You are on page 1of 25

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Zakaria Bin Mohd Arif kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang benar, Mohammad Falakhuddin Bin Haron (1P5D-MT/PJ/BM)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan.

Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkan kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasi muda.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA KAUM INDIA DI DALAM BILIK DARJAH BERDASARKAN ARTIKEL/JURNAL

1.0

PENDAHULUAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia. Malaysia merupakan

salah satu negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dan tenteram. Antara tiga kaum yang utama terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Cina dan India ini, mereka telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain lagi. Terdapatnya kepelbagaian kaum di Negara ini telah melahirkan kepelbagaian sosio budaya.

2.0

KAUM INDIA Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan

daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negerinegeri Selat, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul semasa peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Kebanyakan penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri daripada orang dewasa lelaki yang mana mereka meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, pola bilangan penduduk India menjadi naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negerinegeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang tahun 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga pada tahun 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

3.0

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA BANGSA INDI DI DALAM BILIK DARJAH Pendudukan etnik tersebut di Negara ini telah memberikan implikasi kepada

proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, dan adat resam.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, konsep bangsa atau nasional mempunyai maksud yang lebih meluas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) pula merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya, konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya. Bangsa juga memberi maksud kumpulan manusia yang sama asalusulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar,1993). Kesimpulan daripada kesemua maksud yang diberikan, maka dapat dinyatakan bahawa bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawasanya kita semua tidak boleh meminggirkan mana-mana pihak sama ada kaum Cina ataupun India walaupun pada dasarnya majoriti penduduk di Negara ini adalah kaum Melayu kerana kaum etnik tersebut juga tergolong dalam bangsa Malaysia yang mana dalam konteks Negara kita, bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Maka, kepelbagaian sosial ini telah memberikan implikasi dalam sistem pendidikan. Jika diperhatikan dari aspek bangsa, semua pihak sama ada guru, murid, sekolah dan juga kurikulum tersirat perlu memastikan bahawa mereka tidak menyentuh usul-usul yang sensiti bagi mana-mana bangsa. Sebagai contoh di dalam kelas, guru berperanan untuk mengelakkan daripada bersikap lebih kepada perkauman yang mana kedudukan murid dan aktiviti yang dijalankan hanya bertumpukan kepada sesuatu kaum.
5

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Janganlah disebabkan murid itu berbangsa India, maka guru terbabit memberikan tanggapan negatif hanya kerana bangsanya. Tidak memberikan peluang yang sama untuk mereka berjaya. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk mengajar kepada murid-muridnya bahawa dalam kalangan mereka adalah sama walaupun mereka daripada golongan kaum yang berbeza.

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf. Pada masa yang masa guru boleh menerapkan konsep 1Malaysia dalam diri murid-muridnya seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak . 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, murid lain akan belajar untuk menghormati murid-murid yang berbangsa lain. Mereka akan bergaul sesama mereka tanpa memandang kepada bangsa. Manakala bagi pihak sekolah pula, mereka berperanan untuk membuka peluang yang luas terutamanya kaum India ini untuk sama-sama menuntut ilmu di sekolah kebangsaan. Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan. http://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan. Dari aspek struktur masyarakat atau kelas sosial bagi kaum etnik India ini juga telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Kita cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan struktur masyarakat atau kelas sosial ini. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujud berdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


manusia. Masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup. Menurut J.S Furnivall, buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Manakala menurut De Fleur (1974), masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial. Maka disimpulkan di sini struktur masyarakat adalah penduduk yang mempunyai berlainan budaya serta cara hidup serta dalam masyarakat itu sendiri terdapat taraf kedudukan yang berlainan. Konsep kelas

sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Ia juga boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah begitu juga bagi kaum india. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan ataupun bawahan. Malah yang paling penting guru hendaklah mengelakkan daripada berlakunya aspek pingggiran di dalam kelas yang diajar. Guru harus bijak dalam
7

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Secara langsung, murid juga akan berasa sangat seronok untuk meneruskan proses pembelajaran mereka kerana tidak terdapat

pertelingkahan antara mereka yang tercetus disebabkan mereka berbangsa lain. Amat sensitif bagi kaum India ini terutamanya apabila kita menyentuh atau memperkatakan mengenai struktur masyarakat mereka. Tambahan pula bagi mereka yang bergolongan bawahan. Kita seharusnya sedar bahawa antara kita ini tidak ada jurang yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk meminggirkan antara satu sama lain. Manakala pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat. Penduduk Bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum diberikan peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya.

Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dalam konteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak. Kepercayaan dalam konteks agama pula, adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Juga dikenali sebagai akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, kepercayaaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turuntemurun. Bagi konteks di dalam kelas, murid-murid dapat memahami dan mengetahui kepelbagaian kepercayaan masyarakat di Negara kita seperti

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oleh itu, guru sekali lagi berperanan untuk mendedahkan kepada murid mengenai kepercayaan ini agar tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang, dia bukan sahaja perlu lulus semua ujian peperikasaan yang dijalankan malah hendaklah cemerlang dalam sikap dan tingkah laku dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati antara satu sama lain. http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India. Sebagai contoh kepercayaan dalam masyarakat India, mereka percaya bahawa pantang larang semasa kematian, gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi tetapi terbalik dan ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Maka mereka dilarang sama sekali untuk jadikan kepercayaan rakan mereka yang berbangsa India itu sebagai alat untuk dipersendakan. Implikasi kepelbagaian sosial ini juga telah mengambil kira aspek peranan sekolah iaitu menjadikannya sebagai suatu media untuk memberi ruang kepada pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama
9

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Islam sahaja. Malah pihak sekolah boleh menerapkan unsur nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dalam mana kepercayaan dalam diri murid.

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenangwenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagai satu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawa bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Guru harus mengurangkan pengunaan bahasa dialek dan meningkatkan dalam mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara mereka ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabila murid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain terutamanya kaum India ini yang kita sudah sedia

10

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


maklum bahawa bahasa ibunda mempunyai banyak perbezaan dan terbalik jika diterjemahkan dalam struktur bahasa Malaysia. Sebagai contoh .Oleh itu, manamana pihak iaitu guru, murid dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasa mereka kerana ini merupakan isu yang agak sensitif untuk kita bincangkan. Akhir sekali implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek adat resam. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat tidak kira Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai adat resam yang tersendiri yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Murid dapat mempelajari kepelbagaian adat resam ini melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Usaha kerajaan dalam menerapkan pengetahuan am mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dengan mewujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib kepada semua murid di peringkat sekolah rendah. Semua pihak haruslah sedar bahawa sifat penerimaan terhadap perbezaaan yang terdapat dalam kalangan mereka adalah amat penting. Sifat ini hendaklah diterapkan dalam diri setiap murid malah semua warga sekolah tidak terkecuali. Seperti yang telah dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blog beliau, http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html. Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan

11

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


perbezaan antara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat dan kepelbagaian adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum di Negara ini. http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm. Sebagai contoh adat resam bagi kaum India ini ialah membisikkan nama tuhan . Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut. Merujuk kepada adat resam ini, guru atau murid terutamanya yang beragama Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan adat resam ini walaupun mempunyai persamaan dengan kaum Melayu sebaik sahaja bayi dilahirkan yang mana dilaungkan azan.

12

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza, bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuat murid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahaja tanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Hal ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini harus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah. Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai taraf sosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripada mereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain. Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara.

13

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM PENGAJARAN MURID YANG PELBAGAI KAUM BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA

Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Namun, jika ini yang terjadi, sempurnakah sesuatu penyampaian pengajaran dan pembelajaran itu? Oleh itu, semua harus memainkan peranan mereka dalam membina dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif terutamanya peranan seorang guru.

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan muridmurid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat

14

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolaholah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum Melayu dan

meminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila mereka melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama.

15

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Merujuk kepada perkara ini, bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai sosio budaya di dalam sesebuah kelas amat penting untuk memastikan emosi mereka dalam keadaan yang baik. Tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagai sosio budaya ini adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah, memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dan sebagainya. Contohnya bagi kaum India, bagi adab-adab dan amalan kepercayaan mereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

16

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


Dalam konteks untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Oleh itu, murid harus menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik yang lain. Jadi peranan sebagai seorang guru, mereka hendaklah mendedahkan pemikiran murid-murid ini supaya berfokus kepada hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting yang lain. Misalnya untuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakang ekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu, pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkan perasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India. Guru juga boleh mengambil peluang dalam menjayakan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini dengan memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh topik berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Secara tidak langsung, murid-murid yang pelbagai etnik ini akan berinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama, penerapan nilai-nilai murni dan budaya dari etnik yang berlainan dapat diserapkan dalam objektif pembelajaran.

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Integrasi pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi

perkembangan yang holistik dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan amat ditekankan. Aspek kepelbagaian budaya murid perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka. Konsep kebudayaan mengikut

17

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106


konteks sosiologi adalah merupakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diwariskan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Sekolah dilihat berperanan sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Maka guru bertanggungjawab untuk memastikan keperluan murid dipenuhi tanpa bersikap prejudis terhadap kepelbagaian muridmuridnya. Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan. Guru harus bijak memilih untuk diaplikasikan dalam pengajarannya dan memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kelas serta relevan dengan budaya. Sebagai contoh menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, jika guru berada di sekolah Tamil dan mengajar Bahasa Melayu, maka guru boleh menggunakan kaedah mengajar secara simulasi dengan memberikan dialog atau skrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan kelas. Latihan seperti ini mampu meningkatkan penguasaaan bahasa kebangsaan bagi kaum ini. Beberapa pendekatan pedagogi yang relevan budaya untuk dijadikan panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya ialah, pendekatan koperatif, pendekatan kolaboratif, direktif, mediatif, generative dan sebagainya.

Kesimpulannya, komunikasi guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini amat penting dalam sistem pendidikan kerana terdapatnya kepelbagaian sosio budaya yang wujud di Malaysia ini. Jadi, guru harus memainkan peranan mereka untuk memastikan persekitaran seperti ini wujud dalam bilik darjah yang mereka mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bermakna kepada murid-murid.

18

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

REFLEKSI
Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya. Dalam kerja kursus ini berfokus kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya perlu mencari satu artikel dan menulis esei berkaitan dengan isu tersebut.. Selepas itu, saya perlu menghuraikankemahiran komunikasi yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid kepelbagaian kelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji isu-isu kepelbagaian budaya serta kemahiran kominikasi yang perlu dikuasai oleh guru. Saya juga berharap saya dapat memahami lebih banyak maklumat tentang budaya dan pembelajaran supaya dapat menggunakannya pada pelajar-pelajar masa depan. Semasa menerima kerja kursus ini, En. Zakaria telah memberi penerangan yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagai sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah mencari artikel yang sesuai dengan tajuk kerja khusus yang telah diberikan. Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah

lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah En. Zakaria kerana memberi sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.

19

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

BIBLIOGRAFI
Buku

Kamarol Baharom Mohd Rom, J.E (Ph.D), Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mohammad Fadzil bin Che Amat (2006), Kesan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke Atas Pencapaian Sains Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Malaysia Satu Analisis Prestasi UPSR Separa Dekat, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia

Website http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru dalam-pembinaannegara.html

20

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

BORANG REKOD KOLABORASI


NAMA OPSYEN AMBILAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON : MT/PJ/BM : JANUARI 2010 : EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN : EN. ZAKARIA BIN MOHD ARIF

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

TANDATANGAN

7/2/2012

Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran daripada pensyarah mata pelajaran En. Zakaria

Tugasan perlu dihantar selewat lewatnya pada 22 Feb 2011.

9/2/2012

Memahami kehendak soalan tugasan

Membuat jadual kerja

11/2/2012 15/2/2012

Membincangkan persembahan slaid yang dibuat.

Membuat perbincangan bersama rakan

21

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

16/2/2012 19/2/2012

Membuat tugasan mengikut jadual kerja yang ditetepkan

Membuat esei Membuat penyusanan slaid

20/2/2012

Menyusun tugasan Membetul Membuat pemeriksaan tugasan dari terakhir terhadap tugasan segi ejaan Membuat penyusanan tugasan Menyiapkan tugasan Memeriksa tugasan

21/2/2012

22/2/2012

Menjilid tugasan Menghantar tugasan

Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing

22

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

LAMPIRAN

23

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

24

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

25