You are on page 1of 8

PRAKTIKAL 3 PEMULIHARAAN EX-SITU

TUGASAN 1 Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakan persembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survival satu haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan ex situ.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberi fokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yang dijalankan di sini adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepada spesis haiwan tersebut. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan.

Peta Lokasi

Gambar 1 : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Kawasan ini dibina pada tahun 1989 dengan suasana yang menyamai hbitat asal bagi spesis gajah (Gambar 2). Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Dapat dilihat, melalui usaha konservasi ini, gajah-gajah yang terbiar dan yang telah kehilangan habitat dapat dibantu dan diselamatkan dari ancaman mangsa pemburuan dan kematian.

Gambar 2 2

Sejak 20 tahun yang lalu, sebanyak lebih daripada 450 ekor gajah liar berjaya dipindahkan di mana proses pemindahan ini adalah bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Pusat ini juga memelihara anakanak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Di sini, terdapat juga gajah yang dilatih bagi menghiburkan para pelawat (Gambar 3). Di sini, pelawat diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi makan (Gambar 4) dan menunggang gajah. Para pelawat juga digalakkan untuk menonton dokumentari yang berkaitan dengan pemindahan gajah.

Gambar 3

Gambar 4

Melalui program pendidikan sebegini, adalah diharapkan kesedaran untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna dapat diterapkan dengan lebih mendalam kepada masyarakat. Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting di

dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyegarkan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin keharmonian hidup. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kehidupan kita. kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam

TUGASAN 2

Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang betul. Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan. Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan ex situ? Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar? Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan tindakan tersebut?

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi
5

Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang. Kuala Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini serta memberi pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempattempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah semasa sesi memberi

makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam

pada laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai jenis herba dan tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lain-lain herba yang boleh didapati di hutan hujan.

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap
organisma atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami

kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini. Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat bahawa hanya pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan di luar hbitat asal mereka. Ini adalah kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan yang lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem semula jadi. Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah ekosistem semulajadi boleh

diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya beberapa spesis sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis yang tidak mampu beradaptasi akhirnya akan mati dan pupus. Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian, kebanyakkan berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan jika masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.

You might also like