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah. 4 .  3) Model Inkuiri Juris Prudential : digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar Sains lebih berguna daripada belajar Sastera.  Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut: 1) Model Inkuiri Sains : mengkaji prinsip.kehandalan -kepandaian -Menguasai kemahiran dengan cekap  Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. MODEL BEHAVIOURAL  Pembelajaran penguasaan adalah juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri. fenomena dan ciri-ciri unsure sains.  2) Model Inkuiri Sosial : mengkaji topic-topik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan.

PENGAJARAN LANGSUNG Berpusatkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid.OBJEKTIF/TUJUAN  Maklum balas terhadap pembelajaran  Membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan keberkesanannya  Serta memberi bantuan  Masa yang diperlukan kepada murid PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR  Kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu topik pelajaran.  Daya usaha pembelajaran yang berterusan.  Kebolehan memahami pengajaran guru.  Kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi 5 . STRATEGI MODEL BEHAVIORAL 1.  Masa pembelajaran yang diperuntukan.

Sesuai digunakan untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai untuk subjek-subjek yang mirip atau hampir dengan penerokaan dan penemuan.langkah. 6 . Rangsangkan minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan. Beri tugasan atau kerja rumah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman mereka. tinjau semula bahan pengajaran dan pastikan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang telah di pelajari di luar bilik darjah. vi. Kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai. vii. Bagi sesi pengajaran yang selanjutnya. Murid-murid akan diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian. iv. iii. 2. v. Langkah-langkah untuk mengendalikan pengajaran langsung : i. ii. Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman mereka. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai mana-mana unit pengajaran. PEMBELAJARAN MASTERI Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai mengikut kadar masing-masing. mereka akan diberi peluang untuk mengulangi unit yang berkenaan. Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab oleh mereka. Beri maklumbalas ke atas jawapan yang betul dan ajar semula kemahirankemahiran tertentu (jika difikirkan perlu).

Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum (peranan guru untuk merealisasikan andaian tersebut). WEAKNESS (KELEMAHAN) 7 . • Murid memberi perhatian penuh / fokus semasa membuat sesuatu tingkahlaku. ii. Tugas-tugas pendidikan berhubung dengan pembelajaran masteri ini ialah : i. • Murid akan meneruskan tingkahlaku apabila mendapat peneguhan. Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai. Menyediakan ujian-ujian pelbagai bentuk sama ada lisan atau bertulis bagi setiap unit yang berkenaan. Memastikan bahawa murid-murid mempunyai kemahiran yang diwajibkan sebelum boleh maju ke unit yang berikutnya. iv. Menyediakan pelbagai bahan pengajaran bagi pengajaran semula mana-mana unit pelajaran yang difikirkan perlu. v. Melakukan analisis tugas agar lebih bersedia untuk mengajar unit yang berkenaan. ANALISIS SWOT BERDASARKAN MODEL BEHAVIORAL STRENGTH (KEKUATAN) • Keseronokan murid mendapat ganjaran daripada guru. • Murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan berkesan. iii.

• Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru atau dikukuhkan. • Murid terlalu bergantung pada ganjaran. EKSPERIMEN YANG DIJALANKAN OLEH PELOPOR MODEL 1) Ivan Petrovich Pavlov – Eksperimen Anjing 8 . OPPORTUNITY (PELUANG) • Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Murid tidak dapat berdikari. • Kanak-kanak menjadi aktif di dalam kelas. • Model peniruan tersebut mestilah sesuai mengikut tahap umur murid. • Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu. murid tidak akan berasa yakin untuk melakukan sesuatu perkara. • Tanpa peniruan. THREAT (ANCAMAN) • Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas.• Murid melakukan sesuatu tindakan semata-mata mahu mendapatkan ganjaran.

9 . .. air liur anjing itu disambung dengan satu tiub yang dipasnag diluar supaya rembesan air liur dapat dilihat dengan mudah. . . . Akhirnya loceng sahaja dibunyikan. .Dalam kajiannya. 2) Pembelajaran Semula Makanan dan bunyi loceng diadakan serentak.Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastrik berlaku semasa makanan berada di dalam mulut anjing adalah suatu jenis tindak balas yang tidak dipelajari. rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya tetapi apabila makanan yang dikesannya.Anjing itu ditambat dalam keadaan lapar.Ahli psikologi menamakan sebagai tindak balas tak terlazim manakala rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah gerak balas terlazim dan makanan yang dikesan dipanggil sebagai rangsangan terlazim.  Air liur keluar semula. .Segala gerak geri anjing itu diperhatikan tanpa disedari oleh anjing itu.Untuk mengesahkan hasil pemerhatian beliau menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim. RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV 1) Proses Penghasilan Makanan tidak diberikan apabila loceng dibunyikan  Air liur anjing semakin berkurangan sehingga tidak keluar lansung. Melalui satu pembedahan. Beliau menggunakan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing.Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya berjaya menemui Teori Pelaziman Klasik di bawah kajian bidang fisiologi.

4) Generalisasi Bunyi loceng diganti dengan bunyi seakannya akan sama  Air liur juga keluar. Tikus putih itu ditunjukkan sahaja. Seekor tikus putih ditunjukkan kepada Albert yang menunjukkan minat terhadapnya. Bunyi seakannya tidak diberikan daging  Air liur keluar apabila loceng dibunyikan.Puzzle Box (Kotak Ajaib) 10 . iii. 3) Edward Lee Thorndike. Kajian diulang beberapa kali iaitu menggunakan tikus putih disertakan dengan dentuman kuat (rangsangan terlazim) = reaksi takut (gerak balas tak terlazim) iv. ii. Albert menghubungkaitkan dentuman yang kuat dengan tikus yang dilihatnya dengan proses pelaziman. Sebaik sahaja tikus putih itu ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua suatu dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Hanya bunyi loceng diberi daging.Kajian Ke Atas Kanak-Kanak i.3) Pemulihan Semerta Bunyi loceng diberhentikan sementara dan kemudian dibunyikan semula  Air liur keluar juga. Albert menunjukkan reaksi takut di mana tikus putih digunakan (rangsangan terlazim) = reaksi takut (gerak balas terlazim) RUMUSAN KAJIAN WATSON TERHADAP LITTLE ALBERT Hasil kajian dapat dirumuskan. Albert dengan serta merta terperanjat dan menunjukkan reaksi takut. Albert teah belajar tingkahlaku takut. 2) John Broadus Watson.

manakala dendaan menghalang manusia daripada melakukannya. kucing dikurung semula dan tanpa meraba-raba ia terus memijak tuil untuk membuka sangkar : menurut Thorndike. Dikemukakan Edward L. Kucing melakukan pelbagai perkara untuk melepaskan diri : tiba-tiba terpijak tuil dan dengan cepat ia menuju ke arah makanan.Thorndike. Thorndike berpendapat pemberian ganjaran merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yang diharapkan. Beliau mengurung kucing yang lapar dalam sebuah sangkar dan ada satu tuil sebagai anak kunci untuk buka sangkar itu. iv. ii. 11 . keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Semangkuk makanan diletak dekat luar sangkar digunakan sebagai rangsangan. viii. Beliau menggunakan seekor kucing untuk kajian. Selepas beberapa percubaan. Kucing dimasukkan semula ke dalam sangkar dan eksperimen diulang semula sehingga kucing Berjaya membuka pintu sangkar : semakin banyak percubaan semakin cepat kucing belajar membuka sangkar. v. Juga dikenal sebagai teori cuba ralat. Bagi membuktikan bahawa haiwan belajar melalui proses cuba jaya. RUMUSAN KAJIAN EDWARD LEE THORNDIKE Menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan.i. Kesimpulannya. perhubungan ini dapat berlaku berdasarkan kepada bilangan kali latihan. iii. ix. ganjaran menggalakkan manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu gerak balas. vii. vi.

• Dalam kes Ali tadi. tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. 12 . didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja. Jadi kerisauan dalam satu matapelajaran iaitu kimia telah digeneralisasikan kepada satu matapelajaran iaitu biologi. Diskriminasi • Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja tidak pada rangsangan yang lain.MAKLUMAT TENTANG SETIAP PRINSIP YANG DIKELUARKAN OLEH SETIAP TOKOH PRINSIP ASAS PAVLOV  setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas  pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas  pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua-dua matapelajaran tersebut mempunyai perkaitan anatar satu sama lain. Ali tidak menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian Sejarah kerana kedua-duanya amat berbeza dari matapelajaran Sains. • Dalam kajian terhadap anjing. • Sebagai contohnya : Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Konsep Teori Pelaziman Klasikal Pavlov Generalisasi • Bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.

bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim (daging). Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1. Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas). amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali. IMPLIKASI TEORI PAVLOV TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru. Guru hendaklah menyedari bahawa : 1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. apabila loceng berbunyi pada jam 1. semakin kukuh gerak balas terlazim itu. 2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan. tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.15 petang. • Dalam kajian Pavlov. • Lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas.15 petang. 13 .Penghapusan • Berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim .

pembiasan atau pengalaman. penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. 5) Dalam proses pembelajaran. 4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan. menjalankan projek dan sebagainya. tentu sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku. generalisasi boleh berlaku. tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. dia menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya. sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan . 7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis rangsangan yang perlu diberi penumpuan. tali leher yeng berbelang-belang. Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov. perbincangan. 14 . anjing dilaparkan dahulu. seluarnya yang .3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Ketika di kedai ayahnya. guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti. Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan. Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis rangsangan seperti suara. gerak isyarat. bermakna apa yang dipelajari dalam Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B. Ini bermakna. manakala di dalam bilik darjah.mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya. Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah.melalui ganjaran. Sekiranya perhatian murid-murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-belang. 6) Dalam pembelajaran.

Dengan itu. alat bantu mengajar. projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid. 8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kuala Lumpur. Psikologi Dalam Bilik Darjah (1994) oleh Ee Ah Meng. Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran. aktiviti. tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim  beliau berpendapat. PRINSIP ASAS WATSON (TEORI PELAZIMAN KLASIK)  menurut Watson. guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi muridmuridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah. gerakan refleks yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari  manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi yang baharu  prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh beliau ialah prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaruan  beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru seharusnya memilih rangsangan 15 . prestasi murid mungkin merosot.Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran berkesan.

16 . HUKUM KESEDIAAN. 3. http://www.yang menyeronokkan. Guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar untuk menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran. 1.net/guest0321ac/behaviourisme IMPLIKASI TEORI WATSON TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Mereka akan dapat mengaplikasikan konsep-konsep yang baharu diulangkaji. PRINSIP KEBARUAN – pelajar perlu mengulang kaji pelajaran dengan sempurna sebelum menduduki peperiksaan. PRINSIP KEKERAPAN – pelajar perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap 2. ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas  denda boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas  organisme mengaitkan gerak balas tertentu dengan rangsangan tertentu  jenis pembelajaran ini dilabel sebagai “ pembelajaran instrumental atau operan” membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan. HUKUM LATIHAN)  menurut Thorndike.slideshare. Hukum Kesan dan Hukum Latihan. PRINSIP ASAS THORNDIKE (HUKUM KESAN.

Sangat sesuai untuk kaedah penghafalan.  Hukum Kesan . psikomotor dan kognitif. jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan. Selepas gerak balas terhasil. Jadi. jika terdapat kesan yang menyeronokkan. ia akan diulang tetapi ia diikuti dengan kesakitan. hokum ini merujuk kepada persediaan yang ada sebelum individu itu bertindak iaitu belajar. Guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar contonya melalui hadiah apabila pelajar menjawab soalan dengan betul. IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Oleh itu. ia akan lenyap. maka tindakan itu akan memberi kepuasan kepadanya.Apabila seseorang itu bersedia melakukan sesuatu tindakan. 1. secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar untuk menjawab solan yang dikemukakan.Pakatan antara rangsangan dan gerak balas(R-G) akan bertembah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Hukum Kesediaan : . Kesediaan dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu afektif. 17 . Jika tidak. pertalian antara gerak balas dan rangsangan akan bertambah kukuh. akan menimbulkan rasa dukacita dan jika dipaksa akan menjadikan tindakan itu tidak sempurna. Hukum ini juga menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan.Jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan.  Hukum Latihan : . barangkali tindakan itu berlaku meningkat atau sebaliknya. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G.

3. • Lahir pada 14 September 1849 di Ryazan. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria kepada para pelajar. Petersburg (Kimia dan Psikolgi). • Mendapat hadiah Nobel dalam bidang Psykology or Medicine kajian dalam „Proses Penghadaman‟ pada 1904. 4.2. BIODATA PENGASAS TEORI/MODEL A) BIODATA PENGASAS TEORI BEHAVIORAL (PELAZIMAN KLASIK PAVLOV) • Nama sebenar beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936). • Menuntut ilmu di Sekolah Seminari Teologi. • Menjadi Professor Fisiologi di Institute of Experimental Medicine pada 1884. Rusia Tengah. Pelajar dapat berfikir dengan cepat dan dapat menguji sejauh mana mereka faham tentang topik yang diajar oleh guru berkenaan. • Menyambung pelajaran di Universiti St. Ia dapat menggalakkan pelajar di dalam kelas kerana pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan daripada guru. • Meninggal pada 27 Februari 1936 di Leningrad. B) BIODATA PENGASAS TEORI BEHAVIORAL (PELAZIMAN KLASIK WATSON) 18 . • Mendapat gelaran Doktor pada 1879.

 Nama sebenar beliau ialah John Broadus Watson  Lahir pada 9 Januari 1878 di Greenville. Mass  Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan (1895) dan mendapat master di Universiti Harvard pada tahun 1896  Edward Lee Thorndike mendapat ph.  1920. bekerja sebagai pensyarah di University of Chicago dan pada 1907. bekerja sebagai professor psikologi di John Hopkins University dan menemui Teori Behaviorisme  menerbitkan Behavior : An Introduction to Behaviorist Views It”.  tamat pengajian di Furman University pada 1899  mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di University of Chicago pada 1901  pada 1906. Lebih fokus kepada pengiklanan  meninggal pada tahun 1958 C) BIODATA PENGASAS TEORI BEHAVIORAL (HUKUM KESAN THORNDIKE)  nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike  dilahirkan di Williamsburg.D dalam tahun 1898 dari Columbia. South Carolina. 19 . berhenti dari John Hopkins University dan menghasilkan “Little Albert” Experiment.

20 . Beliau menjadi pensyarah di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943. rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan. Beliau juga turut menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1898  Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2. Edward Lee Thorndike dan Ivan Petrovich Pavlov. SEJARAH MODEL BEHAVIORAL 1) Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku. beliau menjadi pembantu professor pedagogi di Western Reserve University. Mental and Social Measurements( 1904) dan Animal Intelligence(1911)  Pada tahun 1898. Beliau turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the Advancement Of Science pada tahun 1934. 3) Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli). tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. 2) Dalam bentuk pendekatan behavioral. 4) Dipelopori oleh empat orang tokoh tetapi hanya tiga tokoh utama iaitu John Broadus Watson.Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologi  Beliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology (1903).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful