You are on page 1of 25

Oleh : Kumpulan 1, Frada Garaman Sent Sylvania anak Robert Mages

Peringkat Kimia, Selular dan Tisu Organisma

Bahan kimia utama dalam badan


Bidang kimia dalam sistem biologi pula digelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan diperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dan sebagainya. Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan peranan dalam membina dan menggantikan selsel untuk tumbesaran. Ia jugaberkemampuan untuk mengeluarkan tena ga untuk aktiviti asas sel hidup.

Setiap sel memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia memerlukan tenaga untuk bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule (J). Tenaga ini adalah unit untuk mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikal seperti mendaki gunung.

Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akhir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap molekul makanan hendaklah dihadamkan supaya m enjadi unit ATP, yang seterusnya dihadamkan menjadi tenaga dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan,maka lebih tenaga dapat diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti makanan boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule.

Beberapa contoh konsep asas kimia utama dalam badan

Karbohidrat

Karbohidrat adalah pembekal tenaga utama dal am badan manusia. Ia adalah sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan kovalen antara unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalahditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan unit berulang.

Dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa, maltosa, glukosa, fruktosa dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan karbon dalam unit berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer). Contohnya pentosa dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon. Cuma beberapa jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita,iaitu sukrosa, fruktosa dsb.

Kesemua gula ini perlu dicernakan dalam sistem pencernaan manusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke dalam sel-sel. Jadi, kekurangan glukosa dalam darah bermakna seseorang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan proses dalam badan. Kesannya, individu tersebut akan pitam dan pengsan. Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber karbohidrat yang utama

Lipid

Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kes ejukan Ia jugabertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geser an antara organ semasa bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel membran.

Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir a pabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan. Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup dan m elicinkan proses dalam badan. Akan tetapi, pengambilan lemak yang berlebihan akan meyeb abkan seseorang terus menjadi gemuk kerana ia tidak digunakan apabila pembekal tenaga lain masih ada. Badan akan menyimpan lemak tersebut di bawah kulit seperti paha, perut, dan bahagian-bahagian yang kurang aktif. Lipid boleh diambil daripada daging, kacang, dansayur-sayuran

Protein

Protein adalah sumber yang penting dalam membina otototot badan. Ia adalah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa. Protein biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb. Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjalankan sukan, jadi otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan

Bentuk protein

Sistem sel sebagai unit asas hidup


Sel adalah unit yang paling asas untuk kesemua benda hidup kerana ia mampu menjalankan semua proses hidup seperti bernafas, berkumuh, makan, bertumbuh dan membiak. Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan utama antara kedua-dua sel tersebut adalah kehadiran sel dinding dan kloroplas. Sel haiwan tidak mempunyai sel dinding dan kloroplas. Jadi, selnya boleh mengembang dan mengecut dengan mengubah kandungan dalam sel itu. Sel haiwan termasuklah semua sel pada haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dsb

Struktur membran dan fungsinya

Membran plasma
Membran plasma dikenali sebagai membran sel. Sel ini merupakan suatu bahagian dal am suatu sel. Membran plasma mempunyai selaput nipis, kenyal, dan separa telap. Ia terbina daripadadua lapisan fosfolipid dan protein

Fosfolipid

Fosfolipid mempunyai bahagian kepala berkutub yang bersifat hidrofilik (tertarik kepada air) dan bahagian ekor tidak berkutub yang hidrofobik (tidak tertarik kepada air)seperti dalam rajah di bawah. Molekul protein dan fosfolipid tidak statik tetapi boleh bergerak bebas. Sifat inimenyebabkan membran plasma mempuny ai sifat bendalir.

Molekul fosfolipid

Protein

Protein mempunyai tugas-tugas khusus seperti membantu pengangkutan molekulmolekul merentasi membran sel. Selain membran sel, organel-organel lain dalam sitoplasma (retikulum/jalinan endoplasmik, sampul nukleus, kompleks Golgi, karungkarung membran seperti vesikel, dan sebagainya) j uga terdiri daripada dwilapisanfosfolipid. Dengan itu, bahagian-bahagian dalaman sel sebenarnya mempunyai sistemperhubungan antara satu sama lain melalui sistem mebran sel

Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan perletakan membran sel. Perhatika nkedudukan kolestrol, glikoprotein, glikolipid, protein reseptor, protein pengcam dan protein pengangkut pada membran berkenaan. Bahan-bahan ini memainkan peranan dalammembantu pengangkutan melalui membran

Tugas utamanya ialah membentuk sempadan luar sel. Membran plasma (juga disebut membran sel), adalah struktur yang kompleks. Walaupun tugasnya ialah memisahkan sitoplasma daripada bahagian luar sel (yang umumnya terdiri daripada cecair ekstrasel), ia juga membekalkan sistem pengangkutan untuk sebahagian bahan-bahansupaya dapat masuk ke dalam sitoplasma. Gerak lakuan yang demikian menyebabkan ia disebut sebagai mempunyai ciri separa-telap

Pergerakan masuk dan keluar bahan melalui membran sel

Terdapat dua jenis pergerakan bahan keluar masuk sel iaitu

Pengangkutan pasif

Pengangkutan aktif

Pengangkutan pasif
Pergerakan molekul tidak memerlukan tenaga apabila merentasi membran sel dan halaju bergantung kepada kecerunan kepekatan disebalik sempadan membran tersebut. Terdapat empat bentuk pengangkutan pasif iaitu resapan mudah, resapan berbantu melalui terusan protin, resapan berbantu melalui perlekapan dan osmosis

Pengangkutan pasif
Pergerakan yang melawan arus, yakni jenis kecerunan kepekatan. Memerlukan tenaga (ATP) untuk menggerakkan bahanbahan melalui membran plasma. 2 bentuk pengangkutan utana iaitu endositosis dan eksositosis

Rumusan

Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak. Memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar. Organisma multisel boleh menyesuaikan diri (adapt) dengan perubahan dalam sekitarnya.

You might also like