You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA, Jalan Seri Setia, 53100 Gombak , Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 -61896329 Fax : 03 61851355 Kod Sekolah BEA 7601 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Tuan Rujukan Kami Tarikh Kepada sesiapa yang berkenaan, : : : 08.02.2013

Tuan, KEBENARAN MENJALANKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT DI LUAR SEKOLAH Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan Aktiviti Khidmat Masyarakat anjuran Unit Beruniform Kadet Polis SMK Gombak Setia menjalankan aktiviti Khidmat Masyarakat di luar kawasan sekolah dan di luar waktu persekolahan. 3. Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dijalankan merupakan salah satu daripada Modul program dalam Perkhemahan Asas Kadet Polis. 4. Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit.
Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MENERAJUI TRANSFORMASI

Saya yang menurut perintah,

.................................................. HAJAH MAIMUN BINTI AHMAD PENGETUA SMK GOMBAK SETIA