1) Definisi Pengayaan

a) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

b) Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. 1.1) Objektif Pengayaan

a) Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman. b) Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. c) Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari. d) Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri. e) Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan. f) Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
1

g) Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. 2) Definisi pemulihan a) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

2.1) Objektif Pendidikan Pemulihan

a) Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu. b) Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. c) Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. d) Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka. e) Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. f) Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. g) Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

2

Maka. Hingga 17 surah dihafaz dengan sempurna. Apabila Rasulullah diberitakan tentang usaha beliau itu.3. Bersungguh-sungguh. Beliau mula menulis surat dari Rasulullah kepada kaum Yahudi serta membaca surat yang ditulis oleh mereka untuk baginda. membaca dan menulis dalam bahasa Ibrani seperti bahasa sendiri. Al-Quran tidak ditulis dan dikumpul sebagai satu mushaf yang lengkap. Untuk memelihara Al-Quran dari hilang akibat syahidnya ramai huffaz dan qurra‟ 3 . Maka. Namun beliau memilih untuk dekat dengan Allah dan utusan-Nya. Penulis Wahyu Lelaki paling muda yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah untuk menulis wahyu ialah Zaid bin Thabit. Pengumpul Al-Quran Pada zaman Rasulullah SAW. bahasa itu berjaya beliau kuasai. sedang pedangnya sendiri lebih panjang dari ketinggiannya. sekali lagi beliau menulis surat dari Rasulullah untuk raja-raja negara luar.1) ZAID BIN THABIT Lelaki itu sungguh hebat! Seawal umur 13 tahun sudah berkobar-kobar semangatnya untuk menyertai jihad fi sabilillah bersama para sahabat di medan Badar. Yang ada hanya tulisan-tulisan di atas pelepah-pelepah tamar. semangatnya tetap utuh – mesti berjihad demi menegakkan Islam! Lalu dikoreksi kemampuan diri. keistimewaannya ditemui. Penterjemah Rasul Tentunya Rasulullah SAW tidak senang apabila berada di kalangan orang-orang Yahudi yang bersembang sesama sendiri dalam bahasa Ibrani supaya isi-isi perbincangan tidak dapat baginda fahami. Oleh itu. Kemudian Zaid ditugaskan pula untuk mempelajari bahasa Suryani untuk memudahkan proses penyebaran Islam ke negara-negara bukan Arab. Bertutur. 3. menyeru mereka mentauhidkan Allah. Zaid dipilih untuk mempelajari Bahasa Ibrani. pemuda-pemuda sebaya dengannya bersuka-suka di jalanan. baginda sangat gembira. Sedangkan waktu itu. Alangkah besarnya sumbangan mujahid ini kepada agamanya. kulit-kulit haiwan dan tulang-tulang. Walau disuruh pulang oleh Rasulullah.) Contoh tokoh penggayaan dan pemulihan mengikut perspektif islam. Berjihadlah beliau dengan menuntut ilmu. 15 hari berlalu.

Bukan sahaja di dunia. Bangkitlah pemudapemudi! Pilihlah untuk menjadi mulia. Beliau menyiapkan air untuk wudhu` Nabi. sedangkan ibunya bernama Lubabah binti Harits yang dijuluki Ummu Fadhl yaitu saudara dari Maimunah. Ketika shalat. maka kemuliaanlah yang mereka terima.2) Ibnu abbas `Abdullah bin `Abbas bin `Abdul Muththalib bin Hasyim lahir di Makkah tiga tahun sebelum hijrah. istri Rasulullah. pasti didahului dengan keazaman. `Abdullah bin Zubair (Ibnu Zubair). Betapa banyaknya pahala yang ditambah kepada timbangan amal soleh Zaid setiap kali umat Muhammad membaca mashaf Al-Quran. Beliau juga kerap menhadiri majelis-majelis Nabi. Nabi pun mengajari dan mendo`akan beliau. Namun. Dalam pada itu. Beliau senantiasa mengiringi Nabi. Bukan mudah untuk mensabitkan sesuatu ayat Al-Quran. Khalifah Abu Bakar mengarahkan proses pengumpulan Al-Quran dimulakan seperti yang dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. 3. beliau turut pergi bersama Nabi. beliau banyak mengingat dan mengambil pelajaran dari setiap perkataan dan perbuatan Nabi. Ayahnya adalah `Abbas. malah di akhirat sana. Ibnu `Abbas adalah salah satu dari empat orang pemuda bernama `Abdullah yang mereka semua diberi titel Al-`Abadillah. beliau berjama`ah bersama Nabi. Dari beliau inilah berasal silsilah khalifah Dinasti `Abbasiyah. Akibat interaksi yang sedemikian itulah. Sekali lagi. beliau juga disebut dengan panggilan Abul `Abbas.dalam peperangan. paman Rasulullah. Generasi yang dididik oleh Rasulullah SAW benar-benar mantap. Tiga rekan yang lain ialah „Abdullah bin `Umar (Ibnu `Umar). Selain itu. Zaid bin Thabit telah diberi tugas penting yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Mereka termasuk diantara tiga puluh orang yang menghafal dan menguasai Al-Qur‟an pada saat penaklukkan Kota Makkah. Al-`Abadillah juga merupakan bagian dari lingkar `ulama yang dipercaya oleh kaum muslimin untuk memberi fatwa pada waktu itu. pengorbanan dan kerja keras yang sudah tentu bukan mudah. Beliau dikenal dengan nama Ibnu `Abbas. 4 . Apabila Nabi melakukan perjalanan. dan `Abdullah bin Amr. Mereka memilih untuk menjadi mulia.

Angin meniupkan debu ke atas mukaku sewaktu aku menunggunya bangun dan tidurnya. „Hai `Abdullah. Ibnu `Abbas memperolah kebijaksanaan yang melebihi usianya. „Hai sepupu Rasulullah! Ada apa dengan engkau ini? Kalau engkau mengirimkan seseorang kemari. Setelah itu.‟ Aku pun bertanya kepadanya mengenai hadits yang diketahuinya itu dan mendapatkan riwayat darinya.Pernah satu hari Rasul memanggil `Abdullah bin `Abbas yang sedang merangkak-rangkak di atas tanah. maka aku bersegera menyediakan air untuknya. “Suatu ketika Nabi hendak ber-wudhu. bukan datang sendiri. Sekiranya aku ingin. pengejarannya terhadap ilmu tidaklah usai. „Ya Allah. Karena kedalaman pengetahuan 5 . aku bisa saja mendapatkan izinnya untuk masuk dan tentu dia akan mengizinkannya. beliau memberi isyarat supaya aku bendiri di sebelahnya. dia pun berkata. karuniakanlah ia hikmah dan kebijaksanaan dan berikanlah perkembangan ilmu daripadanya. “Akulah yang sepatutnya datang menemui engkau. Namun. Setelah ia keluar dan mendapati diriku dalam keadaan itu. beliau menoleh ke arahku lalu berkata. Setelah selesai shalat.‟ Aku berkata.” Dengan kesungguhannya mencari ilmu. aku berdiri di belakang beliau. Beliau berusaha menemui sahabat-sahabat yang telah lama mengenal Nabi demi mempelajari apa-apa yang telah Nabi ajarkan kepada mereka semua. baik di masa hidup Nabi maupun setelah Nabi wafat. jadikanlah Ia seorang yang mendapat pemahaman mendalam mengenai agama Islam dan berilah kefahaman kepadanya di dalam ilmu tafsir. tentulah aku akan datang menemuimu. Tetapi aku lebih suka menunggunya supaya dia bangun dalam keadaan segar kembali. engkau terlalu mulia dan terlalu agung pada pandangan mataku ini untuk aku berdiri bersebelahan denganmu. Beliau gembira dengan apa yang telah aku lakukan itu.‟ Kemudian Nabi mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa. karena ilmu itu dicari. Sewaktu hendak memulai shalat. Ibnu `Abbas bercerita bagaimana beliau gigih mencari hadits yang belum diketahuinya kepada seorang sahabat penghafal hadits: “Aku pergi menemuinya sewaktu dia tidur siang dan membentangkan jubahku di pintu rumahnya.‟” Usia Ibnu `Abbas baru menginjak 15 atau 16 tahun ketika Nabi wafat. apa yang menghalangi engkau dari berada di sebelahku?‟ Aku berkata. Tentang hal ini. menepuk-nepuk bahunya dan mendoakannya. “Ya Allah. „Ya Rasulullah.” Ibnu `Abbas juga bercerita.

bukan untuk pamer kepintaran atau menjatuhkan lawan debat. aku akan selalu bergaul dengan `Abdullah bin `Abbas. `Umar juga pernah berkata. hukum waris. rendah hati. Apabila umurku masih lanjut.” `Ubaidullah bin `Abdullah bin Utbah berkata. dan lain-lain. Hari-hari dijatah untuk membahas Al-Qur‟an. serta selalu mengharapkan kebaikan bagi setiap orang. `Umar bin Khaththab menyebutnya „pemuda yang tua (matang)‟. “Dengan lisan yang gemar bertanya dan akal yang suka berpikir. “Kami tidak pernah melihat sebuah rumah penuh dengan makanannya. ilmu bahasa. minumannya. Jikalau engkau membicarakan ilmu dengannya. baik yang dikenal maupun tidak. serta mengarah pada perdamaian membuatnya andal dalam menyelesaikan perselisihan dan perdebatan. Khalifah `Umar sering melibatkannya ke dalam pemecahan permasalahan-permasalahan penting negara.” Saat ditanya. kulitnya putih kekuningan dengan janggut diwarnai. Ibnu `Abbas membuka rumahnya sebagai majelis ilmu yang setiap hari penuh oleh orang-orang yang ingin menimba ilmu padanya. dan ilmunya yang melebihi rumah Ibnu `Abbas.” Perawakan Ibnu `Abbas tinggi tapi tidak kurus. sikapnya tenang dan wajahnya berseri. daripada Ibnu `Abbas. Ibnu `Abbas adalah orang 6 . dan `Utsman. malah kerap mengedepankan pendapat Ibnu `Abbas ketimbang pendapat sahabat-sahabat senior lain. “Sebaik-baik tafsir Al-Qur‟an ialah dari Ibnu `Abbas. Apabila engkau berkata dengannya. logis. tapi juga dikenal murah hati. bebas dari dendam. memiliki budi pekerti yang mulia. bijak. “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih cepat dalam memahami sesuatu. yang lebih berilmu dan lebih bijaksana daripada Ibnu `Abbas. ramah dan akrab. Di sisi lain. Masruq berkata mengenainya. Teman-temannya berujar. “Apabila engkau melihat `Abdullah bin `Abbas maka engkau akan mengatakan bahwa ia seorang manusia yang tampan. halal-haram. lembut. Argumennya yang cerdik dan cerdas.” Ibnu `Abbas tidak hanya dikenal karena pemikiran yang tajam dan ingatan yang kuat. “Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti tentang hadits Nabi serta keputusan-keputusan yang dibuat Abu Bakar. “Bagaimana Anda mendapatkan ilmu ini?” Ibnu `Abbas menjawab. niscaya engkau akan mengatakan bahwa ia adalah seorang yang paling fasih lidahnya.” Terkenal sebagai „`ulama umat ini‟. `Umar. sejarah. Beliau menggunakan debat hanya untuk mendapatkan dan mengetahui kebenaran. Hatinya bersih dan jiwanya suci.” Sa`ad bin Abi Waqqas menerangkan. syair. fiqh.dan kedewasaannya. namun tegas dan tidak suka melakukan perbuatan sia-sia. simpatik-empatik penuh kecintaan. maka engkau akan mengatakan bahwa ia adalah lautan ilmu. Sifatnya terpuji.

beliau berkata: “Aku pernah berada di rumah Maimunah binti Al-Haarits. ia mengambil yang termudah. faqihkanlah ia dalam agama dan ajarkanlah ilmu ta‟wil (tafsir) kepadanya”. Penduduknya bertutur tentang sepak terjang beliau. 10/263. no. Apabila ia berbicara. Ibnu Sa‟ad. 10614. ia mengambil telinganya (memperhatikan orang tersebut). Demikianlah. Beliau juga aktif menyambut jihad di Perang Hunain. Selepas masa Rasul. Tha`if. Maka aku ambilkan untuk Rasulullah Shallallahu „alaihi wa Sallam (air) untuk bersuci (thoharah).yang istiqomah dan rajin bertaubat. Apabila ia memutuskan. ia menjauhi sifat mencari muka. Maimunah menjawab: “Abdullah”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Dia sahabat kelima yang paling banyak meriwayatkan hadist sesudah `Aisyah. no. Sebagaimana lazimnya kala itu.” `Abdullah bin Abbas meriwayatkan sekitar 1.660 hadits. ia mengambil hati pendengarnya. 7055. pejabat pemerintahan adalah orang-orang `alim. Ibnu `Abbas mengalami kebutaan. Juga diriwayatkan oleh Ahmad. al-Bukhari. Perang Jamal dan Perang Shiffin bersama `Ali bin Abi Thalib. Ath-Thabrani. serta mudah menangis ketika menghayati ayat-ayat Al-Qur‟an. Contoh tafsiran ibnu abbas ‫عه ابه عباس قال: كىت في بيت ميمُوت ابىت انحارث فُضعت نزسُل هللا صهى هللا عهيً َسهم طٍُري فقال: مه َضع ٌذا؟‬ ‫" فقانت ميمُوت: عبد هللا ، فقال: " انهٍم فقًٍ في انديه َعهمً انتأَيم‬ Dari Ibnu „Abbas. Ia juga menyaksikan penaklukkan afrika bersama Ibnu Abu As-Sarah. Ibnu `Abbas memiliki kekayaan besar berupa ilmu pengetahuan serta akhlaq `ulama. “Ia mengambil tiga perkara dan meninggalkan tiga perkara. 15/531. Ibnu `Abbas pun pernah menduduki posisi gubernur di Bashrah pada masa kekhalifahan `Ali. Beliau menetap di Tha`if hingga wafat pada tahun 68H di usia 71 tahun. Fathu Makkah dan Haji Wada`. Pada akhir masa hidupnya. Beliau pun bertanya: “Siapakah yang mengambilkan (air) ini?”. Sebaliknya. menjauhi orang berbudi buruk. Apabila ia mendengarkan orang. dan menjauhi setiap perbuatan dosa. Beliau bersabda: “Ya Allah. Beliau sering berpuasa dan menghidupkan malam dengan ibadah. Ibnu Abi „Ashim) Juga diriwayatkan oleh al-Bukhari secara marfu‟ dengan lafaz: 7 .

dan beliau berdoa kepada Allah untukku agar menambahkan kepadaku ilmu dan kefahaman (dalam agama)”. (Hadis Riwayat Ahmad. 1/134. dari Kuraib. beliau berkata: ً‫أتيت رسُل هللا صهى هللا عهيً َسهم فدعا هللا ني أن يزيدوي عهماً َفٍما‬ َ “Aku mendatangi Rasulullah Shallallahu „alaihi wa Sallam. no. (Ibnu Hajar. 3473) Melalui jalan „Amr bin Dinar. 1/330. Tafsir alQur‟an al-„Adzim. Tahqiq Syaikh Syu‟aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas Syarat alBukhari dan Muslim) al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: ‫ٌَذي اندعُة مما تحقق إجابت انىبي صهى هللا عهيً َ سهم فيٍا نما عهم مه حال به عباس في معزفت انتفسيز َانفقً في انديه‬ ً‫رضي هللا تعانى عى‬ Terjemahan: “Doa ini merupakan satu bentuk jaminan dari Nabi Shallallahu „alaihi wa Sallam. dari Ibnu „Abbas. di ketika beliau bersabda: “Ya Allah. 1/8) Ibnu Mas‟ud radliyallaahu „anhu berkata: 8 .” (Ibnu Katsir. (Hadis Riwayat al-Bukhari. faqihkanlah ia dalam agama. dan ajarkanlah ia ilmu ta‟wil (tafsir)”. no. dan orang yang memiliki barakah doa Rasulullah Shallallahu „alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat al-Bukhari. ajarkanlah beliau al-Kitaab (al-Qur‟an)”. “turjumaanul-qur’an”. ajarkanlah ia al-Hikmah”. no. anak pak cik Rasulullah Shallallahu „alaihi wa Sallam. 1/170) al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di ketika menyebutkan nama-nama sebagai rujukan di dalam penafsiran al-Qur‟an: ‫َمىٍم انحبز انبحز عبد هللا به عباس، ابه عم رسُل هللا صهى هللا عهيً َسهم، َتزجمان انقزآن َببزكت دعاء رسُل هللا صهى‬ ‫"هللا عهيً َسهم نً حيج قال: "انهٍم فقًٍ في انديه، َعهمً انتأَيم‬ Terjemahan: “Di antara mereka adalah: “al-habrul-bahr” „Abdullah bin „Abbas. 12/100.‫انهٍم عهِّمًُ انكتاب‬ ْ “Ya Allah. di mana beliau mengetahui keadaan Ibnu „Abbas atas keilmuannya di dalam bidang tafsir dan kefaqihannya (kefahamannya) di dalam agama – radliyallahu ta‟ala „anhu”. 3061. Fathul Bari. 73) Dalam lafaz yang lain: ‫انهٍم عهمً انحكمت‬ “Ya Allah.

2/494.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah. . al-Mustadrak. Pengislaman beliau: . . nescaya tidak ada seorang pun di antara kami yang dapat menandingi (ilmu)-nya.Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa 9 . 3/618. قال َكان يقُل : وعم تزجمان انقزآن ابه عباس رضي هللا عى‬ “Sekiranya Ibnu „Abbas sampai kepada umur/masa kita. .3) Abu hurairah Kelahiran dan riwayat hidup beliau: . Ta‟liq adzDzahabi: Sahih di atas Syarat al-Bukhari dan Muslim) Al-Imam Mujahid bin Jabar Al-Makkiy rahimahullah berkata: ً‫كان ابه عباس يُسمى انبحز مه كثزة عهم‬ َّ َ “Ibnu „Abbas dinamakan al-Bahr (samudera) kerana banyaknya ilmu yang beliau miliki”.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim.Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman. 6376) 3. walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!".Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau. .ٌ ً‫نُ أن ابه عباس أدرك أسىاوىا ما عاشزي مىا أحد. no. Sebaik-baik penafsir al-Qur‟an adalah Ibnu „Abbas radhiyallahu „anhu.Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.Rasulullah s.Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy. (Rujuk al-Itqan fii ‘Ulumul Qur’an. 6289. no. .

kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan: Abu Hurairah. .Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1. lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.w dan melayan baginda.a. .a. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau. Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.w berdoa untuknya.a.600 buah hadis daripada Rasulullah s.Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati. Beliau diberi penghormatan menjadi pembantu Nabi: .a.Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka: "Kamu 10 .w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak. Kesukaan beliau terhadap ilmu: .w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka. beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s. . lalu ibu beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas Rasulullah s.Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin).Selepas Abu Hurairah memeluk Islam.

a. kesukaan beliau terhadap ilmu. tawaduk beliau. kerajinan beliau melakukan ibadat. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan).w. Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. kekayaan. apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid. Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan 11 .duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s. Kewarakan dan ketakwaan beliau: .Abu Hurairah r. isteri dan anak-anak. mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang. kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana beliau mula memiliki harta. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Walaupun demikian jawatan tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian." . kesungguhan beliau dan ketaatan beliau sedikitpun tidak berubah.Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari pembukaan kawasan Islam. . membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Walaupun begitu.w dibahagikan di masjid. aku berhijrah dalam keadaan miskin.a sering menyebut kata-kata beliau: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim.a. rumah.

Lebih mudah ragu-ragu 12 ._. 4.___ "Sesungguh Solatku.menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin __.Hidupku.Matiku hanya kerana Allah" 4) PENDIDIKAN PEMULIHAN 4._. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru. Lebih mudah mengganggu persekitaran 5. Yang tidak bermotivasi untuk belajar 2. Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian: Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan.2) RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN 1.1) KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka 2. 4. sama ada secara kumpulan atau individu. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.3) CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN 1. 3.Ibadahku. Lebih mudah berputus asa 4. Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar 3.

Cepat lupa 7. iii) Faktor persekitaran A. Kecerdasan mental B. Terdiri daripada amalan sekolah iv) Faktor emosi dan sosial 4. Kerencatan akal 4. Belajar secara lambat 9. Emosi yang tidak stabil ii) Faktor biologi/kesihatan A) Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”.membaca dan menulis.5) CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN i) Pemerhatian 13 . Pencapaian akademik yang tidak tinggi 11.6. Kekurangan sosial 12. Terdiri daripada bahasa B.4) FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN i) Faktor psikologi A. Kurang cerdas dalam pemikiran 8. iaitu sukar mengeja. Mundur 10.

6) PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN 1. hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan 14 .8) PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN i) Aspek pendengaran Sebutan guru jelas.7) STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan 5. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya 4. manakala murid yang lain menjalani pengukuhan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan 6. Menentukan strategi p&p 4. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan 2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan 3. Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. 4.ii) Melihat pada rekod prestasi iii) Profil peribadi iv) Ujian kertas dan pensel v) Latihan harian 4.

10) OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN Objektif penggayaan untuk murid adalah: i) Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa 15 . menarik. iii) Aspek psikomotor Benda maujud. ringkas. dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.ii) Aspek penglihatan BBM besar. 4. bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya. 4. semangat berdikari. gunakan warna untuk aktiviti menulis. daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.9) PENDIDIKAN PENGGAYAAN i) KONSEP PENGGAYAAN Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada muridmurid mengembangkan lagi sifat ingin tahu.

Guru mesti mempunyai strategi pengajaran yang betul untuk menghasilkan p&p yang berkesan.ii) Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. ii) Gangguan kesihatan umum -Masalah mental a) Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran. b) Antara faktor lain yang menyebabkan kesukaran belajar adalah masalah penglihatan. iii ) Masalah penglihatan a) Mata adalah anugerah Allah yang paling berharga. perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. iii) Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka iv) Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar v) Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi 4. b) Masalah mental menyebabkan kesukaran belajar.11) CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN i) Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi ii) Menulis (tulisan) iii) Mengira (kiraan) : ayat yang lebih panjang : kiraan yang lebih mencabar 5) FAKTOR-FAKTOR KESUKARAN BELAJAR i) Perlaksanaan strategi pengajaran yang tidak betul -Setiap guru mestilah mempunyai cara atau strategi bagaimana untuk melaksanakan sesuatu p&p dengan baik. 16 . Jika seseorang guru itu tidak mempunyai strategi atau persediaan mengajar boleh menyebabkan pelajar mengalami gangguan atau kesukaran belajar kerana tidak memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru mereka.

Terengganu. E) Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks.Kelantan. 5. huruf dan nombor. B) Masalah suara: penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai . Jadi masalah penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang pelajar didalam pembelajaran. 5.1) Kerosakan otak yang ringan A) Kemahiran bertutur lambat dan sukar memahami dan sukar memahami arahan. v) Masalah pertuturan A) Gagap: pertuturan yang tidak lancar disebabkan teragak-agak dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan.dan menafsir merupakan fungsi otak. iv) Masalah pendengaran a) Pelajar yang mengalami masalah pendengaran menyebabkan mereka susah untuk menerima sesuatu pelajaran. mengeja dan lemah dalam kefahaman.kedah.3) Kurang motivasi 17 .sengau atau garau. menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan.suara serak. D) Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan. C) Pelat: dipengaruhi oleh slang kenegerian contohnya seperti Sarawak. b) Pelajar hendaklah mengamalkan makanan seimbang untuk sihat dan dapat cergas untuk belajar dan memahami sesuatu pelajaran.2) Kurang zat makanan a) Letih dan tidak bermaya untuk belajar. 5.memahami.pengalaman serta mata kita. C) Kesilapan membaca.c) Untuk mengetahui. B) Kemahiran membaca.

g) Masalah membaca ini boleh diselesaikan dengan memberi banyak bahan bacaan dan latihan-latihan yang melibatkan bacaan.belajar dengan bersungguh-sungguh. 6) 6. b) Masalah membaca adalah masalah yang sering berlaku dikalangan pelajar.a) Sesetengah pelajar memerlukan galakan dan motivasi untuk belajar. f) Ada sesetengah pelajar yang boleh membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca. B) penceraian ibu bapa menyebabkan merasa murung dan tidak berminat untuk belajar. c) Masalah membaca ini terjadi mungkin kerana kurang tumpuan atau member perhatian dalam bacaan.4) Faktor baka 6. b) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan memotivasikan anak mereka supaya pergi ke sekolah. d) Tidak aktif membaca atau jarang membaca. e) Tidak memahami makna sesuatu perkataan.ibu bapa mestilah memberi galakan dan motivasi.1) JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN Masalah membaca a) Masalah membaca boleh diketegorikan kepada dua iaitu masalah mengenal huru(decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension). h) Tanamkan minat membaca. 5. Pelajar begini terpaksa membahagikan masa diantara pelajaran dan bekerja untuk membantu keluarga. A) Sesetengah pelajar mengalami kesukaran untuk belajar disebabkan oleh factor kemiskinan. Pelajar merasakan tiada komunikasi diantara ibu bapa jika berlaku penceraian. 18 .

7. e) Tidak ada jarak antara satu-satu perkataan. b) Huruf besar dan huruf kecil bercampur.2) Individu Apabila sekumpulan kecil murid mengalami masalah pembelajaran yang berlainan.disleksia. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu. 6.6.2) Masalah menulis a) Masalah pelajar dalam menulis adalah pelajar tidak dapat membezakan antara huruf besar dan kecil semasa menyalin atau menulis ayat atau perkataan. c) Tertinggal huruf.perkataan atau ayat. b) Masalah aritmetik dikalangan pelajar disebabkan oleh pelajar mudah lupa. b) Kumpulan juga boleh dibahagikan juga mengikut kumpulan iaitu cerdas.tertinggal perkataan.bahagi atau lebih dikenali sebagai matematik. Manakala murid yang lain menjalani pengukuhan 19 .sederhana atau lemah.3) Masalah aritmetik a) Aritmetik adalah sains tentang nombor yang melibatkan proses tambah. d) Menulis terbalik sama ada huruf. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti pengayaan. c) Tidak tahu prosedur menyelesaikan soalan matematik.darab.tidak tahu menyelesaikan soalan yang berbentuk ayat matematik. d) Ada juga dikalangan pelajar yang mempunyai masalah aritmetik disebabkan oleh kerisauan.1) Kumpulan a) Berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama.tidak faham konsep atau symbol.tolak.atau fobia untuk belajar matematik(mathophobia) 7) STRATEGI PEMULIHAN 7.

8) STRATEGI PENGAYAAN 8.sederhana dan lemah.3) Kumpulan pelbagai kebolehan A) Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid yang lemah menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakn oleh murid-murid cerdas.permainan dan rekreasi dan sebagainya. 8.murid-murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.1) Kumpulan mengikut kebolehan A) Kelas dibahagikan kepada 3 kumpulan : cerdas. B) Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza. C) Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kerja projek.2) Pengayaan dan pemulihan serentak A) Semasa murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan. 20 . 8. B) Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. C) Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lemah menjalani aktiviti pemulihan.dapat menambahkan pengalaman memimpin. B) Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru.memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing.

I) Selalu membaca -membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan adalah cara yang paling baik. 21 . -Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenal dan menulis jawi. II) 9.9) AKTIVITI PEMULIHAN 9. -pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar. -rasa puas hati pelajar akan mempercepatkan dan memudahkan proses pembelajaran.2) Menulis a) mengenal dan menulis huruf jawi -Aktiviti menulis adalah aspek yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran jawi.menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi mudah. -pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu. -Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendah yang masih belum menguasai cara menulis jawi.1) Membaca a) Teknik Am -memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar. b) Teknik khusus -menambah kepantasan membaca c) pelajar yang sudah pandai membaca. -latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada pengalaman yang baru. Penggunaan masa yang terhad -menghadkan masa membaca akan mempercepatkan kadar bacaan.

9.keratan akhbar ataupun gambar.Sesetengah pelajar menganggap kiraan mesti dihafal. Menyemak keputusan (memastikan keputusan adalah munasabah). Melaksanakan kaedah. b) Menyelesaikan masalah Memahami masalah (baca masalah dengan berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali). Mengadakan pameran di sekolah atau bilik darjah. i) Kerja projek A) B) C) D) E) F) Lawatan sambil belajar. Proses pengiraan tidak memerlukan pelajar menghafal nombor tetapi pelajar perlu mengetahui dan menghafal teknik atau kaedah pengiraan matematik. ii) Pembelajaran akses kendiri 22 . Membuat buku skrap seperti mengumpul setem. 10) AKTIVITI PENGAYAAN 10. Merancang kaedah untuk selesaikan masalah.3) Mengira a) Menghafaz proses pengiraan . guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilainilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Mengadakan minggu bahasa contohnya seperti kuiz. Membuat mini zoo di sekolah.teka silang kata. Melapor peristiwa lawatan atau kerja projek.1) Tugasan atau aktiviti tambahan A) Bagi memantapkan program pengayaan.

iii) Mentor-Mentee a) Aktiviti didalam kelas yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dimana seorang atau satu kumpulan pelajar sederhana atau lemah dibimbing oleh seorang pelajar cemerlang untuk membantu rakan mereka meningkatkan pemahaman mereka dalam pelajaran. dimana guru bertindak sebagai mentor. 23 . e) Program mentor-mentee ini boleh diadakan sama ada dalam kumpulan ataupun secara individu. B) Boleh dicapai melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan kesepaduan kemahiran dan pengetahuan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. c) Program mentor-mentee ini juga boleh diadakan di bilik guru atau selepas pengajaran dan pembelajaran tamat. b) Guru sebagai mentor manakala pelajar pula adalah mentee. d) Program mentor-mentee ini sangat baik kerana guru dapat mengenal pasti masalah pelajar dengan lebih dekat sama ada dalam pelajaran ataupun sebaliknya.A) Merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta membolehkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

24 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful