You are on page 1of 11

Environment pollution &control cc604

pensyarah pn maslinda binti sukri

ISU
Tahun 1990 beberapa bandar California mula menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber tenaga bas, kereta-jalan (streetcars) dan kenderaan pengangkutan awam untuk membantu mengurangkan tahap pencemaran udara. Akta Polisi Pencemaran Kebangsaan diluluskan pembuatan kenderaan elektrik ditonjolkan secara diseluruh US dan kerajaan menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik. Salah satu punca kenderaan elektrik dimajukan adalah bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat. Di Brazil, gas daripada biomas juga digunakan untuk kenderaan berat. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil,sistem pengekstrakkan biogas daripada sisa pertanian, penternakan dan kumbahan perlu diceburi.

Contoh pengangkutan

JENIS BAHAN API


Diantara bahan api yang mempunyai peluang untuk dimajukan adalah seperti berikut.
Bahan Api Bio. Elektrik Hidrogen

KEBAIKAN
Kenderaan elektrik secara purata adalah 98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran. Pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun. Menjimatkan sumber asli. Menggalakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Mengurangkan subsidi kerajaan pada sumber gas asli.

Keburukan pengangkutan sedia ada


Penggunaan minyak turut menyumbang kepada kerosakan sistem ekonomi dunia dan menggantikan kereta berkuasa petrol dengan kenderaan elektrik akan mengurangkan kesan ekonomi yang akan diakibatkan oleh kehabisan sumber minyak kepada dunia. Asap dari enjin pembakaran dalam mendorong kepada pengurangan ozon dan pembentukan lubang ozon. Ia dapat meningkatkan kadar radiasi ultra ungu sampai ke bumi, di mana ia merosakkan tanaman, tumbuhan dan punca penyakit Barah.

KESAN

Masyarakat
Meningkatkan kualiti udara,terma dan bunyi persekitaran.

Contoh penggunaan kereta berenjin hybrid.


Meningkatkan kelesaan dan kesihatan penghuni bandar. Meningkatkan kualiti hidup.

Kesan kepada Alam Sekitar.


Memulihara dan Meminimumkan
Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima. Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup. Meningkatkan kualiti udara dan air. Mengurangkan pembuangan bahan yang tercemar. Melindungi sumber semula jadi .

Ekonomi
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Mengurangkan kos operasi. Meningkatkan nilai asset dan keuntungan. Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy.

kesimpulan
Walaupun negara kita mempunyai minyak mentah sendiri, namun kita tidak sepatutnya lupa bahawa menjadi tanggungjawab kita sepenuhnya untuk memastikan adanya masa hadapan untuk generasi akan datang. Jangan habis semua sumber yang ada itu sekarang.