You are on page 1of 6

Permainan Sosial

Permainan sosial- Kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Bermula seawal kanak-kanak mula mengenali persekitaran dan orang lain yang ada dalam persekitarannya. Main sosial berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak sesuai dengan peranannya sebagai persediaan kanak-kanak mencapai kematangan bermasyarakat dan menghadapi alam dewasa.

Mildred Parten (1932) telah mengemukakan 6 peringkat permainan sosial iaitu:

Unoccupied (Unoccupied Behavior)

Main

Onlooker (Onlooker Play)

Main

Main Solitary (Solitary Play)

Cooperative (Cooperative Play)

Main

Associative (Asociative Play)

Main

Main Parallel (Parallel Play)

Main Unoccupied Kanak-kanak tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun, tetapi hanya berada dalam kawasan permainan. Main Onlooker Kanak-kanak memerhati rakan-rakannya bermain. Berminat dengan permainan orang lain. Main Solitary Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan atau keadaan sekeliling.

Main Parallel Kanak-kanak bermain sendirian, menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang. Kongsi alat, main sendiri-sendiri. Main Associative Kanak-kanak bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan. Main Cooperative Kanak-kanak bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

You might also like