You are on page 1of 3

BRAINSTORMING Definisi Brainstorming ataupun sumbangsaran merupakan salah satu kaedah

penyelesaian masalah yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan masalah. Sumbangsaran yang juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. kaedah ini Di samping itu juga, dapat memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara

satu sama lain dan pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan masalah penting sesama mereka disamping pelajar dilatih supaya dapat menguasai kemahiran lisan dengan lebih baik.

LangkahPenyerapan Kaedah pengajaran ini boleh diringkaskan seperti turutan berikut: SEBELUM P&P Guru mengemukakan satu atau beberapa topik perbincangan berbentuk soalan masalah dan memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan SEMASA P&P Pelajar-pelajar dibahagikan beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan dan ahli-ahli kumpulan kecil digalakkan menyumbangkan idea masing-masing oleh pengerusinya. Idea-idea yang telah dikemukakan akan dicatatkan oleh seorang pelapor yang dipilih daripada kumpulan kecil. SELEPAS P&P Kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan atau idea yang dikemukakan. Guru akan membimbing pelajar membuat keputusan atau rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

Kelebihan Semua idea yang disampaikan sama ada betul atau salah akan diterima. Semua orang bebas mengeluarkan idea. Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan. Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak serta tidak menjemukan. Akan menggalakkan individu untuk melibatkan diri secara aktif dalam melontarkan idea atau pandangan.

Kelemahan Jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak soalan. Akan menyebabkan sesetengah individu merasa tidak selesa kerana dipaksa untuk menyumbangkan idea. Akan mengambil masa yang lama sekiranya banyak langkah yang perlu diikuti. Tidak akan berkesan sekiranya terdapat individu yang enggan melibatkan diri.

Contoh Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Fasa Pembelaja ran Hunter Set Induksi (2 minit) Maklumka n Hasil Pembelaja ran (1 minit) Input Pengajara n (5 minit) Kecerdasan Pelbagai Kinestatik 6. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. 7. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk melakonkan satu contoh situasi stres yang sering dihadapi oleh pelajar.

Pelajar Kelas B (Sederhana)

1. Guru meransang minda pelajar dengan memaparkan BBM 1 (gambar). 2. Guru meminta pelajar meneka tajuk pelajaran hari ini.

3. Guru memaklumkan hasil pembelajaran kepada pelajar dan kepentingan menguasai hasil pembelajaran berkenaan.

4. Guru memaparkan BBM 2 (video). 5. Guru bersoal jawab dengan pelajar.

Permodela n (10 minit)