P. 1
JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1

|Views: 0|Likes:
Published by MeLady Yan
k
k

More info:

Published by: MeLady Yan on Mar 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/10/2013

pdf

text

original

JURNAL MINGGU 1 Masalah Saya menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Alor Setar, Kedah untuk

tempoh 4 minggu. Untuk praktikum fasa ini saya hanya akan mengajar subjek major iaitu Sains. Pada minggu pertama ini, saya hanya perlu memerhati guru matapelajaran Sains melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang saya melakukan pemerhatian ialah Pn. Rohana Bt Abd Rahman dan En. Muhammad Shuhaimi Bin Majid. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 5 Elit, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Masalah Kelas 5 Elit merupakan kelas yang pertama dalam keseluruhan tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Taman Aman. Kelas ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang pencapaian akademik. Dalam maksud kata lain, kelas murid-murid pandai. Walaubagaimanapun, murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hamper keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada guru.selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan muridmurid untuk mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-murid merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan. Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan. Disamping itu, murid-murid ini berada di dalam kelas pandai. Jadi, mereka mempunyai banyak idea dan jawapan untuk diberikan tetapi tidak diberi peluang untuk mereka menyatakan idea. Cadangan Dalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini, saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan dendaan. Selain itu, sekiranya murid menjawab tanpa mengangkat tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan diterima. Disamping itu, guru menggunakan kertas latihan berbanding soalan lisan. Selain itu, semua murid diberi peluang bagi menjawab soalan. Oleh itu, murid-murid tidak akan berebut menjawab soalan kerana setiap murid mempunyai peluang masing-masing. Disamping itu juga, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.

Tempoh Penyelesaian 27 Mac 2011 – 31 Mac 2011 Tindakan Susulan Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. . Secara individu. Peneguhan negatif (dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru. guru menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru. Catatan Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu mengangkat tangan dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan daripada dikenakan dendaan. Keadaan ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di mana peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Selain itu. Pasti akan timbul keinginan dalam diri muridmurid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka yang memperolehnya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->