1.

0

Pengenalan

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Oleh itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983), memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

MEMBANDINGBEZA SETIAP KEMAHIRAN 2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

2.1 Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar dan bertutur iaitu kemahiran lisan merupakan salah satu aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas. Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran berbahasa yang lain. Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima

maklumat secara lisan. Kemahiran mendengar juga merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Menurut Ila (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku „Pedagogi Bahasa‟ pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Kemahiran mendengar juga memberi peluang kepada murid mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu murid memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar juga dapat menguasai semantic, idiom bahasa dan lain – lain yang mana diserap melalui aktiviti mendengar sebagai proses komunikasi. Menurut Jalongo (1992) kemahiran mendengar melibatkan tiga perkara penting iaitu pendengaran iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan. Melibatkan mendengar iaitu merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, memilih petunjuk-petunjuk isyarat daripada persekitaran dan “auding” iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada apa yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan dan menghargai apa yang didengar.

2.2 Proses dan Bentuk Kemahiran Mendengar
Dalam kemahiran mendengar terdapat terdapat beberapa proses, bentuk dan peringkat yang perlu dikuasai oleh murid – murid. Proses mendengar ialah sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses dan bentuk kemahiran mendengar meliputi dua cara iaitu mendengar untuk mengenalpasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa dan memahami maksud bunyi serta bertindak balas. Dalam kemahiran mendengar, murid juga perlu menguasai 4 peringkat dalam kemahiran mendengar iaitu meliputi mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, memahami bunyi-bunyi, menilai bunyi-bunyi dan bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut. Mendengar deretan bunyi – bunyi bahasa Dalam peringkat ini, individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara menyeluruh. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal. Memahami bunyi – bunyi Dalam peringkat ini,sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Sekiranya proses ini dilakukan berulangkali, ia akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

Menilai bunyi – bunyi Di peringkat ini pula pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memahami malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya. Bertindak Terhadap Bunyi – Bunyi Untuk peringkat ini, ia hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketigatiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

Jadi. seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan. Hal ini disebabkan guru lebih banyak meperuntukkan isi pengajarannya bagi menyediakan murid dengan keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan.3 Jenis – Jenis Kemahiran Mendengar Jenis – Jenis Kemahiran Mendengar Pasif Aktif Mendengar secara Aktif Mendengar secara aktif dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. pengulangan ataupun mengucapkan semula. Menurut Weaver (1972).. murid akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman. menjadi seorang pendengar yang menyukai. Murid tidak berpeluang menjadi pendengar yang baik. menghormati orang yang bercakap dan dapat menberi tindak balas yang baik . Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif iaitu murid akan lebih banyak belajar.2. masa yang sedikit diperuntukkan tidak dapat membantu murid secara maksimum penguasaan kemahiran itu. Semasa aktiviti mendengar aktif. Pendengaran aktif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu. . Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar. pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar.

Empati Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan berbahasa. . Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai brcakap. Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mendengar juga membolehkan melihat mesej yang penting dan tidak penting. Dalam kemahiran mendengar secara aktif. membina kemahiran mendengar yang efektif dan membina kemahiran bertindak balas. Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. iaitu mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.Mengikut Barker (1971) terdapat tiga asas keuntungan daripada proses mendengar dengan aktif. terdapat beberapa elemen yang perlu diikuti iaitu Intensif. Kedua. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia emberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur. empati. Mendengar secara Intensif Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur.

Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. 5. Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar. Mendengar Secara Pasif. Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif. seseorang itu perlu menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa. Membina Kemahiran Bertindak Balas. 6. Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu. Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala. Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan. Ia juga dipanggil sebagai mendengar secara tidak interaktif. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar. perubahan air muka dan sebagainya. Untuk membina kemahiran bertindak balas secara positif. 7.merta terhadap kerja yang baik. 4. 2. Seringkali juga wujud situasi mendengar secara pasif ini dalam kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif. Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif. . Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar. Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar. Antaranya ialah : 1. Contohnya memberi pujian serta. Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas. Hal ini juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar. Mengadakan interaksi secara berhadapan. 3.

Murid akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap dan murid tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Selain itu. murid akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu. maka murid tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan aksi seekor kucing mengikut kekreatifan masingmasing. Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini. Murid juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. . Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan. mengajuk dan memilih bunyi. murid cepat bertindak terhadap soalan yang mudah. Selain itu. guru menyuruh pelajarnya menggayakan gaya seekor kucing. Mereka juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan. Murid juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Mereka akan dipupuk untuk menjadi seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian terhadap penyampai. Pada peringkat ini juga. Sebagai contoh. pelajar dilatih untuk mengenal isi-isi penting. murid akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru. Pada peringkat ini juga.2. Sebagai contoh. murid didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat. guru memberitahu murid tentang sebuah kemalangan yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan murid serta murid dapat mengetahui caracara untuk mengelakkan kemalangan itu.4 Peringkat – Peringkat Kemahiran Mendengar Dalam kemahiran mendengar terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu pada peringkat awal kemahiran mendengar. pada peringkat awal ini. murid ini akan diajar untuk mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Pada peringkat ini juga. murid didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. murid diajar untuk mengecam.

Keadaan ini biasanya berlaku kerana pelajar tersebut masih lemah dalam bahasa yang dipelajari. sedih. Keadaan menjadi lebih buruk lagi jika mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda.2. Pada peringkat ini pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarinya. Mendengar Secara Bertelau-telau.5 Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku „Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa‟ menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Hal ini berlaku kerana pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. terhadnya perbendaharaan kata atau sebagainya. Mendengar tanpa tindak balas bermaksud murid mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan. pendengar biasanya kurang mampu mendengar bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan.. Biasanya ia boleh dibahagikan kepada sembilan kategori. Antaranya adalah Mendengar Secara Pasif. simpati dan sebagainya . Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Dalam kemahiran ini. dialek. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa tentu tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan bahasa tersebut. Mendengar secara bertelau-telau ini biasanya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau mereka yang mempelajari bahasa asing. Mereka kurang didedahkan dengan suasana berbahasa dalam bahasa tersebut serta kurang biasa mendengar dan bertutur serta berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Mendengar Tanpa Tindak Balas. Mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah. Mungkin pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara perkataan yang diucapkan dalam ayat. gembira.

Mendengar Dengan Beremosi. Pada peringkat ini kemahiran mendengar murid yang menuturkan bahasa itu masih rendah. Hal ini kerana mereka sudah pasti yang mereka berupaya memahami dan mampu menggunakan bahasa sendiri. memahami dan bertindak terhadap ujaran yang didengarinya itu. Walhal. Kemungkinan orang yang menuturkannya tidak tahu atau faham adat resam. . Hal ini berlaku dalam kalangan murid bahasa pertama. Pendengar sudah dapat merasakan sesuatu sehingga memberangsangkan emosinya. Murid hanya menebuknebuk perkataan atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Boleh dicapai dengan memberikan banyak latihan mendengar kepada pelajar.Mendengar Secara Menebuk-nebuk. Mereka sudah mula mendengar. Mendengar pada peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. tradisi dan budaya orang yang mendengarnya. Mereka dilatih untuk mempelajari bahasa lisan secara formal lebih berkesan daripada pembelajaran yang dilakukan secara tidak formal. Mendengar secara beremosi ini berlaku kerana perkataan yang dilafazkan membawa makna yang berbeza-beza. Perkataan yang dilafazkan secara tidak berhati-hati dan tidak mengambil kira lingkungan geografis dan budaya boleh menimbulkan salah faham apabila pendengar tersilap membuat tafsiran. kadar kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah. Mendengar Secara Berhati-hati. Pada peringkat ini. Tujuan mendengar setiap ujaran yang dilafazkan dengan teliti adalah untuk menentukan supaya setiap butiran yang dituturkan dapat difahami dengan tepat dan betul. Kemahiran mendengar yang menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan murid bahasa ibunda. pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya.

Begitu juga dengan seorang murid. .Mendengar Secara Kritikal Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi. pelajar harus diberi latihan mendengar dan berfikir secara intensif. tentulah bahan yang hendak disampaikan itu menjadi hambar dan kurang bermakna. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya. bahkan berupaya memilih dan menentukan perkaraperkara yang benar dan yang palsu. Ini bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. apabila bahan-bahan yang disampaikan kepada mereka itu terdiri daripada bahan yang di luar dari pengalaman mereka. Mendengar Secara Kreatif Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Mendengar secara kritikal memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan analitis. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Pendengar bukan sahaja dapat memahami sesuatu pertuturan dengan baik. si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Seseorang dapat menentukan kesahihan sesuatu faktor yang didengarnya dan menyedari akan sesuatu kelemahan yang terdapat dalam pertuturan. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman pendengar. Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan murid yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Pada peringkat ini. Ini bermakna pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu. Untuk mencapai ke peringkat ini.

b. d.6 Jenis – Jenis Bahan yang Didengar Penerangan Berita Jenis .Jenis Bahan Didengar Pengumuman Ceramah Ucapan Syarahan 2. Mendengar dan dapat membuat nota ringkas daripada maklumat yang diperoleh menerusi pelbagai bahan sumber. Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti fakta. Mendengar dan memahami arahan yang dituju kepadanya serta dapat memberi respons ke atas arahan tersebut. dan hujahhujah yang terkandung dalam berita.7 Kecekapan Berbahasa dalam Kemahiran Mendengar a. Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain. Mendengar dan memahami tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain dalam kehidupan seharian.2. e. ucapan rasmi serta siaran media massa. idea. . c.

irama. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat prinsip – prinsip yang perlu diketahui iaitu: a. Tajuk dan tema bahan rakaman haruslah sesuai dengan minat dan perkembangan intelek murid.0 Aktiviti yang sesuai dijalankan untuk tingkatkan Kemahiran Mendengar. 3. Berprasangka baik c. ucapan. dan perasaan dalam sesuatu petikan yang didengar. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan mental dan emosi pelajar. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar. 2. Latih diri banyak mendengar dari bertutur.8 Prinsip-prinsip Kemahiran Mendengar.9 Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar iaitu : a. c. Tumpuan yang tinggi e. Ujian tertentu boleh dijalankan untuk menilai kemahiran mendengar pelajar.2. b. Fokus apa yang ditunjuk g. a. d. Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada intonasi. Niat yang betul d. . Perhatikan apa yang ditulis f. dan juga pelafazan puisi. Memandang kepada pengucap b. cerita. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti perbualan. b. drama. Murid mestilah diberi peluang mendengar Bahasa Malaysia yang standard dan fasih. keselamatan. c.

tekanan sebutan dan jeda). menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Dalam ilmu linguistik.0 KEMAHIRAN BERTUTUR 3. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa. Bygate (2001) pula menganggap pertuturan sebagai satu proses yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta olehmurid. Dalam kemahiran bertutur Bailey (2005). Apabila seseorang bertutur. Hal ini demikian dalam bahasa tulisan. proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu memahami. aspek sebutan seperti intonasi. bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.3. . memadan. rentak . terbuka (open-minded) dan semula jadi. Kesulitan ini disebabkan pertuturan berlaku dalam masa sebenar (real time). Semasa bertutur. Bertutur menurut Florez (1999) adalah proses interaktif dalam membina makna tertentu yang melibatkan pengeluaran.1 Konsep Bertutur Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. mengatakan ramai yang mempelajari bahasa merasakan kemahiran bertutur dalam bahasa yang dipelajari mereka lebih sukar berbanding kemahiran-kemahiran lain. jeda dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi. Pertuturan adalah bersifat spontan. tekanan. menaakul. Walau bagaimanapun. tetapi mesti ditiru dan diajuk. penerimaan dan pemprosesan maklumat. selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. penutur tidak boleh menyunting dan mengulang balik apa yang dituturkan berbanding dengan penulisan yang boleh disunting dan dapat diulang kembali.

struktur. b. Penutur fonologi yang baik boleh menguasai sesuatu bahasa dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi atau berkomunikasi secara berkesan.Bila dilihat kedudukan kemahiran bertutur dalam sesuatu kurikulum bahasa maka kesimpulan penting yang dibuat oleh Luoma (2004) yang menyatakan kemahiran bertutur merupakan komponen penting dalam kurikulum bahasa. intonasi. Kemahiran bertutur melibatkan beberapa konsep iaitu : a. persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur. c. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya. Watanabe. kesihatan. d. e. seseorang kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik mempunyai kecenderungan untuk menjadi pembaca dan penulis yang baik dalam sesuatu bahasa. Perkara ini menyokong pandangan terdahulu oleh Tiedt. Pertuturan berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya. Aspek fizikal. dan William (1983) yang merumuskan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. dan penguasaan sistem bunyi . Lane. f. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Stelwagon. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Bruemmer.

Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu : Bercakap untuk tujuan memaklumkan. perundingan. seseorang individu perlu bercakap untuk menyelesaikan sebarang masalah. perbincangan . mesyuarat. Bercakap untuk mempengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi sosial. simposium. ekonomi dan agama. debat dan perbicaraan diadakan. Oleh yang demikian. terutama apabila berhimpun atau berkumpul dalam sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri. banyak yang berlaku adalah perbualan sosial. politik.3. Bercakap untuk keseronokkan Biasanya bercakap atau bersembang dengan orang lain memang menyeronokkan. Pada asasnya cara untuk menyelesaikan masalah itu adalah dengan bercakap.. Bercakap untuk menyelesaikan masalah Walau pada peringkat apa pun masalah. iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi. tunjuki ajar dan berita. Tujuan Bertutur Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam keadaan seperti di atas. Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat. Tetapi semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi-saksi).2. Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui perbicaraan tersebut. Dalam komunikasi lisan terdapat dua pihak. . forum. kesulitan dan sebagainya.

b.1 Sebutan. Sejak peringkat rendah lagi. Cara untuk mengatasi masalah sebutan baku tersebut ialah a. Dalam kemahiran bertutur terdapat beberapa aspek pertuturan yang perlu diketahui. Semua ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat seperti yang sepatutnya. rangkai kata. Ini kerana dalam persekitaran. Sebutan secara dialek biasanya member masalah kepada murid untuk bertutur dalam bahasa baku. televisyen dan sumber. Berikut diperlihatkan aspekaspek tersebut secara ringkas : 3. kesalahan menyebut sering berlaku dalam kalangan murid bahasa kedua.3 Aspek . c. Menperdengarkan kepada murid model sebutan bahasa Melayu baku daripada radio. Biasanya. ejaan dan makna. jeda.3.Aspek Pertuturan. Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek. iaitu sebutan secara standard dan sebutan secara dialek. Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah bagi muridmurid. tekanan. perkataan. Dalam mana-mana bahasa di dunia ini terdapat dua cara penuturnya menyebut sesuatu perkataan dalam bahasa itu.mereka telah dikelilingi oleh pelbagai bahasa dialek sejak mereka dilahirkan. dan kalimat. Mereka harus boleh menyebut sesuatu dengan betul mengikut bunyi. . murid telah diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf. suku kata.3. mora. Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Menggalakkan dan memperbanyakkan latihan murid bercakap menggunakan sebutan baku dalam situasi formal dan tidak formal. Antara yang penting adalah sebutan intonasi. untuk menutur dalam bahasa baku agak susah untuk murid yang sudah biasa bertutur dalam sebutan dialek. Jadi. dan sebagainya. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek tersebut.sumber lain dengan kerap.

atau ayat. Tekanan pada peringkat perkataan boleh disamakan dengan rentak dalam muzik iaitu apabila tekanan itu berubah dari satu perkataan kepada satu perkataan yang lain. Dalam bahasa Melayu. 3.3. Tekanan adalah salah satu cara menyebut perkataan. Dalam sesuatu ayat yang diucapkan. Walau bagaimanapun. Contoh penggunaan jeda adalah seperti berikut : /#saja minum susu lembu#/ (maksudnya : orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu yang lain).3. Dalam bahasa Melayu. aspek tekanan bagi peringkat perkataan (antara suku katanya) kurang ketara jika dibandingkan dengan peranan tekanan sesuatu suku kata bagi perkataan bahasa Inggeris. tekanan tidak membezakan makna yang mungkin hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (misalnya dalam sajak) atau menandakan tempat. tekanan memainkan peranan penting dalam menyebut sesuatu perkataan atau ayat kerana tekanan menguatkan aspek makna dalam konteks ayat. frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Lambang jeda ditandai /#/. Tekanan juga adalah tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menurut suku kata dalam sesuatu perkataan. jeda digunakan sebagai hentian sebentar.tempat penting atau yang perlu diberikan perhatian.3. dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. rangkai kata.3 Jeda Jeda biasanya disebut juga sebagai persendian iaitu unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan. Biasanya.2 Tekanan. tekanan itu dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan itu. .

walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk memperoleh kebiasaan bertutur dan bercakap dengan sempurna dan berkesan. dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. Seseorang murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu berlangsung. pendapat dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea. 3. aspek ini haruslah ditekankan.3.3. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat.6 Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. morfologi. murid harus boleh membunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat.4 Intonasi Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Dari segi sintaksis pula. licin dan teratur. pandangan dan pendapat tersebut dalam bahasa yang kemas. gaya dan sebagainya harus sesuai dengan bahasa yang dituturkan. tekanan. boleh menaik. Peraturan atau undangundang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu.ayat. Dari segi morfologi. Intonasi boleh menurun. . mereka perlulah boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul. dan sintaksis.3. jelas dan kemas. Penggunaan intonasi. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Seseorang pelajar harus dipastikan boleh bercakap mengikut tatabahasa yang betul. Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi.5 Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undangundang yang Tatabahasa menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Dalam bahasa pertuturan (lisan). 3. Kadang-kala disebut sebagai nada suara. jeda.3. mereka harus boleh memilih. membina. Dari segi fonologi. Mereka boleh mengeluarkan idea. boleh mendatar. Ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun. boleh meninggi dan sebagainya.

Menurut Reid. seorang ahli linguistik barat beliau menyatakan bahawa seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Ia boleh menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati bahasa tersebut. Penggunaan bahasa diberi keutamaan di samping kegunaannya. . Pada tahap ini.kala terdapat beberapa perkataan yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu tulisan. Za‟ba membahagikan bahasa lisan kepada dua jenis.7 Kefasihan Kefasihan beerti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas. teratur dan licin. 3. ringkas dan penggunaanya amat bergantung kepada intonasi.3.3. Laras lisan lebih bersifat sederhana serta kurang mematuhi peraturan-peraturan nahu seperti yang dimestikan dalam gaya bahasa tulisan.duanya mempunyai perbezaan.3.3.8. Laras yang berkaitan dengan kemahiran bertutur ini adalah laras bahasa lisan. tetapi boleh juga membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Ayat-ayat adalah pendek.1 Gaya Cakap Mulut Gaya cakap mulut digunakan apabila orang Melayu bercakap sesama sendiri. pendek dan kadang. Tujuan utama melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut laras-larasnya yang betul adalah untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa itu untuk tujuan berkomunikasi secara tepat dan dapat digunakan dalam konteks yang sesuai. tekanan. Kedua. 3. (1956).8 Laras Bahasa Laras bahasa dalam konteks ini bererti kemampuan menggunakan bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks. jeda. iaitu gaya cakap mulut dan gaya bahasa pasar. nada dan sebagainya. suasana dan situasi yang sesuai. mudah. seseorang itu telah mencapai kesempurnaan berbahasa. Bahasa cakap mulut yang digunakan biasanya mempunyai susunan yang ringkas.

Antaranya adalah seperti berikut: Umur Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. nak. gaya bahasa cakap mulut banyak menggunakan singkatan seperti tak.5 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. dah. Kanak-kanak bertutur secara pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan butirbutir pertuturan dapat difahami dengan jelas. dan itu. murid yang tinggal di Kelantan akan bertutur dalam dialek Kelantan kerana sejak kecil mereka telah diajar dan diasuh dengan dialek kawasan tersebut.Selain itu. hendak. Sebagai contoh. yang kata penuhnya terdiri daripada kata tidak. Gaya bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi ialah gaya kacukan. 3. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. tu. 3.8. Fizikal. Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi pertuturan seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masingmasing. Kecacatan fizikal dapat . sudah. ini. maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. iaitu yang mengikut gaya mirip kepada susuk dan telor pengucapan bahasa asing. Alam sekeliling.3. ni.2 Gaya Bahasa Pasar Melayu Gaya bahasa pasar Melayu pula ialah bentuk bahasa yang digunakan apabila orang Melayu bertutur dengan bangsa asing.

Melalui kajian yang dijalankan. Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan. mereka tidak dapat bertutur dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan sukar difahami oleh orang lain. jika seorang kanakkanak mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil. Jantina Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Selain itu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar. Kecerdasan. Lelaki kebiasaannya bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur dengan sopan dan lemah lembut. pertuturan mereka tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin. Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul. Setiap orang mempunyai kecerdasan otak masing-masing.mempengaruhi pertuturan sesorang. didapati kanak-kanak perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Kesihatan.Hal ini kerana. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui pertuturan mereka. penguasaan bahasa mereka akan terganggu. mereka digolongkan dalam kalangan orang yang kurang cerdas. jika seseorang individu itu mengalami kecacatan di bahagian mulut atau hidung. . Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Sekiranya seseorang itu bertutur tanpa apa -apa maklumat yang ingin disampaikan.

Murid juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas .2 Peringkat Pertengahan. pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang halhal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. peringkat pertengahan dan peringkat maju. Pada peringkat maju pula. . Pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi.3. Pada peringkat awal.6.6.3 Peringkat Maju. kemahiran bertutur perlu dipelajari berperingkat-peringkat seperti peringkat awal. dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat atau cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang dibuat. 3.6 Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur. Pada peringkat pertengahan. Seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila. 3. proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau inferens. ramalan. Contohnya seperti bertanya khabar serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar kepada murid-murid. murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar. pandangan. Pada peringkat ini juga guru akan mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid.6. 3. Pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan keputusan.1 Peringkat Awal. iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan masyarakat.

3. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu seperti berikut: Berpuisi Bercerita Berpidato Berceramah Berbual Jenis Aktiviti Berbincang .7 Jenis-jenis Aktiviti Bertutur.

Murid menyampaikan lawak atau jenaka. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen. e. Murid menyampaikan cerita. f. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan sesuatu projek sekolah. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang datang mengajar di kelas mereka. a. b. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah seperti jadual kokurikulum.kawannya di dalam kelas tentang cara membuat sesuatu c.3. . c. d.8 Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran bertutur iaitu : a. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan a. d. aktiviti kelab atau persatuan di sekolah. g. . b. Dua orang murid berbual (melalui telefon). b. h. Guru boleh menyuruh dua orang murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan. Murid menyampaikan sajak. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan. Murid menyanyi.

iv. sabun pencuci. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai mahkamah. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu persatuan yang diwakilinya di sekolah. misalnya. Guru bahasa perlu mengatur. d. ii. Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah. mengajar. iii. d. perbincangan atau forum adalah terhad. peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu perbicaraan.c. barang elektrik. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran. pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah. c. dengan seorang daripada mereka menjadi guru pembimbing. berus gigi. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid. a. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi. Mereka bercakap dan berunding tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya . menegur dan membetulkan murid dalam mengambil bahagian dalam mesyuarat. mengawas. ketua darjah atau ketua murid. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. b. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid. Simulasi murid menjadi hakim. i. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau pembangkang. membimbing. dan yang lain berlakon sebagai murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

kemudian mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungan bahan. Selain itu. Menurut Kamarudin Husin pula membaca ialah menyuarakan tulisan. iaitu membunyikan huruf yang dicetak. Cara ini penting untuk melatih murid – murid supaya boleh membaca dengan sendiri. Dengan kata lain membaca ialah meyuarakan tulisan. Menurut Juriah Long pula membaca ialah makna yang wujud pada beberapa peringkat iaitu daripada pemahaman yang paling rendah kepada interpretasi yang tinggi dan daripada yang nyata atau konkrit kepada yang abstrak. struktur ayat dan semua aspek serta meluaskan penguasaan bahasa. membaca bukanlah hanya bersifat mekanik.0 KEMAHIRAN MEMBACA 4. papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat. Membaca juga membawa maksud mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku. Menurut Atan Long. iaitu tanpa bimbingan daripada guru – guru dan untuk tujuan kefahaman murid tentang sesuatu tajuk yang diajar. mengambil isi dan fikiran yang bertulis serta memahamkan kandungan. membaca juga membawa maksud memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang dibaca.4. memahamkan makna sesuatu seperti tanda.1 Konsep Membaca Menurut Kamus Dewan membaca membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. kemahiran membaca di ajar dalam dua cara dalam bilik darjah iaitu membaca secara bersuara iaitu mekanis atau senyap iaitu mentalis. membaca ialah melibatkan kebolehan mengenal lambing – lambing kepada bunyi – bunyi yang disampaikan oleh tulisan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu juga kemahiran membaca diajar supaya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dari segi perbendaharaan kata. Menurut Pumfrey (1997). huruf dan sebagainya. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. .

dan proses kognitif. Deria penglihatan Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. 1 Membaca sebagai proses sensori (kederiaan) Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses.2 Proses Membaca Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca. ternyata bahawa membaca adalah proses yang kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks. iaitu proses sensori (kederiaan). .4. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan. Deria pendengaran Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. proses bahasa (linguistik). Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. proses pengamatan.

Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca. membaca. Membaca sebagai satu proses bahasa Bacaan adalah sebahagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar. bertutur. iaitu seperti memahami giliran dan urutan. bentuk. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti:  mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan  “figure ground” iaitu mengenal objek-objek. dan seterusnya menulis. Membaca sebagai proses pengamatan Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran.2. 3. Membaca adalah satu proses kognitif Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam. atau corak-corak  ingatan.  turutan. dan memahami. mendiskriminasi. pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. 4. Dalam bacaan. iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar. . Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

Membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan. Bacaan senyap ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.3 Jenis-jenis Bacaan Terdapat beberapa jenis bacaan yang perlu kita ketahui dalam kemahiran membaca iaitu : Bacaan Mekanis (Bersuara) Membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi. iaitu membaca insentif dan membaca ekstensif. sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Membaca senyap adalah lebih ekonomis. .4. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. fikiran dan perasaan seseorang pengarang. dan dapat dilakukan di manamana sahaja. Bacaan Mentalis (Senyap) Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.

Bacaan Rekreasi Membaca rekreasi adalah bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan otak yang begitu serius. Dalam telaah isi ini. Bahan-bahan yang dibaca ialah komik. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. membaca pemahaman.Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan) Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Bacaan intensif memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. berita. bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. informasi tertentu. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara seperti membaca tinjauan (survey reading). membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. membaca teliti. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. cerita-cerita pendek. Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenangsenang dan dilakukan dalam keadaan bersantai. . membaca sekilas (skimming) dan membaca dangkal (superticial reading). meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.

iaitu membaca kreatif oleh Anderson (1972). Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca. penuh ketelitian.Bacaan Kritis Bacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana. . Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi. mendalam. Istilah membaca kritis ini biasanya disamaertikan dengan apa yang disebut oleh Dawson (1963) sebagai interpretive reading atau membaca intepretif atau creative reading. evaluatif serta analitis.

g) Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai. b) Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya. c) Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang bertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. d) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. e) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan untuk membaca bersuara. d) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.4. c) Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.4 Tujuan Membaca 1. betul dari segi sebutan. c) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul. h) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya . b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul. 3. Tujuan membaca senyap:a) Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. e) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan. d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan. Tujuan Bacaan Intensif b) Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. f) Mengesan. . memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. e) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. intonasi. 2. Tujuan membaca mekanis:a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat: 1. Peringkat melatih membaca dan memaham Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad. . guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas. suku kata. Peringkat menyediakan murid. menarik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran. dan seterusnya ayat. Peringkat mendirikan asas bacaan Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. frasa. Kamarudin Hj.5 Peringkat Kemahiran Membaca Mengajar kemahiran membaca kepada murid hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. 3. dan bermakna. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. perkataan. 2. Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami.4.

buku yang mengandungi cerita. cerita. Peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan. kaedah mengajarnya dan lain.cerita binatang.bahan pelajaran yang menarik dan disusun dengan cermat. Oleh itu tersangatlah mustahak guru. cerita. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca.Mengaitkan atau lambang mengenal atau lambang atau perkataan dengan bunyi yang atau dilihat. buku. pameran buku. dan sebagainya. peraduan mengarang. Buku-buku yang biasanya digemari oleh kanak. . Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet. Buku-buku cerita itu seharusnya janganlah terlalu panjang atau susah hendak difahami. mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang.cerita jenaka dan sebagainya. Peringkat Pemahaman 1. Kanak-kanak yang kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya yang terlalu tinggi dan susah dibaca. 5. Peringkat membina sikap gemar membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak.buku bacaannya . perkataan tersebut 3.guru berhati.hati memilih bahan –bahan pelajarannya. cerita-cerita bergambar.Mengecam 2. makna.Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkan dengan maklumat yang sedia ada dalam pemikiran.cerita dongeng.kanak ialah buku.lain supaya terbina dan terpelihara sikap‟ sentiasa gemar membaca‟ itu. Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang dibaca. teknik mengajar yang baik.4. kaedah yang baik adalah di antara rahsia bagi mendirikan sikap ini. Bahan.

dan contoh-contoh patutlah dilanjutkan ke luar petikan. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar. Latihan penggunaan kamus dengan cekap untuk mencari erti atau penggunaan perkataan tertentu harus dititik berat. dan lancar. . frasa. cerpen. Bacaan tambahan Bahasa Malaysia harus digalakkan dengan memperkenalkan sumber lain seperti surat khabar. novel. intonasi yang betul.7 Prinsip-prinsip Kemahiran Membaca. idea. Membaca dengan nada yang kuat dan menegaskan penyebutan. Penyebutan dan intonasi haruslah diberi penegasan yang wajar dalam latihan membaca dengan bersuara. Dalam latihan perbendaharaan kata. c. b. dan peribahasa yang wujud dalam sesuatu petikan. e. dan rumusan yang terkandung dalam pelbagai bahan bacaan. dan melibatkan pelajar dalam pengenalpastian dan pembetulan kesalahan. e. petikan berkenaan hanya digunakan sebagai konteks sahaja. Membaca secara senyap dan pantas untuk memahami fakta. 4. simpulan bahasa. Membaca petikan kesusasteraan Melayu (prosa dan puisi) untuk memahami dan menghayati keindahannya. isu-isu semasa dan topik-topik hangat juga harus dijadikan bahan bacaan.6 Cara Meningkatkan Kemahiran Membaca. a. isi penting. dan sebagainya kepada pelajar. a. b. d. Untuk mengelakkan aktiviti bacaan dan kefahaman menjadi sesuatu yang membosankan. majalah. d.4. Menjawab soalan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Mencari erti atau maksud perkataan. tema. nilai pengajaran. c.

Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.4. dan sahsiah Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi. kecerdasan. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. misalnya mendengar cerita. Pengamatan Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat. motivasi. motivasi. Emosi. emosi. Keadaan Fizikal Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata. dan sahsiah kanak-kanak. . motivasi. telinga. dan sahsiah. Kecerdasan Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanakkanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. dan organ pertuturan yang sempurna. pengamatan dan penguasaan bahasa. dan sebagainya.8 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca murid keadaan fizikal pengalaman dan persekitaran. lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku. Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka.

kehendak . meluaskan pengetahuan.Penguasaan Bahasa Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanakkanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan. mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. perasaan.dan sebagainya semasa berkomunikasi. Kesimpulannya kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. .

pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. menghubungkan sesuatu mesej. Menurut Raminah Hj. Kemahiran menulis juga dapat meluaskan pengetahuan kanak – kanak dalam perbendeharaan kata. dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul. Menulis juga ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea.0 KEMAHIRAN MENULIS 5. rangkai kata dan ayat. .1 Konsep Menulis Menulis merupakan perlakuan menggunakan pen.simbol tulisan dalam bahasa. Menulis ialah pembentukan simbol. pengalaman. memilih dan menyusun idea – idea. cekap dan pantas. Ia juga adalah proses menyusun perkataan. perasaan. Bentuk – bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat difahami maksudnya. kemahiran menulis penting untuk membolehkan murid mencapai tahap penguasaan yang baik. Penulisan adalah bertujuan untuk menyampaikan. maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. perasaan. Kemahiran menulis juga membolehkan kanak – kanak menulis dengan baik. menulis adalah pelahiran perasaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. maklumat atau idea kepada pembaca.5. hujah dan bahan – bahan yang berkaitan. Menulis adalah proses penghasilan pertuturan simbol – simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. menulis ialah simbol – simbol grafik yang menggunakan huruf – huruf atau gabungan huruf – huruf yang berkaitan dengan lambang – lambang bunyi semasa bercakap. Menurut pendapat Don Bryne (1979). perkembangan bahasa dan tulisan. Gerak kerja dalam bidang penulisan yang dijalankan dalam bilik darjah membolehkan pelajar melahirkan fikiran. fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Sabran (1985). pendapat.

dan matlamat menerusi penulisan. cekap dan pantas. tangan. Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat. e. Ann Raimes (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques In Teaching Writing. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa. iaitu : 1. idea. f. akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan c.5. 2. dan mnggunakan seluruh anggota mekanis (mata. Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata. Menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan. 1. Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik. pengalaman. c. perhubungan. Meluaskan pengetahuan pengalaman. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran. dan perasaan.3 Tujuan Menulis. . Merangsang dan memahirkan tatabahasa. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Tujuan Serta-merta a. 5. melahirkan idea. d. b. b. 2 . 3. perbendaharaan kata dan perasaan.Tujuan Lanjut a.2 Fungsi-fungsi Kemahiran Menulis. Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak . perkembangan bahasa dan tulisan. Memperluaskan pengatahuan. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanakkanak.

Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar. kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana beberapa tujuan iaitu : i. ii.Menurut Down Bryne (1979) pula. 4. Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan pelajar. 2. harapan. Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara. sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis. . falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya kepuasan. Memberi Respons. Dalam penulisan. 3. Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis menyatakan idea. Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca. Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami mesej yang disampaikan. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar. Ekspresi Kendiri. Mengikut Peraturan. iii. 1. Sifat Sejagat. iv.

otot. papan tulis dan sebagainya. Tunjukkan cara pergerakan tangan. Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran). pasir. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf. tulis di awangan. menulis perkataan dan ayat. rangkai kata dan sebagainya. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. Aktiviti-aktiviti yang patut dijalankan a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat. Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis adalah seperti : a. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. . b. segi-segi dan sebagainya. Latihan pergerakan tangan. menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar murid dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata. jari dan membentuk garisan-garisan.4 Jenis-jenis Kemahiran Menulis. Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran mekanis. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak. c. b)Latihan pernyataan perasaan. bulatan.5. c) Latihan pernyataan kehendak. Kemahiran Menulis Secara Mekanis Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. d. Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).

lantai. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk. d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata. Bagi membolehkan muridmurid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas. c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. . Ketika tempoh ini.5. c. b. b)Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Membuat pembacaan dan rujukan. ii. Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis : a. latihan otot-otot. konsep peringkat pramenulis adalah berdasarkan aspek berikut : i. iv. dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi. Latihan-latihan membentuk garisan lurus. Perbincangan. meja. tangan. v. Menurut kajian Wilma dan Davidebbitt (1978).5 Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis. bertitik-tolak daripada aktivitiaktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu : 1. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut : a)Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan. Peringkat Pramenulis (Persediaan) Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. iii. pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik. Membuat rangka dasar. Mencari pendekatan yang sesuai. Latihan membentuk bulatan di udara. atas pasir dan rumput tanpa menggunakan alat tulis. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.

ii. Semasa menulis.Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti : a. murid digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan tersebut. guru haruslah memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu : i. Mereka diperkenalkan dengan lambanglambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek. b. Pada peringkat awal. d. barulah mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris.. e. dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik.Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Menyalin ayat-ayat mudah. . seterusnya mereka boleh dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan menggunakan gambar. Setelah didapati memuaskan. Peringkat Asas Menulis (Mekanis). kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis. iii. Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris. Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. c. seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.2. faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul.

x. mereka seharusnya digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. vi. viii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan. v. melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Mengisi silang kata.Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.3. Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambargambar dan perkataan. . Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan. ii. megisi tempat kosong. vii. iii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita. Peringkat Menulis untuk Pelahiran. iv. ix. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut : i. Mengisi tempat kosong dalam ayat. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.

namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk membuat karangan. Pada peringkat ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-murid. 3 Separa Berpandu. Penulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. Terkawal dan Separa Terkawal. Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.6 1. (Salleh Akib). Melalui cara ini mereka dapat meluahkan . Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas. Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau panduan ketika hendak membuat karangan. Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid. Jenis-jenis Penulisan. Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya. kemungkinan muridmurid akan melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separa terkawal. menjadi asas kepada penulisan bebas. 2 Berpandu. murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi sedikit ke arah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa serta murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.5. Pada peringkat ini. Tujuan penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-murid. Walau pun diberi garis panduan tertentu. Penulisan peringkat terkawal merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan.

Pada peringkat ini. 4 Bebas. namun sekurang-kurangnya kawalan tersebut dapat memberi cetusan idea. mereka diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. .isifikiran biarpun terdapat sedikit kawalan. Penulisan bebas adalah penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah muridmurid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.

5. 5.8 Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran menulis. d. c. Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis yang berguna kepada murid. Prinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis adalah seperi berikut : i. iii. Penulisan karangan pada peringkat awal mestilah bersifat terpimpin atau terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata dan/atau kandungan. .7 Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun dan logik. Murid mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri daripada urutan ayat yang teratur dan logik. Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar pengajaran untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. iv. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri. Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan murid membuat ayatayat yang betul. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul tatabahasanya. Latihan imlak (dictation) di mana murid dikehendaki menyalin dengan betul b. ii. Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling sesuai dan tepat. e. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid: a.

kemahiran membaca dan kemahiran menulis penting untuk diketahui oleh setiap pelajar untuk membuat persediaan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah.murid. kemahiran menulis juga memerlukan pemikiran aras tinggi kerana melibatka keupayaan murid – murid menulis hal – hal yang berkaitan dengan pengalaman dengan ayat yang gramatis dan tulisan yang cantik. Seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta membaca. Membina kemahiran membaca penting supaya murid – murid dapat memahami apa yang dibaca dan seterusnya memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.Kesimpulannya. kemas dan ejaan yang betul. setiap kemahiran dalam kemahiran bahasa amat penting diketahui oleh guru kerana ia memudahkan guru mengetahui tahap seseorang murid tersebut. . Kemahiran bahasa yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur (lisan).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful