<KOD KURSUS>

KRAFTANGAN MELAYU

Pengenalan Kursus semester Januari 2012 kali ini, kami diberi tugasan berkaitan kraftangan Melayu. Ini kerana, kursus kali ini bertajuk Kraf Tradisional yang membincangkan kepelbagaian kraf tradisional bertujuan untuk memahami jenis-jenis kraf yang terdapat di Malaysia. Kursus ini mencukupi 10 topik yang mengandugi pelbagai perspektif berkaitan kraf tradisional. Tugasan ini menghendaki kami untuk mengupas dan membincangkan dengan jelas seni kraf Melayu yang melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Di samping itu, tugasan ini akan memberi penekanan kepada proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada hasil seni yang berkonsepkan Islam. Kesenian wujud, berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni kraftangan adalah hasil seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati serta teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Menurut Kamus Dewan Bahasa(2005) Edisi 4, perkataan kraf membawa maksud ’perusahaan(kerja,seni) yang memerlukan kemahiran terutamanya mengunakan tangan’, manakala kraftangan pula membawa makna ’perusahaan’(kerja, seni)) yang memerlukan daya cipta dan memahiran menggunakan tangan. ”Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 ”Keluaran Kraftangan ” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung sematamata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran

1

1990). Estetika seni atau kraf Melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika Islam. Seni Melayu merupakan satu seni yang dihasilkan berlandaskan karya yang tidak bercanggah dengan Islam. kepercayaan orang Melayu telah berubah. perasaan.<KOD KURSUS> batik: dan ”keluaran batik” ertinya apa-apa barang. Dalam jiwa.yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sifat. walau bagaimanapun dihasilkan. tekat. Manakala kraf tradisional pula bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar. wau. keinginan. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sejak itu. kehendak. anyaman. ukiran. nafsu. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang rapat kaitannya dengan akhirat. zaman dan situasi menepati citarasa. pada semua tempat. perasaan dan akal fikiran manusia. nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan 2 . kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan. Selain itu. unsur Islam ini juga telah menggalakkan susunan motof yang berbentuk geometrik yang menitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam (OthmanMohd Yatim.1989 dan Abdullah Mohamae. Mereka menganggap alam ini sebagi suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. perhiasan diri dan lain-lain lagi. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesahan tuhan yang sebenar. gasing. Kraf Melayu yang bercorak Islam ini juga telah mengubah pemilihan penghasilan motif daripada kehidupan yang dipengaruhi agama semasa Hindu yang diamati sebelum ini kepada motif daripada tumbuh tumbuhan atau alam semulajadi yang tidak bercanggah dengan nilai Islam. batik. Islam adalah agama yang nyata(waqi’e) dan sesuai dengan fitrah manusia. Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. dikeluarkan dengan atau tanpa alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Dengan lain perkataan.

hasil tanah. Kraf Melayu Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. bekas air. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal sehinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Perusahaan membuat tembikar secara tradisional ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung . Kerja-kerja kraftangan banyak sekali dipraktikkan dalam masyarakat Melayu dan diterima sebagai ”hasil asas penciptaan masyarakat”. Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang Melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. logam dan tekstil.t. Rekabentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi. tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui katakata dan bahasa. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak. bekas menyimpan makanan seperti jeruk. Motif seni bermatlamat dan tekankan kebaikan dan berakhlak. Selain itu. seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. dapat dipandang. pekasam dan lain-lain. sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Di antara kraf yang memerlukan penelitian adalah seni tembikar. Konsep kesenian menurut perpektif Islam adalah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.Perak. kraftangan Melayu boleh dibahagikan kepada lima bidang iaitu aneka kraf. Seni kraftangan bukan sahaja hasil seni yang dicipta untuk digunakan. hasil rimba.w.<KOD KURSUS> keindahan dan keindahan itu adalah seni. 3 .

Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya menggambarkan rekabentuk bunga dan pohonpohon. geometri dan organik. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa. tekatan juga dikenali dengan nama suji dan merupakan sejenis kraftangan yang popular dalam masyarakat Melayu. motif merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. akar. muka bantal dan balutaan tepak sirih. Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. perkataan anyaman membawa maksud hasil daripada menganyam iaitu barang yang dianyam. rotan. fauna. buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja-raja. Motif terdiri daripada motif flora. Menganyam adalah proses menjalin jaluran daun. Di samping itu. Seterusnya. pertabalan raja dan upacara-upacara kebesaran yang lain. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Kraf yang paling popular adalah batik.<KOD KURSUS> Seni anyaman juga merupakan kraf yang penting dalam kesenian Melayu. bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman dicipta untuk alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi. kipas. upacara berkhatan. Tekatan digunakan untuk membuat kasu. tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik.Menurut Kamus Dewan Bahasa(2005) Edisi 4. Penciptaannya lebih rumit terutamanya dalam proses menyongket solek atau menyolek. Corak 4 . Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan. Penggarapan Motif Pada dasarnya. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasu sehingga bersih lalu dijemur hingga kering. lidi. tudung saji. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

mengkelar(hiasan kelar) atau mengguris(hiasan guris). Antara motif goemetri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung. segi empat. garis lurus. Contoh yang biasa kita lihat adalah corak bunga buluh. Motif juga terdapat dalam ukiran dimana motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora. cempaka. motif bagi songket dihasilkan di atas kain tenungan tangan. fauna. Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan ialah pucuk rebung. Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif geometri. jaluran cengkung(gelugur) atau garis timbul(panai). Dalam penghasilan batik. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama pokok-pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti ’seri kaya’ dan ’tepung talam’. Bagi ukiran yang bermotifkan 5 . Manakala bagi permukaan labu puala dihias dengan cara tekanan(hiasan tekap) atau turisan. swastika. bunga mangga. Di antara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan flora dan geometri. pucuk rebung. pucuk. koskos dan geometri. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam. unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarnakan dengan sempurna. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. bunga kiambang dan sebagainya. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. kudup. Sementara itu. awan larat. Bagi motif hiasan labu sayong. bulatan dan sebagainya. melur dan sebagainya. daun dan ranting digunakan dan diolah serta diperbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan(gelung puyuh). seni khat. labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut. Bunga. gandaan huruf ”S”. putik. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah.<KOD KURSUS> tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. kenanga. Terdapat juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik(hiasan takik).

mereka telah membuat beberapa perubahan. bunga dan sebagainya. mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan sehingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. membuktikan bahawa seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam.<KOD KURSUS> flora dari segi daun adalah seperti bayam kukur. Penggunaan ragam hias dan motifmotif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. janggut keli. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasialn kraf. Di samping itu. lawang. pucuk paku dan ringgit manakala ukiran yang bermotifkan flora dari segi bunga adalah cempaka. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias. ros. (c) Dalam menggarap. mentafsir dan memberikan sesuatu keputusan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. kemunting. Huruf-huruf Arab dan jawi juga digunakan. Ukiran bermotifkan geometri adalah corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. terdapat juga ukiran bermotifkan seni khat iaitu ayat-ayat Al Quran. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. 6 . Ciptaanciptaaan baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain.Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun. manggis dan lain-lain. bayam perasi. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. motif yang berulang dan unsur geometri. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes. disamping penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan rupa geometri. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian.

cantik. bagus. keadaan. lembut. bangsa dan negara sendiri. padu. kerap pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta manifestasi kreatif kraf terhadap alam Melayu. menghayati. molek. alat permainan . baik secara langsung mahupun tidak langsung. masyarakat Melayu estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan. utuh. menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum. tempat kediaman. apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Berekspresi estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya. Sebagai sebuah negara berdaulat. berakal fikiran dan berperasaan. kukuh. Kraftangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. antara lain elok. termasuk di dalamnya makna. keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan keadaannya sebagai makhluk yang bermoral. seimbang. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. hidup. bening. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. terserap dalam kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya. anggun. gerak. estetik dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. suram. diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Antara objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik.<KOD KURSUS> Dari aspek pembuatan kraf. Apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil kesenian Melayu. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri. alat muzik. sentimental dan tragis. menggali. menjaga. serta daerah. alat perburuan dan kenderaan. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan 7 . Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya. Keperluan estetik. lingkungan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. hampa. seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Kraf bukan sekadar estetik dan kreatif. dinamik. mengamalkan.

daun terap. tenunan. tekatan. anyaman. daun pandan. daun palas dan daun mempelas. Manakala kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian zaman silam yang berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s. wau. Dalam jiwa. ukiran. Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. gasing. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. songket. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupsksn geometri.<KOD KURSUS> diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap dan tidak mati ditelan zaman. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh. yang berkaitan dengan seni. Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur-jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias 8 . Kebudayaan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dengan kraf tradisionalnya.t. Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikan tersendiri. keindahan(kehalusan). tembikar dan barangan perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya luar. Kraf tradisional seperti batik. alat muzik. Contohnya anyaman tikar. alat memasak. tikar. Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasikan bahan dipersekitarannya. pembungkusan. kulit kayu. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. daun seperti daun nipah. Kesenian bermaksud perihal seni. perasaan.w. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. selain kayu. Keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu. nurani dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan. bekas barangan dan lain-lain lagi. Hasil kraf yang diperbuat datipada buluh adalah seperti bekas air.

Bagi Peter Dolmer(1997) mentafsifkan makna kraf sebagai kreatif berkemahiran dan penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan seni anyaman ini menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang kompleks dan rumit yang selalunya hanya dianggap sebagai simbol tanda peka yang asli atau hasil kerja seni. corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. adab. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai kesaktian yang luar biasa. Ayat Al Quran juga diabadikan di atas tenunan songket dan hiasan bagi menambahkan lagi keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu. Seni anyaman Melayu sememamngnya indah.Tidak ketinggalan juga. Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. pendengaran. Keris adalah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. topi. tidak lengkaplah budaya dan warisan bangsa. Kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan. 9 . Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Selain untuk membuat tikar. Di samping itu keunikan dan kesepaduan Melayu dan Islam juga dapat dilihat pada penciptaan keris yang mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di kepulauan Melayu. tikar untuk bersembahyang dan sebagainya. Alatan sejata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. kepercayaan. perasaan. keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dalam masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu. pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat. agama. ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji. anyaman tikar adalah kesenian yang bersifat lahiriah dan mempunyai makna mendalam. Antaranya tulisan ini diukir di atas kayu keras dan dijadikan sebagai pembahagi ruang dalam rumah.<KOD KURSUS> pada tikar tersebut.Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Tanpa seni. beg. Keunikan kesenian Islam dan Melayu juga terdapat pada seni khat yang dimajukan dalam pelbagai bidang. Warisan ini diwarisi turun termurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kesenian Islam.

Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam. matematik dan nilai terperinci yang diolah secara kreatif Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara. (d) Alat untuk upacara dan istiadat seperti bekas pembakar kemenyan dan gong (e) Alat untuk rekreasi seperti wau. gasing dan congkak (f) Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid menggunakan ukiran kayu. Setiap kraf berfungsi dalam kehidupan seharian yang dipengaruhi oleh iklim. Zaman sekarang pengusaha kain 10 . Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh. bila bertemu halangan ia akan menyusur ke bawah. manakala 6 tingkat(rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan. Setiap motif diambil dari alam iaitu flora dan fauna. Setiap ukiran mesti ada dasar. Walau ke mana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan. Falsafah seni ukiran Melayu juga dapat dikenali melalui ilmu tauhid yang banyak mempengaruhnya. cangkul dan sabit. Muhammad dan Adam). Di samping itu terdapat nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari. menangkap ikan dan membuat pertukangan seperti bubu. 5 tingkat(rukun Islam). (c) Alat untuk kegunaan harian seperti tikar. kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam seperti tiga tingkat(Allah. kemudahan serta hubungkait dengan masyarakat luar seperti (a) Alat untuk mempertahankan diri seperti keris dan lembing. (b) Alat untuk pekerjaan seperti bertani. asas dan puncanya. parang. kepercayaan.<KOD KURSUS> Jenis-jenis Kraf dan maklumat sokongan seperti falsafah. tudung saji dan pakaian. asma dan af’a). bahan keperluan. lokasi. 4 tingkat(zat. sifat. Seni ukir Melayu adalah satu jaalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. makna. konsep sains. pekerjaan. alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya motif flora yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur dan motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna.

Bagi pengguna kain songket ini.<KOD KURSUS> songket lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Kraf tradisional merupakan warisan bangsa. konsep keindahan dapat dinikmati pada sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Pelanggan boleh menempa motif-motif yang diminati. Asas penting yang menjamin kesinambungan kraftangan pada masa lalu adalah kesenian nenek moyang masyarakat. Jelas di sini menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan tentang pengaplikasiannya. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam tetapi tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu. Hal ini menyebabkan masyarakat Melayu amat menghargai seni kraftangan yang diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kesimpulan Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai kraftangan yang unik. Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Masyarakat Melayu menganggap seni kraftangan ini penting kerana ia merupakan salah satu kesenian yang diamalkan oleh mereka yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat. pusaka peninggalan nenek moyang kita masa dahulu. 11 .

(1986).(2011). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Aneka kraf tangan. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. APENDIKS RUJUKAN Siti Zainon Ismail. Khairudin Talib . HBMT3103 Kraf Tradisional . Othman Mohd Yatim.(2000). (1989). Kuala Lumpur : Utusan Publication. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Aishah Kamarudin.(2003). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur : dewan Bahasa dan Pustaka 12 .<KOD KURSUS> Harapan agar kraftangan tradisi akan berkembang subur dan mengalami perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat kraf tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Dr. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Pendidikan Seni Visual.