UCS 101. BAHAGIAN A. Soalan 3.

Pada awal cuti semester kedua 2012,saya dan ahli keluarga saya telah pergi menunaikan umrah.Saya pergi dengan agensi pelancungan Jagung Emas.Kami berlepas dari lapangan terbang Bayan Lepas,Pulau Pinang pada pukul 7.30 pagi 24 Mei 2012.Kapal terbang kami transit di Hong Kong pada pukul 11.00 pagi.Di Hong Kong kami telah dibawa melawati beberapa tempat yang menarik di Hong Kong.Saya amat bersyukur teruja kerana dapat melihat keadaan hidup masyarakat di sana.Bangunan-bangunan di sana tinggi-tinggi belakaSerta pantainya yang cantik dan air lautnya yang membiru.Pada pukul 11.00 malam penerbangan kami berlepas ke Jeddah.Setelah berada di dalam penerbangan selama 8 jamKami tiba di Jeddah.Kami telah dibawa dengan bas ke Madinah.Setelah meletakkan bagi di dalam bilik hotel kami sekeluarga pergi sembahyang Asar dan melawat makam nabi Muhammad S.A.W dan sahabat.Saya terpegun melihat kecantikan Masjid Nabawi.Ketika berada di makam nabi saya berdoa kepada Allah agar dapat sembahyang di kawasan Raudah iaitu satu tempat yang di dalam Masjid Nabawi yang segala doa mereka di sana akan dimakbulkan oleh Allah.Alhamdilillah doa saya diperkenankan Allah.Saya dapat bersembahyang dan berdoa sepuas-puasnya di kawasan Raudah.Itulah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan di sepanjang tahun 2012.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful